Tiada tindakan drastik haramkan minuman beralkohol

Posted by Unknown Thursday, November 27, 2008

Harian Metro (26/11/08): Selangor tidak akan mengambil langkah drastik mengharamkan minuman beralkohol secara total memandangkan penduduk negeri ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan Selangor sudah memutuskan untuk meningkatkan tahap penguatkuasaan bagi memastikan minuman beralkohol tidak dijual kepada orang Islam dan belia di bawah umur 18 tahun.

Beliau berkata kerajaan Selangor melihat isu minuman beralkohol itu dari sudut sosial bukannya sudut agama.

“Kita telah berbincang berhubung hal ini pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) baru-baru ini. Kita prihatin terhadap kebimbangan sesetengah pihak terhadap kesan negatif pengambil minuman beralkohol ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Tindakan parti Islam yang membelakang sentimen sokongan pengundi bukan Islam yang memberikan kemenangan kepada Pakatan boleh melemahkan kerajaan gabungan itu, kata ketua publisiti DAP Tony Pua.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib