Usul potong gaji menteri sebanyak RM10 ditolak

Posted by Unknown Thursday, November 27, 2008

Berita Harian (27/11/08): Usul memotong gaji Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebanyak RM10 yang dikemukakan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) ditolak dalam persidangan Dewan Rakyat semalam.

Teo dalam usulnya meminta gaji Menteri Pelajaran dipotong kerana didakwa gagal memenuhi janji kementeriannya membina enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan keputusan terhadap usul mengikut Peraturan Mesyuarat 66 (9) itu selepas sebahagian besar Ahli Parlimen mengundi secara bersuara menolak usul itu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, ketika menggulung usul itu berhujah kerajaan memandang serius isu itu dan sedang menjalankan usaha berperingkat mengikut lunas undang-undang bagi membolehkan pelaksanaannya disegerakan.

"Memang benar pada 30 Januari lalu, kita ada mengumumkan akan bina sekolah SJKC, antaranya di Bukit Serdang, Serdang, Sungai Long, Kajang serta Emerald, Rawang.

"Pada peringkat ini kita sedang mengambil tindakan susulan selepas perkara itu mendapat sokongan dan komitmen penuh kerajaan kerana proses membina sebuah sekolah bukan senang kerana ia membabitkan soal tapak yang sesuai yang membabitkan urusan pengambilan tanah," katanya.

Sementara itu, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) sekali lagi menimbulkan kekecohan apabila menggunakan perkataan 'keling' yang dituju kepada M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) apabila berlaku pertikaman lidah antara kedua-duanya.

Berikutan itu, Mohamad Azmin Ali (PKR-Gombak) meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, mengarahkan Tajuddin menarik balik perkataan itu dan tindakan diambil terhadapnya.

"Setiap kali berkelakuan begitu, beliau akan terlepas daripada tindakan. Untuk kali ini saya sekali lagi meminta Dewan tidak lagi melepaskannya daripada sebarang tindakan," kata Mohamad Azmin.

Bagaimanapun, Tajuddin tidak berpuas hati dengan permohonan Mohamad Azmin kerana mendakwa pembangkang juga bersikap tidak baik tetapi Ronal memberitahunya tiada tindakan diambil terhadap pembangkang kerana mereka tidak menggunakan perkataan kesat atau tidak sepatutnya.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut menasihati Tajuddin menarik balik perkataan itu dan beliau mematuhinya, tetapi beliau sekali lagi menimbulkan kekecohan apabila menggunakan perkataan 'biul' terhadap Mohamad Azmin.

Selepas didesak menarik balik perkataan itu, Tajuddin berkata “Gombak (Mohamad Azmin) orang yang baik, berbudi bahasa... saya tarik balik”.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib