mStar (14/11/08): Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail tidak menolak kemungkinan gejala politik wang yang berleluasa dalam Umno menjadi semakin parah menjelang pemilihan pusat Mac depan.
Beliau berkata, ia kemungkinan berlaku disebabkan tempoh berkempen bagi pemilihan mengambil masa yang lama.
"Nampaknya begitulah. Saya tak nak kata sangat dengan begitu yakin, mungkin tidak berlaku tapi boleh jadi (gejala politik wang) akan terus berlaku kerana pemilihan akan berakhir pada bulan Mac.
"Pada mereka (ahli-ahli), makin lama makinlah bagus...banyak lagi duit orang dapat. Saya tidak suka tengok keadaan ini," katanya ketika temubual eksklusif dengan mStar Online di pejabatnya di Bukit Damansara di sini, hari ini.
Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, beliau akan mencadangkan penambahan dalam peruntukan Tata Etika Umno supaya bukan hanya orang yang memberi wang disabitkan kesalahan malah yang meminta juga turut bersalah.
"Kadangkala apa yang berlaku sekarang ini, orang yang mengundi itu yang minta duit.
"Bila ada calon yang nak bertanding, ada yang minta dan berkata 'takkan takda duit-duit kopi sikit'. Ini masalahnya. Duit kopi (yang diminta) bukan 10 sen atau 20 sen, dia nak beratus... "Jadi mungkin kita kena pinda sedikit undang-undang supaya orang yang minta duit pun salah juga. Ini satu perkara yang kita perlu beri pertimbangan yang mungkin sedikit sebanyak akan mengurangkan gejala ini," katanya.
Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, memandangkan Lembaga Disiplin hanya mempunyai 18 ahli dan jumlah itu tidak mencukupi untuk mengendalikan aduan kes-kes salah laku yang diterima, beliau telah memohon kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk menambah bilangan ahli.
Beliau turut menolak pandangan sesetengah pihak bahawa Lembaga Disiplin tidak menjalankan tugas mereka dengan baik.
"Mereka memikirkan kita ni tak bergerak tapi kalau mereka tengok kita bekerja, mereka akan sedar kesulitan yang kita hadapi. "Kita nak siasat satu-satu kes itu mengambil masa. Kita kena pegi ke bawah. Mereka (pengadu) nak datang sini, mereka tak mampu," katanya.
Beliau berkata, daripada 900 aduan yang diterimanya, kira-kira 40 hingga 45 peratus melibatkan politik wang manakala selebihnya adalah kes-kes salah laku pada mesyuarat-mesyuarat cawangan dan bahagian.
"Kita siasat boleh kata banyak juga. Ada yang kita telah bicara. Mungkin beberapa minggu yang akan datang, kita akan menambah ahli-ahli untuk mendengar kes.
"Selain itu, kira-kira 10 peratus kes telah pun diselesaikan dan kerjasama yang kita jalankan dengan BPR (Badan Pencegah Rasuah) pada masa ini telah dapat mengurangkan beban tugas kita," katanya.
Maklumat daripada sumber tersendiri: Dr M
Berita Harian (13/11/08): Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau membuat kenyataan bahawa ada calon yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno terbabit dalam politik wang untuk mendapatkan pencalonan, selepas menerima maklumat daripada beberapa individu.
Bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Perdagangan Antarabangsa KL 2008 (KLITF'08) di sini, semalam, bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu terbabit.
"Saya hanya mendengar cerita mengenainya daripada beberapa individu... saya pun sama macam kamu (pemberita) juga yang dapat maklumat dari sumber tersendiri. Tapi saya tak bolehlah dedahkan sumber itu," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai asas dakwaannya berhubung pendedahannya bahawa ada calon yang bertanding bagi jawatan kedua tertinggi dalam Umno menggunakan wang untuk mendapatkan pencalonan mencukupi.
Akhbar semalam melaporkan Dr Mahathir mendakwa beliau percaya ada calon jawatan Timbalan Presiden menggunakan wang bagi mendapatkan pencalonan melayakkannya bertanding.
Perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno pada Perhimpunan Agung, Mac depan dijangka sengit dengan menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan dua Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Sepanjang persidangan perwakilan Umno bahagian yang berakhir Ahad lalu, Muhyiddin mendahului senarai paling banyak menerima pencalonan dengan 92 pencalonan, diikuti, Mohd Ali (48) dan Muhammad (26).
Sementara itu, berhubung isu Wanita Umno, Dr Mahathir mencadangkan jawatan Ketua Wanita Umno dipertandingkan pada pemilihan parti Mac depan sebagai jalan penyelesaian kemelut yang berlaku di sayap itu.
Beliau menegaskan, pertandingan membabitkan kedua-dua calon sudah layak iaitu penyandangnya, Tan Sri Rafidah Aziz dan Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil harus dilaksanakan sebagai satu proses demokrasi.
"Kalau dia (Shahrizat) nak bertanding, biarlah. Tak kiralah siapa pun nak bertanding untuk apa-apa jawatan sekali pun kerana itu adalah proses demokrasi," katanya. (Berkaitan: Dr M says ISA should be used against corrupt Umno members)
Tuduhan pemimpin rasuah dedah kelemahan Umno
Tun Mahathir patut beri bukti calon bertanding main duit
Berita Harian (13/11/08): Calon Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ada pemimpin yang bertanding jawatan kedua tertinggi parti itu terbabit dengan politik wang, bersifat cuba memburuk-burukkan orang lain.
Muhammad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, sebagai bekas pemimpin parti dan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir tidak sepatutnya bertindak membuat tuduhan sedemikian kerana ia hanya akan memburuk-burukkan orang lain.
Katanya, usaha membanteras rasuah dan politik wang politik dalam Umno perlu dilaksanakan secara bersama-sama dengan semua pihak menjauhinya terutama dalam tempoh empat hingga lima bulan ini sebelum pemilihan parti pada Mac depan.
"Macam-macam... mungkin ada tujuan tertentu... hajat tertentu tapi tak tahu lah, yang penting kita perlu sama-sama elak membabitkan diri daripada kerja tak baik supaya perwakilan membuat pilihan ikut selera mereka," katanya.
Sebelum ini, Dr Mahathir dipetik sebagai berkata beliau percaya ada calon yang berhasrat merebut jawatan Timbalan Presiden menggunakan wang bagi mendapatkan pencalonan melayakkannya bertanding pada pemilihan parti, Mac depan.
Dr Mahathir dilaporkan berkata, kemungkinan itu besar kerana ada calon yang ketinggalan pada peringkat awal persidangan perwakilan Umno bahagian tiba-tiba mendapat banyak pencalonan sehingga layak bertanding.
Seorang lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula berkata, beliau mengambil perhatian terhadap dakwaan Dr Mahathir tetapi tidak menolak pendapat yang dilontarkan bekas Perdana Menteri itu sekadar pandangan peribadi beliau.
"Itu pandangan peribadi Tun dan kita menghormatinya serta mesti ambil perhatian," katanya selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada 56 murid Sekolah Kebangsaan Dato Palembang yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008, di Bukit Baru, Melaka.
Selain Mohd Ali yang layak selepas mendapat 47 pencalonan, dua lagi calon yang menawarkan diri dan berjaya ialah seorang lagi Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin (92 pencalonan) serta Muhammad (45 pencalonan).
Sementara itu, Muhyiddin ketika diminta mengulas isu sama pula berkata: "Saya tak nak cakap benda itu (politik wang)... saya rasa malu, saya dah selalu kata (mengenainya), saya malu untuk bercakap sebab mendedahkan kelemahan parti sendiri.
"Saya adalah calon dalam pemilihan, kalau saya cakap banyak, nanti undi saya kurang tapi sebagai ahli Umno dan sebagai Naib Presiden hal ini sudah selalu kita bincangkan," katanya.
Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Nazri Aziz pula berkata, Dr Mahathir perlu mengemukakan bukti adanya calon Timbalan Presiden yang menggunakan wang untuk mendapatkan pencalonan pada persidangan perwakilan seperti yang didakwanya.
"Tuduhan main duit adalah serius, jadi menuduh seseorang calon yang nak bertanding ini adalah tuduhan amat serius. Saya harap Dr Mahathir tak usahlah celupar cakap begitu saja kerana ia memberi kesan kepada calon dan juga parti," katanya.

0 comments
Post a Comment