Artikel asal di sini.
Batu Puteh goes to Singapore (Malaysiakini 23/5/08)
Pulau Batu Puteh milik Singapura (Malaysiakini 23/5/08)
Karpal: Was gov't ill-advised? (Malaysiakini 24/5/08)
Keputusan ICJ mengecewakan, kata Karpal (Malaysiakini 24/5/08)
Batu Puteh: Persatuan nelayan 'terkilan' (Malaysiakini 24/5/08)
Bukan Batu Puteh saja, maruah juga lama digadai
Harakahdaily (24/5/08): Bukan Pulau Batu Puteh sahaja yang terlepas kepada Singapura malah maruah dan kedaulatan negara ini juga telah lama tergadai kepada pulau itu, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.
"Umno tidak perlu lagi bercakap mengenai kedaulatan negara, maruah negara, hak istimewa Melayu, Dasar Ekonomi Baru atau apa sahaja. Hampir kesemuanya telah dipersembahkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada konco-konco Lee Kuan Yew," kata beliau ketika diminta menngulas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan pulau itu adalah milik Singapura.
Sebelum ini, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, kerajaan BN telah menggadaikan maruah dan kedaulatan negara kepada Singapura dengan pembatalan jambatan bengkok dan pembukaan wilayah Malaysia kepada pulau sempit itu di Wilayah Pembangunan Iskandar.
"Kalau Pulau Batu Puteh direntap oleh keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), maruah dan kedaulatan negara ini dipersembahkan sendiri oleh kerajaan Barisan Nasional kepada Malaysia.
Gadai maruah
"Keputusan mahkamah kita hormati. Tetapi bolehkah kita hormati keputusan membatalkan pembinaan jambatan bengkok yang sekaligus merupakan penyerahan maruah dan kedaulatan negara kepada Singapura?" beliau mempersoalkan.
Tidak ada siapa pun atau mana-mana mahkamah pun yang menyatakan Malaysia tidak berhak membina jambatan itu, tetapi kerajaan Umno dan BN telah membatalkannya kerana takut berhadapan dengan tekanan Singapura.
"Walaupun kita menghormati keputusannya, kita masih lagi berhak untuk merasa tidak puas hati kepada keputusan ICJ yang menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura semata-mata kerana surat Penolong Setiausaha kerajaan Johor pada 1953 kepada Singapura yang tidak menuntut hak milik ke atas pulau itu dan kesilapan kerajaan Malaysia yang tidak tidak berbuat apa-apa untuk menunjukkan haknya ke atas pulau itu selama lebih 100 tahun. Sedangkan, kita baru 50 tahun merdeka dan Singapura pula pernah menjadi sebahagian dari Malaysia walaupun keluar pada tahun 1965.
Paling malang
"Tetapi, hari yang lebih malang dan paling malang kepada kita sebagai rakyat negara ini ialah apabila kerajaan Umno dan BN mempersembahkan maruah dan kedaulatan negara ini kepada Singapura," katanya.
Menurut beliau, Malaysia terlalu banyak memberi kepada Singapura.
"Tidak megapa kita hanya mendapat batu yang tenggelam bila air pasang dan hanya boleh dilihat bila air surut (Batuan Tengah dan Tubir Selatan) kerana itu keputusan ICJ, walaupun Pulau Batu Puteh terletak hanya kira-kira 12.8 kilometer (km) dari Pengerang, Johor dan 64 km ke timur Singapura," kata Mahfuz yang pernah berusaha memasang bendera Malaysia di Pulau Batu Puteh ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS dahulu setelah menyedari kerajaan Umno dan BN mendiamkan diri apabila Singapura mengibarkan benderanya di pulau sejak 1977 lagi.
Percubaan itu dihalang oleh polis Malaysia atas sebab keselamatan.
Tetapi, katanya lagi, dalam perkara yang tidak ada keputusan mahkamah pun Malaysia sentiasa mengalah kepada Singapura.
Tidak masuk akal
"Air kita dijual kepada mereka dengan harga yang tidak masuk akal dan memalukan. Adakah kita tidak malu kepada masyarakat antarabangsa kalau kiranya kita dituduh menjual air kepada Singapura dengan harga yang tidak akan diberikan oleh sesiapa sahaja yang siuman?
"Tidak cukup dengan itu, kerajaan yang ada sekarang tidak henti-henti tunduk dan patuh kepada Singapura dan baru-baru ini Maybank yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membeli pula Bank Internasional Indonesia (BII) dengan harga yang dilaporkan empat kali ganda lebih tinggi dari harga pasaran dari Sorak Financial Holdings yang dimiliki Fullerton Financial Holdings (75 peratus) dan dan Kookmin Bank (25 peratus). Fullerton ialah anak syarikat Temasek Holdings.
"Sukar dipercayai Maybank bertindak sendiri membuat keputusan tidak berhemah itu," katanya.
Batu Putih hak Singapura - ICJ juga putuskan Middle Rocks kepunyaan Malaysia (Utusan Malaysia 24/5/08)
Batu Puteh hak Singapura
Penghakiman setebal 81 halaman putuskan Batuan Tengah milik Malaysia
Berita Harian (24/5/08): Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semalam memutuskan Singapura mempunyai hak ke atas Pulau Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia.Pulau Batu Puteh decision: Court leaves sovereignty over South Ledge open
Bagaimanapun, ICJ memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.
Penghakiman setebal 81 halaman itu yang dibacakan oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, selama kira-kira sejam 45 minit mulai 10 pagi itu, (4 petang waktu Malaysia), menamatkan pertikaian lebih 28 tahun oleh kedua-dua negara ke atas muka bumi itu.
Dalam keputusan berhubung Pulau Batu Puteh yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Blanca, 12 hakim memihak kepada Singapura manakala empat Malaysia, Batuan Tengah (15-1). Bagi Tubir Selatan ICJ mengundi 15-1, ia hak negara yang memiliki perairannya.
Mereka mengiktiraf tuntutan Kesultanan Johor terhadap hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh serta dua lagi, tetapi mengambil kira bahawa lebih 100 tahun Malaysia tidak berbuat apa-apa untuk menunjukkan haknya ke atas pulau itu.
Hakim, Awn Shawkat Al-Khasawneh
Selain itu, surat Penolong Setiausaha kerajaan Johor pada 1953 kepada Singapura yang tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Puteh, dianggap mahkamah sebagai pengakuan penyerahan kedaulatan pulau berkenaan kepada republik itu.
Keputusan ICJ yang juga badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, adalah muktamad dan mengikat kedua-dua negara serta tidak boleh dirayu lagi. Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysia mendengar penghakiman itu, menyifatkan keputusan berkenaan sebagai menang-menang kerana Singapura tidak memperoleh semua yang dituntut, sebaliknya Malaysia diberi hak kedaulatan ke atas Batuan Tengah.
Sehubungan itu, katanya, Jawatankuasa Teknikal yang dibentuk kedua-dua negara bagi mengkaji hasil keputusan itu akan memulakan segera mesyuarat untuk mencari kaedah penyelesaian kedudukan Tubir Selatan, yang tidak diputuskan pemiliknya dalam penghakiman berkenaan.Beberapa pelanggan di sebuah kedai makan di Chow Kit tidak ketinggalan mengikuti siaran langsung keputusan penghakiman Pulau Batu Putih yang dibawakan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Siaran langsung ini disiarkan mulai pukul 4 petang, semalam.
ICJ mula membicarakan tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh pada 6 November 2007. Dokumen ratifikasi perjanjian khas untuk memeterai persetujuan kedua-dua negara membawa dan menerima sebarang keputusan ICJ berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu ditandatangani Malaysia dan Singapura pada 6 Februari 2003 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
Ini kali kedua ICJ membuat keputusan berhubung tuntutan wilayah bertindih membabitkan Malaysia. Pada Disember 2002, ICJ memutuskan Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di pantai Sabah, yang turut dituntut Indonesia.
Dalam menolak tuntutan Singapura ke atas Batuan Tengah, Awn Shawkat berkata, 15 hakim mendapati hak milik asal Batuan Tengah perlu dikekal kepada Malaysia sebagai pengganti Kesultanan Johor.
Beliau berkata, mahkamah tidak menerima tuntutan Singapura berhubung negara yang memiliki kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, sekali gus mempunyai hak yang sama ke atas Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Berhubung Pulau Batu Puteh, mahkamah menerima hujah Malaysia bahawa Kesultanan Johor mempunyai hak kedaulatan ke atas pulau berkenaan bermula sebelum 1800 hingga 1840 dan melalui surat pegawai kanan kerajaan Johor hak itu diserahkan kepada kerajaan British Singapura pada 1953.
"Mahkamah memutuskan Kesultanan Johor mempunyai hak milik asal ke atas Pulau Batu Puteh dan hak itu disokong serta disahkan melalui tindakan Sultan Johor mengambil tindakan ke atas Orang Laut yang tinggal di kepulauan di Selat Singapura termasuk Pulau Batu Puteh serta menjadi kawasan marin itu tempat penginapan mereka," katanya.
Katanya, hak kedaulatan pulau berkenaan terus berada di bawah Kesultanan Johor melalui perjanjian British-Belanda 1824, Triti Crawfurd 1824 dan apabila Sultan Johor bersetuju menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur (EIC).
Mengenai kedudukan perundangan ke atas pulau itu selepas 1840, Awn Shawkat berkata, mahkamah menimbang fakta yang berkaitan, terutama mengenai kegiatan atau tindakan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam tempoh itu.
"Kami meneliti kejadian yang berlaku dalam tempoh itu seperti proses pembinaan rumah api dan kegiatan yang berlaku pada 1852-1952, iaitu pengenalan peraturan mengenai rumah api serta sistem lampu selat, perkembangan perlembagaan Malaysia dan Singapura serta peraturan perikanan Johor pada 1860 tetapi semuanya tidak dapat membantu memuktamadkan kes di depan mahkamah ini.
"Bagaimanapun, mahkamah mengambil kira surat Penolong Setiausaha Kerajaan Johor dan mentafsirkan sebagai satu yang amat penting untuk menentukan persefahaman perkembangan kedua-dua pihak berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh.
"Justeru mahkamah mendapati surat jawapan Johor itu menunjukkan sejak 1953 lagi negeri itu sedar ia tidak lagi mempunyai hak kedaulatan ke atas pulau berkenaan," katanya.
Awn Shawkat berkata, mahkamah akhirnya meneliti tindakan atau kegiatan yang dilakukan kedua-dua pihak selepas 1953 dan membuat kesimpulan tindakan tertentu seperti penyiasatan Singapura berhubung kapal karam dalam perairannya, permohonan kebenaran pegawai Malaysia membuat kerja ukur di perairan pulau itu, sebagai tindak-tanduk melaksanakan hak kedaulatan.
Selain itu, katanya, mahkamah menimbang tindakan pihak lain yang menyokong tuntutan Singapura seperti tindakan Malaysia mendiamkan diri apabila Singapura mengibarkan bendera di Pulau Batu Puteh, pemasangan alat komunikasi tentera pada 1977, cadangan kerja penambakan laut, penerbitan tertentu serta peta.
Berdasarkan fakta itu, katanya, mahkamah memutuskan bahawa Singapura sudah mempunyai hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh sejak 1980, iaitu tarikh pertikaian kes itu bermula.
INFO: Pulau Batu Puteh
# Pulau Batu Puteh sebesar separuh padang bola sepak itu terletak kira-kira 12.8 kilometer (km) dari Pengerang, Johor dan 64 km ke timur Singapura.
# Batuan Tengah dan Tubir Selatan secara geologi bersambung dengan Pulau Batu Puteh.
# Jarak di antara Batuan Tengah dengan Pulau Batu Puteh ialah 0.96 kilometer manakala Tubir Selatan dengan Pulau Batu Puteh kira-kira empat kilometer.
# Malaysia dan Singapura bersetuju membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2003 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
# ICJ mula membicarakan tuntutan terhadap pulau itu pada 6 November 2007.
# Delegasi Malaysia terdiri daripada ejen, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad; ejen bersama, Datuk Noor Farida Ariffin; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd Isa dan wakil kerajaan Johor, Datuk Hamsan Saringat.
# Delegasi Singapura pula terdiri daripada Timbalan Perdana Menterinya, S Jayakumar; Ketua Hakim Negara, Chan Sek Keong; Peguam Negara, Chao Hick Tin dan ejennya, Prof Tommy Koh.
NST (24/5/08): The International Court of Justice (ICJ) has declared that sovereignty over Middle Rocks belongs to Malaysia while Singapore has the right to govern Pulau Batu Puteh (PBP).
The court said that sovereignty over South Ledge would belong to the "state in the territorial waters of which it is located".
It said the ICJ was constituted to determine sovereignty and not the maritime boundary.
There was hardly any reaction from both camps after ICJ vice-president Awn Shawkat Al-Khasawneh completed reading the majority judgment that took almost two hours.
It was a 12-4 ruling to declare that PBP belonged to Singapore, 15-1 to award Middle Rocks to Malaysia and 15-1 that sovereignty over South Ledge belonged to the state in the territorial waters of which it is located.
The decision is final and is not appealable.
Tracing historical events prior to 1953, the court said it was clear that the Johor Sultanate had sovereignty over the island, almost the size of a football field, from time immemorial.
It said the Anglo-Dutch Treaty of 1824 determined the sphere of influence between Britain and The Netherlands.
The court said the Johor empire was divided into two: new Johor empire and the Riau-Lingga Sultanate.
"Historical facts, however, point that PBP belonged to Johor," the judgment said.
The court noted that Britain and, subsequently, Singapore conducted activities on the island.
It said the Colonial secretary of Singapore had written a letter dated June 12, 1953 to the British Adviser to the Johor Sultan, asking information about PBP.
"In a letter dated Sept 21, 1953, the acting State Secretary of Johor replied that the Johor government did not claim ownership of the island," it said.
The court said it considered the correspondence and found that Johor's reply showed that as of 1953, the state understood that it did not have sovereignty over PBP.
"That letter of denial was binding as it was an undertaking from Johor that she would not claim ownership of the island," it said.
The court also noted that even after 1953, Malaysia did not undertake any activities compared with Singapore.
It also did not protest when Singapore installed military communication equipment in 1977 and proposed reclamation plans to extend the island.
"The court concluded that the conduct of Singapore and its predecessor and the failure by Malaysia to respond, showed that by 1980 sovereignty over PBP had passed to the island republic."
Malaysia and Singapore made oral submissions before the 16-member bench last November.
The Malaysian legal team was led by Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, former ambassador to The Netherlands Datuk Noor Faridah Ariffin, Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail, Sir Elihu Lauterpacht, Professor James Crawford, Prof Nicolaas Jan Schrijver, Professor Marcelo G Cohen and Penelope Nevill.
The dispute began when Singapore lodged a protest note in 1980 after Malaysia published a continental shelf map the previous year, showing the island as part of her territory.
In 1993, Singapore expanded her claim by including Little Rocks and South Ledge as part of its territorial waters.
The then prime minister Tun Dr Mahathir and his counterpart agreed to refer the dispute to the ICJ in 1994 after failing to resolve it through bilateral means.
0 comments
Post a Comment