Artikel asal di sini
KENYATAAN MEDIA
Pada 28 Januari lalu, mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas yang bukan terdiri daripada kalangan pimpinan parti untuk menyiasat dakwaan yang telah dibuat oleh Sdr Ezam terhadap diri saya dan dakwaan saya terhadap Sdr Ezam (Rujuk Laporan Arfaeza A.Aziz : Malaysiakini.com 28 Januari, 2004). Malangnya, keputusan ini telah diubah pula oleh Mesyuarat MPT yang bersidang di Ceruk ToKun pada 14 Februari lalu, berikutan ugutan daripada Sdr Ezam
Mohd Nor dan YB Azmin Ali. Saya difahamkan bahawa mereka berdua telah memberikan kata dua kepada ahli-ahli MPT yang hadir bahawa sekiranya saya tidak dipecat sebagai ahli KeADILan dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat tersebut, mereka berdua akan meletakkan jawatan, Insiden ini telah membawa kepada perlantikan 3 individu dari kalangan ahli MPT sendiri untuk mengendalikan kes saya ini. Mereka ini adalah Sdr Abdul Rahman Othman, Timbalan Presiden KeADILan, Sdr Chua Tian Chang, Naib Presiden KeADILan dan Dato Kamarul Baharin Abbas, Bendahari Agong KeADILan.
Pada 15 Februari lalu, saya telah menghantar notis bantahan rasmi saya kepada Timbalan Presiden KeADILan berhubung perubahan keputusan MPT yang jelas bercanggah dengan Perlembagaan Parti yang menegaskan bahawa Jawatankuasa Disiplin Parti mestilah terdiri daripada individu bebas dan bukan pimpinan utama parti. Malangnya, bantahan saya ini tidak diterima dan saya diminta untuk mengemukakan bukti dan hujah bagi membela diri saya serta bukti dakwaan saya terhadap Sdr Ezam kepada Jawatankuasa yang terdiri daripada pimpinan parti tadi, selewat-lewatnya jam 12.00tgh, 17 Februari lalu.
Keenganan pimpinan KeADILan untuk mewujudkan jawatankuasa bebas bagi menyiasat dakwaan saya dan dakwaan Sdr Ezam ini telah memaksa saya untuk memboikot siasatan yang dilakukan oleh pimpinan parti tadi. Tindakan saya memboikot siasatan ini telah membawa kepada pemecatan saya sebagai ahli parti KeADILan, oleh Mesyuarat Khas MPT yang bersidang di Ibu Pejabat KeADILan bermula jam 6.00ptg semalam. Tiga alasan telah diberikan untuk memecat saya, Pertama : kerana saya dikatakan telah melemparkan tuduhan liar tanpa bukti, Kedua : kerana saya dikatakan telah memujuk ahli KeADILan menyertai UMNO dan yang Ketiga : kerana saya dikatakan telah memburukkan nama KeADILan melalui media.
Memandangkan MPT yang bersidang semalam, jelas telah gagal untuk berlaku adil kepada diri saya yang telah mengorbankan seluruh kehidupan saya untuk parti ini sepanjang tempoh lima tahun lebih yang lalu. Saya tidak punyai pilihan lain selain daripada mengemukakan hujah dan bukti saya kepada rakyat dan membiarkan rakyat menilai sendiri siapa sebenarnya yang berada di pihak yang benar.
A) Bagi menjawab tuduhan Sdr Ezam yang menyatakan saya telah menyertai UMNO dan memujuk ahli KeADILan menyertai UMNO sebagai alasan pemecatan saya sebagai Setiausaha Pemuda KeADILan, ingin saya tegaskan di sini bahawa :
Dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan pada 28hb Januari lalu, saya telah menjunjung Al-Quran di hadapan ahli MPT yang hadir dan melafazkan sumpah saya yang berbunyi, BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM, WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI, saya bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak pernah menyertai UMNO semenjak dipecat daripada UMNO pada 6 Oktober 1998 serta tidak pernah memujuk atau menawarkan kepada sesiapa untuk menyertai UMNO bersama saya. Saya juga tidak pernah menyerahkan sebarang surat perletakan jawatan kepada Sdr Ezam dan saya tidak pernah menerima sebarang surat atau sms berhubung pemecatan saya sebagai Setiausaha Pemuda.
Dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan pada 28hb Januari lalu juga, saya telah memaklumkan kepada MPT yang hadir bahawa, Sdr Ezam telah jelas berbohong apabila menyatakan kepada media yang beliau telah dimaklumkan oleh Sdr Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS bahawa saya telah memberitahu Salahuddin yang saya telah menyertai UMNO (Rujuk Laporan R.Manirajan : The Sun 29 Januari, 2004). Sdr Salahuddin sendiri telah menafikan perkara ini kepada media dan kepada saya melalui sms bertarikh 28 Januari 2004 yang berbunyi, Wallahi, aku tak pernahpun cakap dengan Ezam pasal kau, aku baru balik dari London.
Dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan pada 28hb Januari lalu, saya turut memaklumkan kepada MPT yang hadir bahawa Sdr Ezam juga jelas telah berbohong bila mengatakan bahawa Ketua Pemuda KeADILan Kedah, Selangor dan Perak telah melaporkan kepada beliau bahawa saya memujuk mereka untuk menyertai UMNO dan menerima tawaran UMNO (Rujuk Laporan Audrey Edwards : The Star 27 Januari, 2004). Ini adalah kerana pada pagi 28hb Januari lalu di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, ketiga-tiga Ketua Pemuda KeADILan Negeri terbabit telah membuat kenyataan kepada media, menafikan bahawa saya pernah memujuk mereka untuk menyertai UMNO atau menerima tawaran UMNO.
Dengan penjelasan saya kepada MPT yang besidang pada 28hb Januari lalu, telah jelas dan nyata yang dakwaan Sdr Ezam bahawa saya telah menyertai UMNO dan mengajak atau menawarkan ganjaran kepada ahli KeADILan untuk menyertai UMNO bersama saya adalah tidak benar dan fitnah belaka. Sepatutnya tindakan disiplin diambil ke atas Sdr Ezam dan ianya tidak dijadikan alasan lagi bagi MPT yang bersidang semalam untuk memecat saya, memandangkan saya telahpun menjawab pertuduhan ini.
B) Bagi menjawab alasan ketiga pemecatan saya yang mengatakan bahawa saya telah memburukkan nama parti di media massa. Ingin saya tekankan di sini bahawa sehingga saat saya dipecat daripada menjadi ahli parti semalam, saya tidak pernah menyerang atau memburukkan nama KeADILan di media masa. Sasaran saya sebelum ini hanya tertumpu kepada Sdr Ezam, Sdr Azmin dan Sdr Khalid sahaja. Jika mengkritik mereka bertiga ini dianggap sebagai mengkritik dan memburukkan parti, maka ini secara tidak langsung mengiakan kenyataan saya bahawa Ezam/Azmin/Khalid itu KeADILan dan KeADILan itu Ezam/Azmin/Khalid. Jika saya dipecat kerana membela diri saya dengan menggunakan media massa, Ezam juga sebagai orang yang mula-mula sekali mengheret isu ini ke media massa wajar dipecat daripada parti. Adalah jelas tidak adil jika saya yang diaibkan oleh Sdr Ezam melalui media massa selama 3 hari berturut-turut, hanya dibenarkan untuk membela diri saya dalam mesyuarat MPT KeADILan yang dihadiri oleh tidak sampai 30 orang.
Tujuan saya memanggil sesedara hadir pada petang ini, di lokasi yang satu ketika dahulu pernah digunakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim untuk mengangkat sumpah, iaitu Masjid Negara Kuala Lumpur, adalah supaya sesedara dapat menjadi saksi kepada sumpah yang bakal saya lafazkan selepas ini dan cabaran saya kepada Sdr Ezam Mohd Nor, Sdr Azmin Ali dan Sdr Khalid Jaafar. Apa yang akan saya perkatakan ini sekaligus menjawab alasan pertama kenapa saya dipecat iaitu, kerana kononnya saya membuat tuduhan liar tanpa bukti.
LAFAZ SUMPAH DENGAN MENJUNJUNG KITAB SUCI AL-QURAN
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM, WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI,
Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa dakwaan saya tentang kewujudan dana USD 250,000 iaitu sekitar RM 1 Juta yang diuruskan kemasukannya ke Malaysia oleh Sdr Mohamad Ezam Mohd Nor melalui Tambak Johor pada tahun 1999 adalah benar dan bukan cerita rekaan.
Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa dakwaan saya tentang dana RM 300,000 yang diterima oleh Sdr Ezam daripada bekas Ketua Pemuda Terengganu pada tahun 2000 adalah benar.
Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa Sdr Ezam pernah memaklumkan kepada saya tentang dana RM 3 juta yang baru diterima oleh YB Sdr Azmin Ali.
Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa jika ketiga-tiga dakwaan saya di atas tidak benar, maka saya rela Allah turunkan bala ke atas diri saya.
Saya juga turut mengakui bahawa ketiga-tiga dana ini tidak pernah di masukkan ke dalam akaun Pemuda KeADILan Malaysia ataupun akaun Parti KeADILan Nasional.
CABARAN SAYA KEPADA SDR EZAM, AZMIN DAN KHALID
1) Saya mencabar Sdr Mohamad Ezam Mohd Nor, Ketua Pemuda KeADILan untuk hadir di sini pada hari Sabtu ini 21 Februari, tepat jam 11.00 pagi untuk melafazkan sumpah berikut dengan menjunjung kitab suci Al-Quran :-
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM, WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI, Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa saya Mohamad Ezam bin Mohd Nor tidak tahu menahu dan tidak pernah membelanjakan walau satu sen pun dana USD 250,000 yang dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 1999 melalui Tambak Johor sepertimana yang di dakwa oleh Sdr Lokman Noor Haji Adam. Saya juga tidak pernah memberi pengakuan kepada beliau atau teman-teman lain bahawa saya pernah menerima dana tersebut. Sekiranya saya berbohong saya rela Allah menurunkan bala ke atas diri saya.
Saya juga dengan nama Allah bersumpah bahawa saya tidak tahu menahu dan tidak pernah membelanjakan walau satu sen pun dana sejumlah RM 300,000 yang diberikan oleh Bekas Ketua Pemuda KeADILan Terengganu pada tahun 2000 sepertimana yang didakwa oleh Sdr Lokman Noor Haji Adam. Sekiranya saya berbohong, saya rela Allah menurunkan bala ke atas diri saya.
2) Saya juga mencabar YB Sdr Azmin Ali, Naib Presiden KeADILan untuk hadir di sini pada hari Sabtu ini 21 Februari tepat jam 11.00 pagi untuk melafazkan sumpah berikut dengan menjunjung kitab suci Al-Quran :-
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM, WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI, Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa saya Mohd Azmin bin Ali, tidak tahu menahu dan tidak pernah serta tidak akan membelanjakan walau satu sen pun dana RM 3 Juta sepertimana yang didakwa oleh Sdr Lokman Noor Haji Adam, pernah dimaklumkan kepadanya oleh Sdr Mohamad Ezam Mohd Nor. Sekiranya saya berbohong, saya rela Allah menurunkan bala ke atas diri saya.
3) Di sini juga saya ingin mencabar Sdr Khalid Jaafar, Ketua Penerangan KeADILan untuk hadir di sini pada hari Sabtu ini 21 Februari, tepat jam 11.00 pagi untuk melafazkan sumpah berikut dengan menjunjung kitab suci Al-Quran :-
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM, WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI, Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa saya Khalid bin Jaafar, tidak pernah menggunakan nama Dato Seri Anwar Ibrahim, nama Parti KeADILan Nasional dan nama Gerakan Reformasi untuk mendapatkan sebarang bentuk sumbangan atau dana dari mana-mana pihak samaada dalam negeri atau dari luar Negara tanpa pengetahuan ahli-ahli MPT KeADILan. Sekiranya saya berbohong, saya rela Allah menurunkan bala ke atas diri saya.
Di sini juga saya ingin merayu kepada 3 orang penggerak utama gerakan reformasi iaitu, Dato Sanusi Abdullah, Bekas Exco Pemuda KeADILan Malaysia yang telah banyak menghulurkan sumbangan dan mencari penyumbang untuk KeADILan dan Gerakan Reformasi sejak KeADILan mula ditubuhkan. Sdr Azwan Din Hamzah, Exco Angkatan Muda KeADILan yang merupakan nadi Gerakan Reformasi sejak peristiwa 2 September 1999 dan Sdr Anuar Md Nor, insan yang telah banyak berjasa dalam Gerakan Reformasi melalui laman-laman web Pro-Reformasi yang berada di bawah kawalannya. Saya menyeru dan merayu kepada mereka bertiga untuk bangkit mendedahkan bukti-bukti penyelewengan dana parti yang mereka ketahui.
Sekiranya Sdr Ezam, Azmin dan Khalid gagal untuk hadir pada pagi Sabtu 21 Februari ini di sini, tepat jam 11.00 pagi. Saya yakin rakyat Malaysia boleh menilai sendiri samaada dakwaan saya tentang kewujudan penyelewengan dana parti KeADILan wujud atau tidak.
LOKMAN NOOR HAJI ADAM 19 Februari, 2004 -Masjid Negara, Kuala Lumpur (Disalin tampal dari Umno-Reform)

0 comments
Post a Comment