Belanjawan 2009: PAS bimbang tiris dan bocor

Posted by Unknown Sunday, August 31, 2008

Harakah (31/8/08): PAS melahirkan rasa kebimbangan akan terus berlaku 'ketirisan' dan 'kebocoran' dalam pengurusan serta pengagihan Belanjawan 2009 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kesangsian itu, dinyatakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang tidak yakin belanjawan yang dibentangkan itu memberi manfaat kepada rakyat umumnya.

Katanya, apa yang membimbangkan akan berlaku juga 'ketirisan' dan 'kebocoran' pengurusan daripada peruntukkan disediakan dalam Belanjawan 2009.

"Apa yang membimbangkan saya ialah 'ketirisan, kebocoran' daripada peruntukan-peruntukan yang sering kali berlaku. Saya masih tidak mempunyai suatu keyakinan.

"Pelaksanaan tidak sempurna selagi kerajaan tidak dapat membersihkan negara daripada amalan rasuah, daripada penyelewengan-penyelewengan dan penyusunan bajet yang tidak selaras dengan rakyat dan negara,"jelasnya pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI), di Dewan Utama KUDQI, Kubang Lembek, semalam.

Justeru itu, katanya PAS kominted mahu membenteraskan amalan rasuah serta penyelewengan yang berlaku dalam negara ini.

"Kita (PAS) mengharapkan akan berlaku perubahan dan kita (PAS) mahu langkah-langkah membersih negara dari rasuah dan penyelewengan diteruskan.

"Kita (PAS) mengharapkan Perdana Menteri yang ada ini dapat melihat kelemahan-kelemahan yang ada dan membaiki kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan itu,"tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berpendapat penyediaan peruntukkan yang besar belum tentu lagi dapat menyelesaikan masalah rakyat kerana bergantung kepada pelaksanaanya.

"Peruntukan besar belum tentu lagi dapat menyelesaikan masalah, bergantung kepada pelaksanaannya. Saya harapkan tidak 'bocor', tidak 'tiris' dan jika bocor lagi jawabnya tidak selesai masalah," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang Belanjawan 2009 yang baru dibentangkan oleh Abdullah kelmarin.

Namun begitu, kata Presiden PAS itu kesalahan tersebut bukan hanya terletak di bahu Abdullah selaku Perdana Menteri sahaja.

Menurutnya, kesilapan tersebut adalah kerana perbuatan 'orang' (pemimpin) yang terdahulu dan beliau terpaksa memikulnya.

"Ini bukan kesalahan Abdullah sahaja tetapi beliau memikul kesilapan oleh mereka (pemimpin) yang lalu. Dalam tempoh lebih 50 tahun negara Merdeka, beliau terpaksa memikul tanggungjawab ini,"jelasnya.

Katanya, PAS mengharapkan akan berlaku perubahan yang bakal membawa kebaikan kepada seluruh rakyat dan negara.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib