Pilihan raya kecil di Kelantan?

Posted by Unknown Saturday, April 5, 2008

Artikel asal di sini

MB hairan dengan sikap terima gaji tanpa kerja

YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa kehairanannya berikutan keengganan Ahli-ahli Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan (Exco) walaupun portfolio mereka sudah dilucutkan dan perkhidmatan mereka tidak diperlukan lagi.

Beliau berkata, sekiranya Exco dari parti itu berpendirian, mereka sepatutnya meletakkan jawatan secara ‘gentleman’ dan tidak perlu menunggu arahan daripada pemimpin mereka.

‘Amatlah memalukan sekiranya Exco berkenaan sanggup bertahan dalam kerajaan negeri walaupun semua portfolio termasuk jawatankuasa kecil yang diang-gotai mereka sudah dilucutkan,” ujarnya.

Tuan Guru Dato’ Menteri Besar melahir-kan rasa risau kerana Exco daripada PMS46 itu hanya menerima gaji tanpa kerja dan bagaimana nanti untuk mereka menjawabnya di hadapan Allah.
Beliau juga berkata apabila perlantikan Exco baru selesai dibuat, maka pergolakan politik Kelantan dengan sendirinya akan selesai.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Tabung Bantuan Pembinaan Madrasah Darul Annuar, Pulau Melaka yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Rakyat dan Adun-Adun Negeri Kelantan di tapak bangunan tersebut.

Untuk melicinkan pentadbiran kerajaan bagi memenuhi tanggungjawabnya kepada rakyat, Tuan Guru Dato’ Menteri Besar berkata kerajaan negeri sekarang yang mempunyai lima Exco termasuk beliau sendiri memikul portfolio yang dilucutkan daripada ahli PMS46 itu.

Menurut beliau kemelut di dalam Exco kerajaan yang berlaku sekarang akan berakhir apabila kesemua Exco dari Parti Melayu Semangat 46 meletakkan jawatan atau dipecat sehingga membolehkan dilantik Exco baru yang seiring dengan kerajaan sekarang.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib