Wartawan BH dihalang buat liputan DUN Kelantan

Berikutan itu, wartawan Berita Harian diarah keluar dari kawasan Kompleks Kota Darul Naim, yang menempatkan dewan persidangan dan pusat pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan.
Arahan larangan itu dikeluarkan Speaker DUN Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud ketika memulakan sesi pagi persidangan semalam jam 9.15 pagi semalam, sebaik selesai bacaan doa.
Mohd Nassuruddin berkata, beliau membaca akhbar Berita Harian semalam dan mendapati tiada ralat disiarkan berhubung tajuk laporan muka depan akhbar kelmarin bertajuk, Sultan Murka Kerajaan Pas Gagal Tadbir Kelantan.
“Mengikut Perkara 14 Peraturan Dewan, saya menarik balik kebenaran wartawan akhbar berkenaan daripada membuat liputan sepanjang persidangan DUN ini," katanya pada sidang DUN ketiga (Belanjawan) itu.
Serentak itu, wartawan Berita Harian, Khairul Anuar Abdul Samad yang berada dalam dewan itu beredar ke bilik media di tingkat bawah DUN berkenaan.
Bagaimanapun, seorang petugas dewan kemudian memaklumkan dia perlu keluar daripada Kompleks Kota Darul Naim. Khairul Anuar kemudian diiringi seorang pengawal keselamatan meninggalkan kompleks berkenaan.
Kelmarin, persidangan DUN Kelantan panas seketika, apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tajuk berita muka depan Berita Harian yang melaporkan mengenai kemurkaan Sultan Kelantan terhadap kegagalan pentadbiran Kerajaan Pas selama ini.
Drs Zainuddin Awang Hamat (Pas-Limbongan) mahu wartawan Berita Harian dilarang membuat liputan persidangan DUN itu dengan alasan tajuk berita itu mencemarkan imej kerajaan negeri dan berita itu membawa unsur tidak harmoni antara kerajaan negeri dan istana.
Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, ketika dihubungi, enggan memberi sebarang ulasan berhubung pendirian istana mengenai laporan berkenaan.
“Setakat ini, saya tidak diarahkan untuk memberi sebarang kenyataan," katanya.
Kelab Wartawan Kelantan (KAWAN) akan mengadakan pertemuan dengan Mohd Nassuruddin berhubung larangan berkenaan secepat mungkin.
Presidennya, Wan Zulkifli Wan Yaakob, berkata kelab itu menghormati keputusan yang dibuat Speaker dan berharap keputusan itu boleh dipertimbangkan semula.
“Kita tidak mahu soal ini dikeruhkan lagi. Kami akan mengadakan pertemuan untuk menjelaskan perkara ini,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, Ketua Pembangkang dalam DUN Kelantan, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, berkata Berita Harian dijadikan sasaran kerana kerajaan negeri tidak boleh menerima kritikan tajam, tidak seperti Umno dan Barisan Nasional.
Sultan murka kerajaan Pas gagal tadbir Kelantan
Berita Harian Online (20/10/08): Tuanku Ismail Petra semalam menegur kerajaan Pas Kelantan kerana masih gagal mengurus dan membangunkan negeri ini dengan cekap, termasuk dalam pengurusan hasil serta kewangan.
Sultan Kelantan turut mengingatkan kerajaan negeri supaya memartabatkan institusi masjid dan tidak menggunakannya untuk kepentingan pihak tertentu.
"Beta ingin menarik perhatian kepada pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai bandar raya Islam sejak 2006. Perancangan dari aspek kebersihan dan keselamatan perlu dinilai semula kerana beta melihat beberapa elemen belum mencapai matlamat.
"Beta berharap MPKB memberi fokus kepada elemen terbabit bagi menjamin pencapaian matlamat itu," titah baginda ketika menyempurnakan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Dewan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini. Hadir sama, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Tuanku Ismail Petra bertitah, pertumbuhan sektor pelancongan negeri juga masih bergantung kepada segmen domestik yang menyumbang 80 peratus kemasukan pelancong ke Kelantan.
"Beta menyarankan peranan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri dinilai semula sesuai dengan kepentingan sektor ini dalam menyumbang kepada ekonomi negeri. Sudah sampai masa, entiti baru yang lebih berkesan ditubuhkan supaya dapat bersaing dengan lebih kompetitif," titah baginda.
Bagi mengimbangi tanggungjawab pembangunan negeri pula, baginda menyarankan Enakmen Perbadanan Menteri Besar Kelantan serta Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dikaji semula supaya tidak wujud pertindihan dan persaingan.
Baginda turut menyentuh Laporan Ketua Audit Negara mengenai kedudukan kewangan Kelantan yang tidak kukuh apabila mengalami defisit akaun hasil disatukan pada akhir 2007 sebanyak RM326.34 juta berbanding RM155.86 juta pada akhir 2003.
"Kerajaan negeri hendaklah mengelak membuat keputusan yang boleh mengurangkan kemasukan hasil. Agensi dan perbadanan kerajaan negeri tidak harus diberi keistimewaan lagi, manakala syarikat swasta yang gagal membuat pembayaran perlu diambil tindakan tegas.
"Kerajaan negeri tidak boleh terus bergantung kepada sumber hasil sedia ada. Usaha perlu digembleng untuk meneroka punca hasil baru dalam setiap sektor untuk membiayai kos pengurusan dan pembangunan yang semakin meningkat," tegas baginda.
Tengku Ismail Petra juga menegur mengenai masalah tanah terbiar di seluruh Kelantan yang ketika ini mencapai keluasan 21,458 hektar dan 910 hektar saja yang dibangunkan.
"Beta berharap, kerajaan negeri mengambil peluang daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.5 bilion untuk memulihkan tanah terbiar bagi menjamin bekalan makanan negeri khususnya dan negara amnya," titah baginda.
Selain itu, Sultan Kelantan tidak puas hati dengan pembangunan projek yang dirancang mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini kerana agak perlahan dan ada yang belum dimulakan.
Ini termasuk pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli serta projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra.
"Beta juga mendapat maklum, Kelantan adalah antara negeri yang disenarai dengan projek hab halal dalam RMK-9 membabitkan peruntukan RM17 juta. Bagaimanapun, projek ini belum dilaksanakan dan beta berharap ia dapat disegerakan.
"Beta menyarankan kerajaan negeri turut menekankan pelaksanaan pembangunan hab halal bagi mewujudkan pusat pengumpulan, pengeluaran dan pemasaran makanan halal," titahnya.
Sultan Kelantan juga berharap rangkaian perhubungan dibaiki, dinaiktaraf dan ditambah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan 53 program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kelantan.
"Sukacita beta mencadangkan Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembinaan fasa ketiga Lebuh Raya Pantai Timur dari Terengganu ke Tumpat, laluan kedua Kota Bharu-Kuala Krai dan pelebaran Jalan Gua Musang-Kuala Lipis.
"Beta difahamkan, pelabuhan tidak disenaraikan sebagai projek infrastruktur di bawah ECER di Kelantan. Bagaimanapun, beta dimaklumkan kerajaan negeri meluluskan tiga projek pembinaan pelabuhan Tok Bali, pangkalan bekalan luar pesisir Kemasin dan pangkalan bekalan Kuala Besar.
"Beta berharap kerajaan boleh memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya bagi menjayakan projek ini," titah baginda sambil melahirkan rasa amat gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan dana khas sebanyak RM32.1 juta bagi meningkatkan sosio-ekonomi rakyat menerusi Projek D'Raja Kelantan.
Baginda turut menyarankan rakyat supaya berbelanja dengan berhemat bagi menangani kesan kenaikan kos sara hidup akibat krisis kewangan, kekurangan makanan dan kenaikan harga minyak dunia.
Enggan akui kesilapan punca Berita Harian dilarang buat liputan - Speaker
Ustaz Nasuruddin Daud berkata, larangan itu dibuat bukan untuk menghalang kebebasan akhbar, sebaliknya memberi pengajaran kepada petugas media supaya lebih berhati-hati ketika membuat laporan.Image
"Kami sudah memberi ruang secukupnya kepada akhbar berkenaan membuat pembetulan terhadap tajuk digunakan Selasa lalu, yang tidak menggambarkan keadaan sebenar berlaku.
"Sepatutnya mereka menggunakan ruang tersebut atau setidak-tidak datang menemui pihak dewan bagi menjelas perkara sebenar," katanya ketika ditemui ketika persidangan berhenti rehat hari ini.
Semalam Nasuruddin mengeluarkan arahan menarik balik kebenaran kepada akhbar berkenaan membuat liputan sepanjang persidangan ini berlangsung apabila enggan membetulkan laporannya.
Keputusan itu dibuat berdasar kepada Perkara 14, Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Kelantan yang dibaca bersama Perkara 13.
Selasa lalu akhbar terbabit menyiarkan tajuk 'Sultan murka kerajaan PAS gagal tadbir Kelantan' di halaman hadapan sehingga menimbulkan rasa tidak puas di kalangan penyokong kerajaan.
Nasuruddin juga menyatakan kesediaan berjumpa dengan Presiden Kelab Wartawan Kelantan (Kawan), Wan Zulkifli Wan Yaakob membincangkan perkara tersebut pada bila-bila masa.
"Saya mengalu-alukan kehadiran Presiden Kawan, namun sehingga kini belum ada apa-apa permohonan diterima daripada pihak terbabit.
"Tidak ada masalah untuk diadakan pertemuan dengan wakil wartawan. Saya akan menjelaskan kewajaran tindakan dibuat kerana ia bukan bermotif politik sebaliknya kepentingan banyak pihak," katanya.
2 ugut bekas isteri Adun dikenal pasti
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata polis sedang mengesan kedua-dua lelaki terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
"Kita sedang menjalankan siasatan rapi terhadap dakwaan dalam laporan yang dibuat mangsa dan mengenal pasti dua lelaki dalam lingkungan 20-an dan dipercayai anak isteri ketiga Adun berkenaan,” katanya di sini, semalam.
Zahruddin mengulas perkembangan siasatan terhadap laporan Siti Aishah yang mendakwa hidupnya kini tertekan dan ketakutan kerana diganggu dan diancam anak tiri bekas suaminya sejak tiga bulan lalu.
Beliau turut mendakwa anak tiri bekas suaminya itu cuba merampas kereta yang dibelikan Adun terbabit untuk kegunaannya.
Sementara itu, Siti Aishah semalam mendaftarkan perkahwinannya di Mahkamah Tinggi Syarie di sini, bagi mendapatkan pengesahan perkahwinannya sebelum ini yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 2003 mengikut hukum syarak.
Siti Aishah memfailkan permohonan dalam kamar Hakim Syarie Mohamed Yusoff Awang, mengikut Seksyen 12, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002, bagi mendaftarkan perkahwinannya dengan Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, 53.
Peguamnya, Mohd Sibri Ismail, berkata anak guamnya perlu mendaftarkan perkahwinan itu bagi mendapatkan pengesahan mengikut hukum syarak sebelum boleh membuat tuntutan lain, termasuk pengesahan perceraian selepas Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu menolak tuntutan itu pada bulan lalu, selepas mendapati sijil nikah pasangan terbabit palsu.
"Mahkamah memanggil Siti Aishah hari ini bagi memberi keterangan selepas suaminya (Wan Ismail) memberi keterangan pada Khamis lalu. Mereka akan dipanggil untuk mendengar keputusan yang dijangka diumumkan pada 19 Ogos ini, sama ada perkahwinan yang berlangsung itu sah atau sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas selesai prosiding itu, petang semalam.
Siti Aishah ketika ditemui berkata, beliau tampil mendaftarkan perkahwinannya walaupun sudah diceraikan pada 16 April lalu demi menuntut keadilan untuk diri dan dua anaknya hasil perkahwinan itu.
PAS tiada kuasa di Kelantan
‘Ahmad is the chosen one to succeed Tok Guru’
The Star (17/5/08): Kelantan has set out a succession plan, so the identity of the person who will take over from Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat should no longer be an issue, said PAS strategist Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
“If Tok Guru (Nik Aziz) had wanted another person, he would have picked someone else as Deputy Mentri Besar. By appointing (Datuk) Ahmad Yakob for a second term, it is clear that this (Ahmad) is his choice,” he said in an interview.
He noted that Ahmad, 58, was also Kelantan PAS deputy commissioner I, and therefore second to Nik Aziz in the party hierarchy. Ahmad is also the Mentri Besar's deputy in a number of state bodies.
Rahim, the Kota Baru MP, described Ahmad as a person who was “perut betul” (Kelantanese colloquialism for someone who is very “straight” in dealings and thoughts).
“He harbours no feelings of jealousy, does not engage in backstabbing, prejudice or revenge. With him, you don’t need to watch your back,” he said, adding that Nik Aziz recognised these traits in himself.
“He is also not ambitious and until now says he does not want to be Mentri Besar and is not capable of being the Mentri Besar. Tok Guru likes this sort of humility,” he said.
Kelantanese also appreciate Ahmad’s credentials as an Al- Azhar University graduate and an Islamic scholar, he added.
As for Datuk Husam Musa who has been touted as a favourite to succeed Nik Aziz, Rahim said: ”Husam will have his time later.”
Rahim pointed out that as the state deputy commissioner II and exco in charge of economic planning, finance and welfare, Husam was next in line after Ahmad.
He said although Ahmad was low key, he had achieved much success in dealing with illegal land settlers.
In Kuala Krai, Tanah Merah, Gua Musang and Jeli, he said, the Deputy Mentri Besar had embarked on a perbadanan ladang rakyat (people’s estate corporation), giving RM200 each month in dividends to 3,000 hardcore poor.
“The project’s success was apparent in the 2008 elections. We took six out of 10 state seats in Hulu Kelantan, including Umno strongholds,” he said.
Nevertheless, Rahim believes that the 77-year-old Nik Aziz has no plans to retire as yet.
“He is going to continue until he drops. There is no need for him to stop,” he said.
Taki 1 - Hadi 0
Hari ini bermulalah Muktamar Pas ke-53 di Putik, Pengkalan Chepa, Kelantan. Walaupun muktamar tersebut adalah rutin biasa yang harus dilalui Pas seperti mana kehendak perlembagaanya, namun ia tetap penting. Lebih-lebih lagi kepada Pas Kelantan muktamar itu membawa pengertian tersendiri!Komen yang dipetik dari Berita Kelantan di bawah posting bertajuk "Ustaz Nassuruddin dicadang Speaker DUN Kelantan":
Kepentingan itu bukan saja kerana ia berlangsung di Kelantan, - itu hanya nostalgia saja, tetapi ada perkara lain yang lebih penting. Muktamar itu memberi signifiken tersendiri bagi Pas Kelantan. Secara tidak langsung muktamar itu akan menjadi benchmark kepada keupayaan Pas Kelantan bagi mengekalkan kerajaan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya umum akan datang.
Muktamar itu akan memberi petunjuk sejauh manakah para perwakilan Kelantan bersatu dan seiya sekata dalam menghadapi musuh tradisi mereka, Umno. Ini akan menjelma di dalam pemilihan tokoh-tokoh Pas Kelantan yang bertanding untuk menduduki beberapa jawatan penting pada muktamar berkenaan.
Apakah tokoh-tokoh dari Kelantan khas pelapis dan golongan muda akan mendapat sokongan padu daripada perwakilan dari Kelantan sendiri? Inilah bakal menjadi tanda tanya dan kesemua perwakilan dari Kelantan kena memahaminya kenapa mereka harus duduk satu saf bagi menyokong tokoh-tokoh senegeri dengan mereka.
Antara tokoh muda dari Kelantan bertanding untuk menduduki beberapa jawatan penting ialah Husam Musa. Beliau bertanding jawatan Naib Presiden bagi mengekalkan jawatan yang dimenangi pada muktamar dua tahun lepas.
Selain Husam, Mohd Amar Nik Arshad dan Takiyuddin Hassan. Mereka berdua masing-masing bertanding bagi menduduki jawatan ahli jawatankuasa agung Pas. Mereka bertiga ini suka tidak suka adalah tokoh muda yang diharapkan mengganti Nik Aziz sebagai MB. Lebih-lebih lagi Husam yang sudah digilap dan diterima umum berjaya menunjukkan kemampuannya bakal pengganti perlu diberikan tumpuan serius.
Kemenangan mereka kelak akan dijadikan gambaran mengenai perpaduan Pas di Kelantan keseluruhannya. Dan perpaduan itu pula sangat penting untuk ditonjolkan bagi menyakinkan rakyat serta membimbangkan Umno dalam berhadapan dengan Pas. Undi yang bakal diraih mereka akan dihitung sejauh manakah sokongan mereka di kalangan perwakilan Kelantan sendiri.
Di dalam pertanding dua tahun lalu untuk jawatan Naib Presiden, Husam Musa mendapat tempat paling tinggi diikuti oleh Muhammad Sabu dan Hassan Ali. Walaupun begitu Husam tidak mendapat undi solid daripada Kelantan. Unsur jahat telah wujud dalam pemilihan lalu yang dilakukan oleh pihak tertentu di Kelantan.
Apakah keadaan ini akan terjadi sekali lagi?
Sesuatu yang agak malang dan menyesalkan kini sudah mula kedengaran berbagai dakyah buruk mengenai anggota Exco berkenaan. Ada pihak tertentu yang menjelma menjadi tukang kempen tidak bertauliah menyebarkan mesej agar jangan memberi undi kepada Husam. Berbagai tektik dan teknik telah digunakan, kononya kedudukan Husam sudah pun selesa. Golongan ini berbuat demikian kerana mahu “mengajar” Husam daripada mendapat undi terbanyak pada pemilihan esok!
Tentu kebanyakan perwakilan tidak mengetahui apakah maksud dan agenda orang-orang berselimut ini? Mereka juga tidak tahu apakah masalah Pas Kelantan. Tentu juga mereka tidak diketahui apakah latar belakang dan sejarah politik golong ini yang boleh disifatkan sebagai desperado?
Biarlahlah di sini disebut secara terus terang siapakah yang mempunyai perangai dan niat jahat itu serta latar belakang dan sejarah jenayah politik mereka. Orang yang bersikap mulut manis jubur masam dan rancak berkempen memburukkan Husam antaranya ialah tidak bukan dan tidak lain, penyelak kain antarabangsa bernama Razak Abbas.
Razak yang dikenali manusia yang berdendam dengan Husam (kerana Husam tidak bersedia menjadi pandir kepadanya untuk meluluskan 12 kawasan balak yang dipohon Razak) kini sedang giat memutarkan lidah menemui perwakilan berkempen untuk mengajar Husam. Lebih malang usaha dan kerja jahat Razak itu didokong oleh sebuah kawasan Pas di Kelantan sendiri.
Mungkin orang Kelantan sudah mengetahi peranan dan juga agenda Razak Abbas ini. Tetapi perwakilan luar tidak banyak yang mengenalinya. Orang luar mengenali Razak sebagai berani dan gedebe tetapi tidak tahu puter belit dan agendanya yang sebenar serta sejarahnya menyeksa banyak ahli Pas tidak berdosa pada tahun-tahun 70-an.
Sebenarnya Razak Abbas telah mengaturkan strategi licik untuk menjatuhkan Pas Kelantan. Beliau telah menggunakan Takiyuddin Hassan sebagai alat dan jambatannya untuk menyusup ke dalam Pas Kelantan. Sebelum beliau pergunakan Takiyuddin, Razak terlebih dahulu mengikat tangan Takiyuddin Hasaan dengan pelbagai skandal yang direkacipta oleh Razak.
Salah satu jerat dan perangkap ialah mengenai komisyen duit balak yang diuruskan oleh Razak untuk Takiyuddin. Kejadian ini berlaku ketika Takiyuddin memegang Pengerusi Kewangan dan juga ahli jawatankuasa Perhutanan Negeri. Sejumlah wang yang melibatkan jutaan ringgit telah dimasukkan ke dalam akaun Takiyuddin sebagai komisyen.
Tidak cukup dengan skandal kewangan yang memalukan itu, Razak telah menjert pula Takiyuddin dengan menjadikan Takiyuddin sebagai “sekupunya” apabila Takiyuddin berkahwin dengan anak saudara Razak, anak kepada adik Razak bernama Kamaruddin Abdullah sebagai isteri nombor tiga.
Perkahwinan Takiyuddin dengan anak Abdullah ini adalah perkahwinan politik yang dirancang tanpa disedari Takiyuddin untuk kepentingan Razak Abbas dan demi menjayakan misinya menjatuhkan Husam dan juga Pas Kelantan.
Siapakah Kamaruddin Abdullah ini? Beliau ialah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Kota Bharu, dan orang yang paling rapat dengan Annuar Musa. Semasa pilihan raya Pengkalan Chepa tahun 2004 dulu beliaulah orang yang menendang bangsal panas Pas di Pengkan Pasir.
Segala maklumat Pas yang diberikan oleh orang dalaman Pas kepada Razak akan disalurkan kepada Umno menerusi Kamaruddin Abdullah.
Sehari dua ini Razak dikatakan bergerak lincah dan lancar menemui perwakilan. Mungkin perwakilan keliru dengan peranan dan kedudukan Razak kerana beliau bergerak berlatarkan Pas Kelantan. Sebenarnya kedudukan dan fungsinya dalam Pas Kelantan tidak ada apa-apa melainkan beliau dapat merayap ke pejabat Pas atau ke bilik pejabat Nik Aziz dengan lesen diberikan Takiyuddin.
Takyuddin telah melantik Razak sebagai salah seorang jawatankuasa Penerangan Pas Kelantan.
Senario ini hendaknya difahami oleh para perwakilan khasnya dari Kelantan sendiri. Perwakilan Kelantan jangan mudah terkeliru dan kelabu mata serta terpesona dengan tangisan dan airmata buaya bekas pemuda tahan lasak Umno itu. Mungkin ada setengah perwakilan dari Kelantan ada masalah dengan Husam, tetapi mereka harus membelakangkan soal titik bengik itu.
Kesimpulannya perkara yang perlu ditekankan ialah, semua calon dari Kelantan harus disokong sepenuhnya dan diberikan kemenangan besar, khususnya kepada Husam yang megekalkan kedudukannya selaku Naib Presiden Pas. Kemenangan besar Husam di Kelantan menjelaskan kedudukan Pas padu, kuat, teguh dan tidak ada apa-apa masalah.
Kemenangan itu juga menyebabkan Umno akan kematian akal untuk melagakan Pas sesama Pas dan ketiadaan modal bagi mengugatkan Pas Kelantan.
Sebaliknya kalau undi calon dari Kelantan khususnya Husam terjejas, ia akan memberi petunjuk Pas Kelantan berpecah. Fenomena itu sudah tentu akan diambil kesempatan oleh Umno untuk terus menyebarkan dakyah bagi melaga dan melemahkan Pas Kelantan. Natijah buruk daripada itu, rakyat Kelantan akan diberi tahu oleh Umno bahawa Pas Kelantan berpecah dan bercakaran sesama sendiri.
Kesan ini memberi implikasi kepada rakyat dan Pas Kelantan.
Jadi janganlah ada perwakilan yang bingung dan tersihir dengan putar belit orang tertentu seperti Razak Abbas yang memang telah menjadi masalah kepada Pas Kelantan dan juga kerajaan Kelantan hari ini. Ketahuilah orang-orang yang bersikap mulut manis dan jubur masam ini adalah agen Umno yang dirancangkan sedemikian rupa.
Hendaknya jangan disebabkan hasutan, batu api, akhirnya kesemua orang Pas akan menyesal dan menangis di kemudian hari!
Speaker ………………..oh speaker………………………Komen yang dipetik dari Kelantan Kini di bawah posting bertajuk "Pandangan ikhlas tentang Sayuti yang saya kenal" (sama nampaknya):
Sebagai pemerhati politik, hati ini tersentuh untuk turut terlibat apabila gelanggang dibuka oleh MSO ,meskipun sorotan (TAKI GAGAH,HADI GAGAH)dalam blog asam kelat telah menjawab perkara pokok,tapi elok juga rasanya jika saya turut menyokong komen daripada rakan2 yang terdapat didalam blog2 lain,termasuk tranungkite,kelantankini dan sebagainya yang sememangnya tidak lebih demi untuk melihat perjuangan PAS dapat diterima oleh pelbagai pihak tanpa mengenal batas geografi.
Daripada pengamatan saya, garis panduan yang perlu dipatuhi ianya biarlah konsisten didalam perjuangan kita. Konsisten dari sudut sebelum pilihanraya dan juga selepas plilihanraya. Adalah tidak adil untuk kita membicarakan tentang ekosongan Speaker untuk menggantikan YB Dato’ Wan Rahim bagi Speaker DUN Kelantan. Pertama , setiap pelantikan haruslah berdasakan kepada keputusan jemaah,jangan hendaknya polimik ini berpanjangan kerana umum akan melihat apakah didalam PAS juga turut terpengaruh dengan budaya yang berlaku didalam UMNO.Keduasetiap pimpinan PAS sewajibnya mengetahui dan lebih arif didalam melaksanakan tanggungjawab dan bidangkuasanya. Kita ditarbiah dengan pembahagian kuasa disetiap cawangan,kawasan.negeri,malah diperingkat pusat.Persoalannya,apakah setelah PAS memerintah Kelantan hampir 20tahun akan menghakis kuasa PAS pusat.Apakah Dewan Harian PAS Kelanta lebih berkuasa dari Dewan Harian PAS Pusat? Apakah setiausaha perhubungan PAS kelantan lebih berkuasa dari Setiausaha Agung PAS Pusat?Apakah (egoism)kita telah menyelubungi Dewan Harian PAS Kelantan???? Apakah wujud (Raja Mandaliar) didalam istana PAS Kelantan?Apakah wujud beberapa watak JR yang kelak akan meruntuhkan istana “DALLAS” PAS Kelantan?
Daripada pengamatan sy, adalah tidak elok kita membicarakan siapa yang layak menduduki kerusi speaker diantara Dato’ Hj Ahmad Rusli( yang diangap seorang mualaf politik PAS Kelantan,jika dibandingkan dengan YB Dato’ setiausaha PAS kelantan) dan YB Ust Nasaruddin ADUN Meranti.
YB Ust Nasaruddin tidak boleh dipersalahkan kerana kedudukan beliau pada masa ini sebagai ADUN dan Timbalan Speaker DUN Kelantan,maka ini ialah proses kenaikan pangkat.YB Nasaruddin bagaikan permata yang dijelmakan dari Kerabat Pondok Meranti,meskipun tidak sempat menamatkan pengajian tetapi dijemput bertanding di DUN Meranti. Didalam hal ini, soal seniority tidak timbul kerana kalau bercakap soal seniority,YB Hj Abd Fatah Haron lebih senior.Didalam perjuangan pemuda YB Nasaruddin sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan ,maka ternyata YB Zaki Ibrahim Ketua Dewan Pemuda yang juga ADUN Kelaboran lebih senior berbanding beliau,tetapi kita berbangga dengan kelantangan YB Nasaruddin dalam berhujah dalam segenap sudut dan juga agama yang agak terserlah ,itupun CD ceramah Ust Hamid Derani lebih laris dari CD YB Nasaruddin.Ini bermakna ,tarikan Ust Hamid Derani dalam ceramahnya disetiap pelusuk negeri dan negara,ternyata Ust Hamid telah melangkaui batas sempadan.
Begitu juga dengan kehadiran Dato’ Hj Ahmad Rusli B Hj Ibrahim kepangkuan PAS bagaikan satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah kepada PAS Kelantan kerana beliau terjun kedalam perjuangan PAS ketika PAS mengalami saat2 gentir setelah kalah dalam Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir,adalah tidak adil untuk kita membicarakan tentang beliau dalam pengisian jawatan speaker.Disaat itu,kebanyakkan pemimpin PAS terasa hambar untuk mengadakan program ceramah,namun setelah kehadiran Dato’ Hj Ahmad Rusli tidak dapat dinafikan dengan kehadiran beliau telah merubah iklim politi Kelantan dengan kata lainDato’ Rusli telah mewarnai lembaran baru perjuangan PAS,ini tidak termasuk penghijrahan pemimpin lain disetiap Kawasan dancawangan.
Apakah setelah berjaya ,kita meletakkan “ TSUNAMI POLITIK” diatas kejayaan kita? Kalaulah tsunami menjadi penyebab, kenapa ianya tidak berlaku di Terengganu yang didomonasikan oleh orang melayu dan Islam??? Knp idak juga berlaku di Perlis yang hanya beberapa buah warung kopi sahaja dapat menentukan politik Perlis? Jawapan bagi persoalan ini ialah,hasil kerja kuat dari semua pihak di Kelantan serta gelombang anak muda diperantauan yang boleh menentukan keputusan pilihanraya tempoh hari.
Pada pendapat saya, wujudnya polimik persoalan speaker ini adalah angkara Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan,keadaan ini adalah berdasarkan sikar “ belum duduk sudah berlunjur” yang diamalkan ,antaranya:
1. Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan tidak memahami perlembagaan dan peraturan PAS meskipun seorang peguam ,keana tidak dapat membezakan antara kuasa Dewan Harian PAS Negeri dngan Dewan Harian PAS Pusat.
2. Setiausaha PAS Kelantan juga brikhtiar untuk mewujukan (grang design politic) dengan dibantu oleh MSO,Razak Abas , Ust Wan Ismail serta rakan2yang sewaktu dengannya.
3. Setiausaha PAS Kelantan juga telah ingkar secara jelas warkah daripada YB Dato’ Seri Presiden parti, sedangkan didalam UMNO warkah dari presiden akan dijulang oleh Setiausaha Perhubungan sehigga bertempur dengan Istana maziah.
Sebagai pemerhati, Apakah Setiausaha PAS Kelantan berkuasa lebih daripada Presiden???? Dan apakah mungkin Presiden PAS sebagai Perdana Menteri akan datang tidak akan dipatuhi sebagaimana berlakunya pada hari ini.
Adalah lebih adil,kita membicarakan watak Setiausaha inilah yang kelak akan meruntuhkan PAS Kelantan.Daripada penilaian saya, beberapa kelebihan yang ada pada Setiausaha PAS Kelantan tidak lebih daripada untuk mengawal setiap gerak-geri yang berlaku dalam kerajaan sedangkan portfolio yang diagihkan kepada beliau pun tidak pernah mengadakan mesyuarat walaupun setahun sekali.Melihat dari gerakkan kepartian , tidak lebih daripada meraikan kejayaan DUN Bunut Payong .Kehulu kehilir bersana konco-konconya.
Kesimpulannya , tindakan Setiausaha PAS Kelantan telah meletakkan kerusi speaker DUN didalam dua keadaan,pertama pertempuran diantara maruah PAS Pusat dengan PAS Negeri.Kedua, sikap belum duduk sudah berlunjur akan menjadikan PAS tidak disegani oleh Istana Kelantan.
FIKIR-FIKIRKANLAH….. APAKAH AGENDA YB DATO’ TAKIYUDDINLEBIH MUSTAHAK DARI PERJUANGAN PAS??????
Speaker ………………..oh speaker………………………Sebagai pemerhati politik, hati ini tersentuh untuk turut terlibat apabila gelanggang dibuka oleh MSO, meskipun sorotan (TAKI GAGAH,HADI GAGAH) dalam blog asam kelat telah menjawab perkara pokok,tapi elok juga rasanya jika saya turut menyokong komen daripada rakan2 yang terdapat didalam blog2 lain,termasuk tranungkite, kelantankini dan sebagainya yang sememangnya tidak lebih demi untuk melihat perjuangan PAS dapat diterima oleh pelbagai pihak tanpa mengenal batas geografi.
Daripada pengamatan saya, garis panduan yang perlu dipatuhi ianya biarlah konsisten di dalam perjuangan kita. Konsisten dari sudut sebelum pilihanraya dan juga selepas plilihanraya. Adalah tidak adil untuk kita membicarakan tentang ekosongan Speaker untuk menggantikan YB Dato’ Wan Rahim bagi Speaker DUN Kelantan.
Pertama, setiap pelantikan haruslah berdasakan kepada keputusan jemaah, jangan hendaknya polemik ini berpanjangan kerana umum akan melihat apakah didalam PAS juga turut terpengaruh dengan budaya yang berlaku didalam UMNO.
Keduasetiap pimpinan PAS sewajibnya mengetahui dan lebih arif didalam melaksanakan tanggungjawab dan bidangkuasanya. Kita ditarbiah dengan pembahagian kuasa disetiap cawangan,kawasan.negeri,malah diperingkat pusat.Persoalannya,apakah setelah PAS memerintah Kelantan hampir 20tahun akan menghakis kuasa PAS pusat. Apakah Dewan Harian PAS Kelanta lebih berkuasa dari Dewan Harian PAS Pusat? Apakah setiausaha perhubungan PAS kelantan lebih berkuasa dari Setiausaha Agung PAS Pusat?Apakah (egoism)kita telah menyelubungi Dewan Harian PAS Kelantan???? Apakah wujud (Raja Mandaliar) didalam istana PAS Kelantan?Apakah wujud beberapa watak JR yang kelak akan meruntuhkan istana “DALLAS” PAS Kelantan?
Daripada pengamatan sy, adalah tidak elok kita membicarakan siapa yang layak menduduki kerusi speaker diantara Dato’ Hj Ahmad Rusli( yang diangap seorang mualaf politik PAS Kelantan,jika dibandingkan dengan YB Dato’ setiausaha PAS kelantan) dan YB Ust Nasaruddin ADUN Meranti.
YB Ust Nasaruddin tidak boleh dipersalahkan kerana kedudukan beliau pada masa ini sebagai ADUN dan Timbalan Speaker DUN Kelantan,maka ini ialah proses kenaikan pangkat.YB Nasaruddin bagaikan permata yang dijelmakan dari Kerabat Pondok Meranti,meskipun tidak sempat menamatkan pengajian tetapi dijemput bertanding di DUN Meranti.Didalam hal ini, soal seniority tidak timbul kerana kalau bercakap soal seniority,YB Hj Abd Fatah Haron lebih senior.Didalam perjuangan pemuda YB Nasaruddin sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan ,maka ternyata YB Zaki Ibrahim Ketua Dewan Pemuda yang juga ADUN Kelaboran lebih senior berbanding beliau,tetapi kita berbangga dengan kelantangan YB Nasaruddin dalam berhujah dalam segenap sudut dan juga agama yang agak terserlah ,itupun CD ceramah Ust Hamid Derani lebih laris dari CD YB Nasaruddin.Ini bermakna ,tarikan Ust Hamid Derani dalam ceramahnya disetiap pelusuk negeri dan negara,ternyata Ust Hamid telah melangkaui batas sempadan.
Begitu juga dengan kehadiran Dato’ Hj Ahmad Rusli B Hj Ibrahim kepangkuan PAS bagaikan satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah kepada PAS Kelantan kerana beliau terjun kedalam perjuangan PAS ketika PAS mengalami saat2 gentir setelah kalah dalam Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir,adalah tidak adil untuk kita membicarakan tentang beliau dalam pengisian jawatan speaker.
Disaat itu, kebanyakkan pemimpin PAS terasa hambar untuk mengadakan program ceramah,namun setelah kehadiran Dato’ Hj Ahmad Rusli tidak dapat dinafikan dengan kehadiran beliau telah merubah iklim politi Kelantan dengan kata lainDato’ Rusli telah mewarnai lembaran baru perjuangan PAS,ini tidak termasuk penghijrahan pemimpin lain disetiap Kawasan dancawangan.
Apakah setelah berjaya ,kita meletakkan “ TSUNAMI POLITIK” diatas kejayaan kita? Kalaulah tsunami menjadi penyebab, kenapa ianya tidak berlaku di Terengganu yang didomonasikan oleh orang melayu dan Islam??? Knp idak juga berlaku di Perlis yang hanya beberapa buah warung kopi sahaja dapat menentukan politik Perlis? Jawapan bagi persoalan ini ialah,hasil kerja kuat dari semua pihak di Kelantan serta gelombang anak muda diperantauan yang boleh menentukan keputusan pilihanraya tempoh hari.
Pada pendapat saya, wujudnya polimik persoalan speaker ini adalah angkara Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan,keadaan ini adalah berdasarkan sikar “ belum duduk sudah berlunjur” yang diamalkan ,antaranya:1. Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan tidak memahami perlembagaan dan peraturan PAS meskipun seorang peguam ,keana tidak dapat membezakan antara kuasa Dewan Harian PAS Negeri dngan Dewan Harian PAS Pusat.
2. Setiausaha PAS Kelantan juga brikhtiar untuk mewujukan (grang design politic) dengan dibantu oleh MSO,Razak Abas , Ust Wan Ismail serta rakan2yang sewaktu dengannya.
3. Setiausaha PAS Kelantan juga telah ingkar secara jelas warkah daripada YB Dato’ Seri Presiden parti, sedangkan didalam UMNO warkah dari presiden akan dijulang oleh Setiausaha Perhubungan sehigga bertempur dengan Istana maziah.Sebagai pemerhati, Apakah Setiausaha PAS Kelantan berkuasa lebih daripada Presiden???? Dan apakah mungkin Presiden PAS sebagai Perdana Menteri akan datang tidak akan dipatuhi sebagaimana berlakunya pada hari ini.
Adalah lebih adil,kita membicarakan watak Setiausaha inilah yang kelak akan meruntuhkan PAS Kelantan.Daripada penilaian saya, beberapa kelebihan yang ada pada Setiausaha PAS Kelantan tidak lebih daripada untuk mengawal setiap gerak-geri yang berlaku dalam kerajaan.
Kesimpulannya , tindakan Setiausaha PAS Kelantan telah meletakkan kerusi speaker DUN didalam dua keadaan,pertama pertempuran diantara maruah PAS Pusat dengan PAS Negeri.Kedua, sikap belum duduk sudah berlunjur akan menjadikan PAS tidak disegani oleh Istana Kelantan.
FIKIR-FIKIRKANLAH…..
Nassuruddin tamatkan kontroversi (Utusan Malaysia 29/4/08)Sinar Harian (tarikh tidak dapat dipastikan): Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada yang akan bermula Isnin ini dijangka menjadi tumpuan berikutan tersebar desas-desus mengatakan kemungkinan ada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas yang enggan mengangkat sumpah.
ADUN terbabit dikatakan akan bertindak demikian sekiranya yang dilantik menjadi Speaker bukan Datuk Ahmad Rusli Ibrahim, iaitu calon Pas yang tewas merebut kerusi DUN Kok Lanas pada pilihan raya umum lepas.
Menurut satu sumber dalaman parti, wujud dakwaan mengatakan Pas Pusat sudah mencadangkan kepada pucuk pimpinan negeri agar Ahmad Rusli dilantik sebagai Speaker, namun perkara itu tidak `dipatuhi’ kerana mereka mempunyai calon pilihan sendiri.
“ADUN tersebut tetap mahukan Ahmad Rusli yang dikatakan dicadangkan oleh Pas Pusat sebagai Speaker, oleh itu beliau mungkin tidak akan angkat sumpah pada sidang DUN nanti,” kata sumber.
Bagaimanapun sumber itu berkata, ADUN tersebut mungkin hanya 'merajuk' sekejap sahaja dan akan menyertai semua ADUN mengangkat sumpah pada sidang DUN nanti.
Apa yang menjadi persoalan ramai sekarang ialah sama ada keengganan ADUN tersebut mengangkat sumpah akan menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai ADUN dan pilihan raya kecil terpaksa diadakan.
Sementara itu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, ketika dihubungi berkata, ADUN yang tidak mengangkat sumpah pada sidang pertama DUN mempunyai tempoh 30 hari untuk berbuat demikian.
Beliau berkata, dalam tempoh tersebut, ADUN berke-naan masih berfungsi sebagai seorang wakil rakyat yang sah dan boleh mengambil bahagian dalam persidangan DUN.
Wan Abdul Rahim yang memegang jawatan Speaker DUN sehingga pelantikan Speaker baru pada persidangan DUN, Isnin ini berkata tidak berbangkit soal lucut keahlian atau mengadakan pilihan raya kecil kerana tempoh 30 hari tersebut boleh dilanjutkan.
Katanya, menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan, Perkara 47 (4), mana-mana ahli yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh tiga bulan daripada persidangan pertama DUN selepas pilihan raya, tempoh itu boleh dilanjutkan sehingga tarikh yang sesuai mengikut pandangan DUN.
“Maknanya, seseorang ADUN hanya akan terlucut hak sebagai ADUN sekiranya masih tidak angkat sumpah selepas tempoh yang diberi dan DUN akan mengisytiharkan kerusi ADUN tersebut kosong, maka satu pilihan raya kecil perlu diadakan,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas berkaitan ura-ura ada ADUN yang tidak mahu mengangkat sumpah pada persidangan ADUN minggu depan.
Akhbar ini pada awal April melaporkan ADUN Meranti, Nasaruddin Daud merupakan `pilihan’ pucuk pimpinan Pas negeri untuk kerusi Speaker, manakala ADUN Kelaboran yang juga Ketua Pemuda Pas Negeri, Zaki Ibrahim sebagai Timbalan Speaker.
Menurut laporan tersebut, sumber yang rapat dengan ibu pejabat parti itu memberitahu bahawa pemilihan Nasaruddin telah dibuat oleh pucuk pimpinan pada satu mesyuarat di ibu pejabat parti itu.
Perlantikan Nassuruddin sebagai Speaker Dun Kelantan akhiri teka teki (Bernama 28/4/08)
Adun Meranti Speaker DUN Kelantan (MSO 28/4/08)
Pilihan Speaker antara dua orang (GMC 23/4/08)
Cita-Cita besar suku sakat ular lidi yang tamak ingin menelan bapak selar (Cicit Tok Merah 14/4/08)
PAS Mungkin Kehilangan Satu Kerusi DUN di Kelantan (MSO 11/4/08)
Taki gagah? Hadi gagah? (Insan Terbuang 4/4/08)
Pas Kelantan cadang Nassuruddin sebagai Speaker (Utusan Malaysia 3/4/08)
Nasaruddin Daud, Speaker DUN Kelantan (MSO 1/4/08)
Marah Subky dan Kisah Yap Ah Loy (MSO 1/4/08)
Siapa Speaker DUN Kelantan? (MSO 30/3/08)
Pilihan raya kecil di Kelantan?
YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa kehairanannya berikutan keengganan Ahli-ahli Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan (Exco) walaupun portfolio mereka sudah dilucutkan dan perkhidmatan mereka tidak diperlukan lagi.
Beliau berkata, sekiranya Exco dari parti itu berpendirian, mereka sepatutnya meletakkan jawatan secara ‘gentleman’ dan tidak perlu menunggu arahan daripada pemimpin mereka.
‘Amatlah memalukan sekiranya Exco berkenaan sanggup bertahan dalam kerajaan negeri walaupun semua portfolio termasuk jawatankuasa kecil yang diang-gotai mereka sudah dilucutkan,” ujarnya.
Tuan Guru Dato’ Menteri Besar melahir-kan rasa risau kerana Exco daripada PMS46 itu hanya menerima gaji tanpa kerja dan bagaimana nanti untuk mereka menjawabnya di hadapan Allah.
Beliau juga berkata apabila perlantikan Exco baru selesai dibuat, maka pergolakan politik Kelantan dengan sendirinya akan selesai.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Tabung Bantuan Pembinaan Madrasah Darul Annuar, Pulau Melaka yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Rakyat dan Adun-Adun Negeri Kelantan di tapak bangunan tersebut.
Untuk melicinkan pentadbiran kerajaan bagi memenuhi tanggungjawabnya kepada rakyat, Tuan Guru Dato’ Menteri Besar berkata kerajaan negeri sekarang yang mempunyai lima Exco termasuk beliau sendiri memikul portfolio yang dilucutkan daripada ahli PMS46 itu.
Menurut beliau kemelut di dalam Exco kerajaan yang berlaku sekarang akan berakhir apabila kesemua Exco dari Parti Melayu Semangat 46 meletakkan jawatan atau dipecat sehingga membolehkan dilantik Exco baru yang seiring dengan kerajaan sekarang.
Bukan soal siapa, Tok Guru.
Mengenai IFC (Umno-Reform)
Pendokong kuat IFC dan Article 11 kini jadi Menteri (Tranungkite)
Rang undang-undang hudud, kerajaan negeri kena saman (Malaysiakini)
Hudud: Zaid Ibrahim tidak sendirian (Malaysiakini)
Police ignored mob, say forum organisers (Malaysiakini)
Pilihanraya kecil jika lompat parti (Malaysiakini)
Demonstrasi paksa forum agama dibatal (Utusan Malaysia)
Lebih 1,000 bantah majlis IFC di Pulau Pinang (Harakahdaily)
Forum umum dibatalkan selepas 500 orang berdemonstrasi membantahnya (Bernama)
Forum ‘kontroversi’ tiada permit (Utusan Malaysia)
Tindakan bodoh - Nazri (Utusan Malaysia)
Pak Lah Berlunak dengan IFC tapi keras dgn rakyat (Pemuda PAS Jasin)
MEDIA ISLAM - Adalah Bodoh untuk Nazri berkata pembantah IFC bodoh(Pemuda PAS Jasin)
Kerajaan tiada hasrat benarkan penubuhan IFC - PM (Utusan Malaysia - tak benar tubuh sahaja, bawa masuk kabinet boleh)
Zaid: Usah biar dua majlis buat `undang-undang' sesuka hati (Utusan Malaysia)
SMS: Dakwaan Zaid disangkal (Utusan Malaysia)
Tindakan saya bukan cari populariti - Zaid (Utusan Malaysia)
Lawan Dasar Setinggan Sifar!!
Tak setuju levi RM 10 pekerja asing di Selangor (Tranungkite)
Selangor wants to exploit migrants? (Susan Loone)
Stop adding burden to Migrant Workers (Ariff Abdull)
Dr. Nasir – We would not compromise on Urban Settlers... (Amin)
Marah Selangor teruskan setinggan sifar (Malaysiakini)
Selangor teruskan dasar Khir Toyo (Malaysiakini)
MB: 'Zero squatters' policy to continue (Malaysiakini)
Q&A: We will 'pursue' Khir Toyo (Malaysiakini)
Selangor tidak berhak kenakan levi pekerja asing (Utusan Malaysia)
Menarik (sila klik tajuk dan imej):

Malaysia Will Get A New Prime Minister on Friday? (Sheih)
A political tsunami explained (Malaysia Today)
Permas: New MB's statements 'chilling' (Malaysiakini)
Sanglang election petition fixed for April 3 (Malaysiakini)
No rush for hubby to contest, says Azizah (Malaysiakini)
Selangor reps lend voice to Bkt Gasing residents (Malaysiakini)
Review water deal or face legal action (Malaysiakini)
Umno polls in Dec, Ahmad backed as MB (Malaysiakini)
Kronologi krisis 19 hari Idris-istana (Malaysiakini)
Saya sedia dicabar, kata Pak Lah (Malaysiakini)
Sambutan besar Agong di Terengganu (Malaysiakini)
Ku Li mula temui ketua bahagian (Malaysiakini)
Strategi BN untuk menakluki kembali Selangor (Tranungkite)
Kadir, Malek Hanafiah, Ibrahim Saad antara ketua bahagian jumpa Ku Li (KL Pos)
Lebih 10 ketua bahagian UMNO jumpa Ku Li (Utusan Malaysia)
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO boleh dicabar (Utusan Malaysia)
Malaysia diramal berdepan inflasi makanan (Utusan Malaysia)
Letak jawatan: Dompok enggan ulas (Utusan Malaysia)
BPR siasat dakwaan beli sokongan politik (Utusan Malaysia)
Guna sistem undi pilih ketua kampung di Selangor (Utusan Malaysia)
AJK UMNO lapor polis cubaan sabotaj Hashim (Utusan Malaysia)
Umno supreme council endorses Ahmad as MB, sets December polls date (NST)
Sabah deserves better representation at federal level, says Sabah Umno Secretary (Bernama)
Ong: PKFZ proposal can be considered but ... (The Sun)
Umno division heads lunch with Ku Li, urge him to contest Abdullah (Malaysian Insider)
Malaysia property firm says poll blow to govt cronies (Reuters)
Malaysian leader says he's willing to face leadership challenge as party postpones polls (AOL)
Malaysia ruling party poll set for Dec, Abdullah expects (AOL)
Malaysian political writer, opposition-run newspaper lose university libel suit (AOL)
UMNO debates problems over internal elections, spat with king (AOL)
Malaysia sees weaker growth, stronger inflation (Reuters)