Undi popular golongan muda bantu kemenangan Pas

Posted by Unknown Tuesday, January 20, 2009

Sinar Harian: Pas berjaya mendapat undi popular daripada golongan muda sebanyak 2,614 undi dengan majoriti 3,584 undi, tanpa mengambil kira undi pos dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, jumlah itu adalah majoriti paling besar berbanding undi golongan dewasa iaitu sebanyak 970 undi berbanding Barisan Nasional (BN) dan Bebas.

Ariffin yang juga merangkap Setiausaha Operasi Pas dalam pilihan raya kecil berkenaan menjelaskan, daripada 61 saluran muda, 42 daripadanya berpihak kepada Pas manakala 19 saluran kepada BN.

“Pengiraan dibuat dengan mengambil kira saluran dua sebagai saluran muda sekiranya hanya terdapat saluran 1 dan 2 sahaja di pusat mengundi, saluran tiga dan empat akan dikira saluran muda sekiranya terdapat 1 hingga 4 saluran di pusat mengundi, begitu juga saluran empat dan lima dikira saluran muda sekiranya terdapat saluran satu hingga lima di kawasan terbabit.

“Undi tersebut sekiranya tidak mengambil kira undi pos, kita menang majoriti dengan 3,584, sebaliknya mendapat 2,631 majoriti sekiranya dicampur undi pos,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas mendapat undi paling banyak daripada golongan muda di Losong Masjid dengan 274 undi manakala undi paling merosot di Kampung Cina iaitu di saluran empat dengan kekurangan 95 undi.

Bagaimanapun katanya, Pas berjaya menawan golongan muda di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Bukit Besar iaitu tempat calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengundi iaitu sebanyak 65 undi melebihi parti lain.

“Walaupun undi pos kita kalah besar, tetapi masih ada sokongan dengan 86 undi dan kita yakin mereka yang mengundi adalah petugas pilihan raya daripada 267 kertas undi yang diedarkan Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya.

Kenyataan Tun M tidak wajar

Sinar Harian: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu berasa bertanggungjawab terhadap kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Ketua pergerakan itu, Badrul Hisham Zaki berkata, beliau akur dengan perkara itu dan antara punca kekalahan BN adalah sokongan golongan muda semakin berkurangan dalam pilihan raya kecil kali ini berbanding pilihan raya umum, Mac tahun lalu.

Menurutnya, hanya 11 peti undi sahaja dimenangi BN antaranya, Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Memepelam, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hwa Wei Sin, SK Paya Bunga, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Sultan Sulaiman I dan II, SK Gong Kapas, SMK Sultan Sulaiman, SMK Chendering SK Kubang Ikan dan Dewan Tuanku Abdul Rahman.

“Kita akan mencari jalan dan penyelesaian selepas mengenal pasti kelemahan serta faktor kekalahan melalui ‘post-mortem’ yang akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, beliau turut menganggap kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kekalahan BN disebabkan calon BN tidak disukai ramai, sebagai tidak wajar.

Dalam laporan Sinar Harian semalam, Mahathir berkata, calon yang mewakili BN pada pilihan raya kecil itu tidak sesuai meneruskan perjuangan BN dan UMNO.

Bagaimanapun, Badrul Hisham berkata, semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan tersebut tanpa menuding jari kepada sesiapa.

“Kita tidak harus tuding jari pada sesiapa kerana kita seia sekata mengambil keputusan memilih Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid sebagai calon dan tidak timbul soal siapa yang salah, siapa tidak betul.

“Kekalahan adalah tanggungjawab anggota dan semua pemimpin UMNO patut bertanggungjawab,” katanya.

Menurut Badrul Hisham, ia bukanlah penghujung bagi perjuangan BN di negeri dan negara ini memandangkan mereka masih mempunyai masa untuk membaiki kelemahan dan melaksanakan perubahan.

Dalam pilihan raya kecil Sabtu lalu, calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi mengalahkan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas, Azharudin Mamat@Adam.

0 comments

Post a Comment

ImageChef Custom Images

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib