Harakah (20/9/08): Asakan kebangkitan pembangkang dan tekanan rakan-rakan di dalam partinya yang tidak sanggup lagi berada di bawah kepimpinannya besar kemungkinan akan memaksa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada penggantinya lebih awal dari dari pertengahan 2010, lapor The Straits Times Singapura (STS).
Sebelum ini, Abdullah meminta sehingga pertengahan 2010 untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri yang mula dipegangnya pada 31 Oktober 2003.
Namun, seperti yang dilaporkian oleh The Star, kecuali Datuk Annuar Musa yang dilaporkan bersungguh-sungguh membela dan mempertahankan Abdullah dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) 18 September lalu, hampir tidak ada sesiapa pun yang mahu Abdullah terus memimpin Umno dan negara.
Malah, Business Times Singapura (BT) pula melaporkan, Abdullah mungkin tidak akan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden dalam pemilihan Umno Disember akan datang.
Semua itu berpunca dari tekanan yang amat kuat ke atasnya dalam mesyuarat MT itu.
Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad pula melaporkan dalam blognya (kuda-kepang.blogspot.com), MT telah menasihati Abdullah supaya bersara secara sukarela, segera dan terhormat.
Jika tidak, katanya, kemungkinan besar Abdullah akan disingkirkan oleh majoriti bahagian Umno yang memulakan mesyuarat bahagian masing-masing pada 10 Oktober 2008.
"Lantaran itu, Abdullah dijangka mengumumkan tarikh persaraannya daripada siasah dan kerajaan dalam tempoh terdekat ini demi agama, bangsa dan tanahair, selewat-lewatnya pada 9 Oktober 2008.
"Nasihat di atas telah disampaikan oleh MT kepada Abdullah dalam mesyuaratnya pada 18 September 2008," kata Ruhanie.
BT melaporkan, seorang ahli MT malah memberi amaran kepada Abdullah bahawa beliau tidak akan mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno.
The Star melaporkan, Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz memberitahu Abdullah dalam mesyuarat itu bahawa ahli-ahli akar umbi Wanita Umno telah memberitahunya bahawa Presiden Umno itu mungkin tidak akan mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya.
Kelantangannya, lapor akhbar itu, memaksa ahli-ahli MT lain supaya tidak terlalu menekan Perdana menteri.
Selain Rafidah, ahli MT lain yang menyatakan bahawa Abdullah tidak boleh bertahan lagi selepas Disember ini ialah Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pemuda Umno yang juga Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli MT yang juga Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Afdal.
Mengikut sistem kuota di dalam Umno, seseorang yang hendak bertanding jawatan Presiden parti itu mesti mendapatkan sekurang-kurangnya 58 pencalonan.
Lebih berat bagi Abdullah, lapor BT, Muhyiddin yang sebelum ini secara terang-terangan meminta Perdana Menteri berundur dengan segera, tidak dikritik dalam mesyuarat itu.
Perkembangan itu, pada pandangan akhbar tersebut, membuktikan bahawa majoriti ahli MT menyokong apa yang ditegaskan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.
Tekanan demi tekanan ke atas Abdullah dalam mesyuarat itu mungkin berpanjangan jika timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meredakannya dengan menyatakan beliau akan membincangkan perkara itu dengan Abdullah, lapor akhbar itu.
Menurut The Star, ketika beberapa ahli MT lain sudah bersedia untuk memberikan pandangan masing-masing, Najib yang melihat Abdullah begitu tertekan dengan tekanan ahli-ahli MT itu, mula bersuara dan berkata apa yang hendak dinyatakan sudah pun dinyatakan dan beliau meminta izin untuk membincangkan perkara itu dengan Abdullah sahaja.
Kini, tumpuan diberikan kepada Najib. Menurut ST, tindakan Najib membatalkan lawatannya ke Arab Saudi mencetuskan spekulasi bahawa Abdullah akan berhenti lebih awal, mungkin sebelum pemilihan Umno Disember ini.
Akhbar itu seterusnya melaporkan, Najib telah dinasihati oleh para pemimpin kanan Umno supaya tidak keluar negara terlalu lama dalam keadaan politik yang tidak menentu di dalam Umno dan Barisan Nasional (BN).
Ahli-ahli Umno, kata akhbar itu, tidak yakin Abdullah mempunyai kemampuan dan kebolehan untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan kerajaan.
Menurut akhbar itu, seorang pemimpin Pemuda Umno dari Kedah menyatakan, ahli-ahli Umno mahu Najib dan Muhyiddin berganding bahu untuk memberi nafas baru dalam kepimpinan parti itu.
"Mereka mahukan perubahan di peringkat atasan," katanya.
Jika Najib mengambilalih, kata akhbar itu, hampir pasti ia akan mematikan peluang Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding merebut jawatan Presiden Umno, walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyokongnya.
Menurut akhbar itu lagi, 9 September lalu, Najib berunding dengan Dr Mahathir di Singapura dan perbincangan mereka termasuk pelan peralihan kuasa. Dr Mahathir dipercayai memberitahu Najib bahawa beliau tetap dengan pendiriannya.

0 comments
Post a Comment