Demonstrasi bogel 12 Disember: Ramlan

Posted by Unknown Friday, November 28, 2008

Sinar Harian (28/11/08): Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) akan memohon permit untuk mengadakan demonstrasi bogel yang bakal diadakan pada 12 Disember 2008 ini di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata, permit berkenaan dimohon daripada Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor awal Disember ini.

"Permit itu akan kami pohon daripada IPK Selangor 1 Disember 2008 ini dan pada hari itu juga Reformis akan lakukan satu kejutan yang kami tidak akan dedahkan buat masa ini," katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di sini, semalam.

Katanya, Reformis merasakan mereka perlu mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwanya zalim dan menindas rakyat miskin dengan menaikkan kadar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak 100 peratus.

Ramlan berkata, Abdul Khalid tidak mengetahui cara terbaik menyelesaikan masalah kesusahan rakyat dan Reformis tidak berniat untuk menimbulkan masalah atau menjatuhkan Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya ingin menegur pemerintahan Abdul Khalid.

"Jika beliau gagal menurunkan kadar sewa rumah PPRT dalam masa terdekat, kami akan mengisytiharkan ‘perang’ dengan beliau dan kami teguh dengan perjuangan kami walaupun ditangkap, dipukul, dizalimi dan sebagainya.

"Kami juga telah mengadakan pertemuan dan menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit di Selangor berhubung isu ini. Dengan tindakan drastik kami nanti apabila perang telah diisytiharkan, kerajaan negeri mungkin akan kehilangan hasil sebanyak puluhan juta atau ratusan juta. Ini amaran Reformis," katanya.

Beliau berkata, sekiranya permit tidak dikeluarkan, mereka masih mempunyai perancangan lain dan mungkin akan menggunakan khidmat guaman untuk menyelesaikan isu kadar sewa rumah PPRT itu.

Bagaimanapun katanya, mereka sudah mempunyai sekumpulan ahli Reformis yang telah menyatakan kesanggupan berbogel semasa demonstrasi bakal diadakan di hadapan SSAAS 12 Disember ini.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib