"This is bastard. He is bastard"

Posted by Unknown Saturday, November 8, 2008

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Orang di sana benci sama Yang Berhormat. Tahu tidak?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Hei!
Beberapa Ahli: [Ketawa]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya cabar Yang Berhormat ini
pergi Pasir Salak sama sayalah.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Boleh, bila?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Boleh?
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bila? Bila senang? Kita semua ikut. No problem.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik, baik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya boleh balik.
Seorang Ahli: Angin sudah naiklah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Bercakap dalam bahasa Tamil]
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Sekejap, let me just answer him.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Bercakap dalam bahasa Tamil]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat. Cukup, Yang Berhormat.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Tarik balik, tarik balik.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai, cukup.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Okey, bolehkah kita teruskan dengan perbahasan?
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Mengangkat buku peraturan mesyuarat]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Padang Serai,
duduklah.
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Saya ingat, Pasir Salak, ada bawa...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Dia berucap, Yang Berhormat. You rail dia. Jadi dalam keadaan sedemikian, janganlah angkat buku tiap-tiap kali orang lain buat salah. Kalau Yang Berhormat buat, orang boleh diam.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Saya merujuk Standing Order 36(6). Dia...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ini tohmahan, Yang Berhormat. Tohmahan ini. Tarik balik perkataan itu.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, sudahlah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Jahat, menyakitkan hati.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudahlah Yang Berhormat Pasir Salak, sudahlah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Mana boleh sudah ini?
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Mempertahankan
bukan menggunakan perkataan yang kesat, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Menyampuk]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Jadi, Yang Berhormat, minta tolonglah. Kita hendak teruskan. Tadi bila Permatang Pauh buat perbahasan, kita dengar sahaja, Yang Berhormat. Jadi saya ingat ini eloklah kita ikut.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Macam mana dia dengan sewenang-wenangnya menuduh mengatakan bahawa orang India di Pasir Salak benci kepada saya.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Itu betul, betul. Itu fact.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You don’t ask for trouble, you know. This is become personal.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudahlah, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yang Berhormat Tuan Pengerusi, I don’t want this to become...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang di-Pertua sudah buat keputusan tadi.
Tuan Lim Lip Eng [Segambut]: Let’s make it personal.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, kalau personal, dekat luar, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ya, suruh dia keluar sekarang.
Beberapa Ahli: [Menyampuk] Keluar, keluar!
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ini macam samseng.
Seorang Ahli: Duduk, duduk, duduk.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: I give this out is okay.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Menyampuk]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudahlah, sudahlah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Menyampuk]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Salak sudahlah, Yang Berhormat Pasir Salak sudahlah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: He picked the wrong guy.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yes. You want, you come now.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Salak, sudahlah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: No, ini kurang ajar ini.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Di mana...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ini kurang ajar. This is bastard. He is bastard.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Salak.
Beberapa Ahli: [Menyampuk] [Dewan riuh]
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tarik balik, tarik balik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You tarik balik. [Disampuk] You tarik balik.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Salak, sudahlah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya boleh tarik balik tetapi dia tarik balik.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Apa yang Yang Berhormat sebut tadi, minta tolong tarik balik.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tarik balik, saya tarik balik.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya tidak cakap yang tidak betul.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Don’t try to be funny.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: This man is wild.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa yang dia marah?
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Dia liar, apa saya hendak buat?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa yang dia marah sangat itu?
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Dia amuk for no reason.
Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Amuk, amuk.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You don’ try...
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Kalau pengundi di Pasir Salak tidak suka sama Yang Berhormat, saya tahu kerana saya...
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: How do you know?
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: What is wrong?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You are bloody bastard!
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: You see, look at him.
Beberapa Ahli: [Bangun][Menyampuk][Dewan riuh]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ini kelam kabut punya orang.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak.
Seorang Ahli: Apa ini cakap bastard?
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah, sudah. Yang lain duduk.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudahlah, sudahlah, saya sudah dengar, Yang Berhormat. Saya sudah dengar. Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Pasir Salak...
Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Dua kali dia sebut.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: ...perkataan itu unparliamentary, Yang Berhormat.
Beberapa Ahli: Tarik balik, tarik balik.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya tidak ada pilih....
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya boleh tarik balik tetapi dia mesti tarik balik.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Apa yang dia kata kena tarik balik?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia kata orang India Pasir Salak benci dengan saya, buktikan! Bukti!.
Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Esok bagi bukti.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Hei, ini Yang Berhormat Bukit Mertajam jangan campurlah! Rambut putih! [Ketawa]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Salak, macam mana kita hendak bercakap?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Rambut pun putih beria-ia. [Ketawa]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk, duduklah, Yang Berhormat Pasir Salak, dengar dulu.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: You duduk dulu. You duduk dulu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tarik balik.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduklah dulu. Kenapa ini?
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Yang Berhormat pun macam kita, rambut putih.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Jadi, Yang Berhormat, kadang-kadang kita ini kalau kita tidak mahu orang kata kita macam itu, kita tunjuk perangai macam itu, macam itulah kita.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Slow, slow.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You suruh slow, slow, I yang kena.
Beberapa Ahli: [Menyampuk][Dewan riuh]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudahlah Yang Berhormat Segambut. Saya hendak you tarik. Okey, Yang Berhormat, Yang Berhormat Ipoh Barat, soalan benci itu tadi saya kata tarik baliklah benci. Saya akan minta dia tarik balik.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Yang Berhormat, saya ada asas. Tolong dengar saya, selepas itu Tuan Pengerusi boleh bagi arahan. Saya ada pergi ke Pasir Salak, saya sebelum ini pernah jadi Ahli Parlimen Telok Intan, it is beside Pasir Salak. Saya ada keluarga di sana, I got friends, a lot of them yang tidak suka kepada Yang Berhormat Pasir Salak. Itu salahkah? Itu tohmahan-tohmahan politik saya yang saya dapat. Ini dari apa yang...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah, sudah, Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: So is it wrong for me to speak the truth?
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat. Nanti saya bagi penjelasan. Saya dalam masa seminggu ini, Yang Berhormat, saya hendak janji dengan Yang Berhormat Ipoh Timur, buat penjelasan atas point of order yang dibangkit oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya sudah baca banyak, Yang Berhormat, termasuk apa yang Yang Berhormat sebut juga unparliamentary. Apa yang boleh diterima di mana-mana tempat, tidak boleh disebut di sini, Yang Berhormat. Jadi, Yang Berhormat, saya minta kalau tidak Yang Berhormat, kita tidak boleh menjalankan mesyuarat kita. Yang Berhormat tidak payahlah gunakan perkataan benci itu dahulu.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: [Menyampuk]
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak, dengar dulu.
Bila lepas Yang Berhormat menarik balik, saya akan minta dia tarik balik.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan sedemikian. It is not one to one. Saya rasa apa yang saya kata..
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Dimulakan,Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: No, yang mula betul, saya boleh tarik balik. No harm, tetapi apa yang saya kata adalah yang benar yang dikatakan oleh orang ramai di sana. Adakah itu satu kesalahan mereka? Kalau Yang Berhormat Pasir Salak menang dengan 100% undi dari Pasir Salak, saya hormatkan dia. Menunjukkan satu bantahan pun tak ada. He won by luck.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Itu Yang Berhormat,
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: He won by luck. Jadi saya pernah pergi ke Pasir Salak.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kalau kita nak argue dengan...
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya ada pernah pergi. So tak boleh salahkan saya. I’m not saying something...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya tahu Yang Berhormat, saya tidak kata nafikan Yang Berhormat dah pergi.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya pernah pergi, banyak kali pergi.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya tidak nafikan itu. Saya menerima hakikat Yang Berhormat pergi tapi perkataan itu tadi Yang Berhormat...
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan, saya rasa dengan... I don’t think...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Perkataan itu tadi, benci itu kepada wakil rakyat yang mewakili tempat itu Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan, bila pengundi bencikan...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya boleh, kalau saya diberi peluang, saya boleh tunjuk Yang Berhormat yang saya dah fotostat ada kat pejabat saya sekarang tapi saya tak ada bawa dekat sini. Apa benda yang dikatakan unparliamentary. Dalam konteks Yang Berhormat, bukan satu perkataan. Ha ini saya sebut.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bila pengundi bencikan wakil rakyat, itu salah ke?
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kadang-kadang Yang Berhormat, orang buta kalau kita sebut dia buta, kalau dia sendiri sebut dia buta tak salah Yang Berhormat. Kalau kita yang sebut buta, itu salah.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: With the highest respect to the Chair, I think the unparliamentary word is extended to an extend a debate non sceptical become in this House.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kenapa?
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Because you’re asking me to...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kenapa gunakan perkataan yang kesat Yang Berhormat?
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan Tuan Pengerusi, dengan highest respect, kalau seseorang... saya ada pernah dengar banyak rintihan di Dewan ini...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Benci itu tinggi Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat sebut...
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: No, not but unparliamentary word that actually...
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kalau Yang Berhormat kata tak sokong, tidak menyokong, tidak kerjasama itu kita boleh terima Yang Berhormat, tapi benci itu lain Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Benci? I’m surprise. Oh, tak suka, okey saya kata. Okey, boleh saya buat macam ini Tuan Pengerusi? Saya tarik balik yang benci, saya kata orang tak suka sama dia Yang Berhormat Pasir Salak. Okey?
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Salak, saya mahu tarik yang perkataan bastard dan perkataan-perkataan yang betul-betul unparliamentary itu tadi.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya menghormati Tuan Pengerusi, saya tarik balik perkataan itu tapi saya mohon kefahaman Tuan Pengerusi. Saya dimalukan, dia yang memulakan memalukan saya. Ini cerita dia pergi ke Pasir Salak, ini semua cerita karut, bohong.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, jangan gunakan perkataan itu lagi Yang Berhormat. Sudahlah, kalau Yang Berhormat tak tahu macam mana bercakap dalam Dewan, minta tolonglah. Gunakan perkataan nada yang elok, perkataan yang elok. Tadi kita dengar ada orang bercakap. Kadang-kadang perkataan Yang Berhormat, macam mana kita menyampainya itu membeza kita ini dengan orang yang tidak bertamadun ataupun tidak berbudaya.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Standing order.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Okey, apa itu?
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: 36. Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli lain.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Itulah sudah ditarik balik tadi Yang Berhormat.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia tidak tarik balik dengan ikhlas. Saya tarik balik dengan ikhlas.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik, baik Yang Berhormat. Duduklah, bagi saya...baik Yang Berhormat. Yang Berhormat, minta tolonglah Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak, minta tolong duduk.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You settle with me outside.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Itu pasal lain Yang Berhormat. Jadi saya beri penjelasan jugalah pasal ikhlas tak ikhlas ini. Dewan ini bukan soalan ikhlas tapi form dia Yang Berhormat, bentuk dia, bunyi dia, nada dia. Jadi, ini penjelasan saya. Jadi, dalam seseorang berbahas pun, tak ada yang betul-betul ikhlas sebenarnya dengan sama ada yang menarik balik ataupun tidak menarik balik. Jadi soalan ikhlas itu Tuhan sajalah yang tahu. Saya tak tahu. Jadi kalau dalam segi bentuk dia, sudah ditarik balik, dia ditarik baliklah. Jadi dalam Hansard itu tidak akan keluar lagi perkataan itu. Jadi, itu saja Yang Berhormat. Minta tolong duduk. (Dari hansard Dewan Rakyat 5/11/08)

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib