Mat , jangan saman Hanipa

Posted by Unknown Tuesday, June 17, 2008

Artikel asal di sini
Politik berprinsip tidak benarkan budaya lompat parti

Hanipa Maidin

Harakah (5/5/08): Isu lompat parti kembali lagi dibincangkan selepas BN mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah pun mengeluarkan kenyataan pada 22 Mac 2008 seperti mana yang dipetik daripada akhbar:

"Saya akan mencadangkan Kabinet untuk pertimbangan. Ia adalah isu integeriti dan moraliti. Saya pasti rakyat Malaysia tidak mahu ahli politik mereka melompat."

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga melalui Timbalan Pengerusinya mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda agar perbuatan melompat parti boleh dicegah.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak bersetuju perbuatan melompat parti dan bersetuju dengan cadangan Zaid kerana menurutnya PAS juga pernah mengalami masalah melompat parti dan beliau menambah perbuatan ahli politik melompat parti menunjukkan kerendahan moral dan tidak takut dengan dosa.

Jika dilihat kepada ketiga-tiga kenyataan individu-individu di atas adalah jelas kesemuanya bersetuju bahawa undang-undang antilompat sesuatu yang perlu dengan alasan-alasan yang diberikan.

Sebenarnya undang-undang melarang perbuatan melompat parti telah pun wujud di tiga buah negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Kelantan. Perlembagaan Negeri Sarawak telah dipinda pada bulan November 1994 dengan menambah Klausa 7 kepada Artikel 17 Perlembagaan Negeri bagi membenarkan undang-undang antilompat digubal.

Klausa 7(a) antaranya menyebut: "Mana-mana orang yang secara sukarela member akujanji kepada Speaker secara bertulis bahawa dia tidak akan meninggalkan keahliannya daripada parti politik yang beliau bertanding atau yang dia ceburi apabila dilantik di Dun hendaklah, sekiranya dia meninggalkan parti politik selepas dipilih, hilang kelayakan demi kepentingan integriti politik dan moraliti daripada terus menerus menjadi ahli Dun dan berkuatkuasa daripada tarikh dia meninggalkan parti politik tersebut."

Manakalah Klausa 7(b) pula menyebut: "Bagi mengelak sebarang keraguan, adalah dengan ini diisytiharkan klausa ini tidak boleh diambil sebagai mengenakan halangan mana-mana orang daripada menjadi ahli mana-mana parti politik, secara kekal atau sebaliknya.�

Undang-undang di Sarawak ini digubal selepas mengambil pengajaran dari undang-undang yang sama yang dilulus oleh Kerajaan Kelantan awal dari itu yang bagaimanapun diisytiharkan batal oleh Mahkamah Agung. Sebab itulah di dalam undang-undang yang digubal di Sarawak ditambah dengan kalimah "demi menjaga kepentingan integriti dan moraliti".

Perlembagaan membenarkan sesuatu undang-undang dibuat meskipun mengehadkan kebebasan asasi individu jika ia dibuat demi menjaga moraliti awam. Rakyat Sarawak nampaknya selesa dengan pindaan itu dan tidak mencabar pindaan tersebut di Mahkamah.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz dilihat konsisten membantah dan mengutuk perbuatan melompat parti dan membuktikan kecaman tersebut dengan tindakan apabila pada tahun 1992 Kerajaan Kelantan pimpinannya meminda Perlembagaan Kelantan bagi melarang perbuatan melompat parti. Zaid (dan Umno) serta SPR dilihat tidak konsisten.

Kenapakah Zaid dan SPR tidak langsung bersuara jauh sekali menyokong pindaan yang dibuat oleh Kelantan bagi melarang perbuatan melompat parti pada tahun 1992. Zaid dan SPR bukan sahaja tidak bersuara malahan partinya sendiri merestui tindakan Nordin Salleh, Adun BN (yang asalnya mewakili Parti Semangat 46) di Kelantan pada masa itu mencabar pindaan undang-undang yang dibuat di Kelantan pada masa itu.

Akhirnya undang-undang yang dibuat di Kelantan itu disokong Zaid atas alasan 'integriti dan moraliti'. Bagaimanapun ia telah diisytiharkan terbatal dan tidak sah kerana bertentangan dengan kebebasan berpersatuan yang dijamin oleh Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Akibatnya bukan sahaja undang-undang antilompat di Kelantan dibatalkan malahan Kerajaan Kelantan terpaksa juga membayar kos Mahkamah yang agak tinggi.

Jelas tindakan Zaid dan SPR (dibaca juga sebagai Umno) sekali lagi dilihat �consistenly inconsistent�. Mereka hanya bersedia mengubah sesuatu perkara apabila kepentingan mereka terancam. Bagi saya ini gaya berpolitik orang yang tidak berprinsip. Apa sahaja yang datang dari pembangkang seperti PAS tidak akan disokong meskipun ianya suatu yang baik. Apabila terdesak dan terhimpit mereka tidak segan silu meniru balik tindakan yang mereka kecam sebelum ini.

Mana-mana parti politik di negara ini termasuk PAS tidak harus mengamalkan amalan berpolitik tanpa prinsip ini. Politik sebegitu sesuai dengan parti sebegitu.

Jika PAS telah mengambil pendirian bahawa perbuatan melompat parti di kalangan Adun atau Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat adalah sesuatu amalan yang buruk dan ianya dimanifestasikan melalui tindakan meminda Perlembagaan Kerajaan Negeri Kelantan bagi menghalang tindakan melompat parti; maka suka atau tidak, PAS tidak dapat lari dari diperhatikan dan dihakimi oleh rakyat negara ini jika ia mengambil pendirian yang berbeza.

Mungkin terlalu awal untuk meramal semua ini tetapi ingatlah pendirian yang konsisten adalah asas dalam dunia politik. Mengambil ringan perkara ini "is at our own peril".

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib