Harakah (5/8/08): Dua aktivis itu ialah, Abdul Halim Mohd Shariff dan Mohammad Azif Mohamad Aris yang hadir di JSJ Bukit Aman dengan ditemani peguam, Mohd Kharuddin Othman dari MK Othman&Co selepas menerima panggilan dari ASP Amran Md Jusin.

Mereka dipanggil sebagai saksi di bawah Sekseyn 112, Kanun Acara Jenayah untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan aman anjuran Bersih pada 10 November lalu.

AJK Bersih, Anuar Tahir ketika mengadakan sidang media di hadapan JSJ Bukit Aman mempertikai tindakan polis itu yang bersifat intimidasi kepada rakyat Malaysia.

Anehnya kata beliau, tindakan ini dibuat selepas kes ini dibawa ke mahkamah dan perbicaraan masih berterusan.

"Sebelum ini beberapa pemimpin Bersih telahpun didakwa di mahkamah dan mereka sedang menghadapi perbicaraan kes tersebut, namun yang peliknya kenapa polis memanggil siasatan sedang kes berjalan di mahkamah," ujarnya.

Justeru Bersih menyeru Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar mengarahkan polis menghentikan siasatan ini.

Sementara itu peguam kedua-dua saksi tersebut berkata, semasa memberi keterangan kepada pegawai penyiasat, kedua-dua mereka ditanya beberapa soalan termasuk penubuhan Bersih, dan soal himpunan aman anjuran badan itu.

"Hari ini dua orang dipanggil, persoalannya mengapa orang-orang ini dipanggil selepas kes ini dibicarakan di mahkamah Disember lalu yang melibatkan beberapa pimpinan parti politik," katanya.

Bagi Khairudin, seharusnya siasatan ini dibuat sebelum kes ini dibawa ke mahkamah untuk mengambil keterangan dan bukti.

"Kita terkejut kes ini dah dibicarakan dan disambung bicara Disember 2008 ini, dalam proses bicara ini kenapa ada bukti yang belum disiasat polis.Polis kena kaji balik tindakan panggil anak guam kami untuk siasatan ini kerana kes telah dibawa ke mahkamah," ujar Khairudin.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib