Wartawan BH dihalang buat liputan DUN Kelantan

Posted by Unknown Thursday, October 23, 2008

Khairul Anuar diiringi keluar oleh pengawal keselamatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selepas dilarang buat liputan DUN Kelantan, semalam.

Berita Harian (23/10/08): Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam tidak membenarkan wartawan Berita Harian membuat liputan persidangan dewan itu kerana tidak berpuas hati terhadap dengan tajuk berita akhbar ini berhubung titah ucapan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, ketika merasmikan persidangan DUN itu Ahad lalu.

Berikutan itu, wartawan Berita Harian diarah keluar dari kawasan Kompleks Kota Darul Naim, yang menempatkan dewan persidangan dan pusat pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan.

Arahan larangan itu dikeluarkan Speaker DUN Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud ketika memulakan sesi pagi persidangan semalam jam 9.15 pagi semalam, sebaik selesai bacaan doa.

Mohd Nassuruddin berkata, beliau membaca akhbar Berita Harian semalam dan mendapati tiada ralat disiarkan berhubung tajuk laporan muka depan akhbar kelmarin bertajuk, Sultan Murka Kerajaan Pas Gagal Tadbir Kelantan.

“Mengikut Perkara 14 Peraturan Dewan, saya menarik balik kebenaran wartawan akhbar berkenaan daripada membuat liputan sepanjang persidangan DUN ini," katanya pada sidang DUN ketiga (Belanjawan) itu.

Serentak itu, wartawan Berita Harian, Khairul Anuar Abdul Samad yang berada dalam dewan itu beredar ke bilik media di tingkat bawah DUN berkenaan.

Bagaimanapun, seorang petugas dewan kemudian memaklumkan dia perlu keluar daripada Kompleks Kota Darul Naim. Khairul Anuar kemudian diiringi seorang pengawal keselamatan meninggalkan kompleks berkenaan.

Kelmarin, persidangan DUN Kelantan panas seketika, apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tajuk berita muka depan Berita Harian yang melaporkan mengenai kemurkaan Sultan Kelantan terhadap kegagalan pentadbiran Kerajaan Pas selama ini.

Drs Zainuddin Awang Hamat (Pas-Limbongan) mahu wartawan Berita Harian dilarang membuat liputan persidangan DUN itu dengan alasan tajuk berita itu mencemarkan imej kerajaan negeri dan berita itu membawa unsur tidak harmoni antara kerajaan negeri dan istana.

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, ketika dihubungi, enggan memberi sebarang ulasan berhubung pendirian istana mengenai laporan berkenaan.

“Setakat ini, saya tidak diarahkan untuk memberi sebarang kenyataan," katanya.

Kelab Wartawan Kelantan (KAWAN) akan mengadakan pertemuan dengan Mohd Nassuruddin berhubung larangan berkenaan secepat mungkin.

Presidennya, Wan Zulkifli Wan Yaakob, berkata kelab itu menghormati keputusan yang dibuat Speaker dan berharap keputusan itu boleh dipertimbangkan semula.

“Kita tidak mahu soal ini dikeruhkan lagi. Kami akan mengadakan pertemuan untuk menjelaskan perkara ini,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Ketua Pembangkang dalam DUN Kelantan, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, berkata Berita Harian dijadikan sasaran kerana kerajaan negeri tidak boleh menerima kritikan tajam, tidak seperti Umno dan Barisan Nasional.

Sultan murka kerajaan Pas gagal tadbir Kelantan

Berita Harian Online (20/10/08): Tuanku Ismail Petra semalam menegur kerajaan Pas Kelantan kerana masih gagal mengurus dan membangunkan negeri ini dengan cekap, termasuk dalam pengurusan hasil serta kewangan.

Sultan Kelantan turut mengingatkan kerajaan negeri supaya memartabatkan institusi masjid dan tidak menggunakannya untuk kepentingan pihak tertentu.

"Beta ingin menarik perhatian kepada pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai bandar raya Islam sejak 2006. Perancangan dari aspek kebersihan dan keselamatan perlu dinilai semula kerana beta melihat beberapa elemen belum mencapai matlamat.

"Beta berharap MPKB memberi fokus kepada elemen terbabit bagi menjamin pencapaian matlamat itu," titah baginda ketika menyempurnakan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Dewan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini. Hadir sama, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Tuanku Ismail Petra bertitah, pertumbuhan sektor pelancongan negeri juga masih bergantung kepada segmen domestik yang menyumbang 80 peratus kemasukan pelancong ke Kelantan.

"Beta menyarankan peranan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri dinilai semula sesuai dengan kepentingan sektor ini dalam menyumbang kepada ekonomi negeri. Sudah sampai masa, entiti baru yang lebih berkesan ditubuhkan supaya dapat bersaing dengan lebih kompetitif," titah baginda.

Bagi mengimbangi tanggungjawab pembangunan negeri pula, baginda menyarankan Enakmen Perbadanan Menteri Besar Kelantan serta Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dikaji semula supaya tidak wujud pertindihan dan persaingan.

Baginda turut menyentuh Laporan Ketua Audit Negara mengenai kedudukan kewangan Kelantan yang tidak kukuh apabila mengalami defisit akaun hasil disatukan pada akhir 2007 sebanyak RM326.34 juta berbanding RM155.86 juta pada akhir 2003.

"Kerajaan negeri hendaklah mengelak membuat keputusan yang boleh mengurangkan kemasukan hasil. Agensi dan perbadanan kerajaan negeri tidak harus diberi keistimewaan lagi, manakala syarikat swasta yang gagal membuat pembayaran perlu diambil tindakan tegas.

"Kerajaan negeri tidak boleh terus bergantung kepada sumber hasil sedia ada. Usaha perlu digembleng untuk meneroka punca hasil baru dalam setiap sektor untuk membiayai kos pengurusan dan pembangunan yang semakin meningkat," tegas baginda.

Tengku Ismail Petra juga menegur mengenai masalah tanah terbiar di seluruh Kelantan yang ketika ini mencapai keluasan 21,458 hektar dan 910 hektar saja yang dibangunkan.

"Beta berharap, kerajaan negeri mengambil peluang daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.5 bilion untuk memulihkan tanah terbiar bagi menjamin bekalan makanan negeri khususnya dan negara amnya," titah baginda.

Selain itu, Sultan Kelantan tidak puas hati dengan pembangunan projek yang dirancang mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini kerana agak perlahan dan ada yang belum dimulakan.

Ini termasuk pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli serta projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra.

"Beta juga mendapat maklum, Kelantan adalah antara negeri yang disenarai dengan projek hab halal dalam RMK-9 membabitkan peruntukan RM17 juta. Bagaimanapun, projek ini belum dilaksanakan dan beta berharap ia dapat disegerakan.

"Beta menyarankan kerajaan negeri turut menekankan pelaksanaan pembangunan hab halal bagi mewujudkan pusat pengumpulan, pengeluaran dan pemasaran makanan halal," titahnya.

Sultan Kelantan juga berharap rangkaian perhubungan dibaiki, dinaiktaraf dan ditambah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan 53 program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kelantan.

"Sukacita beta mencadangkan Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembinaan fasa ketiga Lebuh Raya Pantai Timur dari Terengganu ke Tumpat, laluan kedua Kota Bharu-Kuala Krai dan pelebaran Jalan Gua Musang-Kuala Lipis.

"Beta difahamkan, pelabuhan tidak disenaraikan sebagai projek infrastruktur di bawah ECER di Kelantan. Bagaimanapun, beta dimaklumkan kerajaan negeri meluluskan tiga projek pembinaan pelabuhan Tok Bali, pangkalan bekalan luar pesisir Kemasin dan pangkalan bekalan Kuala Besar.

"Beta berharap kerajaan boleh memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya bagi menjayakan projek ini," titah baginda sambil melahirkan rasa amat gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan dana khas sebanyak RM32.1 juta bagi meningkatkan sosio-ekonomi rakyat menerusi Projek D'Raja Kelantan.

Baginda turut menyarankan rakyat supaya berbelanja dengan berhemat bagi menangani kesan kenaikan kos sara hidup akibat krisis kewangan, kekurangan makanan dan kenaikan harga minyak dunia.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib