Abdul Wahid calon pilihan semua

Posted by Unknown Saturday, January 3, 2009

Abdul Wahid calon pilihan semua

Malaysian Insider (3/1/09): Mengejutkan... Memang pengumuman calon Pas untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu memang mengejutkan. Ini kerana, Muhamad Abdul Wahid Endut bukan termasuk dalam senarai calon Pas sebelum ini.

Saya sendiri secara peribadi, apabila menerima maklumat ini kira-kira jam 4.30 petang 1 Januari lalu, amat terkejut. Saya percaya perasaan yang sama juga dirasai oleh kebanyakan pemimpin Pas sendiri.

Menurut maklumat awalnya, saya difahamkan ada tiga nama yang disebut-sebut. Dr Syed Azman, Datuk Wan Mutalib Embong dan Datuk Mustafa Ali. Apabila diberitahu bahawa calon pilihan adalah Abdul Wahid, saya sendiri tidak terkata apa-apa.

Untuk itu saya mula menyiasat apakah sebenarnya yang berlaku.

Ia bermula dengan mesyuarat Lajnah Politik Pas Terengganu. Mesyuarat ini memilih sekurang-kurangnya dua nama penting iaitu Datuk Wan Mutalib dan Datuk Mustafa.

Apabila nama-nama calon ini dibentangkan ke mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 21 Disember lalu, dua nama penting lagi ditambah iaitu Haji Mohamad Sabu (bekas calon) dan Dr Syed Azman.

Setelah bermesyuarat, sekurang-kurangnya lima nama inilah yang disenaraipendekkan dan diberikan mandat kepada Presiden Pas untuk membuat keputusan terakhir.

Menurut ceritanya, pilihan Presiden Pas adalah Datuk Mustafa Ali manakala Datuk Wan Mutalib lebih cenderung agar Dr Syed Azman diberikan peluang sebagai calon. Ini kerana, berdasarkan kajiselidik yang dibuat kepada pengundi, nama Adun Batu Burok (Dr Syed Azman) inilah yang paling popular.

Nama Mohamad Sabu pula dianggap tidak sesuai kerana dimomokkan sebagai orang luar dan dikatakan punca Pas kalah dalam pilihan raya umum lalu di kerusi itu. Sentimen ini sudah sepakat di kalangan aktivis Pas di Kuala Terengganu.

Lalu yang tinggal hanya Mustafa dan Syed Azman. Namun beberapa hari sebelum 1 Januari, Mustafa dikatakan telah membuat keputusan menolak dari dicalonkan. Ini kerana beliau bimbang dilanda fitnah kerana hubungan rapat beliau dengan Presiden Pas.

Lalu yang tinggal adalah Syed Azman seorang sahaja. Ekoran itu beberapa media telah membuat berita kononnya beliau sudah terpilih sebagai calon di Kuala Terengganu.

Namun, pertemuan antara Presiden Pas dengan empat lagi pemimpin kanan Pas di Terengganu pada petang 1 Januari telah mengungkaikan segala-galanya. Dari situlah kemudiannya tersebar berita bahawa pilihan Pas adalah Abdul Wahid Endut, Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu.

Ketika itu, saya masih berandaian bahawa lima pemimpin utama Pas Terengganu inilah yang membuat keputusan bersama iaitu memilih Abdul Wahid dan menolak Syed Azman. Namun selepas itu, baru saya tahu bahawa, keputusan yang mereka buat adalah atas keputusan dan istikharah yang dibuat oleh Presiden Pas sendiri.

Saya diberitahu, sejak diberikan amanah oleh JK Pas Pusat pada 21 Disember, Abdul Hadi terus mengadakan sembahyang istikharah agar beliau diberikan petunjuk untuk mendapatkan pilihan yang terbaik untuk Pas sesuai dengan namanya adalah parti Islam.

Seorang rakan saya memberitahu perkara ini. Betul atau tidak saya tidak bercadang untuk mengesahkannya dengan Abdul Hadi sendiri. Tetapi secara peribadi, saya percaya cerita ini.

Suatu malam, Abdul Hadi dikatakan bermimpi, beliau susah benar untuk mengambil air sembahyang. Setelah sekian lama baru dapat. Kemudian, apabila mahu sembahyang, beliau dikatakan sembahyang mengadap arah matahari naik. Sedangkan kiblat sembahyang adalah ke arah matahari jatuh.

Keesokan harinya, Abdul Hadi telah merujuk mimpi pelik ini kepada seorang rakannya dalam Majlis Syura Ulamak. Lalu mereka berdua mencapai keputusan bahawa mimpi itu ada kaitannya dengan pemilihan calon yang beliau isytikharahkan itu.

Lalu mereka berpendapat ini adalah petanda bahawa, calon yang ada di dalam senarai mereka itu tidak berapa sesuai dan perlukan calon lain. Lalu dari sinilah datangnya nama Abdul Wahid Endut yang tidak pernah ada dalam senarai calon-calon Pas sebelum ini.

Terbukti selepas diumumkan pada kira-kira jam 11 malam 1 Januari lepas, Abdul Wahid mendapat sokongan ramai. Sebaik sahaja nama beliau diumumkan, takbir bergema di Stadium Negeri Batu Burok itu.

Walaupun saya sendiri amat bimbang dengan pemilihan ini, namun selepas mendapat penerimaan baik masyarakat terutama di kalangan penyokong sendiri, terbukti pilihan ini tepat.

Siapa Abdul Wahid ini?

Abdul Wahid memang berbeza sekali dengan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid. Jika benar apa yang dituliskan oleh rakan saya Zubaidah Abu Bakar dalam NST 21 Disember lalu, Abdul Wahid bakal mendapat sokongan ramai dalam pilihan raya kecil ini.

Abdul Wahid seorang yang rendah diri ataupun tidak ada riak, bongkak atau hidung tinggi. Saya mempunyai pengalaman peribadi dengan beliau dalam hal ini.

Pada 6 Disember lalu, kakak ipar saya mengadakan kenduri kahwin anaknya di kampung Sungai Rengas, dalam kawasan Dun Wakaf Mempelam. Oleh kerana kesibukan, nama Abdul Wahid tertinggal dari senarai jemputan. Mereka hanya sedar perkara ini pada 5 Disember iaitu sehari sebelum kenduri.

Dengan tergopoh gapah, mereka berdua suami isteri ke rumah Abdul Wahid menghantar kad jemputan. Padahal orang lain sudah menerima kad jemputan ini sebulan lalu. Abdul Wahid, selaku wakil rakyat hanya menerima sehari sebelum kenduri.

Namun, atas sifatnya yang hebat, pada hari kenduri itu Abdul Wahid sampai ke majlis itu. Bayangkan kalau orang lain yang mendapat layanan sebegitu. Inilah kelebihan Abdul Wahid.

Mungkin ini yang dikatakan X-factor yang ada pada beliau. Mungkin kerana itulah juga beliau tidak pernah kalah di Dun Wakaf Mempelam yang ditandinginya sejak tahun 1990 lagi.

Ramai pihak yang cuba mengaitkan pertembungan dalaman Pas sebagai faktor pemilihan Abdul Wahid dan penolakan terhadap Syed Azman dan ramai juga yang berkata, Abdul Wahid adalah calon kompromi Pas.

Bagi saya, Abdul Wahid bukan calon kompromi atau penolakan Dr Syed Azman kerana faktor kumpulan dalam Pas tetapi Abdul Wahid adalah calon pilihan semua pihak dalam Pas. Cuma yang menyusahkan petugas Pas adalah pemilihan ini lambat dibuat iaitu selepas 10 hari calon BN berkempen di Kuala Terengganu.

Calon Pas terkejut, akui belum sedia

Abdul Wahid rancang guna jentera pilihan raya DUN

Berita Harian (3/1/09): Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut yang dipilih sebagai calon Pas untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, mengaku masih terkejut dan belum membuat persediaan termasuk melantik jentera pilihan raya di setiap Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun, Adun sejak lima penggal itu berkata, langkah pertama yang dilakukan selepas lebih 12 jam diumumkan ialah menyertai beberapa program termasuk mengancau bubur asyura dianjurkan penduduk dan mengadakan ramah mesra dengan pengundi.

"Kita sebenarnya tidak menyangka dipilih sebagai calon dan tiada persiapan rapi dilakukan termasuk melantik jentera pilihan raya untuk Parlimen Kuala Terengganu.

"Walaupun jawatankuasa jentera pilihan raya Pas sudah dilantik di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi kita belum berkesempatan bertemu mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai pengundi terutama di DUN Batu Burok, Ladang dan Bandar," katanya kepada Berita Harian, ketika dihubungi, semalam.

Katanya, dia mungkin mengekalkan jentera pilihan raya yang dilantik di peringkat DUN dan berharap tiada sebarang masalah untuk mendapatkan kerjasama mereka.

Ditanya siapa sebenarnya calon pilihan awal Pas, Abdul Wahid enggan mengulas lanjut, tetapi berkata, dia masih terkejut dan tidak menyangka namanya diumumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebelum ini, calon Pas yang disebut-sebut untuk bertanding bagi merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu ialah Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mustafa Ali.

Ditanya sokongan daripada Syed Azman dan Mustafa, Abdul Wahid yang juga Ketua Pas bahagian Kuala Terengganu berkata, semua pemimpin Pas termasuk di peringkat pusat dan negeri akan memberi kerjasama bagi memastikan kemenangan.

"Itulah kelebihan Pas, kehendak dan perjuangan parti lebih diutamakan jika dibandingkan dengan kepentingan peribadi...prinsip yang menjadi tunjang dan kekuatan Pas sejak lama dulu masih diamalkan bukan saja oleh pemimpin, malah penyokong," katanya.

BN tak pandang ringan calon Pas

Wan Farid harap kempen secara berhemah

Berita Harian (3/1/09): Barisan Nasional (BN) tidak memandang ringan atau memperkecilkan kemampuan calon pembangkang pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.

Calon BN Parlimen Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berkata amat penting pertandingan secara berhemah dan tidak sekali-kali melakukan serangan peribadi antara satu sama lain dilakukan ketika berkempen.

"Kita tidak memperkecilkan kemampuan Abdul Wahid Endut yang juga Ketua Pas Bahagian Kuala Terengganu kerana ketokohannya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam sejak lima penggal lalu, sedangkan kita baru saja dicalonkan untuk bertanding.

"Abdul Wahid yang juga Adun Wakaf Mempelam dan Bendahari Pas negeri memiliki rekod cemerlang sejak dipilih sebagai wakil rakyat, berbanding kita yang tidak mempunyai sebarang rekod sebagai calon," katanya selepas menyertai program gotong-royong bersama penduduk dan melawat pesakit di rumah pangsa Batas Baru di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen dan Adun angkat peti undi Batas Baru, Mohd Nor Othman serta Datuk Rosol Wahid.

Kelmarin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Abdul Wahid, 52, sebagai calon parti itu untuk bertanding menentang Wan Farid pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 28 November lalu.

Wan Ahmad Farid yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, siapa pun calon Pas yang dinamakan untuk menentang BN tidak akan mengubah pendekatan serta falsafah Umno untuk mendekati dan membawa mesej pembangunan kepada penduduk di Parlimen Kuala Terengganu.

Katanya, BN tidak gentar dengan isu dibawa Pas ketika berkempen kerana isu yang akan dibangkitkan parti itu sama pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

"Walaupun Abdul Wahid dianggap Pas sebagai calon pilihan untuk memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, rekod majoriti kemenangan beliau di DUN Wakaf Mempelam juga tidak konsisten.

"Kita akan memastikan BN menang dengan memperoleh majoriti lebih besar di DUN Wakaf Mempelam yang mempunyai 20,629 pemilih berdaftar," katanya.

Berdasarkan keputusan pilihan raya umum pada 1990, Abdul Wahid menang dengan majoriti 1,163 undi pada tahun itu, 1995 (1,119 undi); 1999 (5,760 undi); 2004 (1,888 undi) dan menang dengan majoriti 2,193 pada pilihan raya umum Mac lalu.

Wan Ahmad Farid berkata, semua pengundi termasuk generasi muda dan usia emas amat mustahak bagi memastikan kemenangan BN, justeru kaedah berkempen perlu dilakukan secara menyeluruh dan bukannya hanya ditumpukan kepada golongan tertentu.

Mengulas kenyataan Abdul Wahid yang memberi tumpuan kepada pengundi muda, Wan Ahmad Farid meminta pengundi di Parlimen Kuala Terengganu memberi peluang untuk beliau meneruskan agenda pembangunan.

Wahid's selection exposes rifts

NST (3/1/09): If this was a football match, the ulama faction in Pas would be leading "the Erdogans" by a goal.

But this is a game of democracy where the Islamist party is battling to wrest control of a parliamentary seat in the oil-rich Terengganu from the ruling Barisan Nasional. And this alone makes it a different ball game.

Two weeks after intense speculation within and outside the party, Pas named controversy-free Wakaf Mempelam assemblyman Abdul Wahid Endut, 52, as the man who is to take on BN's Datuk Wan Farid Wan Salleh, 46, in the Jan 17 Kuala Terengganu by-election.

Wahid, since 1990 when he was elected the wakil rakyat for Wakaf Mempelam, has never been booted out by voters even when almost all Pas leaders -- MPs and state assemblymen -- stumbled in 2004. He had established himself in Kuala Terengganu, where Wakaf Mempelam is one of the four state seats under the constituency. Two other seats -- Batu Buruk and Ladang -- are also under Pas while Bandar is being held by BN through the MCA.

Wahid, known to be Terengganu Pas commissioner Mustaffa Ali's protege, is a surprise candidate indeed, including to those in the Pas circle. Thay had anticipated that party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, who had been given the mandate by the party's central committee to select the candidate, would select from only among those who had been shortlisted during the party's central committee meeting on Dec 21.

It is a surprise since the state Pas treasurer's name was not in the list -- not even proposed by the Terengganu faction which had so much wanted a local to stand. The faction's choice was between Mustaffa Ali and his deputy Datuk Wan Abdul Mutalib Embong.

Umno, too, was caught by surprise as they had anticipated either Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, the Batu Buruk assemblyman and former Kuala Terengganu MP, who represents the Erdogan group or Wan Mutalib from the other faction.

Several Pakatan Rakyat leaders who have been on the scene since the Kuala Terengganu seat fell vacant have not had the slightest inclination that Wahid was being considered. They had had their eyes set on Syed Azman, being the most popular candidate of three opinion polls, including one conducted on 130 voters over two days from Dec 29.

The last poll showed that 72 per cent of respondents had wanted Syed Azman, who is also linked to the Erdogan group.

Many were puzzled when news that Wahid was to be named as candidate leaked out soon after Hadi held a meeting with Terengganu Pas warlords -- Mustaffa, Wan Mutalib, Datuk Harun Taib and Datuk Abu Bakar Chik, at his house in Rusila less than 10 hours before the official announcement was made at a large gathering at Stadium Negeri. By doing what he did and not sticking to the shortlist, was Hadi showing he was still very much in control of the party amid rifts between the conservatives and progressives?

There are such whispers. Outside the party, observers think the front runners were ditched in the shadow fight of the pro-Anwar Erdogan group and the ulama-backed Terengganu faction.

Yet, there is an interesting story related by a reliable source as to how Hadi had decided on Wahid even before his meeting with the state leaders.

Hadi reportedly had a long discussion over a strange dream he had after performing the Istigharah (special prayers) several times to seek God's guidance that Muslims would resort to when faced with a conflict to make a decision (on an important matter) with a senior member of the party's Majlis Syura Ulama.

It was told that in his dream, Hadi faced difficulty in performing ablution and later performed his prayer against the Qiblat.

"Then Wahid is God's choice," a colleague chuckles.

Jokes aside, Hadi did fulfil the criteria he had set for the selection of candidate, which he related to the New Straits Times recently.

Wahid fits the bill.

The candidate according to Hadi has to be:

- one who people are comfortable with, someone who is not only capable but also not a stranger to them; and

- has the least number of issues that can be capitalised on by the enemy and adversely affect voters.

Hadi had also had a four-eyed meeting with party spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, who backs the Erdogan faction led by his protege, party vice-president Datuk Husam Musa, at the latter's office in Kota Baru on Wednesday over the candidacy.

Amid all these chaos, BN should not think the conflict over Pas' candidacy will keep supporters of the "warring factions" away from campaigning in the by-election to ensure a win for the party's candidate. (Zubaidah Abu Bakar)

'Do not let rifts wreck Pakatan's chances'

NST (3/1/08): The DAP has asked Parti Keadilan Rakyat and Pas to keep internal rivalry at state-level to the minimum or risk the Pakatan Rakyat's chances in the Kuala Terengganu parliamentary by-election.

Its secretary-general Lim Guan Eng said there were "one or two leaders whom we should be concerned about.

"I am certain PKR's Datuk Seri Anwar Ibrahim will ensure that there is greater discipline among leaders and members," he told a press conference here yesterday.

He was responding to questions from reporters pertaining to a misunderstanding between some PKR and Pas leaders in Perak which could affect the opposition front's chances in the by-election.

Lim, who is also Penang Chief Minister, said the DAP would lend its full support to Pas' Mohd Abdul Wahid Endut who is also the party's Wakaf Mempelam state assemblyman.

Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang was reported as saying that the party's choice was the best as Wahid was a highly-respected leader and well-known among constituents.

The by-election on Jan 17 is being held following the death of its MP Datuk Razali Ismail on Nov 28 last year.

Both pledge a clean fight

NST (3/1/09): The Pakatan Rakyat and Barisan Nasional candidates for the Kuala Terengganu parliamentary by-election have pledged to be gentlemen during the campaign, with no mud-slinging or character assassinations.

Umno's Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh and Pas' Mohd Abdul Wahid Endut said they would only talk to the 80,229 voters about their party's ideology.

Wan Farid, who is also deputy home minister, said he would not draw comparisons between him and Wahid.

"This is not a contest between personalities. We are friends. His late father and my late mother were friends as they were religious teachers."

Acknowledging the gap in experience between him and Wahid, he said his opponent was a seasoned assemblyman.

"I am asking the voters of Kuala Terengganu to give me a chance to represent them in Parliament," said the Kuala Terengganu Umno division chief.

Countering the perception in some circles that he was aloof, he said he had been an Umno leader since 1988 "and you do not get to this position if you are arrogant and an elitist".

Meanwhile, Wahid rebutted the contention that his chances would be hampered by the fact that he was not a nationally-renowned figure.

"Many national leaders like Samy Vellu (MIC president and former Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu) lost in the last general election. Being on the national scene does not guarantee victory.

"I know my hometown very well and I believe I have an advantage."

Wahid said he had nothing personal against Umno leaders and that he would not hit them below the belt.

"But if anyone starts attacking me, then I will retaliate. I want a gentlemanly fight and voters do not like personal attacks," he added.

The 52-year-old, undefeated in Wakaf Mempelam since he first stood for election 18 years ago, is going into the contest as the favourite.

This is partly based on his victories in the 1995 and 2004 general elections when many Pas candidates were purged from state assemblies nationwide.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib