Petikan ucapan menantu Pak Lah mengenai AUKU

Posted by Unknown Saturday, December 13, 2008

Dewan Rakyat (11/12/08): Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin tambah sedikit kepada apa yang disebut tadi tentang AUKU ini, tentang hak kebebasan bagi pelajar-pelajar. Saya akhirnya akan undi, menyokong pindaan tersebut tetapi saya terpaksa menyatakan concern saya di Dewan ini. Concern saya di Dewan ini berhubung kait dengan hak mahasiswa untuk berpolitik. Saya percaya bahawa kalau ada double standard saya kurang setuju dengan alasan yang diberi, bahawa UK jauh dan sebagainya kerana Kelab UMNO itu pun wujud di Indonesia, di Sumatera yang cukup dekat dengan kita. Saya sebenarnya Yang Berhormat Menteri, saya tidak takut kalau kita hendak bersaing dengan pembangkang di kampus kerana walaupun bagi saya tidak ada apa-apa bukti bahawa kebebasan politik itu memberi satu rangsangan kepada kecemerlangan akademik. There’s no relationship between academic excellence and political involvement, tetapi walau bagaimanapun saya setuju ada tulisan satu ketika dahulu daripada penulis tersohor Amerika Syarikat Mark Twain, dia kata, ”Don’t let school get in the way of your education”. Jangan sampai pembelajaran kita mengehadkan pendidikan kita. Pendidikan di sini adalah pengalaman hidup. Pengalaman hidup adalah bermaksud apakah pelajar itu belajar bukan hanya atas kertas? Bukannya ditelan, bukannya muntah dalam pemeriksaan, tetapi apakah dia belajar sebagai seorang mahasiswa dengan experience ataupun pengalaman yang ada. Sebab itu Yang Berhormat Menteri saya rasa bahawa biarlah pindaan ini diluluskan saya akan sokong, tetapi biarlah untuk masa yang akan datang kita buka sahaja kampus ini, kerana hari ini pun memang ada saingan antara parti kerajaan dan parti pembangkang dalam kampus di IPTA tempatan. Cuma tidak rasmi, pro aspirasi kerajaan, pro mahasiswa dan sebagainya tetapi kita semua tahu siapakah itu pro aspirasi kerajaan, siapa pro mahasiswa dan sebagainya.

Kita buka untuk semua dan kita compete base on ideas, berdasarkan kepada idea dan biar serahkan kepada mahasiswa untuk pilih siapa dia hendak ikut dan siapa dia hendak bantah. Itulah yang kita hendak melihat kerana ini membukakan minda mereka, menjadikan mahasiswa bukan hanya mahasiswa, bukan hanya academic students tetapi rakyat Malaysia yang terbuka minda mereka untuk buat pilihan. Saya tidak takut kalau terpaksa turun ke padang berdepan dengan sahabat saya daripada Rasah, tahniah kerana baru sahaja menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda DAP, tidak ada demokrasi dalam DAP menang tanpa bertanding tetapi tidak apa kita turun sama-sama dan... [Dewan riuh] Saya bertanding, saya bertanding Pemuda dengan Yang Berhormat Jerlun tidak apa, saya tetap bertanding.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih gulung Yang Berhormat. Sila gulung Yang Berhormat.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Akan tetapi maksudnya di sini...

Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Pemuda berpecah belah.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Duduk dulu, duduk dulu. Maksudnya di sini kita perlu seperti mana...

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Presiden UMNO menang tanpa bertanding.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Seperti mana kita ada kebebasan, kebebasan akademik, free flow of ideas, dengan izin. Biarlah pelajar-pelajar ini juga ada free flow of political ideas supaya mereka menjadi mahasiswa dan juga rakyat yang lebih cemerlang dalam masa akan datang. Terima kasih.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib