Mungkin bersih, tetapi tak nampak bersih (2)

Posted by Unknown Friday, May 16, 2008

Artikel asal di sini.

Azmin cabar Rahman buktikan dakwaan disogok (Utusan Malaysia 16/5/08)
Politik 'membeli-belah' (Utusan Malaysia 16/5/08)
Polis digesa siasat dakwaan Abdul Rahman (Utusan Malaysia 16/5/08)
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT (Utusan Malaysia 15/5/08)
‘Cukup untuk hidup senang-lenang 3 generasi’ (Utusan Malaysia 15/5/08)
Habuan tinggi paling tadah

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Pakatan Rakyat janji ganjaran lumayan, jawatan jika YB BN lompat parti

Berita Harian (15/5/08): Pembangkang yang terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), sanggup menawarkan ganjaran besar sehingga boleh memberi kesenangan hidup kepada dua tiga generasi keluarga Ahli Parlimen yang berpaling tadah.

Malah, jumlah wang yang ditawarkan dijangka berlipat ganda dalam masa terdekat bagi merealisasikan impian Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membentuk kerajaan sebelum 16 September.

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, manakala Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman dan Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) turut mengaku dipujuk supaya melompat ke parti pembangkang.

Abdul Rahman berkata, beliau menerima beberapa panggilan dan dikunjungi 'duta kecil' pembangkang minggu lalu serta minggu sebelumnya, yang cuba memujuknya menyertai Pakatan Rakyat dan dijanjikan sejumlah wang serta kedudukan dalam kerajaan.

Ditanya sama ada tawaran itu berjumlah jutaan ringgit, beliau berkata: "Tekaan anda adalah seperti tekaan saya. Kalau saya ambil saya akan senang dua tiga generasi."


Datuk Anifah Aman

Bagaimanapun, beliau menolak tawaran itu kerana parti pembangkang tidak boleh dipercayai.

"Mereka selalu mendabik dada menjadi kerajaan kelas pertama yang tidak mempunyai unsur rasuah, tapi pada masa sama memberi rasuah wang dan jawatan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Sebelum ini, pembangkang yang menang 82 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu, mendakwa 30 Ahli Parlimen BN, kebanyakannya dari Sabah akan menyertai mereka bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Desas-desus itu semakin kuat apabila Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak, Nancy Shukri pada 23 Mac lalu mengakui dihubungi orang dikenali dari Sabah yang mengajaknya menyertai pakatan pembangkang atas alasan kedua-dua negeri itu tidak diberi tempat sewajarnya dalam Kabinet baru.


Datuk Bung Mokhtar Radin

Lima hari sebelum itu, Anifah dan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, menolak jawatan timbalan menteri selepas disenaraikan dalam Kabinet baru Persekutuan.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh pula meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar atas alasan peribadi. Bagaimanapun, semua mereka menafikan akan menyertai pembangkang.

Isu berkenaan reda selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah

Badawi melawat Sarawak dan Sabah pada Mac dan bulan lalu, tetapi spekulasi itu kembali hangat sejak beberapa hari lalu selepas Anifah dan Abdul Ghapur pada sidang Dewan Rakyat menegur Kerajaan Pusat yang didakwa tidak memberi perhatian sewajarnya kepada Sabah.

Mengulas lanjut tindakan pembangkang itu, Abdul Rahman berkata ia adalah hipokrasi terbesar di dunia dan Anwar tidak boleh dipercayai.

"Mereka tanya mahukah saya mengorak sejarah dalam negara untuk tumbangkan rasuah, tapi saya kata cara ini (menawarkan wang dan jawatan) pun korup," katanya.

Mengenai kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee kelmarin yang mahu BN segera menangani isu berkaitan Sabah bagi mengelak wakil rakyat melompat parti, Abdul Rahman berkata:

"Saya setuju dengan Yong yang mempunyai niat baik meminta Kerajaan Persekutuan melihat keluhan rakyat Sabah. Saya pasti tuntutan yang diminta itu akan difikirkan oleh Perdana Menteri."

Bagaimanapun, katanya, Abdullah perlu diberi masa kerana pilihan raya baru dua bulan setengah berlalu.

"Untuk beri keadilan, berilah masa. Tiada yang boleh dibuat dalam sekelip mata," katanya yang percaya Perdana Menteri akan menjelaskan mengenai perkara itu ketika sekali lagi melawat Sabah akhir bulan ini.

Anifah yang ditemui di lobi Parlimen turut mengakui menerima banyak tawaran, tetapi tidak mengendahkannya.

"Yang penting masalah rakyat Sabah mesti diambil berat, yang saya kisah pada masa ini adalah untuk mengutarakan hal bagi kepentingan rakyat," katanya.

Anifah berkata, tindakannya membangkitkan masalah rakyat Sabah di Parlimen disalah anggap kononnya beliau mahu melompat ke parti pembangkang.

"Ini disalah anggap. Adalah lebih baik untuk saya suarakan masalah rakyat Sabah kerana jika tidak, rakyat akan tanya apa yang kita lakukan untuk mereka.

"Apa yang kita mahu ialah kerajaan memberi perhatian, tetapi malangnya ia diketepikan. Isu kita tidak diberi tumpuan tapi timbul isu lompat melompat pula.

"Jangan bimbang mengenai kita akan lompat parti, tapi bimbang rakyat yang akan melompat (sokong parti pembangkang). Kalau masalah rakyat diambil berat, soal lompat tidak akan timbul," katanya.

Bung Mokhtar juga mengakui didatangi pembangkang yang bertanya sama ada berminat untuk melompat parti, tidak lama selepas pilihan raya umum lalu di Sabah.

Bagaimanapun, katanya, tiada tawaran wang atau jawatan dibuat dan tiada perjumpaan susulan kerana beliau menyatakan tidak berminat bertukar parti.

Abdul Ghapur pula berkata, sesiapa saja boleh melompat parti jika mahu berbuat demikian jika tidak berpuas hati, tetapi beliau tidak akan berbuat demikian.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menafikan parti itu menawarkan wang, sebaliknya hanya menjanjikan pakej kemudahan pendidikan dan projek pembangunan untuk Sabah dan Sarawak.

Beliau mendakwa ini adalah masa terbaik untuk bersama pembangkang bagi memajukan Sabah dan Sarawak.
Sabah MPs divided over ultimatum to BN (Malaysiakini 14/5/08)
'Pakatan manipulating crossover threat' (Malaysiakini 14/5/08)
Ahli Parlimen jangan sombong (Utusan Malaysia 14/5/08)
Anwar attacked in Parliament over US links (Malaysiakini 13/5/08)

Petikan ucapan Datuk Abdul Rahman Dahlan di Dewan Rakyat pada 13/5/08:
Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin masuk ke bab politik. Pada saya soal yang dikatakan oleh Ahli-ahli Dewan sebelum ini tentang soal lompat ataupun hijrah parti. Ini adalah sebenarnya simptom dan bukannya perkara pokok. Melompat ini bukanlah perkara pokok. Ia terjadi kerana faktor yang lain. Faktor yang lain ialah bila mana rakyat negeri Sabah dan Sarawak yang permasalahan mereka diluahkan oleh wakil-wakil rakyat di Dewan yang mulia ini, apabila mereka merasakan mereka tidak didengari atau masalah mereka tidak dipantau dan diusahakan untuk diselesaikan, itu masalah pokok.

Maka simptomnya ialah lompat-melompat ini. Jadi sebelum pihak pembangkang terlalu ghairah dan gembira dengan ucapan-ucapan Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada Sabah, jika keluhan ini dapat diatasi oleh pihak kepimpinan kerajaan, saya percaya soal lompat ini tidak akan berlaku. Sememangnya semua permasalahan ini telah pun diberitahu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan beliau akan mengusahakannya. Takkanlah semua yang diminta itu terjadi dalam sekelip mata. We have to be rational dengan izin. [Tepuk] Kita bagi masa untu Perdana Menteri membuat keputusan dan saya berharap sangat pada kunjungan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Sabah pada hujung bulan ini akan membawa berita gembira untuk rakyat Sabah. Insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, pihak pembangkang selalu menuntut supaya Kerajaan Malaysia mesti mempunyai minda dan etika kerja kelas pertama.

Ada pula yang mengatakan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 ini menjanjikan suasana politik yang lebih terbuka dan lebih berwibawa. Ada yang mengatakan sistem dua parti dengan sistem check and balance dan shadow cabinetnya akhirnya berjaya ditubuhkan di Malaysia. Maka dengan fenomena baru ini, delivery system ataupun sistem penyampaian kerajaan dan rasuah akan dapat dihapuskan. Saya secara peribadi Tuan Yang di-Pertua setuju tentang apa yang diajukan oleh parti pembangkang. Peluang yang muncul daripada keputusan Pilihan Raya Yang Ke-12 ini perlu digunakan sebaik mungkin.

Tidak kira kita di parti kerajaan ataupun parti pembangkang, kita mesti bersama-sama membina tamadun dan kemajuan Malaysia yang lebih bermakna dan modal politik yang berlandaskan minda kelas pertama. Parti-parti politik sepatutnya tidak statik, parti-parti ini sepatutnya dinamik dan ini pun telah terbukti, kalau dahulu contohnya PAS. Parti PAS berkonsepkan Islam, sekarang ini dalam Pakatan Rakyat. Mereka merubah konsep itu menjadi satu konsep yang tidak relevan. Begitu juga dengan parti DAP, dahulu songkok dan menerima anugerah daripada Tuanku Sultan-Sultan tidak diterima. Sekarang ini fenomena baru, songkok boleh dipakai, pangkat dan anugerah daripada Tuanku Sultan boleh diterima.

Ini bermakna politik Malaysia ini berubah. Begitu juga dengan parti Barisan Nasional. Kalau parti Barisan Nasional mahu berubah untuk kebaikan rakyat, saya minta rakan-rakan di sebelah sana menyokong perubahan yang dibuat oleh Barisan Nasional ini. kerana yang penting ialah rakyat. Pada PRU13 nanti, parti pembangkang dan parti kerajaan akan menawarkan diri mereka kepada rakyat. Pada ketika itu rakyat akan menentukan modal politik yang mana boleh diterima oleh rakyat sama ada parti pembangkang atau parti Barisan Nasional. Kalau Barisan Nasional itu hendak berubah anggaplah itu dengan, ambillah cara itu dengan cara yang terbuka dan minda yang terbuka supaya kita boleh memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, malangnya apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kita mengambil contoh Kerajaan Pulau Pinang, mereka menjanjikan kerajaan kelas pertama, tetapi nyata hanya retorik apabila Exco-Exco Kerajaan Pulau Pinang yang dilantik tidak melambangkan kelas pertama. Ada yang terpaksa dihantar untuk berkursus tentang cara-cara bagaimana untuk mentadbir kerana mereka bukan sahaja tidak mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan, malah tidak mempunyai pengalaman mentadbir apa-apa jenis perniagaan.

Sungguh tertipu rakyat Negeri Pulau Pinang kerana mereka dijanjikan kerajaan kelas pertama, tetapi yang mereka dapat adalah kerajaan kelas ketiga. Ini bukan saya katakan Tuan Yang di-Pertua, ini dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Jelutong dalam satu temu ramah...

Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Minta laluan, Tuan Yang di-Pertua minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, tidak ada laluan Yang Berhormat.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: ... yang telah diberi dalam Malaysia Kini. Saya tidak ada masa. Yang Berhormat bagi Jelutong dalam artikel Malaysia Kini mengatakan “The state ministers - the Excos - some of them have not even had the experience of running a company, let alone running a state portfolio. So that is what we are worried about, the lack of experience”.

Jadi untuk over come the problem mereka mengadakan in house training maknanya mereka ini belum lagi masih lagi belum tahu bagaimana untuk mentadbir kerajaan tetapi telah menipu rakyat untuk menjadi kerajaan.

Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, telah diputuskan
tidak ada penjelasan.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Parti pembangkang juga Tuan Yang di- Pertua, selalu menuduh kononnya UMNO dan Barisan Nasional adalah rasuah dan tidak layak untuk menjadi kerajaan kelas pertama. Pakatan Rakyat sekali lagi cuba merabuni mata rakyat. Sementara mereka mahu Barisan Nasional bermindakan kelas pertama mereka menunjukkan kelas ketiga. Mereka mengajar orang, tetapi dia sendiri umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Mereka minta Barisan Nasional jangan rasuah, tetapi mereka juga mengamalkan rasuah.

Saya ingin bertanya Tuan Yang di-Pertua, apakah usaha yang dibuat oleh sesetengah pemimpin pembangkang untuk memberi habuan kepada Ahli-ahli Parlimen...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, sila berhenti. Kita ada tetamu. Sila duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan ini mengalualukan kehadiran Honourable Mr. Evan Adamec Chairman of Senate’s Committee On National Economy Agriculture and Transport of the Czech Republic dan delegasi beliau. Moga-moga kehadiran beliau dan delegasi dalam Dewan ini akan mengeratkan lagi perhubungan di antara Malaysia dan Republic Czech. [Tepuk ]

Sila sambung Yang Berhormat.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya apakah usaha yang dibuat oleh sesetengah pemimpin pembangkang untuk memberi habuan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk melompat ini bukan rasuah namanya. Saya sendiri menerima panggilan untuk menawarkan sejumlah wang yang cukup besar untuk melompat. Apakah itu bukan rasuah namanya. Selepas itu mereka menawarkan jawatan...

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Yang Berhormat, sila rujuk kepada BPR dan kena ada fakta.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat bagi Batu, tidak ada laluan.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Siapa makan cili dia terasa pedas. [Tepuk] Yang mahu sangat di luar sana. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee: Yang Berhormat bagi Batu, sila duduk.

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Point Of Order. Sangkaan jahat. Point of Order 36, tarik balik. Tidak ada apa-apa bukti. Jika ada laporan patut dibuat, kalau buat laporan...

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Dato’ Seri Anwar...

Tuan Haji Roslan Shaharum [Bukit Gantang]: Tidak ada bukti, tidak ada bukti.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Ini adalah tanggungjawab sebagai seorang ahli...

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Tuan Yang di-Pertua, saya mahu memberitahu kenapa saya membuat kesimpulan begitu kerana trend merasuah ini pernah dipraktikkan semasa membeli undi untuk bertanding timbalan presiden menentang Allahyarham Tun Ghaffar dahulu. Duit berbakul-bakul projek dan pink form menjadi pelincir kejayaan memenangi jawatan timbalan presiden. [Tepuk] Sejarah tidak boleh diubah, kami di Sabah masih ingat bagaimana perwakilan dibeli dan diugut. Terima kasih kepada pemimpin Agung PKR ini yang telah memperkenalkan dan membudayakan politik wang dalam UMNO Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengalihkan ucapan saya kepada peralihan kuasa parti yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Ramai yang memikirkannya tetapi tidak ramai yang membincangkan secara terbuka. Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat tepat sekali tanggapan Ahliahli Yang Berhormat, saya bercakap tentang isu peralihan kuasa Parti Keadilan rakyat. Ini penting kerana mereka mahu sangat Ahli-ahli Dewan Rakyat Parti Barisan Nasional untuk menganggotai parti pembangkang dan mereka beria-ia mahu menjadi Perdana Menteri.

Jadi rakyat Malaysia mahu tahu susunan ini agar tidak menjadikan negara ini tidak stabil. Di merata pelosok negara kita Tuan Yang di-Pertua, ramai pemimpin Pakatan Rakyat mencanangkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 sebelum tanggal hari Malaysia pada 16 September 2008.

Saya berdoa semoga Yang Berbahagia Dato’ Seri Anwar Ibrahim panjang umur dan sihat tubuh badan untuk menjadi Perdana Menteri sehingga hari kiamat. Namun, sebagai salah seorang ahli Parlimen dari Sabah yang diuar-uarkan untuk melompat ke parti pembangkang, saya dihujani banyak soalan. Soalan dari orang ramai di kawasan saya yang bertanya siapakah yang akan menjaga rakyat dan negara ini jika Dato’ Seri Anwar tidak menjadi Perdana Menteri?

Adakah Yang Berhormat bagi Permatang Pauh yang selama ini takut untuk keluar dari bayang-bayang ketua partinya, yang hanya memanaskan kerusi Dato’ Seri Anwar, adakah Timbalan Presiden PKR yang akan diangkat menjadi Senator untuk dipilih menjadi Perdana Menteri, tetapi DAP akan marah juga kalau dilantik menjadi Senator, mengatakan masuk ikut dari pintu belakang. Apakah Yang Berhormat bagi Gombak Naib Presiden PKR yang dari dahulu sehingga kini masih lagi terlalu kepada seseorang pemimpin idolanya sehingga apa-apa yang di cakap oleh Ketua Partinya semuanya ‘okey bos, okey bos’.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, gulung Yang Berhormat.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Sehingga meniru style dan cara berpakaian dan ucapan berintonasi Dato’ Seri Anwar. Apakah Yang Berhormat bagi Gopeng, atau Yang Berhormat bagi Subang atau apakah saya patut mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Dr. Jeffry Kitingan Naib Presiden PKR yang ke-5 kerana bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Dato’ Seri Anwar. Mungkin itu pun tidak kesampaian kerana Datuk Dr. Jeffry Kitingan pernah dikaitkan dengan skandal melesapkan duit Yayasan Sabah berjumlah berbilionbilion ringgit. [Tepuk] Mana mungkin Dato’ Seri Anwar yang suci bersih itu mahu menjadikan seseorang seperti Datuk Dr. Jeffry Kitingan yang terpalit dengan dakwaan, tuduhan salah laku sebagai Pengarah Yayasan Sabah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, gulung Yang Berhormat.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Jadi siapa bakal menjadi Perdana Menteri selepas Ketua Parti PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Rakyat hendak tahu, rakyat hendak tahu Tuan Yang di-Pertua. Mungkinkah Pakatan Rakyat akan membuat ‘kezutan’ meminjam kata-kata Akademi Fantasia pengacaranya atau mengubah sejarah dengan melantik Perdana Menteri yang pertama dari kaum Cina dan India.

Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Bukit Gelugor dari DAP, kita tunggu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan [Kota Belud]: Atau mungkinkah Pakatan Rakyat akan memberi peluang kepada Presiden PAS Yang Berhormat Marang untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi dengan cara berpakaian serban dan jubah Yang Berhormat Marang mungkin akan kempunan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat cukup time Yang Berhormat.

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan [Kota Belud]: Kerana beliau mempunyai masalah dengan imejnya.

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Ini sudah melampau. Tuan Yang di- Pertua, ini sudah melampau.

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan [Kota Belud]: Dengan berpakaian serban, jubah ala Taliban beliau dikatakan tidak sesuai. [Dewan riuh]

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Ini telah melampaui batas.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat cukup masa Yang Berhormat.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Ini menghasut.

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan [Kota Belud]: Saya ada satu artikel. Ini artikel daripada Malaysia Kini yang menjadi lidah rasmi pembangkang, yang mengatakan bahawa Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden PAS tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kerana memakai serban dan juga jubah. Bukan saya yang kata Tuan Yang di-Pertua, tetapi Malaysia Kini yang mengatakan. Tetapi dengan cara, [Disampuk] tidak mengapa you boleh jawab nanti.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Duduk Yang Berhormat.

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan [Kota Belud]: Jadi saya rasa dia akan kempunan.

[Dewan riuh] Saya menggulung.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kota Belud masa habis Yang Berhormat.

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan [Kota Belud]: One minute. Saya sudah hendak habis. [Dewan riuh] Jadi, siapakah yang menjadi Perdana Menteri selepas Dato’ Seri Anwar, saya tercari-cari
jawapannya sehinggalah seorang kawan memberi sedikit clue atau andaian kepada saya bahawa Dato’ Seri Anwar sebenarnya sedang membina empayar nepotismenya yang bakal melantik Yang Berhormat Lembah Pantai sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Haji Abd. Rahman bin Dahlan [Kota Belud]: Tahniah kerajaan anak-beranak. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih. [Dewan riuh]
Anwar defends morality of crossovers (Malaysiakini 12/5/08)

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib