Harakah (23/10/08): Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan tetap tidak berganjak dengan keputusannya semalam melarang wartawan Berita Harian membuat liputan sepanjang persidangan Dun berlangsung sekarang.

Ustaz Nasuruddin Daud berkata, larangan itu dibuat bukan untuk menghalang kebebasan akhbar, sebaliknya memberi pengajaran kepada petugas media supaya lebih berhati-hati ketika membuat laporan.Image

"Kami sudah memberi ruang secukupnya kepada akhbar berkenaan membuat pembetulan terhadap tajuk digunakan Selasa lalu, yang tidak menggambarkan keadaan sebenar berlaku.

"Sepatutnya mereka menggunakan ruang tersebut atau setidak-tidak datang menemui pihak dewan bagi menjelas perkara sebenar," katanya ketika ditemui ketika persidangan berhenti rehat hari ini.

Semalam Nasuruddin mengeluarkan arahan menarik balik kebenaran kepada akhbar berkenaan membuat liputan sepanjang persidangan ini berlangsung apabila enggan membetulkan laporannya.

Keputusan itu dibuat berdasar kepada Perkara 14, Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Kelantan yang dibaca bersama Perkara 13.

Selasa lalu akhbar terbabit menyiarkan tajuk 'Sultan murka kerajaan PAS gagal tadbir Kelantan' di halaman hadapan sehingga menimbulkan rasa tidak puas di kalangan penyokong kerajaan.

Nasuruddin juga menyatakan kesediaan berjumpa dengan Presiden Kelab Wartawan Kelantan (Kawan), Wan Zulkifli Wan Yaakob membincangkan perkara tersebut pada bila-bila masa.

"Saya mengalu-alukan kehadiran Presiden Kawan, namun sehingga kini belum ada apa-apa permohonan diterima daripada pihak terbabit.

"Tidak ada masalah untuk diadakan pertemuan dengan wakil wartawan. Saya akan menjelaskan kewajaran tindakan dibuat kerana ia bukan bermotif politik sebaliknya kepentingan banyak pihak," katanya.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib