Berita Harian (1/2/09): Anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi yang disebut-sebut akan meninggalkan Pakatan Rakyat Perak mendakwa bapanya mungkin menjadi wakil rakyat Bebas.
Ali, 25, mendakwa bapanya tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN) seperti dilaporkan media hari ini dan semalam.
Ketika ditemui pemberita di pejabatnya, di sini, hari ini, Ali juga mengesahkan keluarganya tidak dapat menghubungi Jamaluddin sejak Isnin lalu.
Namun, katanya seorang rakan bapanya menghubungi beliau semalam memaklumkan bapanya akan keluar PKR untuk menjadi Adun Bebas.
"Saya tak percaya dia hilang...dia tahu jaga dirinya tetapi emak saya memang tertekan," katanya.
Pagi tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengesahkan dua Adun yang juga ahli Exco negeri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu, Jamaluddin dan Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering) tidak dapat dihubungi sejak Isnin lalu.
Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.
Kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah membabitkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Februari ini.
Dua ADUN PKR nafi letak jawatan (Utusan Malaysia)

0 comments
Post a Comment