Kalau Abdullah mereka buang, kenapa tidak Najib?

Posted by Unknown Friday, September 26, 2008

Harakah (26/9/08): Malaysia akan dipimpin oleh seorang lagi pemimpin yang lemah, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar manakala Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution pula menjangka Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan dibuang seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mereka berkata demikian ketika mengulas proses peralihan kuasa yang diputuskan supaya dipercepatkan oleh mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Timbalan Perdana Menteri bersama-sama mesyuarat tergempar MT pagi tadi dilaporkan mencincang pelan peralihan kuasa pada 2010 yang dirayu Abdullah dan memutuskan supaya Presiden Umno itu berundur segera.

Perhimpunan Agung Umno yang akan menyaksikan proses pemilihan kepimpinan ditangguhkan dari Disember ini kepada Mac akan datang dan Abdullah pula dipaksa berundur dalam tempoh beberapa minggu sahaja lagi, kalaupun tidak beberapa hari.

Najib, atas sifatnya sebagai Timbalan Presiden Umno, dijangka akan menggantikannya.

"Siapa pun pemimpin, ia tetap Umno yang sama," Kamarudin memberitahu Malaysian Insider (MI). "Najib akan dipengaruhi oleh Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan kita akan melalui satu lagi tempoh kepimpinan dan polisi yang lemah".

"Inilah proses peralihan kuasa yang paling kacau bilau. Adalah ironi mengapa mereka menuduh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang bertanggungjawab ke atas ketidakpastian dan kemelut ekonomi, sedangkan adalah jelas Umno tidak boleh menentukan arah haluan parti mereka, apa lagi negara," kata Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat.

Mengenai percubaan berterusan Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan Barisan Nasional, beliau berkata "usaha untuk perubahan tetap diteruskan tidak kira siapa pun yang memimpin Umno".

Saifuddin pula mengalu-alukan pengunduran Perdana Menteri yang sememangnya dijangkakan itu.

"Ia sangat baik untuk kami," katanya kepada MI.

"Najib mungkin diberi peluang oleh rakyat sebagai harapan baru. Tetapi beliau mempunyai terlalu banyak pekung di dada dan hanya menunggu masa sahaja - jika Umno boleh melakukannya kepada Abdullah, kenapa tidak Najib?"

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula menyifatkan apa yang berlaku dalam mesyuarat tergempar MT pagi tadi itu sebagai rampasan kuasa.

Beliau menyifatkan kata-kata Abdullah yang mendakwa keputusan untuk berundur terletak di tangannya sebagai kata-kata kosong kerana keputusan telah dibuat supaya Presiden Umno itu berundur segera.

Lim juga menyifatkan mesyuarat tersebut memuktamadkan hakikat bahawa Umno tidak lagi relevan, di mana kepentingan para pemimpin Umno diutamakan melebihi cabaran yang dihadapi negara terutama dari segi ekonomi dan pentadbiran.

Berkaitan:
Peralihan lebih awal - Keputusan mesyuarat khas MT Umno semalam
Penangguhan ambil kira pandangan ahli
Keputusan sebelum 9 Okt. - PM
Tidak jejas wibawa Presiden
Yakin bahagian sokong penangguhan
Mac genap 18 bulan
Boleh rumitkan keadaan
Ahli Umno perlu hormati keputusan
Keputusan Majlis Tertinggi wajar - Pemerhati politik
Ketua bahagian sambut baik
Umno Kepala Batas sokong PM tentukan hala tuju
Transkrip sidang akhbar PM selepas mesyuarat khas MT Umno semalam
Gabungan NGO sokong PM

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib