Penyokong parti tak wajar laung takbir sewenang-wenang

Posted by Penarik Beca Wednesday, February 18, 2009

Berita Harian (17/2/09): Parti politik sepatutnya mengelak daripada menggunakan ayat al-Quran untuk kepentingan mereka termasuk ketika berceramah mengenai perubahan pentadbiran kerajaan negeri atau menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Penasihat Hal Ehwal Agama Islam kepada Menteri Besar, Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz, berkata penyokong parti politik juga tidak wajar melaungkan takbir sewenang-wenangnya kerana takbir dikhususkan sebagai tanda kebesaran Allah.

Beliau berkata, ayat al-Quran atau takbir adalah kalimah tinggi dan patut digunakan secara berhati-hati.

"Ayat al-Quran atau takbir tidak wajar digunakan sebagai benteng politik untuk menyampaikan maksud bagi kepentingan parti.

"Ini adalah kalimah tinggi yang patut digunakan secara berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan mendengar taklimat Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Jaip, Datuk Sheikh Mohd Nor Mansor Al-Hafiz.

Najmuddin berkata demikian ketika diminta mengulas sesetengah pemimpin parti pembangkang bukan Islam terutama DAP yang gemar membaca ayat al-Quran dalam bahasa Arab dan diterjemah ke dalam bahasa Melayu dalam ceramah politik.

1 Comment

  1. Anonymous Said,

    salam bang bakaq ,, ini tanda awal qiamat kut ulamak takut dengan bayang 2 nya . Apakah salah sesetengah pemimpin parti pembangkang bukan Islam terutama DAP yang gemar membaca ayat al-Quran dalam bahasa Arab dan diterjemah ke dalam bahasa Melayu dalam ceramah politik.
    Adakah salah untuk orang bukan islam mendekati ajaran suci islam ? Pemimpin UMNO dah tak guna pakai islam dalam pentadbiran , baik orag DAP lagi dalam bab ini !
    Apa pendapat bang bakaq ?

    Posted on February 18, 2009 at 7:19 PM

     

Post a Comment

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib