Sarkas bigfoot dan big monkey

Posted by Unknown Thursday, May 1, 2008

Artikel asal di sini


Pelajar terkejut gelagat ahli Parlimen (Utusan Malaysia 1/5/08)
Siaran langsung Dewan Rakyat dikaji semula (Utusan Malaysia 1/5/08)
Kecoh macam dalam pasar borong (Utusan Malaysia 1/5/08)
Sikap Ahli Parlimen ditegur (Utusan Malaysia 1/5/08)
Hari pertama sidang kecoh (Utusan Malaysia 1/5/08)
'Saya akan berusaha bersabar' (Utusan Malaysia 1/5/08)
Soalan lisan tidak lebih 40 patah perkataan (Utusan Malaysia 1/5/08)
Kecewa gangguan isu remeh temeh (Utusan Malaysia 1/5/08)
Ibrahim Ali 'tunjuk belang' (Utusan Malaysia 1/5/08)
Usul royalti minyak ditolak (Utusan Malaysia 1/5/08)
Sidang Dewan Rakyat kecoh



HANGAT: Dua gambar dirakam daripada televisyen ini menunjukkan aksi Karpal (kiri) dan Bung Mokhtar yang bertegang leher pada hari pertama sidang Dewan Rakyat, semalam. Pertikaman lidah kedua-dua Ahli Parlimen itu berlarutan hampir setengah jam disertai wakil kerajaan dan pembangkang.

YB pembangkang pertikai perkara remeh sebabkan hanya tiga soalan sempat dijawab

Berita Harian (30/4/08): Hari pertama sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, yang julung kali disiarkan secara langsung menerusi RTM1 semalam, hangat dan kecoh apabila pembangkang sering mempersoalkan beberapa peraturan mesyuarat sehingga hanya tiga soalan, dijawab dalam tempoh sejam setengah.

Kekecohan yang bermula apabila Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mempersoalkan peraturan mengangkat sumpah Ahli Parlimen, Isnin lalu, semakin hangat apabila ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut mencelah.

Penjelasan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung isu yang dibangkitkan Karpal diganggu beberapa Ahli Parlimen hingga soalan pertama hanya dapat dikemukakan selepas 20 minit sesi itu bermula untuk dijawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, selepas itu beberapa Ahli Parlimen termasuk Karpal, anaknya Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) dan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) terus membangkitkan lagi soal peraturan mesyuarat dan setelah hampir sejam, barulah soalan kedua dapat diteruskan.

Keseluruhannya hanya tiga daripada tujuh soalan yang sepatutnya dijawab semalam, dapat disoal setelah tempoh sesi soal jawab selama satu setengah jam itu berakhir pada jam 11.30 pagi.

Persidangan bermula dengan Pandikar Amin mengumumkan pelantikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh) sebagai ketua pembangkang seperti yang dipersetujui barisan pembangkang.

Sebaik pengumuman itu dibuat, Karpal terus mempersoalkan peraturan mengangkat sumpah.

Dalam penjelasannya, Pandikar Amin menegaskan urusan mengangkat sumpah sudah selesai dua hari lalu dan semua yang mengangkat sumpah sudah diiktiraf sah menjadi Ahli Parlimen.

"Saya sudah buat keputusan dan keputusan itu adalah muktamad. Saya sudah buat keputusan dan ia adalah ketetapan dari dulu pun. Ia adalah sah dan keputusan saya tidak boleh disoal lagi," tegasnya sambil meminta semua anggota Dewan memberi kerjasama agar persidangan dapat dijalankan dengan lancar.

Namun, sesi itu terganggu lagi apabila Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) mempersoalkan kenapa wakil BN dibenar mengemukakan tujuh soalan, manakala Pakatan Rakyat hanya tiga.

Merujuk kepada peraturan mesyuarat 14 (1), beliau meminta penjelasan sejauh mana peranan dan pengaruh Yang Dipertua dalam menyusun pertanyaan lisan kerana seolah-olah tidak mengiktiraf Ketua Pembangkang.

"Sepatutnya Ketua Pembangkang Dewan Rakyat diberi keutamaan mengemukakan soalan pertama dan saya dapati daripada 10 soalan hanya tiga untuk Pakatan Rakyat dan tujuh kepada Barisan Nasional.

"Saya hendak rumuskan jumlah anggota pembangkang adalah 82 orang berbanding BN hanya 77. Saya cadangkan sepatutnya enam dikemukakan kepada Pakatan Rakyat dan selebihnya kepada Barisan Nasional," katanya.

Keadaan bertambah hangat apabila Karpal membangkitkan lagi isu Ahli Parlimen tidak mematuhi prosedur mengangkat sumpah serta mengenai penentuan tempat duduk anggota Dewan Rakyat.

Tindakan Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) menyampuk Karpal kerana membangkitkan isu remeh itu mencetuskan pertikaman lidah hampir setengah jam dengan disertai Ahli Parlimen kedua-dua pihak.

Sebaik Razali Ibrahim (BN-Muar) mahu mengemukakan soalan pertama, Karpal sekali lagi mencelah dan merujuk Peraturan Mesyuarat kerana Speaker memberi peluang kepadanya bercakap sekali lagi.

"Saya harap Bigfoot dari Kinabatangan tidak akan mengganggu saya. Itu bigfoot. Bigfoot sit down," katanya.

Bung Moktar pula mencabar: "Berdirilah kalau berani. If I'm big foot you are big monkey."

Karpal juga merujuk Peraturan Mesyuarat 2 (1) dan mahu Speaker menjelaskan mengenai kedudukan Ahli Parlimen dari Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang digelarnya 'katak politik' bertanding menggunakan tiket Pas tetapi diberikan kerusi Bebas dalam Dewan.

Selepas Pandikar Amin menjelaskan bahawa kedudukan Ahli Parlimen ditentukan atas budi bicara Dewan Rakyat, sesi itu diteruskan dengan soalan pertama dikemukakan Razali untuk dijawab Perdana Menteri, kira-kira jam 10.35 pagi.

Keadaan kembali kecoh apabila Pandikar Amin mengesyorkan tiada soalan tambahan dibenarkan kerana kesuntukan masa, tetapi dibantah Kit Siang.

Bagaimanapun, tindakan Perdana Menteri meminta izin kepada Yang Dipertua untuk menjawab soalan tambahan meredakan keadaan seketika sebelum suasana kembali hangat apabila beberapa Ahli Parlimen mempertikaikan lagi keputusan mengehadkan soalan tambahan.

Pelbagai Peraturan Mesyuarat dirujuk berulang kali sehingga Pandikar Amin tidak menang tangan melayaninya. Speaker kemudian mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya diam apabila beliau bercakap seperti yang termaktub dalam peraturan mesyuarat.

Pandikar Amin menegaskan, jika semua orang dibenarkan bercakap seperti Karpal, Dewan Rakyat tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang sebenar.

"Sekiranya soal teknikal serta perkataan menjadi bahan pertikaian, tidak akan ada penghujungnya sidang Dewan ini, tetapi tidak memanfaatkan rakyat. Adakah ini menjadikan seorang anggota Parlimen yang betul-betul dapat menjalankan tugas.

"Kalaulah ahli yang berhormat dalam Dewan yang mulia tidak menghormati keputusan Speaker, siapapun juga yang diminta duduk di atas ini tidak ada kesampaian kerana masing-masing cuba menegakkan benang yang basah," katanya.

Ibrahim pula mencelah dengan menyimpulkan bahawa Ahli Parlimen terlalu ghairah berhujah dan membangkitkan isu kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada rakyat.

"Ini semua gara-gara siaran langsung, semua nak masuk televisyen," katanya.
'Saya hanya halau keluar jika perlu'


TENANG: Pandikar Amin ketika memulakan sesi sidang Parlimen, semalam.

Berita Harian (30/4/08): Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, pertikaman lidah dan kekecohan di kalangan Ahli Parlimen pada awal sesi persidangan Parlimen semalam, mengajarnya supaya sentiasa mengutamakan kesabaran dan bertindak adil untuk semua.

Katanya, seboleh-bolehnya beliau tidak mahu mengambil tindakan menggantung atau menghalau keluar ahli Parlimen kecuali jika ada yang betul-betul melanggar Peraturan Mesyuarat selepas berkali-kali diberi ingatan.

"Saya okey... saya umpama pengadil, saya tak akan keluarkan kad merah kecuali apabila benar-benar perlu. Kalau boleh, tidak.

"Tadi (semalam) kerana banyak masa habis akibat kekecohan itu, hanya tiga soalan lisan dapat dijawab. Berpuluh-puluh lagi tidak dijawab," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya selepas sesi hari pertama persidangan Dewan Rakyat berakhir, semalam.

Bagaimanapun, katanya, memang sudah menjangka akan berlaku pertikaman lidah dan oleh itu menggunakan pengalamannya yang pernah menjadi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sabah satu ketika dulu.

Beliau berkata, Ahli Parlimen tidak harus terlalu menumpukan kepada soal remeh seperti ahli yang tidak mengangkat tangan ketika mengangkat sumpah atau membangkitkan mengenai soalan tambahan.

"Itu bukan persoalan penting hingga perjalanan persidangan terpaksa ditangguhkan," katanya sambil menjelaskan beliau tidak boleh untuk mengatakan sama ada mereka berbuat demikian kerana ada siaran langsung. Syukur tidak berlaku seperti di Taiwan," katanya.

Pandikar Amin berkata, beliau tidak tahu sama ada rakyat, terutama di luar bandar yang mengikuti siaran langsung berkenaan memahami erti 'Peraturan Mesyuarat' yang banyak dibangkitkan oleh ahli Parlimen ketika berlaku pertikaman lidah.

Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana Ahli Parlimen yang senior tidak memberikan contoh baik kepada ahli baru dan berharap akan ada ahli yang mendapat sanjungan seperti mendiang Tan Sri Dr Tan Chee Koon yang digelar 'Mr Opposition'.
Gelaran katak, Bigfoot cetus perbalahan

DI LUAR: Bung Mokhtar (kiri) berseloroh dengan Karpal di lobi Parlimen, semalam.

Berita Harian (30/4/08): Tindakan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), mempersoalkan kedudukan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang disifatkannya sebagai 'katak politik' dalam Dewan Rakyat, menyebabkan berlaku pertikaman lidah antara mereka.

Perbalahan tercetus apabila Karpal meminta Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjelaskan mengapa Ibrahim yang bertanding atas tiket Pas pada pilihan raya umum lalu, diberi tempat duduk sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Berang dengan tindakan Karpal itu, ahli politik veteran terbabit yang pada mulanya bangun untuk meminta soalan tambahan, menukar rentak dan membangkitkan satu aspek daripada Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Persoalan yang dibangkitkan ialah berkaitan tindakan Karpal yang tetap duduk di kerusi rodanya ketika mencelah meminta penjelasan berhubung sesuatu perkara, yang disifatkan oleh Ibrahim sebagai tidak mematuhi peraturan.

Ahli Dewan Rakyat dikehendaki berdiri apabila berucap, mencelah meminta penjelasan atau ketika bertanyakan soalan tambahan dan keadaan Karpal yang terpaksa berkerusi roda selepas terbabit dalam kemalangan pada 2005 disindir Ibrahim.

Tidak cukup dengan asakan Ibrahim, Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang sejak awal lagi terbabit dalam kejadian ejek-mengejek dengan Karpal, pula mencabar pemimpin DAP itu supaya berdiri ketika bercakap dalam Dewan.

Ia berikutan terdahulu, Bung Mokhtar melenting apabila Karpal memanggilnya 'Bigfoot' ketika meminta beliau tidak mencelah ketika dia bercakap, menyebabkan Bung Mokhtar membalas dengan memanggilnya 'monyet besar'.

Tindakan Bung Mokhtar dan Ibrahim yang menyindir keadaan Karpal itu dibantah beberapa wakil rakyat pembangkang dan antara yang pertama bangun untuk mempertahankan rakan mereka ialah Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).

Fong meminta Speaker supaya mengarahkan Ibrahim menarik balik kenyataannya itu dan meminta maaf. Permintaan Fong turut disokong Azmin Ali (PKR-Gombak).

Pandikar Amin yang kelihatan diuji dengan pelbagai kerenah Ahli Parlimen, daripada kedua-dua pihak pada sidang hari pertama semalam sehingga terpaksa bekerja keras mengawal keadaan bagaimanapun tidak mengarahkan Ibrahim menarik balik kenyataannya.

Begitupun, beliau mengingatkan Ahli Parlimen sentiasa mematuhi peraturan dan etika perbahasan serta mengelakkan daripada mengeluarkan kenyataan tidak boleh diterima kalangan Ahli Parlimen
Kementerian kaji semula kewajaran siaran langsung


PENUH TUMPUAN: Orang ramai tidak melepaskan peluang mengikuti siaran langsung sidang Dewan Rakyat di sebuah warung di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, Kelantan, semalam.

YB pembangkang bincang isu remeh tak manfaatkan rakyat: Ahmad Shabery

Berita Harian (30/4/08): Kecewa dengan kekecohan pada hari pertama sidang Dewan Rakyat semalam, Kementerian Penerangan akan mengkaji kewajaran meneruskan siaran langsung sesi soal jawab kerana ia disalah guna pembangkang untuk meraih publisiti murahan.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata tindakan Ahli Parlimen pembangkang membincangkan isu remeh temeh terutama berkaitan aspek teknikal seperti peraturan mesyuarat jelas menunjukkan mereka tidak menghargai institusi Parlimen.

"Siaran langsung dibuat supaya rakyat dapat melihat Ahli Parlimen mereka memperjuangkan agenda masyarakat setempat, tetapi tindakan Ahli Parlimen pembangkang jelas menunjukkan mereka mengkhianati mandat rakyat itu," katanya di lobi Parlimen, semalam.

Pertikaman lidah antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang serta persoalan mengenai peraturan berhubung isu soalan tambahan menyebabkan sesi soal jawab hari pertama persidangan kecoh, hinggakan hanya tiga soalan dapat dijawab dalam tempoh 90 minit yang ditetapkan.

Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, selagi Ahli Parlimen pembangkang tidak berubah daripada bersikap kelas ketiga kepada kelas pertama, tidak wajar untuk kerajaan mempertimbangkan dilanjutkan waktu siaran langsung itu.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang turut kesal dengan keadaan itu berkata, Ahli Parlimen pembangkang membuang masa menteri dan pegawai kerajaan dengan hanya membincangkan isu remeh yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

"Sebagai menteri, saya datang ke Parlimen untuk menjawab isu berhubung kementerian, tetapi pembangkang hanya sibuk membincangkan mengenai peraturan mesyuarat," katanya sambil menambah kekecohan yang terjadi menjejaskan permulaan sidang Parlimen ke-12.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, pembangkang tidak menunjukkan keikhlasan mereka untuk menggunakan Parlimen seperti yang mereka perjuangkan selama ini bagi merealisasikan konsep demokrasi yang konstruktif.

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata Ahli Parlimen pembangkang perlu menghormati keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika berbahas di dalam Parlimen.

Beliau berkata, sikap sesetengah Ahli Parlimen pembangkang yang suka membantah keputusan Speaker Dewan Rakyat menyebabkan banyak isu yang membabitkan kepentingan rakyat tidak dapat dibahaskan dengan berkesan.

"Perkara ini berlaku mungkin sebabkan sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang adalah muka baru dan bersemangat untuk menonjolkan diri. Tetapi, apa yang mengecewakan ialah yang sudah senior dan berpengalaman pun gagal memberi teladan yang baik.

"Saya tidak faham kenapa mereka perlu membahaskan perkara remeh seperti soal teknikal dan sebagainya, sedangkan isu rakyat diketepikan. Sepatutnya, gunakanlah persidangan dalam dewan untuk bercakap perkara yang baik dan masa tidak membazir begitu saja," katanya.

Sementara itu, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang menyentuh ketidakupayaan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) untuk berdiri.

"Kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan, tetapi saya yakin semua Ahli Parlimen hanya bergaduh di dalam Dewan, tetapi tidak di luar," katanya.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, berkata kekecohan di Dewan Rakyat hingga menjejaskan sesi soal jawab ialah kerana ketidakcekapan Yang Dipertua yang tidak membenarkan soalan tambahan dikemukakan yang bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat.

Beliau yang juga Penasihat DAP berkata, siaran langsung wajar dipanjangkan untuk turut merangkumi sesi perbahasan kerana ia akan menunjukkan kemampuan sebenar Ahli Parlimen membahaskan usul yang berkualiti.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, berkata wakil rakyat pembangkang juga kecewa kerana keadaan sekarang menimbulkan persoalan sama ada Speaker benar-benar bebas dan berkecuali daripada tekanan eksekutif.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP berkata, mula-mula Speaker tidak membenarkan soalan tambahan tetapi selepas campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beliau akur dan membenarkan soalan tambahan dikemukakan.

"Ini menimbulkan persoalan mengenai kebebasan dan sikap berkecuali Yang Dipertua apabila beliau tunduk kepada arahan eksekutif, sedangkan beliau sepatutnya bebas kepada semua ahli dewan sama ada pembangkang atau penyokong kerajaan," katanya.

Timbalan Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa, turut menyuarakan kekecewaan dengan ketidakcekapan Speaker hingga menyebabkan perjalanan mesyuarat pada hari pertama kecoh dan tidak lancar.

Mengenai kemungkinan Kementerian Penerangan mengkaji semula siaran langsung sesi soal jawab, beliau berkata, keadaan itu tidak seharusnya timbul kerana kekecohan terjadi disebabkan kegagalan Speaker mengawal keadaan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, berkata rakyat tidak seharusnya dihukum dengan hak mereka untuk menonton gelagat dan kemampuan wakil rakyat mereka berbahas di Parlimen hanya kerana masalah yang disebabkan ketidakcekapan pentadbiran Dewan Rakyat.

"Siaran langsung sepatutnya dipanjangkan, bukan hanya pada sesi soal jawab kerana ia tidak akan menunjukkan kemampuan dan kemahiran sebenar menteri atau timbalan menteri berbahas apabila hanya membaca skrip jawapan yang disediakan," katanya.
Rais syor siar inti pati, debat penting
Berita Harian (30/4/08): Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim mencadangkan format siaran langsung sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat menerusi RTM1 diteliti semula supaya rakyat dapat memperoleh maklumat tepat mengenai perkara yang didebatkan.

Beliau berkata, siaran lanfsung perlu diubah suai supaya menyiarkan inti pati sesi soal jawab dan perdebatan yang penting serta memberi kesan positif kepada rakyat.

"Wajar format penyampaian siaran langsung dibuat penilaian semula selepas kecewa dengan gangguan anggota Parlimen yang mempersoalkan peraturan mesyuarat.

"Saya akan memberi pandangan berkaitan keperluan mengubah suai format siaran langsung kepada Kabinet esok. Namun, terserah kepada kementerian sama ada meneruskannya atau tidak," katanya pada sidang media selepas majlis makan tengah hari bersama media di Wisma Putra, di sini semalam.

Hadir majlis itu ialah Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishammuddin Aun; Pengarang Kumpulan The New Straits Times, Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Mustapa Omar.

Rais berkata, siaran langsung sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat seharusnya menonjolkan aspek yang lebih produktif dan memberi penerangan kepada rakyat serta tidak menyiarkan kerenah yang ditunjukkan Ahli Parlimen yang boleh memberi tanggapan negatif kepada rakyat.

Mengenai Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda yang menetapkan 23 Mei ini bagi keputusan berhubung pertindihan tuntutan Pulai Batu Butih antara Kerajaan Malaysia dan Singapura, Rais berkata, rakyat kedua-dua negara perlu akur sebarang keputusan.

"Rakyat Malaysia dan Singapura perlu menghormati keputusan ICJ dan tidak menjejaskan hubungan baik serta semangat kejiranan yang sudah dijalin sejak dulu," katanya.

Selain itu, Rais berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka menyertai tiga acara penting iaitu Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) ketujuh di Beijing, China pada 24 dan 25 Oktober depan, diikuti Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Lima, Peru (16-23 November) dan Sidang Mesyuarat Asean di Bangkok, Thailand pada Disember.

Beliau berkata, kementeriannya akan memberi pandangan kepada Abdullah sebelum menghadiri forum kecil anjuran pihak yang cuba menggunakan nama Malaysia.

"Kita akan menyampaikan rasional pemergian Perdana Menteri tetapi terpulang kepada beliau sama ada mahu pergi atau sebaliknya," katanya.
Dewan Rakyat: Disappointed with proceedings

NST (1/5/08): Patience was the biggest factor that kept Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia in check yesterday.

Speaking to the media after a long day, Pandikar Amin said he would not use his powers to suspend or order any members to leave the House unless he is pushed to the extreme.

The sitting of the first day of Parliament after the 12th general election was a raucous affair, with name-calling.

"Anyone in my place would have felt tested. Half a day was wasted by MPs arguing on technicalities of oath-taking and order of questions raised.

"Taking the oath in the right manner is not a national issue. How are we supposed to debate on current issues if MPs waste the time of Parliament to argue trivial matters?" said Pandikar Amin.

On his ruling to skip supplementary questions after the prime minister had delivered his answer to the first question, Pandikar Amin said there were hard and fast rules on asking supplementary questions.

"I did not want to allow supplementary questions to make up for lost time and provide MPs the opportunity of raising the questions in the order paper. We did not even pass the third question, although we had one-and-a-half hours for question and answer," he said.

"If everyone wants to strictly follow the rule, then no one should have interrupted me in the House. I am very disappointed with yesterday's proceedings," said Pandikar Amin.






0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib