Majoriti Melayu dan rakyat tolak ISA

Posted by Unknown Wednesday, September 24, 2008

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Ketika para pemimpin Umno tidak putus-putus dengan dakwaan kononnya penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) direstui oleh majoriti senyap atau silent majority, tinjauan pendapat yang dibuat oleh Merdeka Centre membuktikan sebalikinya.

Sejak kebelakangan ini, beberapa kenyataan pemimpin Umno juga seolah-olah mahu memberi gambaran penggunaan ISA direstui oleh orang-orang Melayu.

Bertentangan dengan gambaran yang cuba diberikan oleh para pemimpin Umno itu, tinjauan yang dibuat oleh Merdeka Centre itu dengan jelas membuktikan bahawa majoriti orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia tidak percaya ISA perlu digunakan untuk memelihara keselamatan negara.

Dalam tinjauan mengenai ISA itu, 3,600 orang telah diminta pendapat mereka. Dari jumlah itu, 49 peratus darinya adalah orang-orang Melayu, 31 peratus Cina, lapan peratus India, enam peratus bumiputera Sabah dan enam peratus bumiputera Sarawak.

70 peratus dari mereka tidak bersetuju dengan dakwaan kononnya tindakan menangkap dan menahan tanpa bicara perlu dilakukan untuk menjaga keselamatan negara.

Apabila dipecahkan mengikut bangsa, didapati 71 peratus responden Melayu tidak bersetuju ISA digunakan untuk keselamatan negara; Cina 79 peratus, India 90 peratus, bumiputera Sabah 71 peratus dan bumiputera Sarawak 66 peratus.

PM tidak peduli

Tinjauan-tinjauan Merdeka Centre sebelum digunakan oleh para pemimpin Umno sendiri terutama tinjauan yang menyatakan Perdana Menteri mendapat sokongan majoriti Melayu sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Bagaimanapun bulan lalu, apabila ditanya tentang kajian Merdeka Centre yang mendapati popularitinya menurun di bawah paras 50 peratus buat pertama kalinya sejak 2004, Perdana Menteri berkata, beliau tidak peduli dengan hasil kajian itu.

Melaporkan secara detail dalam blognya (kuda-kepang.blogspot.com), blogger Umnno, Datuk Ruhanie Ahmad mendedahkan bahawa tinjauan Merdeka Centre mendapati hanya tujuh peratus responden berpuas hati dengan cara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri.

Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong itu seterusnya mendedahkan, 35 peratus agak berpuas hati, 17 peratus sangat tidak berpuas hati, dan 37 peratus pula agak kurang berpuas hati.

Beliau juga mendedahkan, hanya 10 peratus responden amat berpuas hati bahawa Umno memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat berbanding 25 peratus yang amat tidak berpuas hati.

Responden yang agak berpuas hati adalah 26 peratus tetapi yang agak tidak berpuas hati adalah 33 peratus.

Mengenai kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN), katanya, lapan peratus responden berpuas hati berbanding 16 peratus yang sangat tidak berpuas hati. Mereka yang agak berpuas hati adalah 36 peratus dan yang agak tidak berpuas hati adalah 38 peratus.

Merosot mendadak

Rasa puas hati rakyat jelata terhadap perkembangan semasa ini, katanya, merosot secara mendadak daripada 71 peratus pada tempoh 29 Februari - 4 Mac 2008 (sebelum PRU12), kepada 68 peratus bagi tempoh 5 Mac - 7 Mac 2008 (menjelang hari pembuangan undi PRU12), 44 peratus bagi tempoh 30 April - 5 Mei 2008 (selepas PRU12), dan 28 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008.

Kemerosotan ini banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi (59 peratus), jenayah dan keselamatan awam (25 peratus), rasuah dan penyalahgunaan kuasa (15 peratus) dan faktor politik (10 peratus).

Mengenai ekonomi, 24 peratus responden menyatakan pada tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008 bahawa ekonomi Negara adalah favourable. Angka ini menurun daripada 59 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008.

Mengenai kedudukan ekonomi negara mutakhir ini berbanding tiga tahun lalu, hanya 19 peratus responden mengatakan ianya favourable berbanding 51 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008.

Kemerosotan keyakinan responden terhadap hakikat di atas adalah berasaskan pandangan mereka yang tidak favourable mengenai pendapatan peribadi (60 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 34 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), kos harga barang dan perkhidmatan (24 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 merosot kepada 8 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), peluang pekerjaan (merosot daripada 50 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 29 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), dan peluang perniagaan (merosot daripada 49 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 33 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008).

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib