Nik Aziz sanggup PAS pecah berikutan cadangannya mengadakan muktamar khas

Posted by Penarik Beca Friday, October 23, 2009

Bernama (23/10/09): Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya PAS mengadakan Muktamar Agung Luar Biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.

Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.

"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan.

"Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk Presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat sini, Jumaat.

Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya semalam, kerana kecewa dengan sikap beberapa pemiMpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik.

Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam Muktamar Aung parti itu tahun lepas.

Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan: "Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur Presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk Presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.

Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.

Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu.

17 comments

  1. Anonymous Said,

    bila masa pulak ust hadi dok sebut pasal kerajaan perpaduan ni...dah lama org tutup buku tokguru woi...

    makin pening aku tengok tokguru sorang ni.

    Posted on October 24, 2009 at 12:45 AM

     
  2. mountdweller Said,

    Anonymous,

    Bagi saya bukan masalah sebut, tetapi perangai, ragam dan perbuatan sekerat dua di dalam pimpinan PAS mencerminkan ke arah itu. Siapa yang pening sebenarnya ni?

    Posted on October 24, 2009 at 2:59 AM

     
  3. Anonymous Said,

    Awak je yang pening anon 1., cam awal-awal dululah kata takde apa-apa dengan Umno, alih-alih ada segelintir pemimpin daripada kedua-dua belah pihak berbincang dalam gelap, itu pun selepas pendedahan bekas PM Tun Abdullah, setakat ini Umno dan pemimpin PAS yang minat dengan Umno berjaya menggoncangkan PAS, lihat pilihanraya Bagan Pinang sebagai buktinya.

    Posted on October 24, 2009 at 6:35 AM

     
  4. azizraffar Said,

    nik aziz semakin menjadi liabiliti kepada PAS. Mungkin tiba masanya dia mengundur diri. Seperti MIC, Nik Aziz adalah Samy Vellu dalam PAS.

    Posted on October 24, 2009 at 7:37 AM

     
  5. Anonymous Said,

    ni mslh dlmn laa..ko mne tau..jd pas sejati dulu baru fhm situasinye..
    aku sokong tok guru..ni parti Islam..bukan parti sembarangan..jgn bwk tahi msuk dlm pas..tlg la puak2 kelab perpaduan umno pas..

    Posted on October 24, 2009 at 10:47 AM

     
  6. Anonymous Said,

    tak sebut , tp org2 nya bertindak, bercakap dgn menerobos , merosakkan status PR pada pandangan org awam.

    Posted on October 24, 2009 at 12:43 PM

     
  7. sokong pr Said,

    woi anon 12.45am!
    hang pening kena ketom ka atau saja buat2 bodo? hang tengok sendiri la apa hasan ali dah buat kat selangor dalam isu selcat? kan tak kena apa2 tindakan pas sebab hasan orang kuat presiden.

    Posted on October 24, 2009 at 1:12 PM

     
  8. Anonymous Said,

    tOK gURU MAHU HANTAM angin gila hassan ali

    Posted on October 24, 2009 at 4:41 PM

     
  9. Anonymous Said,

    sebab mu bangang...tak ikut perkembangan.

    Posted on October 24, 2009 at 5:31 PM

     
  10. Ahmad Firdaus Fuzai Said,

    anonymous.. mari kita tunggu dan lihat keputusan syura ulama'..

    Saya minta ahli2 PAS jangan terlalu awal melenting.. PAS bukan lah sebuah parti politik..

    Lihatlah PAS sebagai satu Jemaah Islam..

    wallahu a'lam

    Posted on October 24, 2009 at 6:15 PM

     
  11. Kedai Kopi Said,

    pada pendapat ana, perkara sebegini seharusnya dibincang dlm mesyuarat dan bukan hanya menyuarakan pendapat peribadi di mata umum sehingga menjadi bahan gilaan umno. kalau isu biasa tidak menjadi masalah tetapi isu sebegini x haruslah.. mungkin TGNA sukar menghadiri mesyuarat dan segan nak hentam dalam meeting. mengapa? mengapa guna Blog, Media UMNO and mcm2 Kan pelik... apa2 pon sebagai pejuang Islam, kita harus akur dengan pimpinan yg telah dipilih ahlinya.. Adakah semua pandangan TGNA itu muktamad dan mengikut procedure perlembagaan PAS/Islam?

    Posted on October 24, 2009 at 9:01 PM

     
  12. Anonymous Said,

    Allahuakbar!!! TGNA teruskan perjuangan, kami bersama TGNA...buang jauh jauh penganut "ansabiah"

    Posted on October 24, 2009 at 9:45 PM

     
  13. Anonymous Said,

    Orang yang benar-benar menjadi beban kepada PAS dan menimbulkan masalah berat kepada PAS, mungkin idea kerajaan perpaduan ialah Cikgu Pa. Dialah orang yang merangsang idea ini dan tok guru Haji Hadi seorang yang tidak begitu mahir dengan tendang terajang politik terima idea itu. Begitu juga Nasaruddin. Cikgu PA memang bercita-cita besar nak jadi menteri setelah PAS dan amno bersatu. Usia dia kini kira-kira 65 tahun. Pada pilihanraya ke-13 kelak dia akan hampir 70 tahun. Tua. Mungkin dak bertanding. Kena usaha le nilah.

    Posted on October 24, 2009 at 10:09 PM

     
  14. Anonymous Said,

    Tok guru dah banyak ketinggalan keretapi! Berapa kali beliau hadir mesyuarat jawatankuasa pas pusat selaku pesuruhjaya pas kelantan. Huh boleh bilang dengan jari.

    Macam ni ke pemimpin Islam dia boleh je angkat telefon cakap sendiri dan tanya pada Ust hadi. Kenapa guna blok mana ukhwah dalam parti.

    Jangan asyik tengok salah orang saje! Dan jangan dengar cakap orang sekeliling pinggang yang yesmen saje.

    Wa Allahu 'alam.

    Posted on October 25, 2009 at 12:27 AM

     
  15. Anonymous Said,

    PAS berpecah? elok lah. mana2 puak ERDOGAN yang sudah dikalahkan ketika muktamar tu bleh masuk PKR. Puak2 yang pro UMNO tu bleh masuk UMNO. tinggalkan ulama` dan mereka yang hanya mencari redha Allah.. bukannya mencari redha Anwar Ibrahim ataupun Najib Razak. TGNA adalah manusia biasa. Ada pandangannya yang mungkin silap. bukannya dia seorang yang merasa perit ditendang dari perikatan dulu, ramai lagi yang terasa.. tapi mereka tak bising pon dalam mass media. Perkara macam ni, buat apa nak bising2. kata nak kukuhkan perpaduan, tapi dengan bising2 macam nih, apa yang dapat? kukuh pon tak kukuh, lagi hancor lebur adalah. TGHA dan TGNA kedua2nya adalah tokoh agama. perlu lebih komunikasi antara kedua2nya. aku rasa, kurangnya komunikasi, dan terlalu bergantung harap kepada info yang diterima dari penasihat (ERDOGAN dan PRO UMNO) adalah PENYEBAB UTAMA terjadinya mende yang haru biru macam nih.. kalaulah Allah tidak mengizinkan PAS memerintah MALAYSIA dengan cara berkomplot dengan mereka yang tidak mencari REDHA ALLAH (SAMADA PKR atau UMNO), TAK MEMERINTAH MALAYSIA PON TAKPERRR......!! biarlah PAS berjuang dengan dirinya sendiri untuk mencari redha ALLAH dan meyakinkan rakyat yang ISLAM adalah UNTUK SEMUA dan SEPANJANG ZAMAN. Wallahualam.

    Posted on October 25, 2009 at 9:53 AM

     
  16. Anonymous Said,

    hadeiii...

    sapa nak masuk UMNO....masuk jer la...abih cerita...

    ahli PAS yang tak mahukan UMNO akan tetap bersatu....insyaAllah....

    Posted on October 25, 2009 at 9:10 PM

     
  17. Anonymous Said,

    Woi sapa kata NIk Aziz Liabiliti,.. Tu nangoi nagoi yang nak kaya tu yang tali barut tu.
    Puak Hassan Ali tuh nak jadi menteri nak kuasa.. Depa tak ingatkan Dr Asri dulu.. Tak sampai satu penggal kena sepak macam kambing ngan Barisan...Mana mau UMNO buang carlberg dan genting. Tambah lagi ada la.

    Posted on October 26, 2009 at 2:31 PM

     

Post a Comment

Parlimen

Photobucket

Participating for Allah s.w.t.
Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)

Klik gambar di atas. Sedap, bib!! Memang sedap sungguh!! Dan, boleh buat duit sakan!

Dapatkan segera!!! Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Islam

Blog utama

Arkib