Muzakarah, Muslimat PAS setuju tetapi...

Posted by Unknown Wednesday, July 30, 2008

Harakah (30/7/08): Dewan Muslimat PAS Pusat bersetuju mengadakan muzakarah bersama Wanita Umno berhubung hal kepentingan menjaga agama Islam dan memelihara kemaslahatan rakyat secara umumnya.

Setiausaha Muslimat PAS, Aiman Athirah Al-Jundi berkata Muslimat PAS lebih berminat dengan perbincangan mengenai usaha menjaga Islam dan menjaga kebajikan rakyat.

"Bagi Muslimat PAS, muzakarah ini dilihat untuk mencari persefahaman bagi menjaga Islam dan memelihara kepentingan rakyat secara umum," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau diminta mengulas mengenai cadangan Wanita Umno melalui Sekretariat Advokasi dan Pemerkasaan Wanita Islam (Senada) yang akan mengadakan muzakarah dengan Dewan Muslimat PAS bagi membincangkan isu-isu berkaitan wanita Islam di negara ini.

Walau bagaimnapun, muslimat melihat pelawaan itu lebih menggambarkan seolah-olah terdapat wujud usahasama mewujudkan kerjasama politik kedua-dua parti.

Tegasnya, kenyataan tersebut disokong oleh pendedahan Abdullah mengenai pertemuan-pertemuan yang dibuat bersama dengan pemimpin PAS.

"Muslimat sentiasa berwaspada dengan sebarang pertemuan mahupun kerjasama yang mahu dijalinkan dalam apa jua bentuk sekalipun setelah terdapat beberapa kenyataan daripada pemimpin Umno sebelum ini yang kelihatan 'bias'," katanya.

Hal ini digambarkan apabila Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali menawarkan kerjasama serta pelawaan

"Apabila mereka membuat pelbagai tawaran kepada PAS, ianya kelihatan seolah-olah PAS ini 'hubbun dunia' yakni cintakan pangkat dan kedudukan," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, pihaknya menyatakan bahawa Muslimat kini lebih cenderung untuk mengadakan perbincangan bersama sayap wanita KeADILan dan DAP.

"Jika benar mereka ingin mewujudkan kerjasama itu, berikan dulu keadilan kepada para isteri dan anak-anak mangsa tahanan ISA, baru boleh bercakap mengenai kerjasama untuk kepentingan rakyat lain," ujarnya.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib