Bukan pinda, hambat ISA ke neraka!

Posted by Unknown Friday, May 9, 2008

Artikel asal di sini.

Ibrahim Ali tidak setuju hapus ISA
Berita Harian (9/5/08): Seorang Ahli Parlimen semalam mencadangkan kerajaan mengekalkan undang-undang pencegahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memastikan negara bebas daripada huru-hara yang dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab.

Walaupun sudah dua kali dikenakan ISA, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), mempertahankan ISA dan tidak setuju dengan cadangan beberapa pihak supaya akta itu dihapuskan, tambahan pula undang-undang itu sendiri digubal institusi Parlimen.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata, beberapa pengubahsuaian perlu dilaksanakan bagi memantapkan undang-undang itu serta memastikan tidak wujud penganiayaan tahanan.

"Pengubahsuaian perlu dibuat pada Seksyen 8(1)(a) supaya kuasa menahan tanpa perbicaraan dipindahkan daripada Menteri Dalam Negeri kepada Majlis Keselamatan Negara yang diwakili beberapa pihak termasuk Ketua Polis Negara dan wakil Suhakam.

"Selepas 14 hari ditahan, seseorang itu mesti didakwa di mahkamah,” katanya membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam.

Ibrahim yang popular dengan gelaran ‘putera katak’ kerana sering melompat parti, menjelaskan ISA mampu mentarbiah seseorang yang menggelarkan diri mereka ‘pejuang’ dan beliau sendiri mendapat ijazah ketika berada dalam tahanan.

"Kalau takut (ISA) jangan jadi pejuang. ISA adalah untuk pencegahan. Negara ini yang berbilang kaum banyak golongan pelampau. Jika tidak bertindak cepat menerusi ISA, negara mudah terdedah kepada huru-hara.

"Saya boleh kumpul 60,000 orang membantah sesuatu perkara, tetapi demi kebaikan negara kita tidak buat perkara ini," katanya mengaitkan tindakan kumpulan tertentu menunjuk perasaan di tengah-tengah ibu kota.

Ibrahim yang menggunakan sepenuhnya kesempatan setengah jam membahaskan usul itu, tidak memberi laluan kepada mana-mana Ahli Parlimen mencelah, turut mengemukakan beberapa cadangan lain termasuk meminta kerajaan memperkasa orang Melayu dengan melaksanakan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung Hak Keistimewaan orang Melayu.

"Matlamat daripada langkah itu ialah menyelesaikan isu penyusunan semula masyarakat. Selagi ia tidak tercapai, kita membiarkan api dalam sekam terus wujud, tambahan pula dalam keadaan sekarang ada pihak tertentu yang sudah berani menyentuh sentimen orang Melayu dengan mempersoalkan kedaulatan Raja-Raja Melayu," katanya sambil menyifatkan orang Melayu sekarang terlalu banyak bertolak ansur.

Ibrahim berkata, sesudah 18 tahun selepas berakhirnya pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1990, pegangan ekuiti orang Melayu hanya 18.9 peratus daripada sasaran 30 peratus; bukan Melayu 40.6 peratus dan asing 40.5 peratus.

Beliau turut menyentuh mengenai isu Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang membuat pelbagai dakwaan mengejutkan termasuk berlaku pembunuhan kaum India secara terancang dan kuil Hindu dirobohkan.

Ibrahim berkata, kerajaan perlu membuat penjelasan berhubung perkara itu dengan menerbitkan kertas putih supaya semua dakwaan itu tidak lagi menghantui rakyat Malaysia.

"Saya nak menjadi ahli Parlimen berkelas dunia. Saya tak percaya dakwaan ini betul. Justeru, dalam isu keselamatan, kerajaan mesti membuat keputusan yang konsisten.

"Ini tidak, sekali tangkap, sekali bebas, sekali dakwa di mahkamah sekali ampun, sedangkan di Batu Burok (Terengganu), sampai sekarang ditahan. Ini yang rakyat fikirkan," katanya merujuk kepada dua suspek yang didakwa mencetuskan kekecohan dalam ceramah tanpa permit pembangkang di Kuala Terengganu awal tahun ini.

Walaupun sering melompat parti, Ibrahim berkata, beliau seorang yang sentiasa mengenang budi.

Justeru, beliau menyanggah tindakan beberapa pihak yang selalu mencaci dan mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, tanpa Dr Mahathir, Malaysia tidak akan menjadi seperti sekarang. Memang beliau ada juga kelemahan dan beliau sendiri turut mengkritik beberapa isu tertentu.

"Hari ini seolah-olah dia (Dr Mahathir) betul-betul tidak berguna. Dia bukan nak jadi Perdana Menteri dan nasihat yang beliau beri sepatutnya kerajaan terima dengan terbuka...ini tidak, orang surat khabar terus cucuk, kita melenting.

"Jika terus begini, negara kita akan hilang rahmat," katanya.
Laporan Bernama dalam berita bertajuk "Kerajaan digesa laksanakan segera fasa kedua Felda"
Bernama (8 Mei): Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dalam, perbahasannya mempertahankan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah penting sebagai langkah pencegahan terhadap keselamatan di negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum.

Beliau yang pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah ISA bagaimanapun mencadangkan supaya akta itu diberi penambahbaikan dengan perubahan pada Fasal 8 iaitu memberi kuasa kepada Majlis Keselamatan Negara yang diwakili pelbagai badan termasuk polis dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, berbanding hanya kepada Menteri Dalam Negeri sekarang.

Mengenai usaha mencegah rasuah, beliau juga membangkitkan kenapa kerajaan belum menandatangani perjanjian Konvensyen Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sudah ditandatangani 107 negara, sedangkan Malaysia berusaha untuk menangani rasuah.

Mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Anti Rasuah pula, beliau berkata suruhanjaya itu perlu diletakkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan kejayaan usaha itu.

Ibrahim turut mencadangkan agar kerajaan memberi bonus mandatori antara RM500 dan RM1,000 setiap tahun kepada anggota polis serta tentera yang bekerja keras menjaga keselamatan negara.

Persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga Isnin.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib