Taki 1 - Hadi 0

Posted by Unknown Tuesday, April 29, 2008

Petikan dari Laman Marhaen:
Hari ini bermulalah Muktamar Pas ke-53 di Putik, Pengkalan Chepa, Kelantan. Walaupun muktamar tersebut adalah rutin biasa yang harus dilalui Pas seperti mana kehendak perlembagaanya, namun ia tetap penting. Lebih-lebih lagi kepada Pas Kelantan muktamar itu membawa pengertian tersendiri!

Kepentingan itu bukan saja kerana ia berlangsung di Kelantan, - itu hanya nostalgia saja, tetapi ada perkara lain yang lebih penting. Muktamar itu memberi signifiken tersendiri bagi Pas Kelantan. Secara tidak langsung muktamar itu akan menjadi benchmark kepada keupayaan Pas Kelantan bagi mengekalkan kerajaan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya umum akan datang.

Muktamar itu akan memberi petunjuk sejauh manakah para perwakilan Kelantan bersatu dan seiya sekata dalam menghadapi musuh tradisi mereka, Umno. Ini akan menjelma di dalam pemilihan tokoh-tokoh Pas Kelantan yang bertanding untuk menduduki beberapa jawatan penting pada muktamar berkenaan.

Apakah tokoh-tokoh dari Kelantan khas pelapis dan golongan muda akan mendapat sokongan padu daripada perwakilan dari Kelantan sendiri? Inilah bakal menjadi tanda tanya dan kesemua perwakilan dari Kelantan kena memahaminya kenapa mereka harus duduk satu saf bagi menyokong tokoh-tokoh senegeri dengan mereka.

Antara tokoh muda dari Kelantan bertanding untuk menduduki beberapa jawatan penting ialah Husam Musa. Beliau bertanding jawatan Naib Presiden bagi mengekalkan jawatan yang dimenangi pada muktamar dua tahun lepas.

Selain Husam, Mohd Amar Nik Arshad dan Takiyuddin Hassan. Mereka berdua masing-masing bertanding bagi menduduki jawatan ahli jawatankuasa agung Pas. Mereka bertiga ini suka tidak suka adalah tokoh muda yang diharapkan mengganti Nik Aziz sebagai MB. Lebih-lebih lagi Husam yang sudah digilap dan diterima umum berjaya menunjukkan kemampuannya bakal pengganti perlu diberikan tumpuan serius.

Kemenangan mereka kelak akan dijadikan gambaran mengenai perpaduan Pas di Kelantan keseluruhannya. Dan perpaduan itu pula sangat penting untuk ditonjolkan bagi menyakinkan rakyat serta membimbangkan Umno dalam berhadapan dengan Pas. Undi yang bakal diraih mereka akan dihitung sejauh manakah sokongan mereka di kalangan perwakilan Kelantan sendiri.

Di dalam pertanding dua tahun lalu untuk jawatan Naib Presiden, Husam Musa mendapat tempat paling tinggi diikuti oleh Muhammad Sabu dan Hassan Ali. Walaupun begitu Husam tidak mendapat undi solid daripada Kelantan. Unsur jahat telah wujud dalam pemilihan lalu yang dilakukan oleh pihak tertentu di Kelantan.

Apakah keadaan ini akan terjadi sekali lagi?

Sesuatu yang agak malang dan menyesalkan kini sudah mula kedengaran berbagai dakyah buruk mengenai anggota Exco berkenaan. Ada pihak tertentu yang menjelma menjadi tukang kempen tidak bertauliah menyebarkan mesej agar jangan memberi undi kepada Husam. Berbagai tektik dan teknik telah digunakan, kononya kedudukan Husam sudah pun selesa. Golongan ini berbuat demikian kerana mahu “mengajar” Husam daripada mendapat undi terbanyak pada pemilihan esok!

Tentu kebanyakan perwakilan tidak mengetahui apakah maksud dan agenda orang-orang berselimut ini? Mereka juga tidak tahu apakah masalah Pas Kelantan. Tentu juga mereka tidak diketahui apakah latar belakang dan sejarah politik golong ini yang boleh disifatkan sebagai desperado?

Biarlahlah di sini disebut secara terus terang siapakah yang mempunyai perangai dan niat jahat itu serta latar belakang dan sejarah jenayah politik mereka. Orang yang bersikap mulut manis jubur masam dan rancak berkempen memburukkan Husam antaranya ialah tidak bukan dan tidak lain, penyelak kain antarabangsa bernama Razak Abbas.

Razak yang dikenali manusia yang berdendam dengan Husam (kerana Husam tidak bersedia menjadi pandir kepadanya untuk meluluskan 12 kawasan balak yang dipohon Razak) kini sedang giat memutarkan lidah menemui perwakilan berkempen untuk mengajar Husam. Lebih malang usaha dan kerja jahat Razak itu didokong oleh sebuah kawasan Pas di Kelantan sendiri.

Mungkin orang Kelantan sudah mengetahi peranan dan juga agenda Razak Abbas ini. Tetapi perwakilan luar tidak banyak yang mengenalinya. Orang luar mengenali Razak sebagai berani dan gedebe tetapi tidak tahu puter belit dan agendanya yang sebenar serta sejarahnya menyeksa banyak ahli Pas tidak berdosa pada tahun-tahun 70-an.

Sebenarnya Razak Abbas telah mengaturkan strategi licik untuk menjatuhkan Pas Kelantan. Beliau telah menggunakan Takiyuddin Hassan sebagai alat dan jambatannya untuk menyusup ke dalam Pas Kelantan. Sebelum beliau pergunakan Takiyuddin, Razak terlebih dahulu mengikat tangan Takiyuddin Hasaan dengan pelbagai skandal yang direkacipta oleh Razak.

Salah satu jerat dan perangkap ialah mengenai komisyen duit balak yang diuruskan oleh Razak untuk Takiyuddin. Kejadian ini berlaku ketika Takiyuddin memegang Pengerusi Kewangan dan juga ahli jawatankuasa Perhutanan Negeri. Sejumlah wang yang melibatkan jutaan ringgit telah dimasukkan ke dalam akaun Takiyuddin sebagai komisyen.

Tidak cukup dengan skandal kewangan yang memalukan itu, Razak telah menjert pula Takiyuddin dengan menjadikan Takiyuddin sebagai “sekupunya” apabila Takiyuddin berkahwin dengan anak saudara Razak, anak kepada adik Razak bernama Kamaruddin Abdullah sebagai isteri nombor tiga.

Perkahwinan Takiyuddin dengan anak Abdullah ini adalah perkahwinan politik yang dirancang tanpa disedari Takiyuddin untuk kepentingan Razak Abbas dan demi menjayakan misinya menjatuhkan Husam dan juga Pas Kelantan.

Siapakah Kamaruddin Abdullah ini? Beliau ialah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Kota Bharu, dan orang yang paling rapat dengan Annuar Musa. Semasa pilihan raya Pengkalan Chepa tahun 2004 dulu beliaulah orang yang menendang bangsal panas Pas di Pengkan Pasir.

Segala maklumat Pas yang diberikan oleh orang dalaman Pas kepada Razak akan disalurkan kepada Umno menerusi Kamaruddin Abdullah.

Sehari dua ini Razak dikatakan bergerak lincah dan lancar menemui perwakilan. Mungkin perwakilan keliru dengan peranan dan kedudukan Razak kerana beliau bergerak berlatarkan Pas Kelantan. Sebenarnya kedudukan dan fungsinya dalam Pas Kelantan tidak ada apa-apa melainkan beliau dapat merayap ke pejabat Pas atau ke bilik pejabat Nik Aziz dengan lesen diberikan Takiyuddin.

Takyuddin telah melantik Razak sebagai salah seorang jawatankuasa Penerangan Pas Kelantan.

Senario ini hendaknya difahami oleh para perwakilan khasnya dari Kelantan sendiri. Perwakilan Kelantan jangan mudah terkeliru dan kelabu mata serta terpesona dengan tangisan dan airmata buaya bekas pemuda tahan lasak Umno itu. Mungkin ada setengah perwakilan dari Kelantan ada masalah dengan Husam, tetapi mereka harus membelakangkan soal titik bengik itu.

Kesimpulannya perkara yang perlu ditekankan ialah, semua calon dari Kelantan harus disokong sepenuhnya dan diberikan kemenangan besar, khususnya kepada Husam yang megekalkan kedudukannya selaku Naib Presiden Pas. Kemenangan besar Husam di Kelantan menjelaskan kedudukan Pas padu, kuat, teguh dan tidak ada apa-apa masalah.

Kemenangan itu juga menyebabkan Umno akan kematian akal untuk melagakan Pas sesama Pas dan ketiadaan modal bagi mengugatkan Pas Kelantan.

Sebaliknya kalau undi calon dari Kelantan khususnya Husam terjejas, ia akan memberi petunjuk Pas Kelantan berpecah. Fenomena itu sudah tentu akan diambil kesempatan oleh Umno untuk terus menyebarkan dakyah bagi melaga dan melemahkan Pas Kelantan. Natijah buruk daripada itu, rakyat Kelantan akan diberi tahu oleh Umno bahawa Pas Kelantan berpecah dan bercakaran sesama sendiri.

Kesan ini memberi implikasi kepada rakyat dan Pas Kelantan.

Jadi janganlah ada perwakilan yang bingung dan tersihir dengan putar belit orang tertentu seperti Razak Abbas yang memang telah menjadi masalah kepada Pas Kelantan dan juga kerajaan Kelantan hari ini. Ketahuilah orang-orang yang bersikap mulut manis dan jubur masam ini adalah agen Umno yang dirancangkan sedemikian rupa.

Hendaknya jangan disebabkan hasutan, batu api, akhirnya kesemua orang Pas akan menyesal dan menangis di kemudian hari!
Komen yang dipetik dari Berita Kelantan di bawah posting bertajuk "Ustaz Nassuruddin dicadang Speaker DUN Kelantan":
Speaker ………………..oh speaker………………………
Sebagai pemerhati politik, hati ini tersentuh untuk turut terlibat apabila gelanggang dibuka oleh MSO ,meskipun sorotan (TAKI GAGAH,HADI GAGAH)dalam blog asam kelat telah menjawab perkara pokok,tapi elok juga rasanya jika saya turut menyokong komen daripada rakan2 yang terdapat didalam blog2 lain,termasuk tranungkite,kelantankini dan sebagainya yang sememangnya tidak lebih demi untuk melihat perjuangan PAS dapat diterima oleh pelbagai pihak tanpa mengenal batas geografi.
Daripada pengamatan saya, garis panduan yang perlu dipatuhi ianya biarlah konsisten didalam perjuangan kita. Konsisten dari sudut sebelum pilihanraya dan juga selepas plilihanraya. Adalah tidak adil untuk kita membicarakan tentang ekosongan Speaker untuk menggantikan YB Dato’ Wan Rahim bagi Speaker DUN Kelantan. Pertama , setiap pelantikan haruslah berdasakan kepada keputusan jemaah,jangan hendaknya polimik ini berpanjangan kerana umum akan melihat apakah didalam PAS juga turut terpengaruh dengan budaya yang berlaku didalam UMNO.Keduasetiap pimpinan PAS sewajibnya mengetahui dan lebih arif didalam melaksanakan tanggungjawab dan bidangkuasanya. Kita ditarbiah dengan pembahagian kuasa disetiap cawangan,kawasan.negeri,malah diperingkat pusat.Persoalannya,apakah setelah PAS memerintah Kelantan hampir 20tahun akan menghakis kuasa PAS pusat.Apakah Dewan Harian PAS Kelanta lebih berkuasa dari Dewan Harian PAS Pusat? Apakah setiausaha perhubungan PAS kelantan lebih berkuasa dari Setiausaha Agung PAS Pusat?Apakah (egoism)kita telah menyelubungi Dewan Harian PAS Kelantan???? Apakah wujud (Raja Mandaliar) didalam istana PAS Kelantan?Apakah wujud beberapa watak JR yang kelak akan meruntuhkan istana “DALLAS” PAS Kelantan?
Daripada pengamatan sy, adalah tidak elok kita membicarakan siapa yang layak menduduki kerusi speaker diantara Dato’ Hj Ahmad Rusli( yang diangap seorang mualaf politik PAS Kelantan,jika dibandingkan dengan YB Dato’ setiausaha PAS kelantan) dan YB Ust Nasaruddin ADUN Meranti.
YB Ust Nasaruddin tidak boleh dipersalahkan kerana kedudukan beliau pada masa ini sebagai ADUN dan Timbalan Speaker DUN Kelantan,maka ini ialah proses kenaikan pangkat.YB Nasaruddin bagaikan permata yang dijelmakan dari Kerabat Pondok Meranti,meskipun tidak sempat menamatkan pengajian tetapi dijemput bertanding di DUN Meranti. Didalam hal ini, soal seniority tidak timbul kerana kalau bercakap soal seniority,YB Hj Abd Fatah Haron lebih senior.Didalam perjuangan pemuda YB Nasaruddin sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan ,maka ternyata YB Zaki Ibrahim Ketua Dewan Pemuda yang juga ADUN Kelaboran lebih senior berbanding beliau,tetapi kita berbangga dengan kelantangan YB Nasaruddin dalam berhujah dalam segenap sudut dan juga agama yang agak terserlah ,itupun CD ceramah Ust Hamid Derani lebih laris dari CD YB Nasaruddin.Ini bermakna ,tarikan Ust Hamid Derani dalam ceramahnya disetiap pelusuk negeri dan negara,ternyata Ust Hamid telah melangkaui batas sempadan.

Begitu juga dengan kehadiran Dato’ Hj Ahmad Rusli B Hj Ibrahim kepangkuan PAS bagaikan satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah kepada PAS Kelantan kerana beliau terjun kedalam perjuangan PAS ketika PAS mengalami saat2 gentir setelah kalah dalam Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir,adalah tidak adil untuk kita membicarakan tentang beliau dalam pengisian jawatan speaker.Disaat itu,kebanyakkan pemimpin PAS terasa hambar untuk mengadakan program ceramah,namun setelah kehadiran Dato’ Hj Ahmad Rusli tidak dapat dinafikan dengan kehadiran beliau telah merubah iklim politi Kelantan dengan kata lainDato’ Rusli telah mewarnai lembaran baru perjuangan PAS,ini tidak termasuk penghijrahan pemimpin lain disetiap Kawasan dancawangan.
Apakah setelah berjaya ,kita meletakkan “ TSUNAMI POLITIK” diatas kejayaan kita? Kalaulah tsunami menjadi penyebab, kenapa ianya tidak berlaku di Terengganu yang didomonasikan oleh orang melayu dan Islam??? Knp idak juga berlaku di Perlis yang hanya beberapa buah warung kopi sahaja dapat menentukan politik Perlis? Jawapan bagi persoalan ini ialah,hasil kerja kuat dari semua pihak di Kelantan serta gelombang anak muda diperantauan yang boleh menentukan keputusan pilihanraya tempoh hari.
Pada pendapat saya, wujudnya polimik persoalan speaker ini adalah angkara Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan,keadaan ini adalah berdasarkan sikar “ belum duduk sudah berlunjur” yang diamalkan ,antaranya:
1. Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan tidak memahami perlembagaan dan peraturan PAS meskipun seorang peguam ,keana tidak dapat membezakan antara kuasa Dewan Harian PAS Negeri dngan Dewan Harian PAS Pusat.
2. Setiausaha PAS Kelantan juga brikhtiar untuk mewujukan (grang design politic) dengan dibantu oleh MSO,Razak Abas , Ust Wan Ismail serta rakan2yang sewaktu dengannya.
3. Setiausaha PAS Kelantan juga telah ingkar secara jelas warkah daripada YB Dato’ Seri Presiden parti, sedangkan didalam UMNO warkah dari presiden akan dijulang oleh Setiausaha Perhubungan sehigga bertempur dengan Istana maziah.
Sebagai pemerhati, Apakah Setiausaha PAS Kelantan berkuasa lebih daripada Presiden???? Dan apakah mungkin Presiden PAS sebagai Perdana Menteri akan datang tidak akan dipatuhi sebagaimana berlakunya pada hari ini.
Adalah lebih adil,kita membicarakan watak Setiausaha inilah yang kelak akan meruntuhkan PAS Kelantan.Daripada penilaian saya, beberapa kelebihan yang ada pada Setiausaha PAS Kelantan tidak lebih daripada untuk mengawal setiap gerak-geri yang berlaku dalam kerajaan sedangkan portfolio yang diagihkan kepada beliau pun tidak pernah mengadakan mesyuarat walaupun setahun sekali.Melihat dari gerakkan kepartian , tidak lebih daripada meraikan kejayaan DUN Bunut Payong .Kehulu kehilir bersana konco-konconya.
Kesimpulannya , tindakan Setiausaha PAS Kelantan telah meletakkan kerusi speaker DUN didalam dua keadaan,pertama pertempuran diantara maruah PAS Pusat dengan PAS Negeri.Kedua, sikap belum duduk sudah berlunjur akan menjadikan PAS tidak disegani oleh Istana Kelantan.
FIKIR-FIKIRKANLAH….. APAKAH AGENDA YB DATO’ TAKIYUDDINLEBIH MUSTAHAK DARI PERJUANGAN PAS??????
Komen yang dipetik dari Kelantan Kini di bawah posting bertajuk "Pandangan ikhlas tentang Sayuti yang saya kenal" (sama nampaknya):
Speaker ………………..oh speaker………………………

Sebagai pemerhati politik, hati ini tersentuh untuk turut terlibat apabila gelanggang dibuka oleh MSO, meskipun sorotan (TAKI GAGAH,HADI GAGAH) dalam blog asam kelat telah menjawab perkara pokok,tapi elok juga rasanya jika saya turut menyokong komen daripada rakan2 yang terdapat didalam blog2 lain,termasuk tranungkite, kelantankini dan sebagainya yang sememangnya tidak lebih demi untuk melihat perjuangan PAS dapat diterima oleh pelbagai pihak tanpa mengenal batas geografi.

Daripada pengamatan saya, garis panduan yang perlu dipatuhi ianya biarlah konsisten di dalam perjuangan kita. Konsisten dari sudut sebelum pilihanraya dan juga selepas plilihanraya. Adalah tidak adil untuk kita membicarakan tentang ekosongan Speaker untuk menggantikan YB Dato’ Wan Rahim bagi Speaker DUN Kelantan.

Pertama, setiap pelantikan haruslah berdasakan kepada keputusan jemaah, jangan hendaknya polemik ini berpanjangan kerana umum akan melihat apakah didalam PAS juga turut terpengaruh dengan budaya yang berlaku didalam UMNO.

Keduasetiap pimpinan PAS sewajibnya mengetahui dan lebih arif didalam melaksanakan tanggungjawab dan bidangkuasanya. Kita ditarbiah dengan pembahagian kuasa disetiap cawangan,kawasan.negeri,malah diperingkat pusat.Persoalannya,apakah setelah PAS memerintah Kelantan hampir 20tahun akan menghakis kuasa PAS pusat. Apakah Dewan Harian PAS Kelanta lebih berkuasa dari Dewan Harian PAS Pusat? Apakah setiausaha perhubungan PAS kelantan lebih berkuasa dari Setiausaha Agung PAS Pusat?Apakah (egoism)kita telah menyelubungi Dewan Harian PAS Kelantan???? Apakah wujud (Raja Mandaliar) didalam istana PAS Kelantan?Apakah wujud beberapa watak JR yang kelak akan meruntuhkan istana “DALLAS” PAS Kelantan?

Daripada pengamatan sy, adalah tidak elok kita membicarakan siapa yang layak menduduki kerusi speaker diantara Dato’ Hj Ahmad Rusli( yang diangap seorang mualaf politik PAS Kelantan,jika dibandingkan dengan YB Dato’ setiausaha PAS kelantan) dan YB Ust Nasaruddin ADUN Meranti.
YB Ust Nasaruddin tidak boleh dipersalahkan kerana kedudukan beliau pada masa ini sebagai ADUN dan Timbalan Speaker DUN Kelantan,maka ini ialah proses kenaikan pangkat.YB Nasaruddin bagaikan permata yang dijelmakan dari Kerabat Pondok Meranti,meskipun tidak sempat menamatkan pengajian tetapi dijemput bertanding di DUN Meranti.

Didalam hal ini, soal seniority tidak timbul kerana kalau bercakap soal seniority,YB Hj Abd Fatah Haron lebih senior.Didalam perjuangan pemuda YB Nasaruddin sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan ,maka ternyata YB Zaki Ibrahim Ketua Dewan Pemuda yang juga ADUN Kelaboran lebih senior berbanding beliau,tetapi kita berbangga dengan kelantangan YB Nasaruddin dalam berhujah dalam segenap sudut dan juga agama yang agak terserlah ,itupun CD ceramah Ust Hamid Derani lebih laris dari CD YB Nasaruddin.Ini bermakna ,tarikan Ust Hamid Derani dalam ceramahnya disetiap pelusuk negeri dan negara,ternyata Ust Hamid telah melangkaui batas sempadan.

Begitu juga dengan kehadiran Dato’ Hj Ahmad Rusli B Hj Ibrahim kepangkuan PAS bagaikan satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah kepada PAS Kelantan kerana beliau terjun kedalam perjuangan PAS ketika PAS mengalami saat2 gentir setelah kalah dalam Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir,adalah tidak adil untuk kita membicarakan tentang beliau dalam pengisian jawatan speaker.

Disaat itu, kebanyakkan pemimpin PAS terasa hambar untuk mengadakan program ceramah,namun setelah kehadiran Dato’ Hj Ahmad Rusli tidak dapat dinafikan dengan kehadiran beliau telah merubah iklim politi Kelantan dengan kata lainDato’ Rusli telah mewarnai lembaran baru perjuangan PAS,ini tidak termasuk penghijrahan pemimpin lain disetiap Kawasan dancawangan.

Apakah setelah berjaya ,kita meletakkan “ TSUNAMI POLITIK” diatas kejayaan kita? Kalaulah tsunami menjadi penyebab, kenapa ianya tidak berlaku di Terengganu yang didomonasikan oleh orang melayu dan Islam??? Knp idak juga berlaku di Perlis yang hanya beberapa buah warung kopi sahaja dapat menentukan politik Perlis? Jawapan bagi persoalan ini ialah,hasil kerja kuat dari semua pihak di Kelantan serta gelombang anak muda diperantauan yang boleh menentukan keputusan pilihanraya tempoh hari.
Pada pendapat saya, wujudnya polimik persoalan speaker ini adalah angkara Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan,keadaan ini adalah berdasarkan sikar “ belum duduk sudah berlunjur” yang diamalkan ,antaranya:

1. Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan tidak memahami perlembagaan dan peraturan PAS meskipun seorang peguam ,keana tidak dapat membezakan antara kuasa Dewan Harian PAS Negeri dngan Dewan Harian PAS Pusat.

2. Setiausaha PAS Kelantan juga brikhtiar untuk mewujukan (grang design politic) dengan dibantu oleh MSO,Razak Abas , Ust Wan Ismail serta rakan2yang sewaktu dengannya.
3. Setiausaha PAS Kelantan juga telah ingkar secara jelas warkah daripada YB Dato’ Seri Presiden parti, sedangkan didalam UMNO warkah dari presiden akan dijulang oleh Setiausaha Perhubungan sehigga bertempur dengan Istana maziah.

Sebagai pemerhati, Apakah Setiausaha PAS Kelantan berkuasa lebih daripada Presiden???? Dan apakah mungkin Presiden PAS sebagai Perdana Menteri akan datang tidak akan dipatuhi sebagaimana berlakunya pada hari ini.

Adalah lebih adil,kita membicarakan watak Setiausaha inilah yang kelak akan meruntuhkan PAS Kelantan.Daripada penilaian saya, beberapa kelebihan yang ada pada Setiausaha PAS Kelantan tidak lebih daripada untuk mengawal setiap gerak-geri yang berlaku dalam kerajaan.

Kesimpulannya , tindakan Setiausaha PAS Kelantan telah meletakkan kerusi speaker DUN didalam dua keadaan,pertama pertempuran diantara maruah PAS Pusat dengan PAS Negeri.Kedua, sikap belum duduk sudah berlunjur akan menjadikan PAS tidak disegani oleh Istana Kelantan.
FIKIR-FIKIRKANLAH…..

ADUN ada tempoh 30 hari

Sinar Harian (tarikh tidak dapat dipastikan): Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada yang akan bermula Isnin ini dijangka menjadi tumpuan berikutan tersebar desas-desus mengatakan kemungkinan ada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas yang enggan mengangkat sumpah.

ADUN terbabit dikatakan akan bertindak demikian sekiranya yang dilantik menjadi Speaker bukan Datuk Ahmad Rusli Ibrahim, iaitu calon Pas yang tewas merebut kerusi DUN Kok Lanas pada pilihan raya umum lepas.

Menurut satu sumber dalaman parti, wujud dakwaan mengatakan Pas Pusat sudah mencadangkan kepada pucuk pimpinan negeri agar Ahmad Rusli dilantik sebagai Speaker, namun perkara itu tidak `dipatuhi’ kerana mereka mempunyai calon pilihan sendiri.

“ADUN tersebut tetap mahukan Ahmad Rusli yang dikatakan dicadangkan oleh Pas Pusat sebagai Speaker, oleh itu beliau mungkin tidak akan angkat sumpah pada sidang DUN nanti,” kata sumber.

Bagaimanapun sumber itu berkata, ADUN tersebut mungkin hanya 'merajuk' sekejap sahaja dan akan menyertai semua ADUN mengangkat sumpah pada sidang DUN nanti.

Apa yang menjadi persoalan ramai sekarang ialah sama ada keengganan ADUN tersebut mengangkat sumpah akan menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai ADUN dan pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

Sementara itu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, ketika dihubungi berkata, ADUN yang tidak mengangkat sumpah pada sidang pertama DUN mempunyai tempoh 30 hari untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, dalam tempoh tersebut, ADUN berke-naan masih berfungsi sebagai seorang wakil rakyat yang sah dan boleh mengambil bahagian dalam persidangan DUN.

Wan Abdul Rahim yang memegang jawatan Speaker DUN sehingga pelantikan Speaker baru pada persidangan DUN, Isnin ini berkata tidak berbangkit soal lucut keahlian atau mengadakan pilihan raya kecil kerana tempoh 30 hari tersebut boleh dilanjutkan.

Katanya, menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan, Perkara 47 (4), mana-mana ahli yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh tiga bulan daripada persidangan pertama DUN selepas pilihan raya, tempoh itu boleh dilanjutkan sehingga tarikh yang sesuai mengikut pandangan DUN.

“Maknanya, seseorang ADUN hanya akan terlucut hak sebagai ADUN sekiranya masih tidak angkat sumpah selepas tempoh yang diberi dan DUN akan mengisytiharkan kerusi ADUN tersebut kosong, maka satu pilihan raya kecil perlu diadakan,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas berkaitan ura-ura ada ADUN yang tidak mahu mengangkat sumpah pada persidangan ADUN minggu depan.

Akhbar ini pada awal April melaporkan ADUN Meranti, Nasaruddin Daud merupakan `pilihan’ pucuk pimpinan Pas negeri untuk kerusi Speaker, manakala ADUN Kelaboran yang juga Ketua Pemuda Pas Negeri, Zaki Ibrahim sebagai Timbalan Speaker.

Menurut laporan tersebut, sumber yang rapat dengan ibu pejabat parti itu memberitahu bahawa pemilihan Nasaruddin telah dibuat oleh pucuk pimpinan pada satu mesyuarat di ibu pejabat parti itu.
Nassuruddin tamatkan kontroversi (Utusan Malaysia 29/4/08)
Perlantikan Nassuruddin sebagai Speaker Dun Kelantan akhiri teka teki (Bernama 28/4/08)
Adun Meranti Speaker DUN Kelantan (MSO 28/4/08)
Pilihan Speaker antara dua orang (GMC 23/4/08)
Cita-Cita besar suku sakat ular lidi yang tamak ingin menelan bapak selar (Cicit Tok Merah 14/4/08)
PAS Mungkin Kehilangan Satu Kerusi DUN di Kelantan (MSO 11/4/08)
Taki gagah? Hadi gagah? (Insan Terbuang 4/4/08)
Pas Kelantan cadang Nassuruddin sebagai Speaker (Utusan Malaysia 3/4/08)
Nasaruddin Daud, Speaker DUN Kelantan (MSO 1/4/08)
Marah Subky dan Kisah Yap Ah Loy (MSO 1/4/08)
Siapa Speaker DUN Kelantan? (MSO 30/3/08)

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib