Najib: Isu Altantuya tidak relevan dibangkit lagi pembangkang

Posted by Unknown Wednesday, January 7, 2009

mStar Online (6/1/09): Tindakan pembangkang memainkan isu wanita Mongolia, Altantuya Shariibu yang dibunuh dua tahun lalu ketika kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu adalah tidak relevan sama sekali.

"Nampaknya perkara itu cuba dibangkitkan pembangkang... kalau mereka bawa isu seperti ini maknanya mereka sudah bankrap isu.

"Ia tiada kaitan sama sekali dengan pilihan raya kecil ini," kata beliau.

Awal pagi semalam enam anggota Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Timbalan Pengerusinya ditahan polis ketika menampal poster wajah wanita Mongolia itu di laluan-laluan dilalui Najib ketika berada di sini menjelang hari penamaan calon hari ini.

Bagaimanapun mereka dibebaskan awal ini dan dipanggil semula untuk disoal siasat oleh polis petang ini.

Sehubungan itu, Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) bersedia menjawab segala isu yang akan dibangkitkan oleh pembangkang ketika berkempen di sini.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata, BN tidak menjangkakan banyak isu akan ditimbulkan pada pilihan raya kecil itu, yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan calon BN, PAS dan Bebas.

Beliau berkata pada masa ini, pembangkang semakin terdesak menggunakan isu-isu nasional dan keadaan itu menunjukkan bahawa mereka sudah ketandusan isu.

"Pada pilihan raya kecil ini, isu yang mungkin menjadi tumpuan ialah isu tempatan. Bagaimanapun, jika ada isu nasional, BN sedia jawab," jelas beliau.

Terdahulu beliau mengetuai rombongan BN yang mengiringi calon mereka Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk mengemukakan borang penamaan calon di Stadium Negeri di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, BN akan menggunakan pendekatan "BN mesra rakyat" sebagai tema kempen pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu, dengan menjadikan rakyat sebagai fokus utama parti itu.

"Saya tekankan konsep mesra rakyat kerana ia menggambarkan apa yang dilaksanakan BN. Kumpulan sasar kita tidak lain tidak bukan adalah rakyat. Rakyatlah yang kita utamakan dalam semua bentuk program dan projek yang kita laksanakan," katanya.

Daripada segi jentera BN pula, Najib berkata, parti itu telah membahagikan tugas secara khusus termasuk kepada sayap-sayap dalam BN.

"Kita akan kerja kuat untuk memberitahu, semua polisi berkhidmat kepada rakyat BN adalah polisi terbaik. Sokongan ramai pada hari ini adalah permulaan positif untuk kita.

"(Bagaimanapun) kita tidak mahu terlalu yakin kerana kita tidak ada 'bola kristal'. Tetapi kita percaya, kita akan menang dengan lebih baik. Itu sasaran dan kita akan lakukan yang terbaik untuk mencapainya," kata beliau.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib