2 ugut bekas isteri Adun dikenal pasti

Posted by Unknown Wednesday, August 6, 2008

Berita Harian (5/8/08): Polis sudah mengenal pasti dua suspek yang disyaki mengugut dan mengancam bekas isteri seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Kelantan, Siti Aishah Chou Abdullah, 24, pada 18 Mei dan 1 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata polis sedang mengesan kedua-dua lelaki terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

"Kita sedang menjalankan siasatan rapi terhadap dakwaan dalam laporan yang dibuat mangsa dan mengenal pasti dua lelaki dalam lingkungan 20-an dan dipercayai anak isteri ketiga Adun berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Zahruddin mengulas perkembangan siasatan terhadap laporan Siti Aishah yang mendakwa hidupnya kini tertekan dan ketakutan kerana diganggu dan diancam anak tiri bekas suaminya sejak tiga bulan lalu.

Beliau turut mendakwa anak tiri bekas suaminya itu cuba merampas kereta yang dibelikan Adun terbabit untuk kegunaannya.

Sementara itu, Siti Aishah semalam mendaftarkan perkahwinannya di Mahkamah Tinggi Syarie di sini, bagi mendapatkan pengesahan perkahwinannya sebelum ini yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 2003 mengikut hukum syarak.

Siti Aishah memfailkan permohonan dalam kamar Hakim Syarie Mohamed Yusoff Awang, mengikut Seksyen 12, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002, bagi mendaftarkan perkahwinannya dengan Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, 53.

Peguamnya, Mohd Sibri Ismail, berkata anak guamnya perlu mendaftarkan perkahwinan itu bagi mendapatkan pengesahan mengikut hukum syarak sebelum boleh membuat tuntutan lain, termasuk pengesahan perceraian selepas Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu menolak tuntutan itu pada bulan lalu, selepas mendapati sijil nikah pasangan terbabit palsu.

"Mahkamah memanggil Siti Aishah hari ini bagi memberi keterangan selepas suaminya (Wan Ismail) memberi keterangan pada Khamis lalu. Mereka akan dipanggil untuk mendengar keputusan yang dijangka diumumkan pada 19 Ogos ini, sama ada perkahwinan yang berlangsung itu sah atau sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas selesai prosiding itu, petang semalam.

Siti Aishah ketika ditemui berkata, beliau tampil mendaftarkan perkahwinannya walaupun sudah diceraikan pada 16 April lalu demi menuntut keadilan untuk diri dan dua anaknya hasil perkahwinan itu.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib