Siapa yang sepatutnya digari?

Posted by Penarik Beca Tuesday, May 6, 2008

Artikel asal di sini

Pendakwaan Raja Petra bukan bermotif politik
Berita Harian (8/5/08): Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan pendakwaan ke atas penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, bukan bermotifkan politik walaupun ia mempunyai kaitan dengan dakwaan Raja Petra ke atas beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, kes terhadap Raja Petra adalah mengikut Akta Hasutan 1948 dan ia tidak boleh dilihat sebagai usaha kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap semua penulis blog atau menyekat kebebasan bersuara di negara ini.

"Kerajaan sentiasa mempunyai pendirian terbuka terhadap penulis blog serta internet dan kita akan meneruskannya. Tetapi saya ingin ingatkan, negara ini mempunyai undang-undang khusus terhadap sebarang perkara berkaitan fitnah dan hasutan.

"Janganlah mereka (penulis blog) rasakan dengan menggunakan alam siber, mereka bebas daripada semua undang-undang ini," katanya pada sidang media selepas mengiringi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang mengadakan lawatan kerja ke Kem Iskandar di sini, semalam.

Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas terhadap pendakwaan Raja Petra di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya, kelmarin.

Raja Petra, 58, dituduh kerana menerbitkan artikel bertajuk Let's Send The Altantuya Murderers To Hell dalam laman web www.malaysia-today.net pada 25 April lalu.

Artikel berkenaan secara langsung merujuk Najib dan Rosmah sebagai pembunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sedangkan kes berkenaan sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Ini adalah kali keempat Raja Petra disiasat terhadap artikel di dalam laman web berkenaan dan jika bersalah, dia boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Najib berkata, kerajaan tidak bimbang dengan tindakan berkenaan yang boleh membuatkannya tidak popular di kalangan rakyat kerana undang-undang perlu ditegakkan demi kestabilan serta ketenteraman awam.

"Saya tidak berasakan kerajaan tidak popular dengan tindakan ini. Kita perlu mewujudkan satu garis antara perkara yang benar dan salah," katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas segala dakwaan Raja Petra terhadap beliau atau kenyataan Raja Petra bahawa penulis blog mengisytiharkan perang terhadap kerajaan.

"Dia (Raja Petra) bebas untuk berkata apa saja, saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu," katanya.
Ruckus over RPK in Parliament (Malaysia Today 7/5/08)
Saksikan video lapan minit di Malaysiakini.TV (Malaysiakini TV 6/5/08)
Raja Petra charged with sedition over 9 paragraphs (Susan Loone 6/5/58)
Gambar RPK - Raja Petra will never walk alone!! (Edy)
Bullyboys on rampage again (Malaysiakita 3/5/58)
Picture report on RPK's hearing (Malaysia Today 6/5/08)
Raja Petra pleads not guilty to sedition charge (Bernama)
Raja Petra didakwa terbit artikel menghasut (Utusan Malaysia 6/5/08)
Malaysian blogger jailed over article allegedly implicating deputy PM in killing (IHT 6/5/08)
Malaysia: Blogger charged with sedition (Adnkronos International)
Posting-posting berkaitan (Google)
Raja Petra claims trial for sedition
Ihsan The Star (6/5/08): Raja Petra Kamaruddin, the editor of news portal Malaysia Today, claimed trial at the PJ Sessions Court to publishing a seditious article on April 25.

He was charged under Section 4(1)(c) of the Sedition Act 1948.

Nine paragraphs in his article titled "Let’s send the Altantuya murderers to hell" were found to be seditious.

The article was posted on his website on April 25.

The court set his bail at RM5,000.

Raja Petra did not post bail. His wife Marina Lee Abdullah said he is hoping to raise the money through his news portal.

As of 2.30pm Tuesday, he was still in lockup at the PJ sessions court.

Earlier Tuesday, Raja Petra arrived at the magistrates’ court in the Kuala Lumpur Court Complex in Jalan Duta at 9.06am.

He was later instructed to go to the PJ Sessions Court to be charged.

A crowd of about a hundred people were gathered at the Jalan Duta court. Among them were bloggers and Opposition MPs including Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang) and Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai).

At 2pm Tuesday, businessman Syed Akbar Ali was also charged under Section 4(1)(c) of the Sedition Act 1948 at a sessions court here for posting a comment on Raja Petra's site on June 5, 2007.

The ex-banker, aged 48, posted the RM3,000 bail set by the court.

Hearing for the submissions whether the charge was groundless is set for June 10.

1 Comment

  1. mhasnol Said,

    ما يصنع أعدائي بي ؟ أنا جنتي وبستاني في صدري ، إن رحت فهي معي لا تفارقني ، وإن حبسي خلوة ، وقتلي شهادة ، وإخراجي من بلدي سياحـة

    What can my enemy do with me? My heavens is in my heart. It goes with me everywhere i go. To put me in a prison is khalwah (private devotion to ALlaah), if they kill me i'll be a martyr, and if they kick me out of my land this is siyaha - or travelling/journey in the path of ALlaah.

    Pada yang fikir mereka dah memerangkap yang nak dperangkap, fikir semula!

    Takut nanti yang memerangkap terperangkap dek perangkap yang dpasang!

    Artikel penuh d http://dperantauan.typepad.com/dperantauan/2008/05/mari-kita-lihat.html

    Posted on May 6, 2008 at 8:00 PM

     

Post a Comment

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib