Perdana Menteri tidak semestinya Melayu - Dr M

Posted by Unknown Thursday, November 13, 2008

Sinar Harian (13/11/08): Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering kali dilihat mempunyai cadangan dan pendapat yang berbeza mengenai sesuatu isu. Beberapa perkara yang disentuh semasa sidang media selepas menyampaikan ucaptamanya mengenai Bangsa Malaysia di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya semalam juga dianggap menarik untuk difikirkan. Dengan nada sinis Tun menjawab beberapa soalan yang ditanya oleh wartawan mengenai isu berbangkit yang hangat diperkatakan. Ikuti transkrip penuh sidang media tersebut.

Soalan 1

Ramai yang bercakap soal Perdana Menteri bukan Melayu, pandangan Tun mengenai isu ini?

Tun Mahathir: Bila anda bercakap berkenaan bukan Melayu sebagai Perdana Menteri (PM) anda adalah bersifat perkauman, tetapi sama ada Melayu atau bukan Melayu jika ia diterima oleh majoriti masyarakat Malaysia ia boleh jadi Perdana Menteri, bukan macam (Perdana Menteri) Singapura yang mana telah menerangkan bahawa mereka tidak menerima Perdana Menteri dari bukan dari kaum Cina. Di sini (Malaysia), undang-undang mengatakan sesiapa boleh menjadi PM, dan ia tidak semestinya orang Melayu sahaja. Tetapi ia mesti ketua kepada majoriti parti, itu dia spesifikasinya. Jika diterima oleh rakyat Malaysia, ia boleh jadi (PM) sama ada Cina, Melayu, India asalkan dia bangsa Malaysia.

Soalan 2

Dalam menghadapi krisis ekonomi sekarang adakah Tun berkeyakinan dengan peranan yang dimainkan oleh Timbalan Perdana Menteri hari ini?

Tun Mahathir: Saya lebih tidak yakin dengan Obama, ini adalah isu besar untuk Najib dan Obama bagi menanganinya, ia adalah kesan ekonomi antarabangsa, ia ada kaitan dengan pencurian wang yang telah diamalkan, ia disebabkan sistem yang membenarkan kaedah tersebut. Apabila ia mahu diubah, perkara tersebut sudah tidak boleh dihentikan, jika mahu mengubahnya perlu kerjasama dari antarabangsa. Ia bukan melibatkan Washinton sahaja.

Soalan 3

Boleh Tun ulas lebih lanjut?

Tun Mahathir: Ia adalah masalah yang besar, kita tidak boleh selesaikan dengan memperuntukkan RM7 bilion seperti yang diumumkan. Kalau anda ingat Amerika memperuntukkan $US 700 bilion dan hari seterusnya ‘stock market’ jatuh. Semasa Obama dipilih, pasaran juga jatuh, ia adalah kesan ekonomi antarabangsa,

Soalan 4

Dalam ucapan tadi, Tun mengatakan parti berasaskan kaum masih lagi relevan diamalkan, komen Tun?

Tun Mahathir: Kita belum bersatu, hinggakan kita hendak buka sekolah yang belajar sama semua bangsa pun ditolak, menolak sekolah Wawasan maknanya kita nak kekalkan (sentiment) perkauman, kalau masih kekalkan sentimen tersebut macam kita nak buat?

Soalan 5

Dalam keadaan sekarang adakah kita telah bersedia untuk mewujudkan parti pelbagai kaum?

Tun Mahathir: Ia tidak boleh dilakukan... jika dilihat sekarang setiap parti pelbagai kaum yang ada dikuasai oleh satu kaum sahaja. Kalau anda lihat apa yang terjadi kepada parti Gerakan dan DAP, malah PAP (parti di Singapura) juga bukan parti pelbagai kaum, seperti yang disebut oleh Perdana Menteri Singapura bahawa Perdana Menterinya tidak boleh di kalangan bukan Cina.

Kecuali kita boleh bersatu dan cuba melakukan sesuatu yang biasa, tetapi jika kita tolak untuk melakukan perkara tersebut, macam mana nak jadikan satu parti dan boleh wakili semua kaum yang berbeza, kita mesti (bermula) dari asasnya.

Soalan 6

Apa pandangan Tun mengenai politik wang yang berlaku dalam UMNO sekarang?

Tun Mahathir: Sekarang seluruh negara mengatakan pemimpin UMNO yang dipilih menggunakan wang, jadi bila tiba pilihan raya nanti, mereka akan tolak kerana pemimpin mengamalkan rasuah, yang dicalon (sekarang) pun mungkin majoriti guna wang, jadi mereka akan dapat menjadi pemimpin UMNO tetapi tidak mungkin rakyat akan pilih. Jadi kalau kalah pada pilihanraya kelak, dapat jadi presiden UMNO pun tak guna.

Soalan 7

Mungkin Tun mempunyai cadangan untuk mengatasi perkara ini?

Tun Mahathir: Saya ada cadangan tetapi tidak semestinya mereka terima, saya fikir semua orang (yang terlibat) perlu disiasat dan (jika dapati bersalah) dibuang dalam UMNO, parti ini perlu dibersihkan. Kalau ahli-ahli UMNO terus menggunakan wang untuk membeli undi dalam pemilihan parti itu akan menjejaskan peluang UMNO dalam pilihanraya umum akan datang.

Jika anda lihat parti pembangkang, mereka sangat senyap (dengan politik wang), kita tidak pernah dengar apa pun, mereka bagus, mereka mahukan Pak Lah meletakkan jawatan sebagai presiden dan sekarang mereka sudah dapat, dan sekarang negara sudah mengetahui politik wang sedang melanda UMNO, sekarang mereka mencanangkan bahawa mereka tidak mengamalkan politik wang, dan mereka (mungkin) akan memenangi pilihan raya selepas ini.

Soalan 8

Adakah Tun melihat berlaku politik wang dalam pemilihan Timbalan Presiden nanti?

Tun Mahathir: Mereka bertanggungjawab.., melihat kepada graf pencalonan, minggu pertama ada calon berjaya, dan yang lain kurang, tetapi (selepas itu yang kurang tiba-tiba naik, kenapa?

Soalan 9

Bila Tun nak kembali kepada UMNO?

Tun Mahathir: Saya tak penting, Perdana Menteri pernah berkata saya tidak boleh cakap sebab saya bukan ahli UMNO, awak (wartawan) pun bukan ahli UMNO, hanya ahli UMNO boleh cakap berkenaan UMNO.

Soalan 10

Adakah Tan Sri Muhyiddin, calon berkelayakan untuk menjawab jawatan sebagai Timbalan Presiden?

Tun Mahathir: Saya fikir ketiga-tiganya bagus.

Soalan 11

Ada yang mengaitkan sistem kuota yang diamalkan sekarang boleh merosakkan UMNO?

Tun Mahathir: Tidak, kuota boleh mencegah politik wang, ketika (Datuk Seri) Anwar menentang Ghafar dulu, Anwar banyak mendapat sokongan, Ghafar dapat sikit sahaja, masa itu kita panggil ‘bonus point’, kalau dipilih, 10 mata diberikan. Masa tu Anwar mendapat mojoriti pemilihan, manakala Ghafar (Baba) mendapat 6 sahaja (senyum), ia besar dan kita ubah dan guna sistem kuota memandangkan 60 bahagian adalah sukar untuk dirasuah tetapi calon mampu merasuah lebih dari 60 bahagian. Jadi sekali lagi calon gagal berhadapan dengan golongan yang rasuah. Dengan menyuruh seseorang menyokong dia, dia meminta nama dan akaun nombor, mentaliti begini yang kita ada.

Soalan 12

Mungkin sistem tersebut telah gagal?

Tun Mahathir: Mungkin mereka jumpa jalan lain (selain sistem kuota) tetapi jika orang masih menggunakan politik wang bermaksud satu-satu jalan adalah menggali semua orang yang membuat 900 aduan dan campak mereka dalam penjara sebab ini jalan terbaik kerana ISA digunakan untuk menangkap orang yang tidak masuk akal.

Saya kalah di kawasan saya sendiri, RM200 harga saya, saya sudah menjadi Ketua Bahagian selama 22 tahun tetapi mereka menjual saya dengan RM200 sahaja. Aiiyaaaa.memalukan (ketawa). Saya beritahu mereka satu kain pelikat sudah cukup, awak ada wang, awak masuk dan awak keluar. Jadi inilah demokrasi di Malaysia.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib