Temui pemimpin Umno bukan di atas kepentingan peribadi - Nasharuddin

Posted by Unknown Thursday, August 14, 2008

Harakah (14/8/08): Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa sekali lagi menjelaskan perjumpaan pemimpin PAS dan Umno bukan di atas kepentingan peribadi.
Beliau berkata, tidak salah untuk PAS mengadakan perjumpaan dengan sesiapa sahaja termasuk pemimpin Umno sebagai medan dakwah.

Lagi pun katanya, pertemuan yang diadakan sebelum ini sudah diputuskan Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada April lalu.

"Pemimpin PAS bertemu dengan pimpinan Umno adalah restu daripada Majlis Syura Ulamak. Dan rundingan yang diadakan bukan untuk mendapatkan kerusi atau jawatan.

"Tetapi apa yang kita lakukan untuk memastikan mereka menerima Islam," katanya pada perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-49 di Stadium Indera Mulia, di sini, malam ini.

ImageBeliau berkata, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat perlu didakwah sepanjang masa biar pun kita berada dalam satu bumbung dengan PAS sekarang.

Kata beliau juga politik adalah alat, manakala PAS merupakan wadah untuk meneruskan kerja-kerja dakwah berasaskan al Quran.

"Perlukan kepemimpinan ulama hanya mengutamakan pandangan aspek politik semata-mata dan meninggalkan perkara sebenar dalam dakwah," ujarnya.

Beliau berkata, asas dakwah yang berpandukan al Quran ialah perkara mutlak dalam perjuangan PAS.

Oleh itu beliau berharap setiap ahli hendaklah bertenang dan melihat apa yang berlaku dalam isu muzakarah dari pelbagai sudut.

Menurutnya, sikap Saiyidina Omar yang menghunus pedang marah kepada orang yang mengatakan Rasulllullah saw wafat seharusnya menjadi iktibar.

"Sayangilah jemaah dengan panduan al Quran dan bukan sahaja dengan kepentingan politik.

"Pastikan segala langkah yang diambil oleh ahli mestilah berdasarkan panduan dari al-Quran," ujar beliau.

Sementara itu Ustaz Nasharuddin menyampaikan anugerah kepada Dewan Pemuda PAS yang berjaya mengumpul jumlah ahli teramai.

Zon Timur dimenangi Dewan Pemuda PAS Tumpat, Baling (zon utara), Lumut (tengah), Tampin (selatan) dan Petrajaya (Malaysia Timur).

Manakala bagi kategori pengurusan pejabat terbaik tempat pertama dimenangi Dewan Pemuda PAS Kedah, Terengganu (kedua) dan Johor (ketiga).

Pengurusan Pasti terbaik pula dimenangi Selangor bagi kategori A, Perak (B) dan Melaka (C).

Pada majlis itu Timbalan Presiden PAS juga melancarkan tiga buku terbaru karya terbaru beberapa pemimpin PAS.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib