Soal Jawab: Muzakarah demi ketuanan Melayu

Posted by Unknown Sunday, July 20, 2008

Berita Minggu (20/7/08): Muzakarah Umno dan Pas. Penjelasan Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan Pas, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Salahuddin Ayub, kepada wartawan Berita Minggu, Azis Ngah dan Johari Ibrahim.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Apakah matlamat muzakarah Umno dan Pas.

Selepas 50 tahun merdeka, saya lihat hari ini kita berada dalam situasi transisi apabila dunia sedang berubah dan kematangan orang ramai juga berubah. Begitu juga landskap politik dan geopolitik negara.

Perubahan ini perlu disesuaikan dengan beberapa perkara pokok dalam perjuangan agama dan bangsa menuntut kita duduk semeja dengan mereka yang seumat, sebangsa, sekaum untuk tujuan tertentu.

Pertama, secara peribadinya ialah melihat perubahan landskap hari ini. Kedua dalam konteks keterbukaan dunia tanpa sempadan. Ketiganya ialah perjuangan yang jika kita ketepikan kepentingan politik untuk kebaikan ummah dan juga orang Melayu.

Saya percaya ia dapat dikongsi bersama antara Umno dan Pas khususnya. Contohnya dalam konteks pendidikan. Niat kita ikhlas untuk memberi pembelaan kepada sekolah agama rakyat (SAR), memberikan prasarana dan perancangan lebih tersusun termasuk di negeri dikuasai pembangkang seperti di Kelantan.

Dalam konteks masa depan dan pendidikan anak bangsa dan agama, itu menjadi satu contoh yang saya harap boleh diperluaskan dalam hal lain. Kadang-kadang kita harus merentasi kepentingan politik demi kebaikan bangsa.

Adakah muzakarah ini sebenarnya lebih tepat dikatakan pendekatan menyatukan kekuatan orang Melayu itu sendiri melalui dua parti berbeza dari segi ideologi.

Ya, kerana kita tengok perubahan tadi dalam konteks senario politik dan sosio ekonomi negara dalam situasi ekonomi dunia tak menentu dan perubahan ledakan maklumat yang sekelip mata boleh mewujudkan persepsi betul atau tidak.

Dicampur pula fitnah benar atau separuh benar... kita bimbang orang Melayu, jika tidak mendapat pendedahan, pimpinan sempurna, mereka akan hanyut dan tenggelam.

Tetapi itu tidak bermakna perbincangan, pembabitan, persediaan duduk semeja ini bertujuan menganiaya kaum lain. Itu tidak akan berlaku, jadi saya harap jangan ada mana-mana pihak mengubah persepsi seolah-olah kita akan mengenepikan kepentingan kaum lain.

Ini jelas dalam perubahan sedia ada dalam konteks politik kita iaitu tak boleh dilakukan (mengetepikan kepentingan kaum lain) tetapi mereka juga tak boleh menyalahkan kita untuk memikirkan kedudukan orang Melayu yang masih memerlukan pembelaan, contohnya SAR.

Jika Umno dan Pas terus berbalah, akan berlaku kekalutan berterusan. Misalnya secara kebetulan SAR itu berada di Kelantan (dikuasai Pas) dan kementerian pula dipegang oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno. Jika menteri dan kepemimpinan Kementerian Pelajaran tak boleh duduk semeja dengan pemimpin kerajaan Kelantan, teruklah nasib anak kita yang belajar di SAR.

Ada perkara tertentu yang kalau kita ikhlas, saya percaya mana-mana pihak pun boleh duduk semeja dan tiada perkara lebih murni jika keikhlasan itu bersandarkan kepada Islam dan masa depan bangsa kita.

Adakah hasil perbincangan itu akan diterima pakai dalam mana-mana perancangan kerajaan dan Umno atau ia sekadar sesi percambahan idea.

Itu banyak bergantung kepada pemimpin kita, tahap keselesaan dalam membincangkan sesuatu. Saya berpegang kepada niat, jika niat baik, bukan untuk kepentingan diri, bukan juga untuk kedudukan parti dalam membincangkan hal pokok ini, saya percaya Tuhan akan menunjukkan jalan dan ruang untuk menikmati kejayaan dalam usaha murni dan mulia ini.

Tetapi, suasana politik ini, kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi. Dalam konteks pembinaan sebuah bangsa dan negara, jangka masa sebulan, dua bulan, bahkan setahun pun, ia bukan jangka masa yang panjang.

Sebenarnya, apa yang nak difikir dan bincangkan ialah mengenai generasi akan datang. Pada masa dulu Pas sendiri pernah bersama Umno, bukan setakat duduk semeja bahkan satu parti. Jadi, tidak mustahil dalam sesuatu hal dan suasana tertentu apabila masa depan anak menjadi pertimbangan, kita boleh duduk semeja memikirkannya.

Jika dulu darurat, keadaan mengerikan, tetapi hari ini walaupun tidak ada darurat, perubahan berlaku tetap mengerikan. Perubahan ekonomi dan dunia, misalnya dalam konteks Islam, seluruh umat Islam marah apabila tersebarnya buku dan kartun menghina Islam.

Kini, filem Fitna yang menghina Islam disebarkan melalui internet. Ini nak membuktikan kepada dunia bahawa umat Islam tidak bermaya.

Segala perubahan ini memerlukan kita duduk berbincang bagaimana kesannya pada masa depan negara dan umat Islam. Keadaan yang berlaku ini bukan perancangan sesuatu penganut agama atau kuasa besar tetapi semua kena menerima hakikat bahawa dunia hari ini akan dicorak oleh teknologi dan ledakan maklumat yang kita tak tahu datangnya dari mana.

Niatnya pun kita tak tahu. Filem Fitna yang dikeluarkan baru-baru ini pun dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Belanda, bertujuan mendapatkan publisiti dengan memperlekehkan kitab suci al-Quran dan tujuannya peribadi tetapi kesannya kepada seluruh umat Islam dunia. Kalau kita tak mampu membantah, selepas ini apa pula akan berlaku.

Mursyidul Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas cadangan muzakarah ini menegaskan, usul mesti datang daripada peringkat cawangan Umno, dibawa ke bahagian sebelum diputuskan peringkat tertinggi parti. Ini bermakna, Pas mahukan idea muzakarah itu mendapat sokongan penuh akar umbi bukan hanya membabitkan pemimpin tertentu.

Saya faham apa dimaksudkan Nik Aziz, tetapi apabila kita berada dalam transisi di mana keadaan tidak menentu, kadang-kadang pada peringkat bawah sendiri pun keliru. Jadi, sedikit sebanyak, menjadi tanggungjawab pemimpin Umno dan Pas memberi sedikit panduan supaya disahut peringkat bawah.

Saya setuju apa juga usaha yang kita nak buat ini mesti datangnya daripada peringkat akar umbi dan kadang-kadang nak menyedarkan umat Melayu dan Islam, seperti kita bincangkan tadi, apabila wujudnya situasi mencabar seperti isu menghina Islam, umat Islam sendiri akan bangkit secara automatik, tak perlu disedarkan pun.

'Pas tidak letak syarat jumpa Umno'

Salahuddin Ayub

Apakah matlamat muzakarah Umno dan Pas.Muzakarah bukan perkara baru bagi Pas yang pernah mempelawa muzakarah kepada Umno, namun tidak mendapat reaksi positif. Saya menghantar tiga atau empat surat rasmi kepada Ketua Pemuda Umno untuk membincangkan persoalan penting membabitkan kepentingan orang Islam dan Melayu.

Ini saya lakukan kira-kira lima atau enam tahun, ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) menang besar. Antara topik penting ialah gejala sosial remaja Melayu, kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mencapai matlamat 30 peratus ekuiti Bumiputera, biasiswa pelajar Bumiputera semakin kurang dan fenomena murtad.

Sebagai Ketua Pemuda Pas, saya sudah menunaikan tanggungjawab membawa dua parti besar mewakili Melayu-Islam membincangkan perkara serius itu. Tidak ada agenda politik ketika itu.

Umno dan Pas mempunyai ideologi politik yang jauh berbeza. Apakah asas persamaan yang boleh membawa kepada muzakarah.

Pas dan Umno tidak perlu duduk sebumbung untuk membincangkan masalah ini atau apa juga masalah lain. Pas kekal dengan entiti Pas dan Umno kekal dengan entiti Umno, baru rakyat melihat bahawa kita ikhlas dan jelas untuk menentukan agenda kepentingan Islam dan Melayu yang hendak dibincangkan.

Walaupun kedua-dua parti berbeza ideologi politik, demi kepentingan negara, Islam dan Melayu, kita boleh duduk semeja membincangkan masalah ini. Paling penting ialah apabila semua masalah dibincangkan, saya harap biarlah resolusi dilaksanakan oleh Umno yang hari ini menjadi teras pemerintahan negara.

Melalui cara ini, rakyat nampak kita ikhlas dan jujur apabila membincangkan masalah mereka. Bagaimanapun, bukan saat ini hendak membincangkan mengenai Pas dan Umno perlu bersatu atau perkongsian kuasa.

Adakah kedudukan orang Melayu yang lemah dengan kuasa politik semakin terhakis di Perak, Pulau Pinang dan Selangor menyebabkan Pas dan Umno mahu bermuzakarah.

Saya tidak setuju pandangan itu. Di Pulau Pinang, ada pihak mendakwa kuasa politik Melayu terhakis, sedangkan jika menerima realiti politik dalam negara, saya melihat sejak merdeka, Pulau Pinang memang diperintah parti komponen BN.

Hakikatnya Umno memang menyerahkan Pulau Pinang untuk ditadbir rakan kongsi dalam BN. Kita tidak perlu mengungkitkan masalah orang Melayu hilang kuasa. Mengapa apabila DAP menang banyak kerusi dan Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri, isu Melayu diungkit sedangkan fenomena sama saja. Begitu juga di Perak dan Selangor.

Kita tidak boleh sempitkan sudut politik dengan mengungkit isu berbau perkauman. Tidak berlaku suatu pertembungan perkauman atau ideologi politik yang serius hingga memerlukan kita melihat semula geopolitik.

Saya melihat ia lebih kepada apabila orang Melayu tidak mahu mengundi Umno, dia mengundi Pas. Ini berlaku silih berganti. Kadang-kadang Umno berehat seketika sebelum bangkit balik atau esok, apabila Pas menghadapi keadaan sama, akan berehat seketika untuk memikirkan strategi politik lebih meyakinkan.

Bagaimana sokongan dari kalangan pemimpin Pas sendiri. Tidakkah ada yang berpandangan bahawa Umno hanya mahu bermuzakarah apabila berada dalam keadaan lemah atau bimbang ini adalah muslihat Umno.

Itu adalah persepsi yang kita tidak boleh elak. Pas melakukan inisiatif ini lebih awal. Bayangkan jika Umno sedia bermuzakarah selepas Pilihan Raya Umum 2004 dengan memiliki majoriti besar. Ketika itu, banyak isu membabitkan Islam dan Melayu, tetapi kenapa Umno tidak mahu bermuzakarah. Walaupun Pas bersedia bermuzakarah pada bila-bila masa atas apa juga isu, apabila pelawaan dikemukakan ketika Umno hilang banyak kerusi, kita tidak boleh elak persepsi sesetengah masyarakat bahawa Umno mahu bermuzakarah apabila tertekan dan tersepit.

Apa pula pandangan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tidakkah Pas dilihat mahu membelakangi kedua-dua parti ini.

Muzakarah ini, prinsipnya bukan satu mukadimah kepada perkongsian kuasa dan politik antara Pas dan Umno. Ia adalah perbincangan telus yang isunya menjadi pengetahuan umum. Saya adalah ahli jawatankuasa tertinggi dilantik Presiden mewakili Pas dalam setiap perbincangan Pakatan Rakyat.

Apa juga Pas hendak buat, kita maklumkan dalam Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.

Pas dan Umno pernah berada dalam satu pihak iaitu BN, tetapi Pas menolak mengulangi pengalaman lalu. Apakah bentuk kerjasama yang boleh dicapai.

Politik adalah cukup dinamik. Jika kita mempunyai iltizam dan keikhlasan untuk membincangkan masalah Islam dan Melayu, Pas dan Umno tidak perlu duduk sebumbung. Tidak perlu Pas masuk dalam BN. Rakyat lebih gembira dan berminat jika Pas dan Umno membentuk mekanisme terbaik untuk fokus terhadap isu besar sekarang.

Kita boleh menubuhkan banyak jawatankuasa membabitkan kedua-dua pihak. Ada ramai pakar dan beratus-ratus NGO (badan bukan kerajaan) Melayu menantikan saat ini. Kita fokuskan terhadap agenda penting bagi masa depan Islam dan Melayu.

Ini adalah antara isu besar yang memerlukan komitmen kita. Apabila ruang perbincangan membabitkan semua NGO Melayu, kita akan dapat menyelesaikan banyak masalah.

Dalam isu pendidikan kaum Cina, saya pernah menghadiri majlis makan malam NGO Cina. Pemimpin politik Cina yang datang adalah dari pelbagai ideologi politik, tetapi meninggalkan sementara ideologi untuk membincangkan masa depan pendidikan orang Cina.

Perlu ada syarat tertentu sebelum kedua-dua pihak duduk semeja.

Tidak perlu syarat jika benar-benar hendak bermuzakarah. Kita terbuka, tetapi agendanya bukan politik kongsi kuasa tetapi kita telus. Biar kita kelihatan ikhlas membincangkan masalah sebenar orang Melayu pada hari ini yang perlu diperkasakan.

Adakah muzakarah ini boleh berjaya.

Jika kita punya iltizam tinggi dan penuh ikhlas untuk melihat semua masalah adalah bukan masalah kita pada hari ini. Ahli politik melihat pilihan raya akan datang, manakala negarawan melihat generasi akan datang.

Bagi saya apabila pemimpin Pas hendak muzakarah, kita tidak duduk pada paradigma hanya orang politik. Saya mahu Pas duduk sebagai negarawan, baru kita boleh nampak jauh masalah yang kita perlu selesaikan. Jika Pas dan Umno duduk sebagai orang politik, kita tidak boleh selesaikan masalah yang serius wujud di bawah sana. Dengan minda negarawan, saya yakin kita boleh jayakan muzakarah ini.

Tetapi sekarang dengan fenomena teknologi maklumat, saya rasa kita perlu usaha bersepadu kerana kita kena mempertahankan kesucian Islam, tak boleh biarkan orang hina dan kata apa saja termasuk menghina al-Quran dan Rasulullah.

Dalam keadaan kita tak mampu pertahankan Islam, saya bimbang apa akan berlaku kepada generasi akan datang.

Pada mesyuarat Unesco baru-baru ini, hanya saya dan wakil Pakistan membangkitkan hal ini. Sedangkan negara lain dalam Lembaga Eksekutif Unesco iaitu badan tertinggi dunia dalam konteks budaya, agama dan toleransi, saya tengok tak ada negara lain bersuara.

Saya bimbang sebagai pemimpin parti yang akan melahirkan pemimpin masa depan, mereka tak sedar ini berlaku dan bagaimana corak kepemimpinan orang Melayu pada masa akan datang yang lebih mencabar.

Datuk Seri yakin muzakarah ini akan berlaku.

Ya, ia bergantung kepada niat dan keikhlasan. Saya yakin ia akan berlaku... tak semestinya esok, tak semestinya hujung tahun dan tak semestinya 2020. Tetapi ia akan berlaku apabila orang Melayu sedar bahawa agama dan bangsa mereka berada pada kedudukan membimbangkan.

Maknanya orang ramai peringkat bawahan sudah ada kesedaran. Jika terpaksa tunggu hingga 2020, kita akan tunggu kerana kita tiada pilihan lain.

Kita berada di atas bumi yang sama, kita adalah rakyat negara yang sama. Kita penganut dan umat agama sama.

Jangan disebabkan pertimbangan peribadi dan politik, ia menidakkan apa yang boleh menjadi kenyataan. (Bercelaru, bila pulak Salahuddin tu Datuk Seri? Adakah jawapan Hishammuddin dimasukkan dalam jawapan Salahuddin? Agaknya silap susun)

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib