Berita Harian Online (17/3/09): Datuk Seri Najib Razak berjanji akan melakukan ‘pembersihan’ dalam Umno dan membuat perubahan bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu, apabila mengambil alih teraju kepemimpinannya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau akur bahawa ramai di kalangan rakyat negara ini mempunyai persepsi yang melihat Umno sebagai parti yang sombong dan terlalu banyak melakukan amalan tidak sihat.
“Saya akan membuat ‘pembersihan’ dalam Umno dan saya akan mendedahkan (perubahan yang akan dilakukan) itu tidak lama lagi. Terus terang saya katakan, sekiranya kita tidak berubah, kita akan diubah.
“Saya ada cadangan mahu membuat perubahan kerana Umno perlu berubah... kita mesti melakukannya dengan betul kerana dan saya percaya rakyat akan memberi sokongan,” katanya pada dialog sempena Perasmian Persidangan Agenda Integriti Nasional, di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh.
Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian ketika ditanya seorang peserta sama ada beliau sanggup ‘mengorbankan’ beberapa pemimpin tertinggi Umno yang didapati bersalah mengamalkan rasuah politik demi menyelamatkan parti itu.
Diminta mengulas keputusan Lembaga Disiplin Umno yang tidak membenarkan calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding dalam pemilihan parti minggu depan, Najib berkata, keputusan itu perlu dihormati semua pihak.
“Saya percaya, Mohd Ali sebagai seorang yang setia kepada Umno akan menerimanya dengan hati terbuka dan akan terus memberi sumbangan kepada pentadbiran dan perjuangan parti,” katanya.
Beliau berkata, Mohd Ali akan terus kekal sebagai Ketua Menteri Melaka kerana beliau hanya tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan parti.
Najib berkata, Lembaga Disiplin Umno adalah badan yang bebas dan semua keputusan yang dibuat adalah untuk menjaga nama baik parti.
“Kita mahu Umno dilihat sebagai parti yang bersih dan kita sedar keputusan ini memberi kesan kepada Umno tetapi risikonya jauh lebih besar kalau Umno ditolak oleh rakyat.
“Kita kena tengok kepada ‘keadaan’. Kadang-kadang yang membawa masalah kepada kita bukan kita sendiri tetapi penyokong dan pembantu kita.
“Kadang-kadang pembantu kita terlalu ghairah... itu yang menyebabkan kita disabitkan dengan bermacam tuduhan,” katanya mengulas isu moral dan sama ada keputusan itu akan menjejaskan Umno yang mungkin akan menerima protes daripada penyokong Mohd Ali.
Mengenai mengapa hukuman yang diberikan kepada Mohd Ali berbeza daripada yang dikenakan terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, Najib berkata, Lembaga Disiplin mempunyai fakta yang tepat dalam membuat keputusan.
“Itu adalah keputusan Lembaga Disiplin kerana mereka pasti mempunyai fakta... mungkin (keadaannya) sedikit berbeza,” katanya.

0 comments
Post a Comment