Harakah (11/11/08): Jurucakap Sekretariat Bersih, Faisal Mustaffa mempertahankan dakwaan laporan bahawa 24 aktivis yang menyertai himpunan aman sempena ulang tahun Bersih ditahan ketika menyanyikan lagi Negaraku.
Beliau menegaskan demikian ketika mengulas penafian Ketua Polis Selangor, Dato' Khalid Abu Bakar menafikan bahawa pihak polis bertindak menyuraikan para ketika mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku.
Khalid dalam satu laporan akhbar menyatakan "Itu adalah dakwaan mereka (peserta)," kata Khalid kepada pemberita di ibupejabat polis daerah Petaling Jaya.
Faisal yang kesal dengan penahanan itu berkata, himpunan yang diadakan di Petaling Jaya adalah secara aman.
"Selaku sekretariat Bersih, saya ingin menyatakan di sini bahawa orang ramai yang berhimpun secara aman sememangnya sedang menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku. Dan pada ketika itu, polis bertindak ganas," katanya.
Kata Faisal, apa yang lebih menyedihkan lagi ialah ketika tangakapan mula dibuat ketika rangkap "Raja Kita Selamat Bertakhta"
Ini menunjukkan bahawa pihak polis telah mencemarkan kedaulatan raja dan perlembagaan, dakwa Faisal dalam satu ulasannya mengenai isu tersebut.
"Saya tidak mahu menyentuh tentang sikap anggota polis termasuk anggota yang berpangkat tinggi yang lepak, duduk dan menjerit-jerit memberi arahan kepada anggota yang lain ketika lagu dinyanyikan," katanya sinis.
Perlu ditekankan di sini bahawa orang ramai yang berhimpun bukan menyanyikan lagu Memula Moon atau Negarakuku, katanya.
Secara keseluruhannya, Ketua Polis Negeri telah bercakap bohong dan melalui kenyataannya kepada media semalam, dakwa Faisal.
Ia juga menunjukkan Ketua Polis tersebut tidak layak menjadi seorang yang berpangkat di dalam organisasi polis terutamanya di negeri di bawah jajahan takluk kerajaan Pakatan Rakyat, katanya lagi.
Dalam himpunan anjuran Bersih pada 9 November lalu, 24 peserta termasuk ahli Parlimen dan Adun ditahan ketika mereka mahu bersurai dan menyanyikan lagu Negaraku.
Seorang bekas wartawan webtv PAS, Shukri Mohamad yang kini bertugas sebagai jurukamera Malaysiakini ditahan.
Shukri yang mengulas penahanannya sebaik dibebaskan kesal dengan penahanan tindakan polis itu sedangkan ketika itu beliau sedang merakam gambar 'water cannon'.
"Saya sedang merakam gambar trak meriam air apabila seorang anggota polis mengarahkan saya berhenti berbuat demikian, Dia mengarahkan saya menyerahkan kamera dan pita rakaman. Saya berpusing dan beredar dari situ apabila saya ditahan," kata Shukri sebaik dibebaskan.
Peserta himpunan yang berjalan menuju ke pusat tersebut sejurus selepas jam 9.30 malam, selepas pihak polis mengarahkan mereka bersurai dari Padang Timur, kira-kira satu kilometer dari situ.
Sepasukan anggota polis anti rusuhan dan trak meriam air tiba di situ untuk menyuraikan 300 peserta himpunan yang mengakibatkan keadaan menjadi tegang.
Akibatnya, anggota polis mula menyuraikan orang ramai dengan menggunakan perisai mereka.
Turut ditahan ialah, anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng San serta kira-kira 22 orang lain Sementara ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pula dikatakan dikasari dan ditolak masuk ke dalam Black Maria.
Mereka yang ditahan, dibawa ke balai polis Petaling Jaya dan dibebaskan pada jam 7.00 pagi 10 November lalu.
Sebelum kejadian, pihak polis telah mengadakan sekatan jalan raya dari pelbagai arah menuju ke lokasi himpunan, dan ia menyebabkan kesesakan lalulintas pada hari cuti.

0 comments
Post a Comment