Adakah Razaleigh akan terus berkhidmat kepada parti rasuah?

Posted by Unknown Monday, November 3, 2008

Harakah (3/11/08): Adakah keengganan menyogok rasuah menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah gagal mendapat sebarang pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden Umno, kecuali dari bahagiannya Gua Musang?

Lebih penting untuk dipersoalkan, adakah mereka yang mendapat pencalonan yang begitu banyak sanggup melakukan apa yang enggan dilakukan oleh bekas Menteri Kewangan itu?

Persoalan itu timbul apabila mStar Online melaporkan Razaleigh mendedahkan terdapat bahagian yang meminta sehingga RM2 juta sebagai ganjaran pencalonan.

Persoalan lain yang timbul ialah adakah bekas Naib Presiden Umno akan terus berkhidmat kepada parti yang dianggotainya sedangkan beliau juga membayangkan keengganannya untuk menyumbang khidmat kepada parti-parti yang rasuah.

Mendedahkan pesta rasuah politik di dalam Umno, Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, kini permintaan dan tawar-menawar ganjaran bagi pencalonan-pencalonan yang diberikan berlaku secara terbuka.

"Ahli-ahli Umno kini secara terbuka mahukan manfaat-manfaat kewangan apabila mahu memberi pencalonan.

"Satu bahagian dengan jelas meminta RM1 juta manakala di Sabah, harganya mencecah RM2 juta," kata beliau di Kota Bharu semalam.

Dua minggu lalu bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan tahap serius gejala politik wang dalam pemilihan Umno berkata, seseorang perwakilan 'berpeluang' memperoleh sehingga RM20,000 sebagai ganjaran undi.

Ketika ditemui di sini awal bulan lalu, Razaleigh mendedahkan kira-kira RM200 juta digunakan untuk tujuan kempen dan membeli undi dalam pemilihan Umno kali ini.

Beliau menyatakan demikian pada hari beliau gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk kerusi Presiden sebaliknya ia dimenangi tanpa cabaran oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Sambil menjelaskan bahawa beliau sanggup berkhidmat untuk parti tetapi dengan syarat kepimpinan parti boleh meyakinkannya bahawa beliau tidak menyumbang khidmat kepada parti-parti yang rasuah.

Tegas beliau, tindakan memancing undi menggunakan wang dan menghalang anggota daripada bertanding hanya akan menamatkan riwayat Umno lebih awal.

Razaleigh juga mengakui bahawa wang diperlukan ketika berkempen tetapi ia tidak seharusnya membawa kepada gejala membeli undi ataupun menggunakan kuasa bagi menghalang pertandingan.

"Amalkan model AS dalam soal kutipan dana untuk tujuan berkempen, boleh diamalkan dalam Umno untuk mengawal politik wang," katanya.

Jelas beliau, usaha semasa mengawal gejala politik wang dalam Umno dan menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sahaja tidak mencukupi.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menarik daripada bertanding jawatan Presiden, Razaleigh berkata, beliau tidak perlu menarik diri kerana tidak dicalonkan langsung untuk kerusi berkenaan.

"Sila lihat perkara yang saya katakan. Saya menawarkan untuk bertanding jawatan sebagai seorang ahli biasa.

"Kita ada hak. Oleh kerana saya tidak dicalonkan, tidak perlu bagi saya menarik diri. Jika anda mahu saya menarik diri, ia sama seperti meminta saya menarik diri (keluar) daripada Umno," katanya lagi.

Sebelum ini, agensi berita AFP melaporkan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim mendedahkan beliau diminta memberikan wang untuk mendapatkan undi bagi pencalonan jawatan Naib Presiden yang menjadi sasarannya dalam pemilihan Umno, Mac tahun depan.

Beliau, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata "majoriti" ahli parti itu lebih berminat mengejar wang ketika kempen berlangsung sekarang daripada memilihan pemimpin yang benar-benar layak.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang menyifatkan Umno mengidap sakit tua juga mendedahkan isu yang sama.

Beliau mengingatkan Umno supaya sedar bahawa sokongan rakyat terhadap parti itu kini telah menurun berikutan isu-isu yang ada kaitan dengan persepsi rakyat.

"Persepsi rakyat ialah Umno begitu lama berkuasa dan pada pendapat mereka dari hasil pilihanraya Mac lalu, ada kelemahan-kelemahan yang begitu serius yang Umno tidak dapat mengatasinya termasuk isu rasuah dan sebagainya," kata bekas Timbalan Presiden Umno itu.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib