Aktivis Jerit diminta edar statistik jenayah di KT

Posted by Unknown Friday, December 19, 2008

Harakah (14/12/08): Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berharap aktivis Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) yang terlibat dalam kempen berbasikal ke seluruh negara untuk menuntut perubahan supaya datang beramai-ramai ke Kuala Terengganu dan mengedarkan statistik jenayah di negara ini.

Beliau berkata demikian mengulas gertakan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang menyatakan polis akan menyiasat dalang atau penaja kempen berbasikal yang bertemakan 'Rakyat Pengayuh Perubahan' itu.

"Bawa statistik jenayah seluruh negara. Berapa kes bunuh, rompakan dan rogol yang berlaku di negara ini ketika polis semakin ghairah menjadi aktivis penjaga kepentingan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Edarkan kepada rakyat Kuala Terengganu yang akan menghadapi pilihan raya kecil berapa banyak kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan termasuk kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, kes penculikan dan kehilangan Sharlinie Mohd Nashar, kes rompakan mikrocip RM50 juta di Zon Perdagangan Bebas Batu Maung, kes kehilangan dadah dalam simpanan polis Johor dan semua kes yang tidak selesai yang mungkin memaksa kita menunggu sehingga kucing bertanduk untuk melihat kes-kes itu diselesaikan," kata beliau. Image

Selepas kesemua statistik itu diedarkan di Kuala Terengganu, Mohamad Sabu meminta Jerit mengedarkan pula statistik tersebut ke seluruh negara dan beliau yakin dapat meminta kerjasama ahli-ahli PAS untuk mengedarkannya.

"Panggil kesemua media dalam negara dan media luar negara yang ada wakilnya dalam negara ini untuk membuat liputan.

"Kita hendak lihat adakah polis akan memerangi rakyat yang tertindas menyebarkan statistik yang sememangnya telah disiarkan kepada orang ramai itu.

"Kalau menyebarkan statistik yang sememangnya telah disiarkan kepada orang ramai dianggap salah, apa sebab salah dan undang-undang mana yang menyatakan perkara itu salah?" katanya lagi.

Dalam kenyataannya, Ismail berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menganjurkan perarakan tanpa permit tersebut, walaupun mereka merupakan ahli politik.

"Aktiviti ini secara tidak langsung terdapat elemen yang melanggar undang-undang negara kita kerana terdapat perhimpunan, perjumpaan dan perarakan tanpa permit," katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam perarakan itu "atau tindakan undang-undang sedia ada akan digunakan"

2 comments

  1. Anonymous Said,

    salam pak bakaq, abang mat sabu!

    saya sarankan YB-YB ADUN dan MP PR pun kena buat kerja jugak, sebarkan statistik tersebut kapada rakyat jelata di kawasan masing-masing sambil2 melaram dengan kereta kereta mewah mcm kat Kedah tu.

    Posted on December 19, 2008 at 4:45 PM

     
  2. Anonymous Said,

    Penarik beca,
    Cara Mohamad Sabu mengedarkan statistik jenayah di negara ini melalui aktivis Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) akan menimbulkan berbagai persoalan rakyat terhadap polis. Sekarang giliran polis jawab mengapa perkhidmatan mereka sebenarnya indah kabar dari rupa...?

    Posted on December 20, 2008 at 9:51 PM

     

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib