Petikan dari ucapan Mahfuz Omar di Dewan Rakyat (lucu)

Posted by Unknown Friday, October 24, 2008

Selingan - petikan dari ucapan Mahfuz Omar di Dewan Rakyat 22/10/08 (yang lucu-lucu):

Satu

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tengok dekat luar tadi nampak semua sekarang ini garang-garang. Ini produk Taiwan punya... [Ketawa] Ini produk Taiwan [Ketawa] Ini produk Taiwan.
Dato' Ismail Kasim [Arau]: Produk G5, G5.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Sebab saya tengok ramai di kalangan anggota-anggota BN ...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang sebelah sini pun ada pergi Taiwan Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Ketawa] Tidak, sebab banyak bawa contoh stail Parlimen Taiwan. Mungkin saya pun bimbang juga kena jaga Tuan Yang di-Pertua, takut baling kasut nanti. Saya minta penjelasan sama ada Yang Berhormat sahabat saya sedar ataupun tidak? Sebab tadi Yang Berhormat sebut bahawa tidak ada salah guna kuasa, penangkapan, penahanan ISA. Saya berkali-kali sebut di Dewan yang mulia ini. Saya sama seperti rakan saya Yang Berhormat Shah Alam. Saya antara yang pernah ditahan di bawah Operasi Lalang. Saya hendak sebut bahawa pada waktu itu krisis yang berlaku dalam negara kita membabitkan bahkan Presiden Umno. Timbalan Perdana Menteri sekarang ini. Pada waktu itu, kenyataan bakal Presiden Umno ini begitu mengecam masyarakat Cina dan menggugat dan mengugut untuk membakar dan membasahkan darah orang-orang Cina di bandar Kuala Lumpur ini.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak betul itu, tidak betul itu. Tidak betul.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Akan tetapi beliau tidak ditahan. Beliau bersama dengan Lim Kin Sai (Lee Kim Sai) pada waktu itu daripada MCA diberikan cuti rehat di Australia, bukan di Taiwan tetapi kami terpaksa bercuti rehat di dalam ISA. Sedangkan saya tidak terlibat dalam perhimpunan besar-besaran anjuran Umno pada waktu itu untuk ...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya terlibat.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: ..Untuk, untuk menyemarakkan orang-orang Melayu dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pasir Salak tidak boleh bangun Yang Berhormat Pasir Salak
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Persoalannya, saya hendak katakan bahawa itu menunjukkan, membuktikan bahawa penyalahgunaan kuasa, saya tidak terlibat dalam perhimpunan tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ini menyeleweng. Tidak betul cerita itu.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Nada sudah lain sudah. Nampak ya? Apabila dapat pengerusi FELCRA , nada sudah lain... [Ketawa]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Okey.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Itu baru Pengerusi FELCRA .
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat. Baru sampai pun sudah berhujah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Itu penghinaan. Jangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jadi, saya memilih
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Itu, jangan menghina.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Itu adalah persepsi Yang Berhormat...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kita daripada Parti Islam
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tanggapan Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Kita ucap syabas kepada Pengerusi FELCRA

Dua

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Kalau boleh tambah sedikit lagi. Sedikit sahaja. Saya hendak tanya juga penerangan, mungkin Yang Berhormat Pokok Sena tahu di negara-negara lain yang menghadapi krisis ini juga, saya tidak terdengar lagi lah. Mungkin saya silap. Saya tidak terdengar negara-negara lain membentangkan alternatif bajet atau revise budget buat masa ini. Saya tidak tahulah, mungkin saya silap. Di negara seluruh dunia kerana krisis ini seluruh dunia. Jadi, kalau seluruh dunia, no ini soalan yang...
Seorang Ahli: Bacalah ini.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Tak tahulah. That’s why I’m asking.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Okey, okey saya faham.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Ini nampaknya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Belud ini kurang faham. Tidak tahu, tidak ada pengetahuan, knowledge yang tinggi. Banyak negara-negara buat revise budget. Ya, ini satu perkara biasa apabila kita menghadapi masalah kemelut ekonomi yang melanda dunia dan sudah pasti bacaannya sudah akan terkesan kepada negara kita seharusnya. Apa salah kita buat satu revise budget? Apa masalah kita malu hendak mengaku tiba-tiba kita pula boleh mengaku kita buat langkah-langkah. Langkah-langkah untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan pada 2 hari bulan. Jadi, saya nampak macam tidak mahu mengaku bahawa kita hendak buat revise budget kerana itu cadangan daripada Ketua Pembangkang.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Boleh namakan negara-negara itu?
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Ya?
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Negara-negara yang revise budget itu, ada tidak?
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Britain, Australia pun ada. Apa? Amerika Syarikat pun buat revise budget.
Seorang Ahli: RM700 bilion.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Apa? Patutlah kalah pemilihan ketua bahagian. Tidak reti langsung buat ekonomi ini. Kesian, saya kesian. Tidak apa, tidak apa. Jangan kacaulah, malu dekat orang itu. Yang bagi undi pun menyesal buat begitu.

Tiga

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: ...Saya tunjuk contoh Tuan Yang di-Pertua, bila kita mengambil alih kerajaan-kerajaan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Saya tunjuk contoh umpamanya saya daripada negeri Kedah. Saya tengok contoh bagaimana perbelanjaan kerajaan dulu dengan kerajaan hari ini. Kita buat itu setelah kita melihat. Ini satu pembaziran. Contohnya, Menteri Besar Kedah apabila dia mengambil alih, ada orang datang untuk melawat dan berjumpa dengan dia di kediaman rasmi. Buat lawatan dalam jumlah yang agak besar dan sebagainya. Sudah menjadi kebiasaan Menteri Besar dulu pun buat jamuan, beri keraian, jamu orang yang datang, rakyat dan sebagainya. Awat, Yang Berhormat Langkawi gelak, kenyih pasai apa? Yang Berhormat Langkawi tahulah tu.... [Ketawa] Dia tahu, dia dengar khusyuk. Tiba-tiba, ini contoh kecil saya tunjuk contoh kecil. Belum lagi contoh yang besar. Hanya jamuan makan saja. Jamuan makan. Satu kepala untuk satu hari punya program perbelanjaannya RM90. Mentakedarah apa? Satu kepala RM90, Datuk Setiausaha Agong Umno. Satu kepala RM90. Ini makan apa? Sup kepala kereta api kah?... [Ketawa]

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib