PPSMI: GMP gesa kerajaan fokus betulkan subjek bahasa Inggeris

Posted by Unknown Sunday, February 1, 2009

mStar Online (31/1/09): Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) menggesa kerajaan memperbetulkan sistem pengajaran dan pembelajaran bagi subjek bahasa Inggeris supaya ia dapat dikuasai dengan baik oleh pelajar.

Pengerusi jawatankuasa induk GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad berkata, adalah lebih wajar bagi kerajaan memperkemaskan kaedah pengajaran bagi subjek bahasa Inggeris daripada menggunakan subjek lain seperti Sains dan Matematik jika mahu meningkatkan prestasi penguasaan pelajar terhadap bahasa itu.

"Apa yang penting kita mahu kerajaan memperbaiki sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri... itu yang penting," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran perhimpunan 100,000 rakyat bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Ingeris (PPSMI) di hadapan pintu masuk utama kompleks membeli-belah Sogo di sini hari ini.

Perhimpunan besar-besaran tersebut akan diadakan 7 Mac ini di hadapan Istana Negara.

Pada 17 Februari, GMP akan menyerahkan memorandum bantahan pelaksanaan dasar PPSMI di Parlimen apabila Dewan Rakyat kembali bersidang.

Selain itu, Hassan yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, pelaksanaan dasar itu sememangnya memberi kesan buruk terhadap pelajar khsusnya di kawasan luar bandar.

"Sekurang-kurangnya 85 peratus sekolah di kawasan luar bandar menghadapi masalah terhadap PPSMI.

"Masalahnya sejak 11 tahun lalu, kerajaan kita masih tidak faham bahasa Inggeris, mereka tak dapat cari kaedah mengajar bahasa Inggeris dengan baik," katanya.

Tambah beliau, GMP tidak menafikan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, namun dasar PPSMI ternyata gagal mencapai objektif pelaksanaannya.

"Kita bukan tak suka bahasa Inggeris, bahasa Inggeris penting tapi nak guna bahasa Inggeris untuk ajar sains dan matematik tidak sesuai," katanya.

Majlis pelancaran ringkas anjuran GMP itu dihadiri kira-kira 100 penyokong berlangsung dalam keadaan aman dengan kawalan anggota polis.

GMP kini dianggotai oleh 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut disokong oleh parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP.

Bagaimanapun sasaran kehadiran seramai 500 orang gagal mungkin disebabkan faktor hujan.

Malah kehadiran pemimpin-pemimpin politi seperti Ketua Penerangan PKR, Tian Chua, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin juga lewat daripada yang dijadualkan.

Keadaan hujan membataskan ruang untuk berhimpun menyebabkan orang ramai yang hadir berkumpul memenuhi ruang berbumbung di kawasan kaki lima Sogo menyebabkan kesesakan serta menghalang laluan pintu masuk utama bagi orang awam yang datang untuk membeli belah.

Alasan penganjur memilih Sogo sebagai tapak pelancaran ialah kerana tempat itu menjadi tumpuan orang ramai supaya mesej yang dibawa mudah disebarkan.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar berkata, isu bantahan terhadap PPSMI ini tidak harus di politikkan walaupun Pakatan Rakyat menyokong penuh terhadap usaha tersebut.

"Isu ini bukan isu politik, tapi ini isu masa depan bangsa dan juga keperluan memartabatkan bahasa Melayu yang cukup penting.

"Malah kalau barisan Pemuda Umno ingin menyertai bantahan ini, kita patut alu-alukan.

"Mungkin Datuk Seri Hisahamuddin tak boleh sebab beliau menteri, tapi mungkin saudara Khairy Jamaluddin nak sertai, apa salahnya," katanya.

Antara tokoh bahasa yanh hadir ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, Tokoh budaya dan bahasa, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan dan penulis, Ainon Mohd.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib