Berita Harian (29/4/09): Pemuda Umno menyambut baik kesediaan Pas berbincang dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan campuran tetapi mahu ia diadakan tanpa syarat.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak menolak kerajaan campuran dengan BN adalah titik tolak penting untuk parti itu dengan BN.
Bagaimanapun, katanya, perbincangan itu perlu diadakan tanpa syarat seperti kemahuan Nik Abdul Aziz yang mahu Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan diserah kepada Pas.
“Jika Pas ikhlas membentuk kerajaan campuran, jangan letak syarat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Khairy mengulas kenyataan Nik Aziz yang BN mesti menyerahkan dua kementerian penting itu jika ingin menawarkan kerajaan campuran.
Perkara itu dinyatakan anak lelaki Nik Abdul Aziz, Nik Abduh, dalam blognya yang menafikan bapanya tidak bersifat terbuka dalam soal kerajaan campuran atau perpaduan.
Khairy berkata, Pemuda ingin menjemput Pas mengadakan perbincangan dengan BN mengenai soal itu tanpa syarat ditetapkan.
Beliau berkata, melalui perbincangan itu, BN dan Pas boleh menentukan formula perkongsian kuasa yang diperlukan.
Sementara itu, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim, gembira dengan keprihatinan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagi mengadakan kerjasama dengan Umno dan BN.
Namun, katanya, perbincangan perlu diadakan tanpa syarat kerana ia boleh menjejaskan asas persefahaman.
“Yang terbaik kita dahului kemurnian persahabatan antara pemimpin kedua-dua parti. Kita harus bertegur sapa dan kunjung mengunjungi sesuai dengan kehendak Islam.
“Selepas kedua-dua intim dan akrab, barulah kita bercerita soal siapa buat apa dan siapa ambil jawatan apa,” katanya.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak menolak kerajaan campuran dengan BN adalah titik tolak penting untuk parti itu dengan BN.
Bagaimanapun, katanya, perbincangan itu perlu diadakan tanpa syarat seperti kemahuan Nik Abdul Aziz yang mahu Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan diserah kepada Pas.
“Jika Pas ikhlas membentuk kerajaan campuran, jangan letak syarat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Khairy mengulas kenyataan Nik Aziz yang BN mesti menyerahkan dua kementerian penting itu jika ingin menawarkan kerajaan campuran.
Perkara itu dinyatakan anak lelaki Nik Abdul Aziz, Nik Abduh, dalam blognya yang menafikan bapanya tidak bersifat terbuka dalam soal kerajaan campuran atau perpaduan.
Khairy berkata, Pemuda ingin menjemput Pas mengadakan perbincangan dengan BN mengenai soal itu tanpa syarat ditetapkan.
Beliau berkata, melalui perbincangan itu, BN dan Pas boleh menentukan formula perkongsian kuasa yang diperlukan.
Sementara itu, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim, gembira dengan keprihatinan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagi mengadakan kerjasama dengan Umno dan BN.
Namun, katanya, perbincangan perlu diadakan tanpa syarat kerana ia boleh menjejaskan asas persefahaman.
“Yang terbaik kita dahului kemurnian persahabatan antara pemimpin kedua-dua parti. Kita harus bertegur sapa dan kunjung mengunjungi sesuai dengan kehendak Islam.
“Selepas kedua-dua intim dan akrab, barulah kita bercerita soal siapa buat apa dan siapa ambil jawatan apa,” katanya.
2 comments
Mengapa pandangan KJ menampakkan dia rakus dan tidak beradab? Kalau nak dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin muda yang lain?
NGO MELAYU - KATALIS PENYATUAN MELAYU & ISLAM
UTUSAN MALAYSIA - RUANGAN FERIZ OMAR
(Edisi : Selasa, 28 April 2009 Muka 10)
USAHA untuk mencari titik pertemuan Melayu dan Islam seperti yang dititahkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sewaktu upacara ulang tahun keputeraan baginda baru-baru ini perlu diterima sebagai perjuangan baru sepanjang zaman bagi setiap individu yang beragama Islam dan bergelar Melayu.
Tidak kita nafikan ramai kecewa dengan kenyataan terbuka Datuk Seri Mohammad Nizar bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO dalam merealisasikan kehendak Sultan Azlan Shah. Pertikaian sama ada 'UMNO lebih memerlukan Pas dan bukan sebaliknya' menunjukkan bahawa kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu berbaur emosi, individualistik dan tidak mewakili PAS secara keseluruhan.
Hakikatnya, saranan Sultan Azlan Shah adalah murni dan mempunyai nilai kerohanian yang tinggi. PAS yang berjuang atas imej Islam sepatutnya berlapang dada dan menjadi yang paling awal terpanggil untuk menyahut saranan Sultan Perak. Sebaliknya, saranan tersebut ditolak mentah-mentah atas alasan-alasan tersendiri.
UMNO pula perlu mengkaji segala alasan mengapa kata-kata sehingga boleh membawa persepsi 'durhaka pada Raja' itu dibuat oleh seorang kepimpinan tertinggi PAS di peringkat negeri.
Kalau hari ini UMNO begitu kuat melaungkan peri pentingnya ketaatan dan kedaulatan Raja Melayu, di ruang ini jugalah UMNO perlu buktikan kedudukannya dalam merealisasikan saranan Sultan Perak itu.
Dalam hal ini juga, perdebatan UMNO-PAS seperti yang dianjurkan oleh pemimpin muda sewaktu kempen pemilihan UMNO 2009 tidak sepatutnya berulang kerana ia menunjukkan ketidakmatangan dan menjarakkan lagi perbezaan UMNO-PAS.
Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu juga perlu menjadi pemangkin (katalis) penyatuan Melayu dan Islam seperti yang disarankan oleh Sultan Azlan dan bukan terus melaga-lagakan parti-parti politik Melayu dengan pelbagai kenyataan sehingga menimbulkan kemusykilan terhadap kedudukan NGO sebagai badan perwakilan rakyat di peringkat akar umbi yang bebas daripada politik.
Sesungguhnya mengikut kajian peringkat akar umbi persatuan kami, usaha ke arah penggabungan UMNO-PAS adalah perkara yang paling ditakuti oleh barisan parti-parti pembangkang lain. Ini adalah kerana gabungan UMNO dan PAS secara majoriti mampu memberi sokongan 'solid' undian Melayu setiap kali pilihan raya umum diadakan.
Jika kita kaji secara halus dan mendalam isu pergeseran UMNO-PAS hari ini adalah berpunca daripada individu-individu dalam kedua-dua parti itu sendiri dan tiada kaitan dengan wawasan serta objektif parti politik masing-masing.
Daripada perspektif hukum Islam pula, UMNO bukan sekadar menabur janji malahan telah membuktikan usahanya segiat mungkin ke arah pelaksanaan menurut sistem hukum Islam sepenuhnya.
Antara usaha UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional adalah dengan wujudnya Undang-Undang Syariah Kekeluargaan Islam yang setaraf dengan Mahkamah Sivil (Perkara 121 1(A) Perlembagaan Persekutuan) melalui pelaksanaan yang disokong oleh majlis dan jabatan agama Islam seluruh Malaysia; Sistem kewangan dan perbankan Islam yang menjadi pusat rujukan dunia; Tabung Haji - sebuah institusi terbaik dunia dalam mempermudahkan rakyat mengerjakan ibadah haji dan umrah; Sistem pungutan zakat dan Baitul Mal; Sistem persijilan makanan halal yang diiktiraf dunia; dan banyak lagi.
Hukum hudud adalah hukum Allah yang sentiasa dekat dengan jiwa Islam dan jika persoalan itu menjadi alasan PAS untuk tidak bekerjasama dengan UMNO, ia adalah alasan kurang tepat. Hari ini, apabila hukum hudud dicadangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, ramai juga ADUN UMNO yang mengangkat tangan bersetuju tetapi apabila diusulkan mengenai pelaksanaannya, perbincangan terhenti.
Memang kita akui bahawa usaha menterjemahkan hudud melalui pelaksanaannya seratus peratus ke atas sebuah negara pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia adalah suatu cabaran besar.
Di sinilah NGO Melayu boleh memainkan peranan dalam menggerakkan para intelektual Melayu dan Islam supaya berusaha mencari penyelesaian ke arah sistem pelaksanaan dengan mengambil kira tahap kesediaan penerimaan rakyat bukan Islam mengenai hukum tersebut.
Usaha ini bak kata pepatah Melayu, seperti 'menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak'.
Dalam dada-dada akhbar dan majalah media arus perdana juga sudah banyak membincangkan kedudukan hukum hudud yang sebenarnya sudah sedia dilaksanakan ke atas orang Islam dan Melayu melalui Undang-Undang Syariah Islam dan Kanun Keseksaan (Penal Code). Semoga kebaikan, keunikan dan kelebihan pelaksanaan hukum hudud ke atas orang Islam akhirnya terserlah dan diterima ramai.
Selain itu, ada juga pemimpin-pemimpin kanan negara yang menyatakan usaha ke arah penggabungan UMNO-PAS adalah tidak perlu kerana sejarah telah membuktikan bahawa ia suatu usaha yang sia-sia.
Bagi saya, faktor sejarah tidak ada kena mengena langsung dengan masa hadapan. Jika alasan yang sama digunakan, sudah pasti negara yang kita cintai, Malaysia hari ini masih lagi belum merdeka. Pejuang-pejuang Melayu sejak dari zaman Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Ngah Ibrahim, Datuk Bahaman, Dato' Onn Jaafar hingga Tunku Abdul Rahman terus-terusan yakin pada usaha positif mencari kemerdekaan sehingga ia menjadi kenyataan pada tanggal 31 Ogos 1957.
Penyatuan Melayu-Islam adalah ternyata suatu usaha yang jujur dan ikhlas yang boleh membawa bangsa Melayu dan agama Islam ke tahap yang tidak terdaya disaingi oleh pesaing-pesaing lain. Ia perlu menjadi perjuangan abadi sepanjang zaman dan sentiasa direnungkan sebagai perjuangan yang belum selesai.
FERIZ OMAR adalah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)
Posted on April 29, 2009 at 3:13 PM
BILAKAH PEMUDA UMNO AKAN SEDAR DAN INSAF?
HASRAT NIK AZIZ DIALU-ALUKAN Oleh Tarmizi Rahim
(Utusan Malaysia, 29 April 2009)
KUALA LUMPUR 28 April - Pas sepatutnya tidak meletakkan syarat tertentu jika ikhlas mahu merealisasikan kerjasama kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN).
Para pimpinan UMNO dan parti komponen BN berpendapat syarat yang ditetapkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seolah-olah parti itu mempunyai agenda tersembunyi dalam membantu membangunkan negara ini.
Mereka bagaimanapun pada asasnya mengalu-alukan kesediaan parti pembangkang itu untuk bekerjasama yang secara tidak langsung memperlihatkan kesedaran dan keinsafan untuk menggembeling tenaga memajukan negara bersama-sama dengan BN.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, pergerakan itu sendiri sedia mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan Pas bagi menjayakan kerjasama tersebut.
"Syarat kita, mereka perlu ikhlas dan jangan letakkan sebarang syarat, Pemuda sedia bertindak proaktif dan berbincang jika mereka jujur dan ikhlas".
"Pemuda juga sebenarnya gembira dengan situasi ini yang menunjukkan Pas telah sedar dan insaf," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kesediaan Nik Abdul Aziz untuk menerima kerajaan perpaduan seperti dicadangkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan syarat BN memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.
Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu dipetik dalam blog anaknya, Nik Abduh.
Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, titik persefahaman di antara Pas dan BN itu perlu diperkembangkan bagi mencapai persamaan yang lebih jitu dan konkrit.
"Bagi saya soal jawatan itu tidak begitu penting tetapi yang paling mustahak ialah duduk bersama dahulu dan berbincang bagi menerokai titik penamat kepada persefahaman itu," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung MCA, Senator Datuk Wong Foon Meng pula mempertikaikan kejujuran Nik Abdul Aziz yang disifatkan lebih mementingkan jawatan dalam kerajaan daripada membantu rakyat dan negara.
Sepatutnya, kata beliau, apabila Pas sedia bekerjasama dengan BN bermakna mereka telah bersedia menyertai sebuah pasukan yang mana setiap keputusannya perlu diputuskan secara bersama dan bukannya secara individu.
"Inilah yang saya sangsi dengan hasrat Pas itu, ingin sertai kerajaan perpaduan tetapi sejak awal lagi mahukan jawatan-jawatan tertentu, apa agenda mereka sebenarnya," katanya.
Bagi Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan BN untuk mengkaji secara mendalam hasrat Menteri Besar Kelantan itu.
"Saya enggan komen lanjut kerana kita tidak tahu apa niat sebenar Nik Abdul Aziz, biarlah pucuk pimpinan kita membuat keputusan terbaik," katanya.
Posted on May 4, 2009 at 5:25 PM
Post a Comment