Nik Aziz tetap mahu muktamar khas walaupun ada yang tolak

Posted by Unknown Sunday, October 25, 2009

Bernama (24/10/09): Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan keputusannya meminta pimpinan parti itu mengadakan muktamar agung khas bagi menentukan kedudukan beberapa pemimpin yang menimbulkan masalah dalaman kepada parti berhubung isu kerajaan perpaduan.

Katanya beliau tidak kisah walaupun ada negeri yang menolak cadangan itu, kerana apa yang penting hasrat untuk menyampaikan isi hatinya demi menyelamatkan parti, tercapai.

"Saya tidak akan menarik balik cadangan itu kerana ia dibuat atas hasrat dan isi hati saya sendiri yang mahu menyelamatkan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Noraini, Kampung Pasir Hor, dekat sini pada hari Sabtu.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tengku Ahmad Rithaudden yang membiayai pembinaan masjid berharga RM500,000 di kampung itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangannya, supaya PAS mengadakan muktamar khas bagi menentukan kedudukan pemimpinnya, ditolak oleh sesetengah pemimpin PAS peringkat negeri atas alasan cadangan itu tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat pusat mahupun negeri ketika ini.

Sambil menafikan bahawa cadangan itu dibuat kerana terpengaruh oleh individu tertentu dalam politik, Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah matang dalam politik dan tidak perlu mengikut telunjuk mana-mana pihak.

Pada majlis yang sama, Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub berkata pimpinan tertinggi PAS akan membincangkan amanat Mursyidul Amnya itu berhubung cadangan mengadakan muktamar khas parti itu dalam masa terdekat ini, selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz.

Muktamar Khas buang pemimpin bermasalah

Sinar Harian (24/10/08)
: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mencadangkan sebuah Muktamar Khas diadakan membincangkan kedudukan ‘dua tiga kerat pemimpin bermasalah’ termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam laman webnya www.blogtokguru.com. berkata, perlu ada perubahan dalam 'pemain-pemain penting' yang menduduki kerusi kepimpinan Pas di peringkat pusat.

Menurutnya, dengan adanya Muktamar Khas itu nanti, Pas boleh menentukan keputusan majoriti parti sama ada mahukan Kerajaan Perpaduan dengan Umno ataupun terus bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).

“Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah, bila Muktamar Khas nanti tak mahu tukar Presiden (Abdul Hadi) misalnya, maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat 'belaloh' (bercakaran pendapat).

“Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khas, senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana.

"Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini,” katanya.

Nik Aziz turut menegur beberapa pemimpin Pas terutamanya Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang kelihatan pro-Umno untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan.

“Tenggelam-tenggelam, timbul (isu kerajaan perpaduan), kemudian dihidupkan.

"Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni? Tidak boleh jadi ni, kita duk 'ghok-ghak' (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah, senang cerita,” katanya,

Beliau turut bersetuju dengan tulisan kolumnis Prof Dr Aziz Bari dalam akhbar ini keluaran 19 Oktober lalu yang membangkitkan mengenai isu berhubung beberapa pemimpin parti itu yang bermasalah.

Nik Aziz berkata, Muktamar Khas itu juga boleh digunakan untuk membincang mengenai golongan atas pagar yang membuat 'swing votes' dan mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Sementara itu ketika ditemui di KOTA BHARU, Nik Aziz berkata, cadangan mengadakan Muktamar Khas kerana kecewa dengan sikap beberapa pemimpin parti itu yang pro-Umno.

Menurutnya, beliau bertanggungjawab mengemukakan cadangan tersebut setelah melihat isu yang dianggap selesai pada Muktamar Pas sebelum ini dibangkitkan pihak-pihak tertentu.

“Itu pandangan saya, jika pimpinan pusat atau Dewan Harian boleh terima. Jika tidak terimalah tidak mengapa, saya tidak terkilan, tetapi hati saya lepas lah, saya tidak mahu Pas ini ditegur tetapi buat senyap. Presiden juga boleh ditegur,” katanya.

Abdul Hadi yang dihubungi di KUALA TERENGGANU pula enggan memberi sebarang ulasan dengan alasan tidak mengetahui perkara itu kerana masih belum membaca kenyataan tersebut.

"Saya akan menghubungi Nik Abdul Aziz untuk mendapatkan pengesahan tentang Muktamar Khas tersebut sebelum memberi sebarang kenyataan," katanya.

2 comments

  1. pak yeh Said,

    Ya Nik Aziz.
    Jalankan pembersehan demi kesucian parti Islam.!!!
    Bersehkan PAS dari geng Unity Gomen yang ingin bersatu dengan BN,pencium bontot Yahudi,perompak dan pembohong yang telah bankrapkan negara kit!!!.

    Revolusi mesti bermula di dalam PAS.!!!

    Jangan lupa hapuskan klas A(Brahma/Ulama dan klas B(Pariah/bukan Ulama).!!!

    Jalankan Revolusi di dalam PAS.!!!
    Hidup Revolusi Islam x 3.!!!

    Posted on June 11, 2010 at 8:58 AM

     
  2. pak yeh Said,

    Rencana khas "Revolusi Islam bermula dalam PAS" untok Nik Aziz dan ahli2 PAS baru sahaja di siapkan.
    Sila layari... http://warongpakyeh.blogspot.com

    Moga Allah bersama mereka yang benar/haq memperjuangkan jalan Allah.!!!
    Hidup Revolusi Islam.!!!

    Posted on June 11, 2010 at 11:33 AM

     

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib