Pakatan pembangkang bawa budaya liar dibidas
Utusan Malaysia (7/7/08): Pakatan pembangkang dibidas kerana membawa budaya liar dalam Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun yang dijalankannya di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya semalam.Pemimpin pembangkang berdiam diri
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perhimpunan yang dicemari insiden menunjuk punggung itu tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat.
''Saya tak tahu sama ada mereka nak galakkan budaya tunjuk punggung ini, apa manfaat yang kita peroleh daripadanya.
''Pakatan pembangkang cubalah disiplinkan orang yang mereka ajak ke situ," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.
Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun membantah kenaikan harga minyak anjuran pakatan pembangkang mencetuskan insiden yang memalukan apabila penyanyi lelaki kumpulan Carburetor Dung, Alak bertindak liar melondehkan seluar di hadapan para peserta perhimpunan itu ketika membuat persembahan di Stadium Kelana Jaya.
Ditanya sama ada Alak yang melondehkan seluarnya akan disiasat, Syed Hamid berkata, polis akan menyiasat setiap tindakan yang didapati bertentangan dengan undang-undang.
''Saya fikir kita tidak boleh rumuskan tindakan (ke atas Alak), tetapi tiada sesiapa yang terkecuali daripada undang-undang.
''Jangan harap bahawa kita boleh bina suasana konspirasi, suasana tidak adil untuk mengecualikan kita daripada undang-undang, semua orang tertakluk kepada undang-undang," katanya.
Beliau turut kesal dengan tindakan pemimpin pakatan pembangkang yang sering melemparkan tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas terhadap kerajaan.
''Takkan penasihat PKR atau pakatan pembangkang sahaja boleh buat tuduhan dan tohmahan kepada orang tetapi orang lain buat, (didakwanya sebagai) konspirasi.
''Dia (Anwar) tak nak orang bantah atau tak bersetuju dengannya, saya takut kalau orang macam ini diberi peluang oleh rakyat untuk memimpin negara ini," katanya.
Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, beliau tidak pernah melabelkan mana-mana individu termasuk Anwar sebagai spy (pengintip) kepada negara lain.
''Saya tak kata orang lain spy, saya langsung tidak pakai perkataan itu.
''Saya tak tahulah kalau dia nak menganggap dirinya (sebagai spy), saya tak pernah memakai perkataan yang sedemikian," katanya.
Anwar semalam mengeluarkan kenyataan akan mendakwa Syed Hamid kerana cuba melabelkannya sebagai ejen negara asing.
Utusan Malaysia (7/7/08): Para pemimpin pakatan pembangkang memilih untuk berdiam diri apabila diminta mengulas insiden londeh seluar yang berlaku sewaktu acara hiburan pada Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun (Protes).'Protes' Alak londeh seluar secara 'live' jadi tontonan!
Malah Penyelaras Protes yang juga Bendahari Agung Pas, Dr. Mohd. Hatta Ramli yang sedang ditemu bual pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini terus menamatkan temu bual itu apabila diminta mengulas mengenai insiden tersebut.
Beliau hanya mengangkat tangan dan berlalu sambil berkata:
''Okey, terima kasih, berjumpa pada himpunan akan datang."
Bagaimanapun pemberita difahamkan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat post-mortem Protes.
Protes yang mengadakan perhimpunannya semalam di Stadium Kelana Jaya bukan sahaja menjadi perhimpunan membantah kenaikan harga minyak tetapi turut diselubungi insiden 'tunjuk punggung'.
Salah seorang daripada artis yang terlibat dalam persembahan sempena perhimpunan itu, Alak daripada kumpulan Carburetor Dung telah bertindak liar dengan melondehkan seluar ketika membuat persembahan sebelum dia dibelasah oleh beberapa penonton yang membantah aksinya.
Insiden itu menimbulkan kecaman pelbagai pihak termasuk di kalangan pakatan pembangkang walaupun himpunan tersebut didalangi oleh pemimpin mereka sendiri.
Pemuda Pas Pahang misalnya mendesak Jawatankuasa Protes meletakkan jawatan dan bertanggungjawab di atas aksi 'tunjuk punggung' itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang ketika ditanya hal yang sama enggan mengulas atas alasan tidak menghadiri himpunan berkenaan.
''Tak bolehlah saya nak komen, tak adil untuk saya ulas kerana saya tidak hadir," jelasnya.
Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, isu itu dianggap selesai dengan langkah pengurus pentas yang bertanggungjawab membawa penyanyi itu, Hishammuddin Rais tampil memohon maaf semalam.
''Saya difahamkan bahawa pengurus telah meminta maaf, jadi sudah cukuplah. Jangan buat lagi. Para artis mesti peka dengan kebudayaan masyarakat dan jangan membuat perbuatan yang melampau," ujarnya.
Ditanya adalah kerajaan Selangor akan mengeluarkan perintah melarang kumpulan underground seperti Carburetor Dung mengadakan persembahan di Selangor, beliau berkata, artis seperti itu masih dibenarkan jika mereka bersopan-santun.
mStar (7/7/08): Satu protes yang berakhir dengan protes. Itu sahaja kesimpulan yang dapat diambil di perhimpunan 1 Juta Rakyat yang berlangsung di Stadium MBPJ Kelana Jaya semalam.Joe Kidd: Londeh seluar perkara biasa, tak perlu minta maaf
Bukan sahaja matlamat protes kenaikan minyak untuk mengumpul seramai mungkin orang jauh tergelincir dari harapan dan impian. Slot hiburan yang disajikan seperti tenggelam punca dan mendapat kecaman hebat. Dan semuanya gara-gara seorang artis yang belum sangat dikenali, iaitu Alak dari Carburetor Dung yang melondehkan seluarnya di khalayak ramai.
Sekaligus, niat murni untuk mengumpul orang ramai dan penyokong pembangkang dari tiga puak - Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tercemar dan berlangsung dalam suasana yang tidak harmonis. Bencana yang tidak disangka, yang disediakan oleh Alak akan dikenang sampai bila-bila.
Alak, vokalis kumpulan underground Carburetor Dung 'berjaya' menunjukkan sikap salah lakunya di khalayak ramai. Tapi bukan sahaja sorakan dan tempikan yang menantinya, Alak telah dibelasah oleh penonton di stadium.
Gara-gara cuba melondehkan seluar, Alak terlentang di atas lantai kerana dibelasah oleh penyokong PKR di Stadium Kelana Jaya petang semalam.
Yang lebih memalukan dia langsung tidak menunjukkan tata susila dan sensitiviti medan yang dia berada sehingga sanggup melondehkan seluar dan menonggeng ke arah penonton sambil menjerit perkataan ‘jilat, jilat, jilat bontot ku sampai berkilat."
Sudahlah kreativiti senikata lagu tidak munasabah, ditambah dengan kebingitan muzik yang tidak sesuai langsung untuk perhimpunan seperti itu. Antara lagu lain yang dipersembahkan ialah 'Potong Nama Tutup Buku" dan "Hantu Raya Di Putrajaya."
Adakah ini yang dinamakan keterujaan tidak terkawal? Perlakuan biadap satu hal, disertakan pula lirik lagu sinis, songsang dan menyesak akal. Lirik pasal liwat yang sedang hangat diperkatakan seperti hilang pedoman. Alak bagaikan sedang beraksi di luar kepompong Malaysia.
Sehinggakan apabila dia dibawa keluar dari Stadium, Alak masih tersenyum seolah-olah baru sahaja melakukan sesuatu yang begitu membanggakan. Sehingga kini, ramai yang masih tertanya-tanya apakah rasionalnya dia berbuat begitu?
Perlakuan Alak telah mendapat respon langsung dari penonton apabila beliau telah dibelasah penyokong parti pembangkang yang menyaksikan persembahan kumpulannya di "Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun" di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, petang semalam.
Aksi Alak, yang seperti dirasuk meracau-racau hingga lupa diri masih segar dalam ingatan. Ketika memekik "jilat...jilat", Alak terus sahaja memperlihatkan keghairahannya menghayati senikata lagu itu dan tunjuk seluar dalamnya sambil tonggeng. Nyaris sahaja, seorang tua mengutip batu-batu kecil hampir melontarkan pada Alak tetapi telah disabarkan.
Yang menghairankan, mustahil Alak tidak diberi garis panduan apa sensitif, apa yang tidak boleh dilakukan?
Di kelompok kalangan artis pun, perlakuan Alak tidak mungkin dapat diterima. Inikan lagi di pentas di mana orang ramai dan penyokong politik berkumpul.
Slot hiburan yang boleh diklasifikasikan sebagai 'syok sendiri' ini telah berlaku pada jam 7 petang. Sebelum itu, pada jam 2 petang satu lagi band underground yang tampak jauh lebih sopan, telah cuba membuat persembahan tetapi dihalang.
Kurang pasti apa yang kurang atau 'terlebih' maka band ini dilarang.
Yang pasti Carburetor Dung telah berjaya meletakkan nama mereka setanding dengan artis-artis 'berani mati,' mencetus kontroversi bodoh dan kemungkinan besar akan menerima padahnya tidak lama lagi.
Bukan saja kekalutan artis ini telah membuat ramai penyokong pihak pembangkang terutama Pas prejudis terhadap kumpulan seperti ini. Golongan artis secara amnya akan mendapat tempiasnya juga.
Mungkinkah ini jalan pintas dan mudah untuk memahat nama agar dikenali. Kalau sebelum ini, nama Carburetor Dung tidak meniti di mulut ramai, selepas ini ramailah yang akan mengingati persembahan 'hari ini dalam sejarah' mereka.
Walaupun selepas kejadian melondeh seluar itu, 'penganjur' konsert itu Hishammuddin Rais memohon maaf dan hampir menitiskan airmata, kekecewaan yang berbekas di hati pengunjung-pengunjung bagaikan tidak boleh diubati.
Siapa sangka protes kenaikan minyak berubah menjadi satu peristiwa yang memalukan terutama sekali untuk kaum Melayu?
Perlakuan Alak melondeh seluar secara 'live' membuat aksi Faizal Tahir 'buka baju' sebagai sesuatu yang sopan. Maka sejujurnya, Alak layak mendapat 'pengiktirafan' artis paling berani pada tahun ini, sama hebat dengan beberapa artis yang mengambil gambar bogel mereka! (Zieman)
Kes londeh seluar: Alak seperti sudah serik!
Aksi tak senonoh Alak ketika menonggengkan punggung dan melondehkan sedikit seluar yang menampakkan boxernya.
mStar (7/7/08): Alah bisa tegal biasa!
Mungkin itu kesimpulan yang dapat diambil dengan aksi tidak senonoh vokalis kumpulan underground, Carburetor Dung ketika membuat persembahan pada Perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di Stadium Kelana Jaya petang semalam.
"Dah lima tahun, kami menyanyi lagu Mari Menyanyi Menjilat dengan membuat aksi ini (melondeh seluar dan menonggeng punggung).
"Sudah jadi habit kami. Bukan niat kami untuk provokasi sesiapapun. Selama ini aksi itu sudah menjadi sebahagian dari act kami," kata Joe Kidd, ketua kumpulan dan pemain gitar Carburetor Dung ketika insiden vokalis Alak melondehkan seluar dan menonggeng punggungnya pada penonton di perhimpunan semalam.
Mari Menyanyi Menjilat merupakan antara lagu kumpulan tersebut yang ditubuhkan pada 1991.
Carburetor Dung terdiri daripada lima anak muda - Alak (vokalis), Fendi (pemain bass), Joe Kidd (gitaris), Bullet (drum) dan Tom (gitaris).
Kejadian itu berlaku pada pukul 6.50 petang, kira-kira tiga jam sebelum Ketua Umum Pakatan Rakyat berucap.
Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga berucap pada perhimpunan itu, yang menyasarkan kehadirna sejuta orang, yang bermula sejak pukul 10 pagi.
Kata Joe lagi, lagu tersebut adalah satu satira yang menceritakan pasal korupsi yang berlaku di sekeliling.
Bagaimanapun, Joe akur dengan reaksi penonton yang membelasah dan membaling objek ke arah Alak.
"Kami lupa yang kami tidak sepatutnya membuat aksi tersebut di khalayak ramai di tempat terbuka.
"Sebelum ini kami selalu buat persembahan di kelab tertutup dan gig tetapi tiada masalah dan mendapat bantahan daripada mana-mana. Mungkin sebab audiens kami lain.
"Kami cukup kesal apa yang sudah berlaku kerana kami tidak sedar apa yang kami lakukan," jelas Joe lagi.
Ketika ditanya, adakah mereka akan meminta maaf, Joe berkata, "Tidak.... kami tidak akan meminta maaf sebab kami tidak rasa bersalah. Bagi kami itu adalah perkara biasa."
Menurut Joe, Alak tidak berfikir panjang ketika membuat aksi spontan melondehkan seluar dan menonggengkan punggungnya.
"Mungkin disebabkan kebiasaan, dia terus melakukannya. Bagi kami ini adalah perkara normal," kata Joe lagi.
Joe berkata: "Kemungkinan besar yang meniup api kemarahan di kalangan penonton apabila lirik jilat..jilat itu kedengaran seperti liwat..liwat."
Penglibatan Carburetor Dung sebenarnya adalah atas pelawaan penganjur Hishamuddin Rais, kata Joe.
"Kami berbesar hati membuat persembahan ini secara percuma kerana kami memang ingin memberi hiburan kepada penyokong yang hadir dalam protes kenaikan harga minyak itu. Tapi tidak bermakna kami menyokong parti ini," jelas Joe.
Menurut Joe lagi, Alak yang dibelasah oleh penyokong protes hanya mengalami bengkak di kepala.
"Dia OK. Dia cuma mengalami bengkak di kepala akibat terhantuk...," katanya.
mStar (7/7/08): "Jangan risau...Saya tak apa-apa. Im fine really...," begitulah jawapan spontan yang diberikan Carb Alak, vokalis kumpulan underground, Carburetor Dung yang dibelasah dan dibaling dengan botol kerana mempamerkan aksi melondeh seluar dan menonggeng punggung depan audiens ketika membuat persembahan pada Perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di Stadium Kelana Jaya petang semalam.Arutchelvan: Alak akan dikenakan tindakan
Alak berkali-kali memohon maaf kerana tidak dapat melayan apa-apa soalan kerana katanya dia belum bersedia lagi.
"Bengkak di kepala saya dah ok," kata Alak.
Dari nada suaranya, seolah-olah menggambarkan bahawa Alak seperti sudah serik dan terkejut dengan apa yang berlaku ke atas dirinya.
"Tanya saja Joe Kidd. Dia boleh jawab. Maaf, saya belum bersedia dan tidak dibenarkan memberi apa-apa kenyataan," kata Alak.
Bila ditanya siapa yang tidak membenarkan dia memberi kenyataan, Alak berkata, "Saya sendiri yang tidak bagi. Mungkin minggu depan, saya boleh bagi interview tapi hari ini tak boleh."
Dalam persembahan malam tadi, Alak telah menyanyikan lagu Mari Menyanyi Menjilat dengan membuat aksi ini (melondeh seluar dan menonggeng punggung). Lagu tersebut adalah lagu lama dan seringkali dinyanyikan oleh kumpulan ini di kelab-kelab tertutup di ibu negara.
Ketika ditanya apa yang membuat dia beraksi begitu, Alak hanya berkata,"I really dont know. It all happens."
Lagu Mari Menyanyi Menjilat adalah lagu satira yang menyentuh pasal korupsi yang berleluasa dan selalu mendapat tempat di hati peminat kumpulan underground ini.
Carburetor Dung terdiri daripada lima anak muda - Alak (vokalis), Fendi (pemain bass), Joe Kidd (gitaris), Bullet (drum) dan Tom (gitaris) dan ditubuhkan pada tahun 1991.
Ketika diasak dengan soalan benarkah melondeh seluar sudah sinonim dengan aksi Carburetor Dung, Alak secara sopan meminta maaf sekali lagi.
"Janganlah tanya saya lagi. Tunggulah minggu hadapan, saya akan jawab segalanya. Bukan sekarang. Saya minta maaf...," kata Alak.
Difahamkan Carburetor Dung adalah antara kumpulan muzik underground yang diminati ramai dan sering mempamerkan aksi-aksi yang daring apabila beraksi di pentas. Melondeh seluar adalah amalan biasa dan sudah menjadi sebahagian dari act kumpulan ini.
mStar (7/7/08): Penyanyi kumpulan underground Carburator Dung, Alak akan dikenakan tindakan ekoran aksi tidak senonohnya ketika membuat persembahan di Stadium Kelana Jaya semalamStop or "I'll burn the stage"
Demikian komen Timbalan Penyelaras Perhimpunan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak, S. Arutchelvan ketika ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap vokalis Carburator Dung itu.
“Alak bakal dikenakan tindakan. Namun bentuk tindakan belum dipuskan lagi,” kata Arutchelvan yang juga Setiausaha Parti Sosialis Malaysia.
Beliau berkata satu postmoterm akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan tindakan yang bakal diambil terhadap Alak.
“Saya tidak dapat pastikan bentuk tindakan yang akan dikenakan kerana semuanya bergantung pada keputusan yang dicapai dalam mesyuarat postmortem itu nanti,” katanya ketika dihubungi oleh mStar Online hari ini.
Beliau menyifatkan tindakan vokalis itu sebagai satu insiden yang tidak disengajakan.
Katanya, pihak penganjur yang diwakili oleh Hishamudin Rais telah memohon maaf secara terbuka kepada semua yang hadir dalam perhimpunan tersebut semalam.
Ketika ditanya sama ada pihak pengajur sudah membuat laporan polis berhubung isu tersebut, Arutchelvan berkata:
“Setakat ini belum ada laporan polis yang dibuat mengenainya," katanya.
Ditanya kemungkinan peganjur membuat laporan polis berhubung isu tersebut beliau berkata:
"Saya tidak boleh komen kerana semuanya belum diputuskan lagi.”
Semalam, vokalis kumpulan underground itu melondehkan seluar dan menonggeng punggungnya pada penonton ketika menyanyikan lagu Mari Menyanyi Menjilat.
Kejadian yang berlaku pada pukul 6.50 petang itu telah mengundang kemarahan hadirin hingga Alak dilontar dengan objek keras oleh penonton.
The Electric New Paper (8/7/08): It was a festival atmosphere for most part of the day. The sea of red that filled the Kelana Jaya Stadium on the outskirts of Kuala Lumpur spent their time chanting slogans, listening to speeches and music belted out by a band.Pemuda akan boikot himpunan Protes jika terdapat unsur hiburan melampau (Herman Samsudeen 2/7/08)
They were awaiting the big moment - the arrival of charismatic opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
But that was a long way off. He was scheduled to arrive only at 9pm. Till then it was the music and the speeches by other politicians.
But somehow, the band on the stage struck a sour note just before the evening prayer.
And all hell broke loose.
One of the singers allegedly made a rude gesture. He is accused of turning his rear to the audience.
Immediately, bottles and small missiles were hurled at the stage.
Supporters seated on the field, got up and charged towards the stage.
The band took cover, while the rally organisers tried to prevent the angry mob from over-running the stage.A supporter trying to rip a banner with his foot while a rally organiser (in blue - below) restrains angry supporters by holding them in a neck-lock.
As the projectiles rained on the stage, security personnel quickly whisked the band members away from the crowd.
Said Mr Wan Azlan, 37, who drove from Terengganu to support the rally: 'It was too much and unbecoming. The band member wasn't being sensitive to the crowd's feelings.'
Another man, Mr Sheik Azman, escorted his two children away from the chaos.
Said Mr Sheik, 45: 'The singer started by saying 'We are not for DAP, PKR or PAS. We are for the people.' It was a neutral gesture which got the crowd excited. But his insensitivity spoiled the peace and my children nearly got trampled in the bargain.'
At the foot of the stage, youths in red T-shirts hurled abuse at the organisers in blue.
'Get him (the band member) down and we will deal with him,' said one youngster.
Another man in his 50s could not control himself.
He climbed onto a platform and started kicking the rally banners.
Eventually, he tore one of the banners saying: 'Do that again, and I'll burn the stage.'
For 15 minutes, organisers struggled to control the crowd.
One youth organiser from Parti Keadilan Rakyat (PKR) pleaded with the crowd: 'Please stop this. We do not need this. This will be an excuse for the police to come in and stop the rally.'
A small group tried to get onto the stage, but they were stopped by the volunteers in blue T-Shirt.
Announcements were made by one of the organisers for the crowd to remain calm.
The band manager event took the microphone and apologised for his band's behaviour.
Still, matters did not improve until a female politician made a plea on the public address system.
Dr Lo'lo' Mohammad Ghazali, a member of parliament for Titiwangsa, asked everyone to remain calm.
'There is a bigger and more important fight which we need to think about, that is protesting the rise in fuel hikes,' she said.
She then urged the supporters to prepare for the evening prayers and hoped that their bigger wish would come true.
This silenced the crowd, which then dispersed.
As soon as the prayer call was heard from a nearby mosque, calm prevailed.Mr Anwar Ibrahim speaking later in the evening against increased petrol prices. - Pictures: Zaihan Mohd Yusof, Reuters.
Fortunately for the organisers of the anti-inflation rally, the ruckus did not disrupt the evening's proceedings.
The organisers, a combination of NGOs and opposition political parties, had planned to get a million people to the rally.
It was hard to estimate the number who came to listen to speeches made by various political leaders.
But one speaker said if 'we didn't hit the one million mark, at least we would have hit the hundreds of thousand mark.'
By 9pm, more people trooped into the stadium.
They had came to listen to Mr Anwar, who was still not seen.
Sitting patiently on the field, they waved banners which had slogans protesting the rising costs of goods.
They filled almost 90 per cent of the soccer field.
Outside the stadium, plainclothes police and officers in para-military faituges patrolled the area in groups.
Above the stadium, the drone of a helicopter was audible.
At about 9.45pm, Mr Anwar's convoy of vehicles were spotted approaching the stadium.
700 anggota Unit Amal PAS tarik diri (Malaysiakini 6/7/08)
Penonton 'mengamuk' penyanyi tunjuk punggung (Malaysiakini 6/7/08)
Kurang sambutan, band rock jadi isu (Malaysiakini 7/7/08)
Tindakan provokasi, bukan pembangkang (Malaysiakini 7/7/08)
0 comments
Post a Comment