'Hindraf tak beradab'

Posted by Unknown Friday, October 3, 2008


Sebahagian daripada penyokong Hindraf yang hadir rumah terbuka Aidilfitri di PWTC, semalam.

Berita Harian (3/10/08): Tindakan penyokong Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) membuat kecoh pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin, disifatkan tidak beradab dan tidak menghormati perayaan umat Islam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata tindakan kumpulan itu menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sambutan perayaan agama tidak kena pada tempatnya.

"Sambutan Aidilfitri atau apa juga perayaan lain adalah masa untuk kita merapatkan hubungan sesama kaum bagi memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian tetapi perbuatan Hindraf ini boleh menimbulkan salah faham dan rasa kurang senang di kalangan umat Islam.

"Kita tidak mahu perbuatan seumpama ini menjadi satu budaya setiap kali kita menyambut Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali atau Krismas kerana ia boleh menggugat hubungan antara kaum, selain mencemari suasana sambutan sesuatu perayaan," katanya ketika dihubungi semalam.

"Semua ini memberi kesan negatif kepada orang lain yang mungkin sensitif kerana sambutan perayaan sesuatu kaum berkait rapat dengan agama masing-masing," katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam kejadian berkenaan, kelmarin, kira-kira 800 penyokong Hindraf dengan berpakaian kemeja-T jingga beratur seawal jam 11 pagi bersama ribuan pengunjung lain untuk bersalam dengan Abdullah dan menyerahkan kad ucapan Aidilfitri.

Kira-kira 20 penyokong Hindraf berkesempatan menemui Abdullah dan seorang kanak-kanak, Vwaishhnnavi, yang juga anak perempuan Pengerusi Hindraf, W Waythamoorthy, menyerahkan kad ucapan Aidilfitri kepada Abdullah.

Keadaan menjadi kecoh seketika apabila mereka dihalang memasuki dewan jamuan di aras empat PWTC dan mula melaungkan rasa tidak puas hati kerana menunggu terlalu lama untuk bertemu Perdana Menteri. Bagaimanapun, campur tangan polis berjaya mengawal keadaan.

Syed Hamid berkata, beliau menerima banyak SMS dan panggilan, termasuk daripada masyarakat India yang kesal dengan tindakan Hindraf menyalahgunakan peluang menemui pemimpin negara bagi kepentingan agenda peribadi tanpa mempedulikan perasaan orang lain.

Beliau berkata, kementeriannya akan menyiasat siapa yang mendalangi tindakan Hindraf itu dan mengambil tindakan bersesuaian supaya perbuatan seumpamanya yang berpotensi menjejaskan keharmonian kaum tidak lagi berulang.

Menteri Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang kesal dengan tindakan kumpulan berkenaan akan membawanya ke mesyuarat Kabinet, minggu depan.

"Walaupun mahu menuntut keadilan kerana ada perkara tertentu yang kita tidak puas hati, ia perlu dilakukan secara beradab. Kejadian di PWTC itu tidak sepatutnya berlaku kerana kita sememangnya mempunyai saluran yang sesuai untuk berbuat demikian," katanya.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata penyokong Hindraf mempunyai pelbagai cara yang lebih sesuai untuk menyampaikan masalah mereka dan bukannya menimbulkan kekecohan pada majlis hari raya.

"Perdana Menteri cukup bersabar. Tindakan Hindraf itu hanya membuatkan orang ramai marah dan bosan dengan kerenah mereka. Saya bagi pihak rakan Kabinet minta maaf khususnya kepada orang ramai yang menunggu berjam-jam untuk bersalaman dan menyambut hari raya bersama pemimpin negara pada majlis itu," kata Menteri Pelajaran.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib