Pants stripping issue - Defending PAS [To a degree] (Malaysia Today 7/7/08)
Demo Protes: Ramai yang bengang, rasa tertipu dan diperbudak-budakan (Tranungkite 7/7/08)
Demo 6 Julai : Perspektif peribadi AdukaTaruna (Tranungkite 7/7/08)
Pakatan Rakyat bikin "fun-fair" @ "Jom Heboh" (Tranungkite 7/7/08)
Protes sejuta rakyat jadi insiden memalukan (Tranungkite 7/7/08)
Ahli PAS kecewa dengan himpunan Protes (Tranungkite 6/7/08)
Muhasabah perhimpunan Protes hari ini (Tranungkite 6/7/08)
Perhimpunan Protes anjuran Pakatan Rakyat kecoh penyanyi tunjuk punggung
Demo Protes: Ramai yang bengang, rasa tertipu dan diperbudak-budakan (Tranungkite 7/7/08)
Demo 6 Julai : Perspektif peribadi AdukaTaruna (Tranungkite 7/7/08)
Pakatan Rakyat bikin "fun-fair" @ "Jom Heboh" (Tranungkite 7/7/08)
Protes sejuta rakyat jadi insiden memalukan (Tranungkite 7/7/08)
Ahli PAS kecewa dengan himpunan Protes (Tranungkite 6/7/08)
Muhasabah perhimpunan Protes hari ini (Tranungkite 6/7/08)
Perhimpunan Protes anjuran Pakatan Rakyat kecoh penyanyi tunjuk punggung
Aksi kurang senonoh seorang artis yang menimbulkan kemarahan di kalangan hadirin ketika Perhimpunan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di Stadium Kelana Jaya petang semalam.
mStar (7/7/08): Kecoh bukan kerana matlamat perhimpunan tetapi tindakan kurang senonoh penyanyi! Perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di Stadium Kelana Jaya dekat sini hari ini kecoh apabila beberapa penyokong merusuh ketika berlangsungnya konsert di stadium berkenaan.
Kejadian kira-kira 6.50 petang itu berlaku setelah penyanyi utama daripada kumpulan Carburettor Dung melakukan aksi memalukan dengan menunjukkan punggungnya di hadapan penonton.
Penyanyi itu juga dikatakan menyanyikan lagu Mari Menyanyi Jilat dan menyebut perkataan "jilat, jilat, jilat".
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata ketika konsert itu berlangsung, dia nampak penyanyi terbabit menunjukkan punggung di hadapan penonton, menyebabkan mereka yang berada dekat dengan pentas membaling objek ke arah penyanyi itu.
Bagaimanapun keadaan dapat diredakan oleh penganjur kirakira setengah jam kemudian.
Penganjur program, Hishamuddin Rais ketika memberi penjelasan mengenai insiden itu mengakui segala yang berlaku adalah kesilapan dirinya dan beliau memohon maaf kepada semua penyokong.
"Apa yang berlaku adalah dari kesilapan diri saya sendiri dan saya mohon maaf. Saya telah memalukan anakanak muda penyokong perhimpunan ini sehingga boleh menyebabkan perkara sebegini berlaku.
"Apa yang berlaku bukan disebabkan oleh anggota-anggota parti Pakatan Rakyat tetapi disebabkan oleh kecuaian saya sendiri," katanya.
Keadaan kembali tenang apabila Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo'Lo Mohd Ghazali meminta semua penyokong bersedia untuk menunaikan solat Maghrib.
Perhimpunan sehari suntuk ini bermula pukul 10 pagi dan berakhir kira-kira 11.30 malam dengan ucapan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penyanyi kumpulan Carburetor Dung yang dikenali sebagai Alak menyanyikan lagu Mari Nyanyi Menjilat dan menunjukkan punggung sehingga menimbulkan kemarahan hadirin semalam.
Gara-gara cuba melondehkan seluar, Alak terlentang di atas lantai kerana dibelasah oleh penyokong PKR di Stadium Kelana Jaya petang semalam.
Artis rock cetus kecoh himpunan Protes
Berita Harian (7/7/08): Perhimpunan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, semalam bertukar kecoh apabila seorang penyanyi sebuah kumpulan bertindak melakukan aksi lucah di hadapan kira-kira 2,000 peserta perhimpunan selepas membuat persembahan.700 ahli Pas bantah Protes konsert
Kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam apabila penyanyi berkenaan yang berusia lingkungan 20-an dan beraksi di atas pentas bertindak melondehkan seluar jeansnya sehingga menampakkan seluar dalamnya.
Tindakan penyanyi itu membawa padah apabila peserta perhimpunan Protes Sejuta Rakyat yang berang bertindak membaling berpuluh-puluh botol air minuman ke pentas kerana tidak menduga perlakuan tidak bermoral itu.
Keadaan tidak selesai di situ apabila sebilangan peserta perhimpunan turut bertindak merusuh dan memanjat pentas untuk memukul penyanyi dari kumpulan dikenali sebagai Karburator Dung itu. Penyanyi terbabit bagaimanapun sempat diselamatkan pihak penganjur.
Perhimpunan menjadi tenang selepas setengah jam apabila penganjur persembahan, Hisyamuddin Rais berjaya mengawal keadaan.
Saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian beliau berada di hadapan pentas.
“Sedang saya menyaksikan persembahan mereka, tiba-tiba penyanyi itu bertindak menunjukkan punggungnya kepada kami sebelum dibaling dengan botol. Tindakan itu patut dikeji kerana majlis itu dihadiri pelbagai lapisan masyarakat.
“Saya juga kesal dengan tindakan penganjur memilih kumpulkan seperti itu.” katanya.
Berita Harian (7/7/08): Lebih 700 ahli Pas mengambil keputusan menarik diri daripada perhimpunan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, semalam, kerana menyifatkan perhimpunan itu seperti karnival dan tidak serius.Perhimpunan menyimpang, niat cuma hentam kerajaan
Kebanyakan mereka adalah antara 2,500 petugas yang sepatutnya mengawal perjalanan perhimpunan berkenaan.
Ketua Unit Amal Pas Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Mohd Yatim, ketika ditemui di sini, mengesahkan mereka menarik diri.
Difahamkan, sebahagian besar ahli Pas dari Ipoh dan beberapa daerah di Perak yang dalam perjalanan ke situ berpatah balik selepas dimaklumkan mengenai perkara itu.
Berita Harian (7/7/08): Melihat pada publisiti dan kontroversi dicetuskan sejak beberapa hari lalu, ramai mungkin menjangka “Protes Sejuta Rakyat” di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, semalam, akan menjadi perhimpunan terbesar rakyat menyuarakan bantahan terhadap kerajaan.Punk buat aksi biadab
Namun, apa yang berlaku tidaklah seperti diuar-uarkan penganjurnya, Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes). Kira-kira 5,000 orang saja dilaporkan menyertai perhimpunan itu pada sebelah siang.
Malah, perhimpunan yang disokong parti dalam Pakatan Rakyat itu turut menerima tamparan hebat apabila 700 anggota Unit Amal Pas yang ditugaskan mengawal majlis itu dilaporkan menarik diri kerana membantah tindakan penganjur menyelitkan unsur hiburan serta persembahan kumpulan kugiran.
Tindakan kumpulan itu yang menyampaikan lagu berirama Punk dan menunjukkan isyarat lucah, turut mencetuskan kemarahan orang ramai sehingga sesetengahnya membaling botol.
Dalam pada itu, perhimpunan berkenaan bukan saja digunakan pemimpin Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantah kenaikan harga minyak, tetapi ucapan mereka turut menghentam kerajaan, terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak. Mereka juga memainkan sentimen dengan laungan anti-Barisan Nasional (BN).
Namun, dalam ucapan itu, mereka tidak pun mengemukakan cadangan bagi menangani kenaikan harga minyak, sebaliknya meletakkan kesalahan bulat-bulat di bahu kerajaan, walaupun hakikat sebenar ia rentetan daripada harga bahan bakar itu yang melambung pada peringkat global.
Antara yang memberi ucapan pada perhimpunan itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar; Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden Pas, Mohamed Sabu; penyelaras perhimpunan itu, Dr Hatta Ramli; yang juga Bendahari Pas; Ketua Penerangan PKR Tian Chua; pemimpin Hindraf, S Jayathas; Ahli Exco Selangor, Ronnie Liu; Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa; dan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, turut hadir pada sebelah malam.
Sejauh mana protes itu mencapai matlamatnya sukar diramalkan, tetapi yang pasti orang ramai terutama penduduk sekitar lokasi perhimpunan itu mengadu tidak tenteram dan terpaksa menghabiskan cuti minggu di rumah.
Harian Metro (7/7/08): Tindakan seorang penyanyi ‘punk’ menunjukkan punggung ke arah penonton selepas membuat persembahan pada perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di Stadium Kelana Jaya, di sini, semalam mencetuskan kekecohan dan rasa tidak puas hati pengunjung.Singer at rally attacked for exposing buttocks
Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 7 malam, bermula apabila penyanyi berusia 20-an itu yang baru selesai membuat persembahan secara tiba-tiba membelakangi penonton dan melondehkan seluar untuk menunjukkan punggungnya.
Bagaimanapun sebahagian punggungnya terlindung dengan seluar dalam yang dipakainya.
Kejadian disaksikan hampir 2,000 penonton yang ketika itu berada di padang untuk menyaksikan persembahan nyanyian sebagai selingan sementara menunggu aturcara seterusnya.
Menurut saksi yang enggan dikenali, dia melihat perlakuan tidak senonoh penyanyi terbabit yang disifatkan sebagai mencemarkan perjalanan majlis itu.
“Amat tidak patut dia (penyanyi) berkelakuan sedemikian, kerana kita berada dalam majlis ilmu, perkara sebegitu juga amat tidak manis untuk dilihat jika dibandingkan dengan budaya ketimuran rakyat negara ini.
“Lebih lagi, perbuatan terbabit dilakukan di hadapan orang ramai terdiri kalangan wanita dan kanak-kanak,” katanya ketika ditemui di stadium berkenaan.
Kejadian itu mencetuskan kekecohan dan menyaksikan drama tolak-menolak dan membaling botol selama 30 minit, antara penonton yang tidak puas hati dan ahli kumpulan terbabit.
Bagaimanapun, keadaan kembali tenang apabila wakil penganjur meminta maaf kepada penonton atas kejadian yang memalukan itu.
Selain itu, tinjauan Harian Metro mendapati segelintir peserta kurang bersemangat menyertai perhimpunan itu pulang lebih awal, kerana berpendapat majlis itu lebih mirip kepada pesta berhibur daripada menjadi medan meluahkan bantahan.
Menurut peserta yang ditemui, tindakan penganjur menyelitkan persembahan muzikal agak kurang menyenangkan dan tidak kena pada tempat.
Ia dianggap menyimpang daripada matlamat asal membantah kenaikan harga minyak seperti yang diuar-uarkan.
Tinjauan sehingga jam 5 petang semalam mendapati, sasaran penganjur mengumpul sehingga satu juta peserta juga jauh meleset apabila hanya sekitar 5,000 pengunjung hadir pada perhimpunan di stadium yang mampu memuatkan sehingga 50,000 pengunjung itu.
Peserta yang memakai baju merah sebagai tanda menyokong perhimpunan terbabit, dilihat mula memasuki perkarangan stadium berkenaan pada jam 10 pagi.
Sementara itu dalam perkembangan sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata sehingga semalam pihak penganjur tidak pernah membuat sebarang permohonan secara rasmi untuk menganjurkan perhimpunan mega itu.
Bagaimanapun, pihaknya membuat pemantauan perhimpunan terbabit, dan merekod ucapan yang disampaikan bagi memastikan tidak mempunyai unsur hasutan.
“Jika ada unsur hasutan dalam ucapan, khasnya pemimpin parti pembangkang kita akan mengambil tindakan terhadap penganjur dan mereka yang berkenaan mengikut Akta Hasutan.
“Kita juga bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan tidak mengambil ringan perhimpunan berunsur politik yang tidak mendapat kelulusan itu,” katanya ketika ditemui.
Antara yang berucap pada perhimpunan itu ialah Bendahari Pas, Dr Hatta Ramli; Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; pemimpin Hindraf S Jayathas dan anggota Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu.
Pada sebelah malam pula, antara pemimpin yang memberikan ucapan ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pemimpin negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.
The commotion after the rock singer exposed his buttocks at Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, yesterday.
NST (7/7/08): The singer of a rock band was assaulted by a mob for exposing his buttocks during a performance at a rally against price hikes yesterday.
Alak, lead vocalist of Carburetor Dung, pulled his trousers down in front of about 3,000 people in a rendition of a song called Jilat (Lick) at Stadium Kelana Jaya.
A section of the audience, believed to be Pas supporters, threw water bottles at him, forcing the band to end its programme.
As the singer was coming down from the stage, the mob punched and kicked him.
PKR Youth members, wearing blue T-shirts, whisked Alak out of the stadium but they were stopped outside the gate by an angry crowd.
They then brought the singer back into the stadium, where he sought refuge underneath the stage. It is learnt the singer suffered bruises to his head.
Independent film-maker Hishamuddin Rais, who was in charge of entertainment for the day-long event, was rushed by PKR Youth members into a vehicle, which left in a hurry.
About 30 minutes after the incident, the singer was escorted out of the stadium.
Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar said he was aware of the incident but had not been informed of it by the organisers.
"We don't want to go in yet because it could be misconstrued by the organisers that we are raiding the event. My men are monitoring the situation and if things get out of hand, we will move in."
Organising committee member Tah Moon Hui said the incident was unexpected.
"We have not experienced anything like this before. Maybe they were excited by the party mood and environment."
De facto Parti Keadilan Rakyat leader Datuk Seri Anwar Ibrahim walked into the stadium about 9.50pm and, in his 30-minute address, told the crowd that he would reveal more evidence against Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan and the Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail in the next few days.
Anwar claimed he had new evidence against the two for allegedly suppressing evidence which would "shake the nation". He was referring to investigations into the 'Black Eye' incident in 1998.
The information, he said, was from high-ranking officers during that time. Anwar lodged a police report against the IGP and the AG at the Selangor police headquarters on Tuesday.
On the upcoming debate with Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek on the fuel price hike, Anwar challenged the prime minister and deputy prime minister instead, to go on air, against him.
"Why would I want to debate with the information minister?
"I rather take on the prime minister and his deputy," he told the crowd of about 10,000, adding that when Pakatan Rakyat takes over the government, they would reduce fuel prices.
Earlier DAP adviser Lim Kit Siang took the stage and said all the oppposition MPs would protest in Parliament over the fuel price hike.
Yesterday's rally, organised by the Coalition Against the Fuel Price Hike (Protes), attracted some 10,000 people despite a warning from the police for the public to stay away.
The organisers did not get a police permit to hold the rally. Many supporters of the opposition and also non-governmental organisations, including the Hindu Rights Action Force (Hindraf) turned up to give their
support and bellow anti-government slogans from as early as 10am until midnight.
The rally, themed “protest of one million people” called on the public to protest the government’s decision to raise fuel prices last month.
Loud and bold, the crowd, in red T-shirts, turned aggressive towards evening, but still there was no visible police presence, save for two mobile beat bases, which were stationed some 200m away from the stadium.
Every hour or so police helicopters circled to monitor the situation. The crowd listened to speeches by Pas treasurer and chief protest organiser Dr Hatta Rami and Hindraf coordinator S. Jayathas.
0 comments
Post a Comment