Naib Presiden Pas tunduk desakan, gertakan DAP: Khairy

Posted by Unknown Wednesday, December 24, 2008

Berita Harian (24/12/08): Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dilabel ikon transformasi politik layu apabila dilihat tunduk pada bantahan dan gertakan DAP supaya undang-undang hudud dan qisas tidak dilaksanakan.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata kenyataan 'u-turn' Husam dalam tempoh pendek memberikan gambaran bahawa Pas terpaksa tunduk kepada desakan DAP.

Katanya, tidak sampai dua hari selepas Husam dengan lantang memberi jaminan kepada penyokong tegar Pas di gelanggang sendiri bahawa hudud akan dilaksanakan jika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa kerajaan Persekutuan, beliau sudah menyerah kalah dan mengatakan hukum hudud tidak akan dilaksanakan kerana memerlukan rakan kongsi senior dalam Pakatan Rakyat.

“Di manakah prinsip Pas yang dikatakan oleh Husam ketika beliau membentangkan mukadimahnya di Wacana Perdana Transformasi Politik Malaysia, yang menyebut antara `P’ pentingnya adalah prinsip? Takkan prinsip boleh dibuang begitu mudah saja,” katanya dalam laman blognya semalam.

Semalam, akhbar melaporkan Pas mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas mungkin terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini kerana ia memerlukan persetujuan dua rakannya dalam pakatan itu, DAP dan parti Keadilan Rakyat (PKR).

Terbaru, Husam dipetik berkata, parti komponen dalam pakatan sudah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan semua parti komponen.

Kenyataan terbaru Husam itu berbeza dengan kenyataan dikeluarkannya pada majlis Wacana Perdana Transformasi Politik Malaysia, malam Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, ketika wacana itu, beliau meminta pendirian jelas daripada Husam mengenai pelaksanaan hukum hudud jika Pakatan Rakyat memerintah dan Husam memberikan jawapan jelas bahawa Pas akan melaksanakannya.

“Tidak sampai 24 jam kenyataan beliau disiarkan oleh media, Lim Kit Siang, selaku Supremo DAP, mempertikaikan kenyataan Husam dan menegaskan bahawa hukum hudud tidak menjadi dasar Pakatan Rakyat.

“Kenyataan Kit Siang ini kemudian disokong anak beliau, Lim Guan Eng, yang dipuji berkali-kali dalam wacana itu oleh Husam sebagai pemimpin moden ala Saidina Omar Abdul Aziz,” katanya.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib