Showing posts with label Umno. Show all posts
Showing posts with label Umno. Show all posts

'Umno needs Perkasa'

KUALA LUMPUR (NST 9/9/10): Tun Dr Mahathir Mohamad said yesterday that Umno cannot afford to distance itself from Perkasa as it represented a large number of Malay voters.

The former prime minister said Umno could lose seats in the next general election if it chose to distance itself from the Malay rights group.

"Perkasa members are Umno supporters. It would not help Umno's cause to turn them away," he told the New Straits Times yesterday.

He was commenting on Wednesday's announcement by Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor that Umno would not support Perkasa or its president, Datuk Ibrahim Ali, at the next general election.

On Tengku Adnan's comment that any support by Umno for Perkasa would erode support for Barisan National among non-Malays, Dr Mahathir said it was more important for Umno to worry about losing Malay voters.

"The non-Malays are unlikely to support Umno anyway. Right now, Umno and BN should be careful not to discount those who support them."

He said Umno could not afford to alienate itself from Malay groups such as Perkasa, which were formed because they believed Umno was not doing enough to protect Malay interests.

"Perkasa isn't the only group out there. There are many Malay non-governmental organisations which exist because they feel Umno is not looking after their rights and interests.

"In my time, we could afford to ignore small groups like these. In fact, there weren't any small groups -- they were all Umno supporters.

"But now Umno is weak and needs the help of these organisations which comprise a significant number of Umno and BN voters."

Friday, September 10, 2010

Nik Aziz tetap mahu muktamar khas walaupun ada yang tolak

Bernama (24/10/09): Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan keputusannya meminta pimpinan parti itu mengadakan muktamar agung khas bagi menentukan kedudukan beberapa pemimpin yang menimbulkan masalah dalaman kepada parti berhubung isu kerajaan perpaduan.

Katanya beliau tidak kisah walaupun ada negeri yang menolak cadangan itu, kerana apa yang penting hasrat untuk menyampaikan isi hatinya demi menyelamatkan parti, tercapai.

"Saya tidak akan menarik balik cadangan itu kerana ia dibuat atas hasrat dan isi hati saya sendiri yang mahu menyelamatkan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Noraini, Kampung Pasir Hor, dekat sini pada hari Sabtu.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tengku Ahmad Rithaudden yang membiayai pembinaan masjid berharga RM500,000 di kampung itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangannya, supaya PAS mengadakan muktamar khas bagi menentukan kedudukan pemimpinnya, ditolak oleh sesetengah pemimpin PAS peringkat negeri atas alasan cadangan itu tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat pusat mahupun negeri ketika ini.

Sambil menafikan bahawa cadangan itu dibuat kerana terpengaruh oleh individu tertentu dalam politik, Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah matang dalam politik dan tidak perlu mengikut telunjuk mana-mana pihak.

Pada majlis yang sama, Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub berkata pimpinan tertinggi PAS akan membincangkan amanat Mursyidul Amnya itu berhubung cadangan mengadakan muktamar khas parti itu dalam masa terdekat ini, selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz.

Muktamar Khas buang pemimpin bermasalah

Sinar Harian (24/10/08)
: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mencadangkan sebuah Muktamar Khas diadakan membincangkan kedudukan ‘dua tiga kerat pemimpin bermasalah’ termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam laman webnya www.blogtokguru.com. berkata, perlu ada perubahan dalam 'pemain-pemain penting' yang menduduki kerusi kepimpinan Pas di peringkat pusat.

Menurutnya, dengan adanya Muktamar Khas itu nanti, Pas boleh menentukan keputusan majoriti parti sama ada mahukan Kerajaan Perpaduan dengan Umno ataupun terus bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).

“Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah, bila Muktamar Khas nanti tak mahu tukar Presiden (Abdul Hadi) misalnya, maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat 'belaloh' (bercakaran pendapat).

“Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khas, senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana.

"Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini,” katanya.

Nik Aziz turut menegur beberapa pemimpin Pas terutamanya Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang kelihatan pro-Umno untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan.

“Tenggelam-tenggelam, timbul (isu kerajaan perpaduan), kemudian dihidupkan.

"Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni? Tidak boleh jadi ni, kita duk 'ghok-ghak' (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah, senang cerita,” katanya,

Beliau turut bersetuju dengan tulisan kolumnis Prof Dr Aziz Bari dalam akhbar ini keluaran 19 Oktober lalu yang membangkitkan mengenai isu berhubung beberapa pemimpin parti itu yang bermasalah.

Nik Aziz berkata, Muktamar Khas itu juga boleh digunakan untuk membincang mengenai golongan atas pagar yang membuat 'swing votes' dan mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Sementara itu ketika ditemui di KOTA BHARU, Nik Aziz berkata, cadangan mengadakan Muktamar Khas kerana kecewa dengan sikap beberapa pemimpin parti itu yang pro-Umno.

Menurutnya, beliau bertanggungjawab mengemukakan cadangan tersebut setelah melihat isu yang dianggap selesai pada Muktamar Pas sebelum ini dibangkitkan pihak-pihak tertentu.

“Itu pandangan saya, jika pimpinan pusat atau Dewan Harian boleh terima. Jika tidak terimalah tidak mengapa, saya tidak terkilan, tetapi hati saya lepas lah, saya tidak mahu Pas ini ditegur tetapi buat senyap. Presiden juga boleh ditegur,” katanya.

Abdul Hadi yang dihubungi di KUALA TERENGGANU pula enggan memberi sebarang ulasan dengan alasan tidak mengetahui perkara itu kerana masih belum membaca kenyataan tersebut.

"Saya akan menghubungi Nik Abdul Aziz untuk mendapatkan pengesahan tentang Muktamar Khas tersebut sebelum memberi sebarang kenyataan," katanya.
Sunday, October 25, 2009

Nik Aziz sanggup PAS pecah berikutan cadangannya mengadakan muktamar khas

Bernama (23/10/09): Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya PAS mengadakan Muktamar Agung Luar Biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.

Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.

"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan.

"Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk Presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat sini, Jumaat.

Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya semalam, kerana kecewa dengan sikap beberapa pemiMpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik.

Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam Muktamar Aung parti itu tahun lepas.

Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan: "Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur Presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk Presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.

Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.

Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu.
Friday, October 23, 2009

Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak

BAGAN PINANG (Harakahdaily 8/10/09): Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

(Gambar: Salah seorang mangsa yang ditetak dengan parang)

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

Harakaydaily bagaimanapun dalam usaha mancari kesahihan maklumat tersebut.

Berikutan itu DPP akan mengadakan satu sidang media tergempar dai Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, jam 11 pagi ini.

Sidang media tersebut akan diketuai Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan dan Suhaizan sendiri.

Turut akan didedahkan dalam sidang media tersebut adalah berkaitan maklumat terbaru penyelewengan undi pos.
Thursday, October 8, 2009

Nik Aziz’s PAs blamed for friction

The Star (29/4/09): The son of PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has blamed his father’s personal assistants for the friction with party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang on the matter of a unity government.

Utusan Malaysia quoted Nik Abduh, who is also the deputy Kelantan PAS Youth chief, as saying that the assistants had given his father the wrong impression on the concept for the sake of political mileage.

“So, the concept of a unity government that he rejected is the one that he’s been made to understand by assistants who claim to be knowledgeable. They are happy to create friction between my father and the party president.

“They thought they were doing good but they are actually lost. May they receive retribution for their evil deed from Allah!” he wrote in his blog.

Nik Abduh said it was evident that his father had changed his mind on the unity government because he stopped issuing statements against it after meeting with Abdul Hadi and 10 PAS ulamas recently.

The Kelantan Mentri Besar had earlier written in the same blog that if Barisan Nasional wanted to form a unity government with PAS, it should consider giving up the senior posts of finance and education ministers.
Wednesday, April 29, 2009

MB akan jawab isu negara perpaduan, ‘pembantu sesat’

Sinar Harian (29/4/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan memperjelaskan isu berhubung negara perpaduan dan ‘pembantu sesat’ seperti yang didakwa anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebaik tiba di tanah air selepas mengerjakan umrah.

Menurut sumber terdekatnya, beliau akan tiba di tanah air pada Ahad ini selepas lebih dua minggu mengerjakan umrah bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan anak bongsunya, Nik Salsabila Nik Abdul Aziz.

“Insya-Allah Tok Guru akan selesaikan isu negara perpaduan dan dakwaan mengenai pembantu sesat beliau itu setiba beliau di tanah air nanti,” katanya ketika menghubungi Sinar Harian, semalam.

Menurut sumber itu, tidak timbul soal pembantu sesat kerana Mursyidul Am itu kenal setiap pembantunya dan kebanyakan mereka telah lama bekerja dengan beliau.

“Bagi saya dakwaan kononnya wujud pembantu yang menyalurkan maklumat tidak tepat seperti yang didakwa Nik Abduh itu tidak berasaskan kerana Tok Guru bukanlah seorang yang menerima pandangan sewenang-we-nangnya.

“Sebaliknya beliau akan meneliti setiap pandangan yang diterima dengan teliti dan mengkajinya sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Nik Abduh dalam laman blog rasminya mendedahkan bahawa dia percaya ‘pembantu-pembantu’ ayahnya berkonspirasi dengan niat untuk melaga-lagakan Nik Aziz dengan Presiden Pas itu.

“Sebenarnya cadangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah ditolak oleh perwakilan pada Muktamar ke-51 yang lepas. Jadi soal itu tidak timbul sekarang,” katanya.

Khairy tegur syarat Pas

Berita Harian (29/4/09): Pemuda Umno menyambut baik kesediaan Pas berbincang dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan campuran tetapi mahu ia diadakan tanpa syarat.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak menolak kerajaan campuran dengan BN adalah titik tolak penting untuk parti itu dengan BN.

Bagaimanapun, katanya, perbincangan itu perlu diadakan tanpa syarat seperti kemahuan Nik Abdul Aziz yang mahu Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan diserah kepada Pas.

“Jika Pas ikhlas membentuk kerajaan campuran, jangan letak syarat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Khairy mengulas kenyataan Nik Aziz yang BN mesti menyerahkan dua kementerian penting itu jika ingin menawarkan kerajaan campuran.

Perkara itu dinyatakan anak lelaki Nik Abdul Aziz, Nik Abduh, dalam blognya yang menafikan bapanya tidak bersifat terbuka dalam soal kerajaan campuran atau perpaduan.

Khairy berkata, Pemuda ingin menjemput Pas mengadakan perbincangan dengan BN mengenai soal itu tanpa syarat ditetapkan.

Beliau berkata, melalui perbincangan itu, BN dan Pas boleh menentukan formula perkongsian kuasa yang diperlukan.

Sementara itu, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim, gembira dengan keprihatinan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagi mengadakan kerjasama dengan Umno dan BN.

Namun, katanya, perbincangan perlu diadakan tanpa syarat kerana ia boleh menjejaskan asas persefahaman.

“Yang terbaik kita dahului kemurnian persahabatan antara pemimpin kedua-dua parti. Kita harus bertegur sapa dan kunjung mengunjungi sesuai dengan kehendak Islam.

“Selepas kedua-dua intim dan akrab, barulah kita bercerita soal siapa buat apa dan siapa ambil jawatan apa,” katanya.

Suara NGO bangang

'Mohammad Nizar angkuh tolak kerjasama Umno, Pas'

NGO anggap pembangkang sanggup gadai maruah Melayu, Islam

Berita Harian Online (21/4/09): Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno sebagai bukti parti itu sanggup mempertikaikan kedudukan orang Melayu dan agama Islam.

Mereka juga berpendapat, kenyataan Mohammad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang itu mencerminkan keangkuhannya dan sikap sebenar Pas yang tidak berminat berjuang untuk menegakkan perpaduan atau syiar Islam.

Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPIM), Datuk Zulkifli Mohamad, berkata kenyataan Mohammad Nizar bukan saja menggambarkan kesombongan dan keangkuhan, malah beliau rela diperkudakan oleh DAP yang sentiasa mencari jalan untuk meneruskan agenda mereka.

"Mohammad Nizar menjadi mikrofon suara kepada DAP sedangkan parti itu mengamalkan pendekatan 'baling batu sembunyi tangan' namun saya sentiasa yakin jalan menyelamatkan orang Melayu adalah menerusi permuafakatan Umno dan Pas di meja rundingan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan kenyataan Mohammad Nizar bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno walaupun untuk kestabilan politik di Perak, sebaliknya meminta Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata beliau yakin keangkuhan Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu akan sampai ke peringkat rakyat benci pada Pakatan Rakyat walaupun ketika ini ada yang menyokong tindakan itu.

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar, berkata kenyataan itu menggambarkan bahawa Mohammad Nizar seorang pemimpin yang emosional sehingga mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi.

Malah, katanya kenyataan itu mungkin tidak mewakili keseluruhan pemimpin Pas, terutama pada peringkat jawatankuasa perhubungan negeri dan pucuk pimpinan parti termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, Presiden Pertubuhan Profesional dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar, berkata beliau melihat kenyataan Mohammad Nizar itu mungkin sebagai pintu kejayaan mencari titik pertemuan antara Umno dan Pas.

Katanya, semua pihak perlu duduk semeja untuk merungkai apakah alasan pemimpin Pas terbabit membuat kenyataan seumpama itu kerana ia dilihat lebih baik berbanding jika tiada kenyataan dibuat.
Thursday, April 23, 2009

Kepimpinan Umno : Kemenangan ' Pakej Ransangan Rasuah'? - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 27 Mac 09 (Hrkh) - Barisan kepimpinan Umno yang diterajui Presiden yang baru, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak didakwa sebagai kemenangan 'Pakej Ransangan Rasuah'

Demikian ujar Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakah ketika mengulas pemilihan majlis tertinggi Umno semalam yang menyaksikan ramai muka baru terpilih.

"Ini bukan 'Pakej Ransangan Ekonomi', tetapi ini Pakej Ransangan Rasuah, kerana dikepalai oleh orang yang tidak dibersihkan dakwaan rasuah," dakwa Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada seluruh barisan kepimpinan yang menang memandangkan katanya semuanya hampur mewakili kumpulan yang sama.

Walaupun katanya ada dikalangan mereka yang dipilih hingga kini dilihat bersih imejnya, namun tidak dinafikan mereka juga akan menerima persepsi 'rasuah' kerana berada dalam satu kapal yang sama.

Mengulas pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden, Mahfuz menyatakan bekas Menteri Besar Johor itu juga tidak lepas dari persepsi dakwaan rasuah.

Ini kerana sehingga kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih tidak menyiasat dakwaan Muhyiddin ada mengupah ejen dalam pemilihan Umno yang dinyatakan ahli Parlimen Machang, Siafuddin Nasution di Parlimen sebelum ini.

"SPRM masih tidak membersihkan dakwaan itu, jauh sekali untuk menyiasat.Ini membuatkan persepsi rakyat semakin buruk kepada kepimpinan yang terpilih hari ini, dan mereka akan menggangotai kepimpinan kerajaan selepas ini," katanya.

Selain itu beberapa ketua yang dipilih di peringkat sayap pula tidak terlepas dari kaitan dengan rasuah seperti Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Ini katanya melengkapkan apa yang disebut sebagai 'Barisan Pekej Ransangan Rasuah', dakwa Mahfuz.
Friday, March 27, 2009

Jalan pintas ke neraka

Sinar Harian (25/3/09): Esok hari penentuan. Lebih 30 jawatan dipertandingkan, 269 calon ghairah untuk menang, dan 25 juta rakyat menunggu penuh debaran, ingin mengetahui ke arah mana negara ini akan dihalakan.

Keputusan sebenar akan ditentukan oleh 2,500 perwakilan yang diamanahkan memilih siapa yang paling layak mengisi kepimpinan UMNO untuk tahun-tahun mendatang.

Untuk beberapa bulan lalu yang menjadi ‘raja’ bukan calon-calon Timbalan Presiden, tidak juga calon-calon Naib Presiden, atau calon lain-lain jawatan – Majlis Tertinggi, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri.

‘Raja’ sebenarnya ialah para perwakilan yang nama dan alamat mereka tertulis di buku khas, malah ada yang disimpan dalam telefon bimbit dan PDA calon atau agen-agen calon.

Tidak kira siang, malam, tengah malam dan bila-bila masa sahaja agen calon – atau mungkin calon sendiri – akan menghubungi ‘raja’ untuk meminta ‘pertolongan’, boleh jadi dengan SMS: “Tolong undi calon sekian-sekian...”

Dan pertolongan itu tentu sekali tidak dibuat dengan ikhlas, juga tidak dengan semangat tulen perjuangan parti, tetapi dengan habuan wang. Sebagai ‘raja’ perwakilan yang meletakkan harga. Seribu? Dua ribu? Ribu-ribu-ribu?

Itulah andaian umum sekarang, bahawa politik wang semakin berleluasa dan sudah membarah parah dalam parti terbesar orang Melayu. Memalukan! Menjijikkan.

Para perwakilan, dari Perlis hingga ke Sabah, dalam tempoh sebulan dua ini sesuka hati dan tanpa malu-malu, memasang lukah untuk mencari laba mudah dari calon-calon yang ghairah untuk menang.

Andaian itu bukan tanpa kebenaran. Beberapa pemimpin UMNO telah menjadi bukti amalan songsang dalam parti perintis kemerdekaan itu. Beberapa tahun dulu Isa Samad pernah dihukum kerana amalan politik wang (kali ini bertanding lagi!).

Terbaru Ali Rustam didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin parti kerana mengamalkan rasuah politik, dan dihukum tidak boleh bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan ini.

Turut didapati besalah di bawah tataetika yang sama ialah calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin. Nasibnya baik, walaupun melakukan kesalahan yang sama, menantu Perdana Menteri itu masih dibenarkan bertanding.

Mohamad Norza Zakaria juga disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan didakwa di mahkamah atas tuduhan mengamalkan politik wang.

Pendek kata rasuah politik bukan sekadar andaian, tetapi satu kenyataan. Maka tidak menghairankan apabila ada calon-calon secara bergurau mengakui: “Bagi (duit) salah, tak bagi kalah!” Percayalah, itu bukan sembarangan gurau!

Tidak diketahui dengan tepat berapa banyak wang telah bertukar tangan – dari calon kepada wakil calon, dan kepada si ‘raja’ – dalam masa sebulan dua ini. Mungkin beribu ringgit, boleh jadi sudah mencecah jutaan ringgit.

Mungkin banyak lagi yang dijanjikan setelah calon berkenaan menang.

Alangkah jijiknya politik Islam, politik Melayu, politik UMNO! Sekiranya keputusan PRU-12 setahun lalu dijadikan iktibar, kejijikan itu sepatutnya telah dibersihkan dari UMNO. Tetapi ‘raja-raja’ UMNO tetap sama, dari dulu, kini dan selamanya. Wang juga keutamaan mereka.

UMNO ditolak – termasuk oleh orang Melayu sendiri – sebab parti yang diuar-uarkan sebagai pejuang dan penegak Islam itu mengamalkan perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan agama. Parti dengan keahlian lebih tiga juta orang itu dikaitkan dengan rasuah, keangkuhan dan skandal.

Kalahlah macam mana pun, hilanglah kekuasaan beberapa negeri pun ‘raja-raja’ ini tidak akan mendapat pengajaran. Selepas kalah pada 8 Mac, sepatutnya ‘raja-raja’ yang laparkan wang rasuah ini tersentak sedar. Tetapi amalan jijik ini tetap juga menjadi pegangan.

Kalah di Permatang Pauh dan kalah lagi di Kuala Terengganu, persetankan kekalahan itu kerana perut tetap menjadi keutamaan. Anak bini mesti disuap dengan wang haram itu. Biar parti tergadai, biar negara tergadai asalkan perut kekal burai.

Apakah parti Datuk Onn Jaafar itu hendak dikuburkan dengan keranda rasuah? Malu besarlah anak cucu kita apabila membaca sejarah bahawa UMNO yang ditubuhkan untuk membela Melayu dan negara akhirnya lingkup gara-gara rasuah politik.

Tolong, jangan kuburkan UMNO dengan keaiban! Parti ini perlu dihidupkan, sebab ini wadah perjuangan bangsa. Meski ada parti-parti lain, UMNO masih tetap menjadi harapan.

Tetapi apa yang dapat diharapkan dari sebuah parti besar sekiranya para pemimpin terdiri dari mereka yang kotor lagi menjijikkan? Bolehkah pemimpin kaki rasuah, kaki songlap, kaki putar alam, kaki seleweng, kaki maksiat diharapkan untuk membela rakyat? Tidak boleh!

Sebab itu UMNO mesti dikendalikan dan diterajui oleh para pemimpin yang bersih, berwibawa. Tidak kira apa jawatan yang dipegang dari yang tertinggi hingga yang terendah, semuanya hendaklah bebas dari sebarang kemungkaran.

Esok, pilihlah calon-calon yang boleh membawa harapan baru kepada agama, negara dan bangsa. Inilah tugas 2,500 perwakilan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putera.

Andalah yang sebenarnya mengetahui calon mana yang perasuah. Katakan ‘tidak!’ kepada calon-calon ini. Nyahkan mereka dari fikiran anda, nyahkan juga mereka dari UMNO.

Anda tahu mereka. Anda terima wang dari mereka tetapi demi parti, tolaklah mereka. Jika anda sudah terlanjur menerima wang itu, bertaubatlah dan bantulah pemberi rasuah itu dengan tidak mengundi mereka. Jangan bersubahat lagi. Ingat, bersubahat itu lebih besar dosanya dari orang yang melakukan.

Anda berdosa sekiranya dalam masa sebulan dua ini telah menerima habuan dari calon-calon berkenaan. Tetapi anda lebih berdosa sekiranya calon-calon yang telah merasuah anda ini dipilih untuk memimpin parti.

Sebagai orang Islam anda tahu duit rasuah yang diterima dari calon adalah haram. Sekiranya anda percaya kepada Allah, benda haram walau sebesar zarah pun akan mendatangkan mudarat.

Tergamakkah anda mengambil duit haram itu untuk diberikan kepada anak-anak dan isteri di rumah? Duit rasuah digunakan untuk membeli susu bayi, membeli makanan untuk seisi keluarga.

Apabila benda haram masuk ke dalam darah dan tubuh kita, terimalah akibatnya. Mungkin jasad yang mengandungi duit haram itu akan menerima bencana – kebakaran, kemalangan, dan lain-lain kecelakaan.

Boleh jadi juga hasil haram dalam tubuh akan menjadikan anak anda penagih dadah tegar. Sanggupkah sebagai ibu bapa bertanggungjawab anda memberi benda haram wang politik UMNO untuk keluarga?

Kesalahan memilih calon yang kotor tidak sahaja menyebabkan anda dimurkai Allah (takutlah pada neraka jahanam!). Malah lebih malang lagi dengan kesilapan memilih calon anda meletakkan parti dalam keadaan songsang.

Parti yang songsang akan membawa kehancuran kepada agama, bangsa dan negara. Anda akan disumpah oleh anak cucu sebagai orang yang tidak bertanggungjawab kerana memilih calon korup.

Jadilah perwakilan yang bertanggungjawab dan ada harga diri. Tolaklah calon yang memang diketahui tidak bersih. Inilah harapan kami, dan harapan berjuta-juta rakyat, khasnya orang Melayu.

Tentu sekali sebagai perwakilan pilihan akar umbi nilai maruah anda bukan seribu ringgit, tidak sepuluh ribu ringgit, hatta tidak juga sejuta ringgit. Tetapi sekiranya wang rasuah juga yang menentukan keputusan anda, andalah yang akan menjawab ketika bertemu Allah nanti!
Wednesday, March 25, 2009

Hadi belakangi parti


Sinar Harian (19/3/09): Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan pembentukan kerajaan campuran Pas-Barisan Nasional (BN) sebagai tidak menghormati keputusan parti.

Musryidul Am Pas itu berkata, parti telah membuat keputusan pada Muktamar Pas yang dibuat Ogos tahun lalu di Ipoh, Perak.

“Saya rasa cadangan itu lebih berbentuk peribadi. Keputusan telah dibuat pada Muktamar Pas di Ipoh. Kalau nak sebut benda lain yang berlainan dengan keputusan muktamar kena buat mesyuarat luar biasa (EGM).

“Saya tidak suka satu keputusan yang dibuat dalam muktamar tetapi kita sebut benda lain. Itu saya tidak suka.

“Kalau tentu nak buat benda lain selain daripada keputusan muktamar biar tentu. Biar ada perbahasan, biar ada dialog dan masukkan dalam mesyuarat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan di pejabatnya di Kota Darul-naim, di sini, semalam.

Nik Aziz berkata, keputusan pada muktamar lepas telah dibuat yang mana Pas akan bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).

“Kalau nak bertemu dengan UMNO, bertemu dalam perkara lain bukan dengan perkara bentuk kerajaan. Itu keputusan kita.

“Kalau nak buat benda baru tak boleh nak sebut, tak boleh buat dengan cara sambil lalu sambil dan kena ikut keputusan mesyuarat. Kepu-tusan muktamar mesti dijalankan,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, keputusan yang telah diputuskan pada muktamar lepas perlu dijaga.

Nik Aziz berkata, sekiranya ingin membahaskan masalah kerajaan dengan UMNO perlu adakan mesyuarat khusus.

“Jangan buat keputusan lain. Cakap lain, saya tak setuju, saya tetap dengan keputusan muktamar. Barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin.

“Sekiranya ingin membuat keputusan lain satu mesyuarat jawatankuasa pusat perlu diadakan bagi memperhalusi cadangan tersebut,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya kesemua Ahli Jawatankuasa Pas Pusat bersetuju dengan cadangan Abdul Hadi yang tetap berkeras untuk mewujudkan kerajaan perpaduan beliau terpaksa akur.

Katanya, cadangan itu bukan sahaja tidak membawa kebaikan malah bertentangan dengan dasar parti.
Thursday, March 19, 2009

Najib janji bersih Umno

Berita Harian Online (17/3/09): Datuk Seri Najib Razak berjanji akan melakukan ‘pembersihan’ dalam Umno dan membuat perubahan bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu, apabila mengambil alih teraju kepemimpinannya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau akur bahawa ramai di kalangan rakyat negara ini mempunyai persepsi yang melihat Umno sebagai parti yang sombong dan terlalu banyak melakukan amalan tidak sihat.

“Saya akan membuat ‘pembersihan’ dalam Umno dan saya akan mendedahkan (perubahan yang akan dilakukan) itu tidak lama lagi. Terus terang saya katakan, sekiranya kita tidak berubah, kita akan diubah.

“Saya ada cadangan mahu membuat perubahan kerana Umno perlu berubah... kita mesti melakukannya dengan betul kerana dan saya percaya rakyat akan memberi sokongan,” katanya pada dialog sempena Perasmian Persidangan Agenda Integriti Nasional, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian ketika ditanya seorang peserta sama ada beliau sanggup ‘mengorbankan’ beberapa pemimpin tertinggi Umno yang didapati bersalah mengamalkan rasuah politik demi menyelamatkan parti itu.

Diminta mengulas keputusan Lembaga Disiplin Umno yang tidak membenarkan calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding dalam pemilihan parti minggu depan, Najib berkata, keputusan itu perlu dihormati semua pihak.

“Saya percaya, Mohd Ali sebagai seorang yang setia kepada Umno akan menerimanya dengan hati terbuka dan akan terus memberi sumbangan kepada pentadbiran dan perjuangan parti,” katanya.

Beliau berkata, Mohd Ali akan terus kekal sebagai Ketua Menteri Melaka kerana beliau hanya tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan parti.

Najib berkata, Lembaga Disiplin Umno adalah badan yang bebas dan semua keputusan yang dibuat adalah untuk menjaga nama baik parti.

“Kita mahu Umno dilihat sebagai parti yang bersih dan kita sedar keputusan ini memberi kesan kepada Umno tetapi risikonya jauh lebih besar kalau Umno ditolak oleh rakyat.

“Kita kena tengok kepada ‘keadaan’. Kadang-kadang yang membawa masalah kepada kita bukan kita sendiri tetapi penyokong dan pembantu kita.

“Kadang-kadang pembantu kita terlalu ghairah... itu yang menyebabkan kita disabitkan dengan bermacam tuduhan,” katanya mengulas isu moral dan sama ada keputusan itu akan menjejaskan Umno yang mungkin akan menerima protes daripada penyokong Mohd Ali.

Mengenai mengapa hukuman yang diberikan kepada Mohd Ali berbeza daripada yang dikenakan terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, Najib berkata, Lembaga Disiplin mempunyai fakta yang tepat dalam membuat keputusan.

“Itu adalah keputusan Lembaga Disiplin kerana mereka pasti mempunyai fakta... mungkin (keadaannya) sedikit berbeza,” katanya.

Malacca chief knocked out

Front runner for Umno No. 2 post is banned from contest, blamed for 'money politics'

Singapore Straits Times (18/3/09): Malaysia's dominant Umno party was rocked yesterday when Malacca Chief Minister Ali Rustam was banned from contesting next week's party elections (Photo: Datuk Seri Ali (left), widely considered the front runner for the deputy presidency, was held liable for vote-buying carried out by his political secretary and two other campaign agents).

This is the first time that Umno has banned such a high-ranking candidate for violating party election rules.

Datuk Seri Ali, widely considered the front runner for the deputy presidency, was held liable for vote-buying carried out by his political secretary and two other campaign agents.

He declined to comment yesterday, saying he had yet to receive formal notice of the decision but would issue a statement today.

The action comes amid efforts by Umno to rid itself of the taint of corruption, which cost it dearly in the last general election.

But it is an uphill struggle. Thousands of ringgit are believed to have been spent to buy the votes of delegates ahead of the party election.

Just last week, Tourism Minister Azalina Othman Said's office was raided by anti-corruption officials after her political secretary was reportedly found with RM70,000 (S$29,200) believed to be linked to vote-buying.

The action against Mr Ali risks more splits in a party already riven by internal squabbling.

Deputy Premier Najib Razak made clear yesterday where he stood. 'As they say, you can't have your cake and eat it. You have to decide, do you want Umno to be seen as a clean party? Umno must be seen as a clean party and it cannot afford to be rejected by the people,' he said.

The party deputy president by convention also becomes Malaysia's deputy prime minister. With Mr Ali out of the picture, that leaves Minister of International Trade and Industry Muhyiddin Yassin and Rural and Regional Development Minister Muhammad Muhammad Taib in the running.


Janggut Saari ditarik Khir Toyo gara-gara pendedahan KDEB

SHAH ALAM, 12 Mac 2009 (Hrkh) - Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo menarik janggut Adun Hulu Klang, Saari Sungib sambil memberi amaran keras supaya jangan membabitkan isterinya dalam isu pembelian dua kereta Mercedes dan sebuah Range Rover.

Amaran keras Khir itu dilakukan di luar dewan Dun selepas Saari mendedahkan penyelewengan dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang membeli sebuah Range Rover bernilai RM500,000.

Katanya, Range Rover itu dibeli untuk kegunaan syarikat tetapi setelah kenderaan itu sampai ia telah diberikan kepada isteri Pengerusi KDEB.

Khir yang menunggu Saari di luar dewan berkata; "'You' serang isteri saya. 'You' jangan serang isteri saya, you hendak serang saya tak apa, jangan serang isteri saya. Isteri saya tidak boleh memandu."

Saari menjawab; "Saya bertanya untuk disiasat selepas itu beri jawapan, saya cakap ia diguna pakai oleh syarikat."

Khir membalas; "Awak orang tua awak mesti semak dengan tepat, jika isteri saya terdakwa, saya tidak akan maafkan awak, tuntut di akhirat."

Pada mulanya Saari beranggapan Khir hanya bergurau dengan menarik janggutnya tetapi ternyata Khir serius dan penuh emosi.

Bagaimanapun, amaran itu tidak menakutkan beliau untuk terus mendedahkan segala penyelewengan yang telah dilakukan ketika Khir menjadi Menteri Besar demi kepentingan rakyat negeri Selangor.

Sebenarnya, kata beliau, isu KDEB itu sudah lama iaitu setelah seminggu menjadi wakil rakyat maklumat itu telah sampai terutama SUK tidak boleh masuk kerana ada orang yang membuat kerja ambil dokumen takut bukti hilang.

Katanya dalam sidang penggal pertama perkara itu tidak sesuai untuk didedahkan sehingga perbahasan menjunjung titah ucapan Tuanku Sultan Selangor, tengah hari tadi.

Beliau menganggap Khir bukan mengancam tetapi hanya menunjukkan rasa tidak puas hati dan beremosi.
Friday, March 13, 2009

Hishammuddin, Khairy mesti buktikan mereka tidak tahu rancangan serang Karpal

Harakah (27/2/09): Ketua dan Naib Ketua Pemuda Umno bertanggungjawab membuktikan kepada rakyat bahawa mereka tidak tahu-menahu tentang rancangan ahli mereka bertindak ala-mafia dan menyerang Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut perkara itu dibuktikan kepada rakyat kerana semua pihak tahu bahawa ahli-ahli Umno biasanya tidak akan berani melakukan apa-apa tindakan yang dilihat mewakili parti itu tanpa kebenaran ketua mereka.

"Isunya sekarang bukan sahaja Pemuda Umno bertindak ala-gangster mafia menyerang seorang Ahli Parlimen di dalam bangunan Parlimen, malah ia sekaligus merupakan serangan beramai-ramai ke atas seorang warga emas berumur 69 tahun yang kurang upaya.
Justify Full
"Sukar untuk dipercayai oleh rakyat bahawa tindakan menyerang seorang Ahli Parlimen di dalam bangunan Parlimen boleh dilakukan oleh Pemuda Umno jika tidak diizinkan oleh ketua mereka.

"Sebab itulah Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naibnya Khairy Jamaluddin bertanggungjawab membuktikan kepada rakyat bahawa mereka benar-benar tidak tahu mengenai rancangan ahli-ahli mereka untuk bertindak ala-gangster mafia di dalam bangunan Parlimen," tegas beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengecam tindakan Pemuda Umno meneruskan budaya gangster dan mafia dalam politik negara ini.

"Kita tidak pernah melupakan dan tidak pernah memaafkan tindakan Pemuda Umno yang ketika itu di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang membakar emosi para penyokong parti itu sehingga bertindak ganas dan kejam dalam pilihan raya kecil Padang Terap yang mengakibatkan terbunuhnya Asy-Syahid Osman Talib.

"Rakyat negara ini tidak bacul untuk melihat begitu sahaja Pemuda Umno mengulangi apa yang dilakukan di Lubok Merbau itu diulang di tempat yang tertinggi dalam sistem demokrasi berparlimen negara ini iaitu di dalam bangunan Parlimen," tegas beliau.

Dalam tragedi ngeri ketika berlangsungnya pilihan raya kecil Parlimen Padang Terap pada tahun 1985 itu, lebih 200 ahli Umno bersenjata parang, botol pecah, batu-bata telah menyerang, menetak, memukul dan menghentak petugas PAS di Felda Lubuk Merbau.

Keganasan itu mengakibatkan Osman gugur syahid, tujuh petugas PAS cedera parah dan berpuluh yang lain cedera ringan. Kejadian berlaku sehari sebelum hari pembuangan undi pada 19 Januari tahun tersebut.

Sebaik sahaja selepas kejadian itu, tempat tersebut dikawal ketat oleh pihak polis.

Mengulas lanjut mengenai tindakan Pemuda Umno beramai-ramai menyerang orang kurang upaya berumur 69 tahun di bangunan Parlimen itu, Mahfuz menyifatkan tindakan tersebut berpunca dari kekecewaan akibat kehilangan kuasa dan peluang mencipta kekayaan setelah pemerintahan beberapa negeri terlepas dari tangan parti itu.

"Mustahil Pemuda Umno tidak tahu mereka boleh mengambil tindakan undang-undang kepada Karpal yang mengaitkan dua peluru yang diterimanya dengan mereka malah menyifatkan mereka sebagai celaka walaupun ditarik balik setelah diarahkan oleh (Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Haji) Wan Junaidi (Tuanku Jaafar).

"Tetapi mereka sengaja bertindak ala ganster mafia mungkin kerana sudah tidak tahan lagi begitu tertekan dan kecewa akibat kehilangan kuasa dan peluang mencipta kekayaan setelah pemerintahan beberapa negeri terlepas dari tangan parti mereka.

"Tanyalah para pemimpin Umno lebih-lebih lagi di peringkat Pemuda di semua peringkat, berapa projek yang mereka ada sekarang? Mereka miskin projek sekarang dan merasa amat marah ketika kerajaan pusat kelihatan sudah tidak mampu lagi mewujudkan lebih banyak projek seperti projek kelas F yang khabarnya digunakan untuk menternak kroni-kroni," katanya.

Luahan kemarahan itu, kata Mahfuz, sudah jenuh digambarkan oleh ahli-ahli Umno termasuk tunjuk perasaan menentang tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membanteras rasuah politik di dalam parti mereka.

Dalam tunjuk perasaan di pekarangan Menara Dato Onn di mana terletaknya ibu pejabat Umno itu, ahli-ahli Umno yang marah kepada tindakan SPRM itu membawa sepanduk tertera mesej "Jangan ambil hak ahli Umno", "Kami menolak SPRM, boleh blah" dan "Lembaga disiplin sudah nyanyuk".

Mahfuz berharap para pemimpin Umno bertindak segera membendung kemarahan ahli-ahli mereka.

"Jika tidak, kita bimbang lebih banyak pihak akan diserang ala-gangster mafia oleh Pemuda Umno," katanya.

Kawalan dipertingkat

Anggota polis membuat pemeriksaan terhadap orang ramai memasuki Parlimen
berikutan kekecohan kelmarin.

Langkah keselamatan di Parlimen elak kekecohan

Berita Harian (27/2/09): Parlimen terpaksa mengambil tindakan mengetatkan kawalan keselamatan dengan mengehadkan kemasukan individu atau kumpulan tertentu demi keselamatan di kawasan berkenaan.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh, yang kesal dengan beberapa insiden, termasuk pergaduhan di Parlimen, berkata langkah keselamatan perlu kerana terdapat pihak tertentu yang tidak memahami makna sebenar demokrasi.

"Perkara ini (kekecohan) tragik, saya kesal kerana kita mahu jadikan tempat ini paling terbuka, tetapi disebabkan 'kebodohan' sekumpulan kecil orang seperti mengugut dan melakukan ancaman, kita terpaksa mengehadkan kemasukan (ke bangunan Parlimen).

"Akibatnya, langkah keselamatan menjadi keperluan.... sesuatu yang tidak menyenangkan tetapi jadi perlu disebabkan tindakan sekumpulan orang yang tidak memahami demokrasi," katanya sambil menganggap insiden kelmarin sebagai memalukan Parlimen.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat lapan Ahli Parlimen Kesatuan Eropah diketuai Pengerusinya, Hartmut Nassauer di pejabatnya di bangunan Parlimen, semalam.

Abdul Hamid berkata, apa yang penting ialah usaha menghalang kumpulan yang difikirkan bakal mengganggu ketenteraman dan keselamatan daripada memasuki Parlimen, manakala penambahan pengawal keselamatan bukan langkah berkesan.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, ketika dihubungi, meminta Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan wakil pembangkang berbincang sama ada perlu mengetatkan kawalan keselamatan di Parlimen.

Katanya, pihaknya pernah membuat keputusan menghalang orang awam dan wartawan memasuki ruang lobi Parlimen pada sesi persidangan Jun lalu, tapi ia kemudian dibantah BNBBC dan pembangkang.

Timbalan Pengerusi BNBBC, Datuk Bung Mokhtar Radin, berkata kelab itu akan bermesyuarat minggu depan untuk membincangkan pelbagai isu, termasuk aspek keselamatan di Parlimen dan akan turut mendapatkan pandangan pihak pembangkang.

"Ia kemudian akan dikemukakan kepada pejabat Speaker Dewan Rakyat untuk pertimbangan. Sebenarnya, Parlimen kita memang selamat dan kekecohan yang berlaku semalam (kelmarin) kes terasing," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang kelmarin, pekarangan Bangunan Parlimen kecoh apabila sekumpulan individu berhimpun dan menuntut Pengerusi DAP, Karpal Singh memohon maaf atas kenyataannya yang memaki Pemuda Umno sebagai celaka dalam sidang Dewan Rakyat.

MCA: Such intimidation destroys our country’s image

The Star (28/2/09): The MCA has hit out at the Umno Youth members who confronted Bukit Gelugor MP and DAP chairman Karpal Singh in Parliament, calling such behaviour unacceptable.

The party’s information and communication bureau chairman Lee Wei Kiat said such physical intimidation “destroys our country’s image in the international stage”, and called for respect to be shown to Parliament.

“Any kind of behaviour or mob rule which forcibly prevents the MPs from entering Parliament not only offends the rakyat but is also an affront against the country’s democratic system, rule of law and also to voters,” he said in a statement.

He called for conflicts and differences in opinions to be debated through a peaceful, democractic and rational platform.

“It is unfortunate that Umno Youth members chose to be irrational and rowdy in voicing out their views in Parliament. Hence their action is tantamount to insulting Parliament,” he said.

On Thursday, the wheelchair-bound Karpal Singh was prevented by a group of Umno Youth members from entering Parliament who demanded an apology from him for calling them celaka.

Penang Chief Minister and DAP secretary-general Lim Guan Eng also condemned the Umno Youth members who confronted Karpal Singh, saying the incident was “embarrassing and disgusting.”

He said Umno had tarnished Malaysia’s image and called for stern action to be taken against the group.

Lim, who is also Bagan MP, said he appreciated that Backbenchers Club chairman Datuk Seri Tiong King Sing had apologised over the incident, but felt it was only right that Umno should do so too.

On Karpal Singh’s use of the word celaka in reference to Umno Youth during his debate speech on Wednesday and his allegation that Umno was responsible for the two bullets he had received in the mail, Lim said the statement was made in the House and it was up to the Speaker to take any action
Friday, February 27, 2009

Gaduh di Parlimen tragis, kawalan diperketat

mStar Online (27/2/09): Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh hari ini berkata, tahap keselamatan di Parlimen akan diperketatkan berikutan insiden pergaduhan semalam.

"Apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang tragis dan tidak patut berlaku di Parlimen tetapi disebabkan kebodohan kumpulan tertentu, sekatan terpaksa dikenakan terhadap sesiapa yang ingin memasuki kawasan Parlimen," katanya selepas menerima kunjungan hormat delegasi anggota Parlimen Eropah di Parlimen di sini, hari ini.

Petang semalam, suasana di pintu masuk ke bangunan Parlimen kecoh apabila Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.

Bagaimanapun, keadaan menjadi bertambah kecoh apabila Ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.

Campur tangan mereka bagaimanapun menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua pihak sehingga mendapat campur tangan pihak keselamatan Parlimen.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Hamid berkata, beliau berasa sedih mengenai insiden itu dan menyifatkan kumpulan tersebut sebagai manusia yang tidak memahami penguatkuasaan undang-undang dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Bagaimanapun katanya, mereka yang ingin melawat Parlimen tidak akan dihalang berbuat demikian.

"Pelajar-pelajar sekolah masih boleh mengadakan lawatan ke sini.

"Kita cuma mengadakan sekatan terhadap mereka yang dikesan boleh mengganggu atau mengancam ketenteraman dan keselamatan Parlimen," katanya.

Ditanya sama ada mereka yang menimbulkan kekecohan semalam akan disenaraihitam daripada memasuki kawasan Parlimen, beliau berkata, langkah itu tidak perlu namun katanya, pihaknya perlu bergantung kepada maklumat dan risikan pihak keselamatan.

Katanya, insiden semalam bukan hanya memalukan Parlimen malah seluruh rakyat Malaysia.

Beliau turut menyifatkan kumpulan tersebut sebagai manusia yang tidak memahami penguatkuasaan undang-undang dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Walaubagaimanapun, Abdul Hamid berkata bilangan anggota keselamatan tidak akan ditambah sebaliknya jumlah kemasukan mereka yang tidak berkenaan akan dihadkan dan insiden yang berlaku semalam tidak akan menjadi teruk sehingga melibatkan kecederaan fizikal seperti mana yang pernah terjadi negara lain.

"Saya suka apa yang saya baca dalam akhbar hari ini. Apa yang salah tetap salah. Kita tidak boleh mengamalkan politik yang bersifat kepartian," katanya.

Beliau menyifatkan apa yang dilakukakan oleh kumpulan tertentu sebagai orang yang tidak bertamadun kerana menghalang anggota Parlimen daripada menjalankan tugas mereka.

Katanya lagi, Parlimen sepatutnya menjadi tempat yang bebas untuk membahaskan sebarang isu tanpa dihalang oleh mana-mana pihak.

KL to relax Pro-Malay policies

Changes likely to be unveiled in second stimulus package, says Muhyiddin

The Straits Times Singapore (24/2/09): Malaysia will relax some of its pro-Malay economic policies as part of a major stimulus package to keep the economy from faltering further, Minister of International Trade and Industry Muhyiddin Yassin said yesterday.

This is likely to be announced in the second package on March10, that will be bigger than the RM7 billion (S$2.9 billion) one unveiled last November.

Analysts have suggested that it could be between RM10 billion and RM15 billion.

Tan Sri Muhyiddin declined to give details but said the Cabinet has agreed to liberalise the rules for foreign investment, including the bumiputera equity requirements. 'It has been agreed upon by the Cabinet, and would be announced soon. Even in the FIC (Foreign Investment Committee) where one of the important components is the bumiputera equity. That is also being looked at, and there will be a slight change,' he told reporters. The services sector would also be liberalised.

The local media had reported that the government was likely to scrap the guidelines for the retail sector, with the exception of hypermarkets.

Under the guidelines, retailers and restaurants were required to have 30 per cent bumiputera equity participation if they had more than 15 per cent foreign shareholding. They were also required to have boards, management and staff reflecting the demographics of Malaysia. It had never been fully implemented.

Certain aspects of the controversial pro-Malay policy had already been relaxed, notably in the manufacturing sector where foreigners can have full ownership. The main remaining quota is the 30 per cent Malay equity ownership for public-listed companies. This was relaxed a little last year, with the quota now implemented only for new listings.

Mr Muhyiddin defended the 40-year-old policy as having been 'one of the best' for Malaysia's needs, but acknowledged its flaws in implementation.

He said it was being liberalised gradually but will not be lifted fully until Malaysia was ready for it. However, he said once it was rolled back, it would not be reimposed.

In general, the policy assists the majority Malay community in the economic sector through share quotas, soft loans and preference for government tenders. It also gives them a helping hand in educational opportunities.
Wednesday, February 25, 2009

Penyokong parti tak wajar laung takbir sewenang-wenang

Berita Harian (17/2/09): Parti politik sepatutnya mengelak daripada menggunakan ayat al-Quran untuk kepentingan mereka termasuk ketika berceramah mengenai perubahan pentadbiran kerajaan negeri atau menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Penasihat Hal Ehwal Agama Islam kepada Menteri Besar, Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz, berkata penyokong parti politik juga tidak wajar melaungkan takbir sewenang-wenangnya kerana takbir dikhususkan sebagai tanda kebesaran Allah.

Beliau berkata, ayat al-Quran atau takbir adalah kalimah tinggi dan patut digunakan secara berhati-hati.

"Ayat al-Quran atau takbir tidak wajar digunakan sebagai benteng politik untuk menyampaikan maksud bagi kepentingan parti.

"Ini adalah kalimah tinggi yang patut digunakan secara berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan mendengar taklimat Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Jaip, Datuk Sheikh Mohd Nor Mansor Al-Hafiz.

Najmuddin berkata demikian ketika diminta mengulas sesetengah pemimpin parti pembangkang bukan Islam terutama DAP yang gemar membaca ayat al-Quran dalam bahasa Arab dan diterjemah ke dalam bahasa Melayu dalam ceramah politik.
Wednesday, February 18, 2009

Isu Perak: Haron Din jawab Mufti Perak

Harakah (8/2/09): Golongan alim ulama di Negara ini harus bersikap adil di samping memihak hanya kepada Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu apa lagi mengeluarkan kenyataan berbaur politik

Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, yang mengeluarkan kenyataan sesiapa tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka dilihat sebagai tidak menepati tugasnya sebagai Mufti yang hanya wajib memihak pada Islam dan bukannya pada mana-mana individu apa lagi untuk kepentingan politik.

Menurutnya, tindakan sedemikian hanya akan mengundang kekeliruan di kalangan masyarakat, kerana golongan ulama merupakan rujukan utama masyarakat dalam masaalah agama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan mufti berkenaan yang didakwa sedemikian sebagai merujuk tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar, yang enggan melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.

Harussani baru-baru ini mendakwa, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah ataupun Raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Kursus Kepimpinan Dakwah Halaqat, anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, di Putik, di sini semalam.

"Mufti Perak telah menyatakan pendapatnya, tetapi tidak pernah berlaku seumpamanya sebelum ini di mana Mufti telah memihak pada mana-mana parti politik.

"Sepatutnya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan agama, Mufti tidak seharusnya terjebak dalam kancah politik, selain hanya memihak kepada kebenaran Islam yang satu,"ujarnya lagi.

Haron Din, seterusnya memberitahu kenyataan Mufti sedemikian jelas menampakkan ianya kurang bijak dalam memberikan pandangannya berhubung kemelut politik di Perak.

"Kalau nak membuat sebarang ulasan pun biarlah ianya memberi gambaran yang jelas iaitu Islam,"ujarnya lagi.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau merujuk pada sejarah Islam bagaimana seorang alim ulama yang masyhur Izzudin Abdul Salam yang berani menyatakan kebenarannya walaupun di hadapan sultan sehingga beliau akhirnya dibuang daerah.

Menurutnya, keberanian ulama di zaman ini amat diperlukan khususnya untuk menangani kegawatan suasana politik dunia dan tempatan yang semakin meruncing.

"Hanya golongan ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan,"ujarnya lagi.
Tuesday, February 17, 2009

Lapan ditahan, masjid dibedil gas pemedih mata!

KUALA KANGSAR, 6 Feb (Hrkh) - 3.45 petang: Pihak polis menangkap lapan orang di kawasan Masjid Ubudiyyah sebentar tadi selepas melepaskan beberapa gas pemedih mata.

KUALA KANGSAR, 6 Feb (Hrkh) - 3.20 petang: FRU sedang melepaskan gas pemedih mata kepada orang ramai yang sedang berhimpun di luar Masjid Ubudiyyah.

Dalam pada itu, didapati beberapa das gas pemedih mata turut dilepaskan ke dalam masjid dan ini telah menyebabkan gangguan kepada jemaah yang masih berada dalam masjid yang sedang membaca Yassin.

Sementara itu, seorang bekas anggota FRU yang turut berada di lokasi kejadian menyifatkan tindakan FRU adalah melampau dan melanggar prosedur kerana melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid.

Selain itu, dalam tinjauan wartawan Harakah mendapati orang ramai sedang cuba untuk menutup pintu masjid bagi mengelak serangan FRU yang makin membabi buta.
Friday, February 6, 2009

ImageChef Custom Images

Video

Blog BM

Banyak lagi di sini atau di sini.

MP, Adun

Banyak lagi di sini atau di sini.

PAS

Banyak lagi di sini atau di sini.

Terima kasih!!

Join My Community at MyBloglog!
National Alliance of Bloggers
Button_bloggers-united175.jpg
(sangkutu@gmail.com)
Presiden PAS (dua dari kanan) dalam majlis perpaduan Islam di Iran

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib