Posting di bawah ada dalam blog siapa pun saya tak ingat. Tetapi dibuang atas sebab yang tak dapat dielakkan:
Kisah polis pukul anak polis
Sebagai pekerja sosial, berbelas tahun yang lalu, pernah mahkamah merujuk satu kes kanak-kanak ( ketika itu dipanggil kes juvana ) kepada kami.
Dalam temubual dengan kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 16 tahun itu ( katakan A ) ia memberitahu kami, ketika sesi pertanyaan di dalam tahanan di lokap di AS ia dipukul dengan begitu teruk sekali. Salah seorang polis yang terlibat ialah 'mata-mata' B.
Suatu hari apabila saya berkesempatan terjumpa dengan B, saya bangkitkan perkara itu kepadanya secara tidak langsung. B menafikan sekeras-kerasnya. Katanya, polis tidak melakukan kerja-kerja seperti itu. Hanya sedikit kekerasan yang munasabah sahaja digunakan untuk mencungkil maklumat.
Selang beberapa bulan, kami dirujukkan beberapa kes lagi. Salah seorang dari mereka adalah anak kepada mata-mata B. Dalam kenyataannya kepada kami, B kelihatan sangat marah dan mempersoalkan tindakan biadap polis yang memukul anaknya di lokap L.
Katanya, anaknya ditampar dikepala, ditelinga, dipukul ditapak kaki dengan menggunakan paip getah, ditendang dan sebagainya sehingga menyukarkan pendengarannya.
Kenapa ini boleh berlaku. Mungkinkah polis di L tidak tahu bahawa yang sedang dikerjakan mereka adalah juga anak polis. Begitu ?
B memberitahu tidak tahu kenapa tetapi banyak lagi cerita dalaman polis dikhabarkan kepada kami.
Saya cuma mahu kepastian daripadanya - betulkah mereka itu polis atau anaknya sengaja 'mereka' cerita. Saya ingatkan kisah A yang menuduh polis memukulnya di mana B juga terlibat dalam insiden itu.
B menundukkan muka. Mungkin malu. Memek mukanya menterjemahkan kerunsingannya. Pergerakkan badannya tidak henti-henti. Dan B pasti tahu apa yang kami faham.
Manusia sanggup bertindak seperti binatang kepada orang lain, tetapi jika perkara itu berlaku kepada ahli keluarganya, ia langsung tidak dapat menerima hakikat itu. Kenapa ?
Untuk direnungkan.
1 Comment
Manusia sanggup bertindak seperti binatang kepada orang lain, tetapi jika perkara itu berlaku kepada ahli keluarganya, ia langsung tidak dapat menerima hakikat itu. Kenapa?
...........sukar menjawabnya, tp apa yang boleh saya kata masa buat tu tak fikir dah cara terbaik, fikir nak senang dapat maklumat..maklumlah mereka dah dilatih cara begitu gamaknya...masuk dalam silibus matapelajaran semasa latihan..nak buat cam ner...sistem kita kan ikut sistem orang putih..so apa yang orang putih guna, itulah yang kita ikut...kita tak de sistem sendiri...sistem Islam tak nak pakai...yang di pakai bab nikah lagi satu dan beberapa lagilah.., tengok sendiri lah...
Selagi manusia ada akal selagi itulah perasaan sayang kepada kepunyaan sendiri tetap ada..itu fitrah yang Allah Tuhan Pencipta kita anugerahkan..cuma masalahnya selagi manusia itu dikuasai nafsu syaitannya, selagi itu lah dia tak dapat menerima hakikat itu, atau dalam erti kata lain susah untuk berlaku adil...
Posted on March 25, 2009 at 1:07 AM
Post a Comment